Jumaat, 30 April 2010

KEMPEN KAMI PRIHATIN


STICKY MODE UNTIL 30 APRIL 2010 

Sekiranya anda rasa anda seorang blogger yang prihatin, tampal banner ni kat sidebar blog masing-masing. Jemput kawan-kawan anda untuk turut serta dalam kempen ini.... 

Sayangilah Anak-Anak Kita. 

 

MATLAMAT KEMPEN:

MENINGKATKAN KESEDARAN ORANG RAMAI TENTANG GEJALA PENDERAAN KANAK-KANAK DAN PEMBUANGAN BAYI......

Lagu Tema Kempen: Harapan Tanpa Suara 

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu : S. Atan
Lirik : Habsah Hassan 

Untuk Klip Video Klik SINI

Semoga usaha kita sedikit sebanyak dapat selamatkan mereka yang tidak berdosa. Berikanlah mereka peluang yang sama seperti apa yang pernah kita dapat dari orang tua kita......  

Jom Banteras Penderaan dan Pembuangan Bayi.  

Maklumat lanjut kempen, Klik SINI

Info Penting:
Untuk join kempen ini, memadai anda menggantung banner di atas di sidebar blog masing-masing dan tinggalkan komen tanda sokongan anda di SINI. Sekiranya berminat untuk copy paste keseluruhan n3 ini, usaha anda amatlah dihargai.

Thanks in Advance.  

Khamis, 29 April 2010

AIR JAMBU BATU

Nak tau apa aku buat skang nie..... hehehe


Minum air jus jambu batu sambil layan blog dan kunyah biskut oreo.....

Citer pasal air kat atas tu kan, kalau kasi aku segelas memang tak cukup punya.....

3 kali sedut sure licinnnnnn..... 
 
'tak tahan nengok..... wajibbb singgah'

Air jambu batu ni dah lama kat pasaran sebenarnya, tapi kat area terengganu ni baru la sangat....ketinggalan sungguh!!!

Now, senang la sikit nak hilangkan ketagih air jambu batu. Stall yang jual air ni dah tumbuh macam cendawan lepas hujan....

Korang pernah minum tak??? Sedapppp kan............. 

Sarah Bersiaran Untuk Aunty Cheqna

Haiiii aunty-aunty semuaaaaaa....... Jangan terkejut ya sebab sarah terpaksa gantikan tempat mama sarah kejap. Mama sarah tengah makan tengahari tue... Kesian dia lapor. 

Mama kasi tugasan kat sarah nie. Katanya tolong langsaikan hutang dengan Aunty Cheqna....  

Aunty cheqna tak kisahkan kan....... 

Instructions :
 
1. Go to your photo files. Select the 8th photo folder.
 
2. Select the 8th photo in that folder.
 
3. Post that photo along with the story behind it.
 

Gambar ni che da sarah yang edit gunakan adobe photoshop. Nak harapkan mama sarah yang edit sendiri hampehhh ler jawabnya sebab mama memang tak pandai...... Apa mama sarah tau membebel ajer kerjanya.....

Aunty-aunty sume tak bosan ke dengar mama sarah pot pet pot pet? 

Kalau tanya sarah, jawapannya sarah memang tak suka. Bingittt telinga ni haihhhhh.... 

Opppppssss lupa plak sarah, aunty mana boleh dengar suara mama sarah erk. Kat sini kan mama sarah membebel tanpa suara. 

Sarah mintak diri dulu la aunty-aunty sume, kang mama sarah tau sarah lebey-lebey kat blog dia tak pasal-pasal cair taik tinga sarah nanti.... 

papaiiii...... 

4. Then challenge 8 blogging friends to do the same !
Untuk aunty2 yang selalu temankan mama sarah, ambik tag ni ya....

Lya Oh Lya


Dup dap dup dap jantungku......

Ooooh Lya...... adakah kamu ternampak something yang pelik kat blog ain nie.....

Jangan takutkan daku sayang.......

Daku tengok ok jer...... Lya nampak apa?

Huwaaaaa...... ada sesuatu yang berupa nenek kebaya ke???

Oh tidak!!!!!!! 

p/s: aku risau Lya nampak something yang pelik kat sini bila dia keluarkan n3 kat atas tue.....  

WHAT DO YOU THINK?


Aku pelik la, kenapa sekarang ni susah sangat nak upload video kat blog nie.....

Satu video boleh makan masa satu hingga dua hari. Itupun belum tentu berjaya tau....

Korang sendiri macam mana? Senang ke susah?

Lagi satu kan, kalau guna new setting untuk posting nie, macam mana nak upload video erk?

Asal nak upload video jer aku kena tukar ke old setting. Tak suka la macam nie..... huhuhu....

Sapa pandai sila angkat tangan...... tak baik kedekut ilmu tau....hehehe 

Rabu, 28 April 2010

MINGGU PALING STRESS

Minggu ni adalah minggu paling stress aku rasa.....

Bukan pasal kerja ofis jer, tapi  juga kerana terlalu  memikirkan perancangan bisness yang tak berapa nak lancar.....

 Sangat banyak karenah birokrasi yang perlu aku tembusi. Kalau ada kabel besar ok la jugak, tapi aku ni mana la ada sedara sepapat yang jadik YB. Yang sorang tu pun, dah lama pencen dan tak pegang jawatan tinggi dalam kerajaan.... huhuhu.....

Now, aku dalam proses menunggu loan diluluskan oleh pihak bank. Tadi awal2 dah terkantoi masa bank call interview aku. Soklan yang dia tanya tak terfikir dek akal langsung. Nasib baik jugak dia kasi can kat aku dapatkan sorang penjamin...... 

Kawan-kawan, doakan Allah permudahkan segala urusan aku. Aku berharap sangat permohonan untuk dapatkan loan ni lulus. Walaupun bisness yang dirancang tak seberapa, tapi aku nekad nak teruskan jugak. 
 

Nampak kan keadaan tali tu macam mana? Gitu la status pemohonan loan aku sekarang ni..... huhuhu..... 

p/s: doakan aku ya. Aku dah bernazar, kalau satu hari nanti aku berjaya, aku nak hantar mil buat haji dengan hasil titik peluh aku ni.  

My Best Friend

Hari ni curik2 masa jawab tag my Best Friend. Hadiah tag ni aku terima dari tiga orang sahabat maya Has, Aini dan Ayu.

Layannzzzzzzzzz.......

i) Siapakah kawan baik anda??

Zaman kanak-kanak: Zainun Binti Rashid (Iza)

Zaman kat Unibersiti: Tengku Amiza bte Che Engku Abdullah (Kuja) 


ii) Berikan 3 kenangan paling manis & 3 kenangan paling pahit dalam persahabatan korang:

Kenangan manis Bersama Iza

- Memandangkan rumah Iza depan rumah aku jer, so setiap hari kami pergi dan balik sekolah sama-sama (jalan kaki okeh). Bila ada homework, kami siapkan sama2 sebab kami duk satu kelas. 

Waktu kami sekolah menengah, dia akan tunggu aku setiap pagi depan rumah dia dan kami sama2 ke simpang jalan untuk tunggu bas sekolah. Kalau aku yang keluar awal aku akan tunggu dia. Masuk jer dalam bas sekolah, kami akan duduk sebelah menyebelah (salah sorang akan book satu kusyen depends pada siapa yang naik dulu....hehehe). 

Setiap kali tiba waktu rehat, kami akan ke kantin sama-sama. Waktu petang, kami akan keluar main sama2..... Apa yang tak sama2, waktu tidur jer la. Dia tidur rumah dia, aku tidur rumah aku....hahhaha.....

Kenangan Pahit Bersama Iza

- Pernah sekali aku main dalam satu lubang yang besar, tiba2 Iza campak batu besar dalam lubang tue.... Pelepupppp jatuh atas kepala aku......huhuhu..... Berdarah tak henti sebab waktu tu tengahari..... Pucat muka dia tengok kepala aku dengan darah merah tu.... 

Kenangan Manis Bersama Kuja:

- Dia adalah coursemate merangkap teman satu negeri dan satu kolej aku. Bila dah nama teman rapat tu memang sahla berkepit ajer. Macam biasa la, gi kuliah sama2, makan kat dewan sama2, tidur sama2, gi library sama2, beli tiket balik kampung sama2, keluar kotaraya sama2, bila kena duk rumah sewa pun menyewa sama2.... 
 
Kenangan Pahit Bersama Kuja :

- Pernah sekali waktu kami nak balik kampung, bas express yang kami naik rosak dekat lebuhraya karak... Sudahnya kami kena tumpang bas ekspress lain. Yang sedihnya bas tu penuh dan kami terpaksa berdiri sampai bandar kuantan.... Korang fikir la sendiri apa yang kami rasa...... Nak patah kaki tau!!!

iii) Kalau anda hanya diberi 1 minit untuk bersama kawan anda,
apakah yang anda akan katakan padanya??


Sayang korang sampai bila-bila....... 

iv) Tag 3 rakan anda yang anda rasa mampu menjadi sahabat anda di alam blogger

- Lya
- Asha
- Nida

Selasa, 27 April 2010

Memang Sengal

Ada ke patut, nak shutdown pc aku guna remote astro!!!

  

Memang sah tuan blog ni ada masalah.....

hahaha.....

Ini ler akibatnya, tangan buat kerja tapi otak ke laut perginya.....

Masuk tidorrrrr lagi bagusssss...... 

SLEEPY


Boleh tak kalau nak TITUN camni????

Syokkkknyaaaaaaaaaaaaaaa.......

ZZzzzzzzzzzzzz 

p/s: tetiba aku merapu meraban....... adoiiila, sengal datang dah nie....  

I'M TIRED


Penatttttttttttttttttttt 

DAN

Sakitttt Kepalaaaaaa

Ikutkan hati nak tido jer..... huhuhu.....


Layan Kartun Tak?

Siapa cakap citer kartun budak-budak jer layan......

Kalau korang nak tahu, bapak budak pun layan jugakkkk...... hahaha......

Serius cakap, anak2 aku jarang tengok citer kartun. Danish lebih suka citer aksi, sarah pulak suka citer upin ipin ngan wonderpets jer....... 

Lain kisahnya ngan bapak dorang. Dulu-dulu aku perasan dia selalu tengok citer pingu. Entah apa yang bestnya aku pun tak tahu. Pernah jugak aku join dia layan citer nie, tapi kejap jer aku dah buhsan. Tak faham haaiih apa pingu tu cakap.....huhuhu....

 'hai'

 'yea-yeah'

Semalam dia kemaruk layan kartun baru..... Beria bukak u-tube semata-mata nak tengok citer 'Shaun The Sheep'. Siap promote kat aku suh tengok citer nie.... Lawak dan boleh hilangkan stress katanya.  
 'sheep n the geng'


 'macam sarah jer peel sheep ni'

Aku rasa macam nak tengok jugak la citer shaun the sheep nie. Comell jer kan sheep hisap puting tue..... Kat channel disney ada ke citer nie? Rasa macam pernah bacer pasal citer kartun ni kat blog somebody. Sayang plak aku dah lupa blog siapa....huhuhu.....  

Isnin, 26 April 2010

I'm Gergeous???

Yihaaaaaaaaa, dapat award lagi......

Baru jer dengan muka tak malu mintak sekuntum bunga ngan ayu kejap tadi, alih2 aku dapat sejambak.....

Sukanyaaaaaaaaaa.... Thanks Mama Najla

Bunga ni jugak aku nak share ngan semuaaaaaaaaaaa..... Suka tak???? 

Aku Memang Cantikkkk

Senyum simpul I bila ada orang cakap I cantik.....

Cantik ke?? ehehehe...... tiba2 gelak gatai..... 

Mesti la cantik kan (tak caya tanya ngan anak mdm, betul tak danish?).......

Kalau Aunty Ain awak ni  tak cantik, takdenya orang nak kasi award kat bawah tu kan kan.........

seeee....

Sesiapa yang dapat award ini dikehendaki :

1. Buat 1 Entry Tentang Award ini (Copy badge "BEAUTIFUL BLOGGER AWARD"untuk letakkan di blog anda). 
 - SIAPPPP!

2. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut. 
- Thanks Ayu. Saaaaayang awak......
 
3. Senaraikan 15 blogger sebagai penerima Award.
Ayu, boleh tak akak nak kasi kat semua pembaca setia blog akak nie..... Tak kira, nak kasi jugak!!!! Korang semua terlalu cantik dimata hati aku..... Aku tak boleh nak buat pilihan sebab korang semua layak untuk award ni. Tolong ambik ya, kalau tak aku majuk !!!!

Ada Rindu Di hatinya

Bukan nak bercerita pasal aku, tapi pasal little sarah. Abih bulan ni dah dekat 3 bulan sarah tak jumpa dengan ibu. Ibu dah lama pindah ke Kuantan. 


Malam tadi, tengah sarah start engine motobot buruk nak nanges ajer kojenya, aku bukak la blog ibu sarah. Sajer cuba alihkan fokus nak nangis dia tue..... Aku tunjuk kat dia gambar bergerak yang ada kat situ. Memang berkesan sebab sarah automatik diam dan tersenyum. Lepas tu terus melekat depan PC sambil sebut nama ibu, abah dan abang tak henti-henti..... 

Mama bangga dengan Sarah...... Walaupun sekian lama sarah tak jumpa dorang semua, sarah tak pernah lupakan mereka. Actually setiap hari, bila kami lalu depan simpang rumah sewa ibu sarah dulu, sarah akan sebut 'Ibu' berulang kali.... Betapa kuatnya kasih yang tersimpul antara mereka.... Mama doakan bila sarah besar kelak, sarah tetap akan kenang jasa ibu yang pernah bersusah payah jaga sarah.

Apa yang termampu aku buat untuk mengubat rindu sarah cuma dengan buka blog ibu dia nasib baik ibu ada blog kan sarah. At least kenangan lama segar diingatan sarah..... Bila aku tanya, "sarah nak gi kat ibu ke?" Dia tunduk malu sambil geleng kepala..... Bukan tak nak sebenarnya, tapi dia memang jenis penyegan dengan orang yang dia lama tak jumpa....

Mama janji sekiranya ada kesempatan dan peluang, mama akan bawak jugak sarah jumpa ibu, abah dan abang. Insyaallah.     

UPDATE PESERTA "KONTEST PANDANGLAH LIHATLAH"

Morning semuaaaaaaaaaaaaaaaaaa....... Mulakan pagi anda dengan ceria ok. Sejuk betul pagi nie memandangkan hujan tak berhenti dari malam tadi. Dekat tempat korang hujan tak?

Hari ni aku nak senaraikan nama-nama peserta yang dah join "Kontest Pandanglah Lihatlah". Kepada yang masih lagi belum join dan berminat dengan hadiah yang ditawarkan, anda masih mempunyai masa lebih kurang seminggu lagi. Siapkan n3 anda secepat mungkin ya.....


Gud luck untuk semua yang mencuba.....  Sekiranya ada link yang tertinggal, jangan segan-segan inform k.... 

Thank u.  

Ahad, 25 April 2010

Keputusan Pilihanraya Kecil P94 - Hulu Selangor



Baru sajer diumumkan oleh tv3 sebentar tadi......

Masih panasssssssss........

Keputusan Penuh : 

BN - 24,997 Undi  DAN PKR - 23, 272 Undi 

Calon P Kamalanathan (BN) memenangi pilihanraya kecil P-94 dengan majoriti 1725 undi...

Komen Aku: Kepada calon yang menang, jangan hanya berjanji dan bermanis mulut waktu nak meraih undi jer, laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada anda SEBAIK mungkin. 

p/s: Asal BN menang jer, tak putus2 keluar berita liputan kemenangan kat tv. huhuhuu..... Ada ke kengkawan yang terlibat dengan pilihanraya hari ni? hehehe..... sajer menyibuk nak tau sebab aku jeles tak dapat keluar memangkah sama.... 

Aku Sentapppppp!!!!

Lebih dari sentapppp dan rasa macam nak menjerit!!!!!

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......... 

Bukan la mood sekarang ni tapi malam jumaat dan hari jumaat lepas. 

Kerana yang SATU ini, jantung aku boleh berdeguppp sekencang taupan yang sedang bertiup......

Aku memangg boleh hilang akal kalau fikir mana nak carik penggantinya.....

Kemana saje aku pergi, kalau yang SATU ini aku bawak, aku akan pastikan ia ada bersama......

Tak boleh hilang, dan jangan la sesekali KAU menghilang............


Cuba korang perhatikan apa yang sedang sarah pegang dan gentel tue......

Itu lah DIA benda yang aku maksudkan.... 

Petang khamis lepas teacher dia lupa nak masukkan keldai tu dalam beg sarah waktu magrib baru aku perasan. Dup dap dup dap jantung aku bila carik kat rumah tak jumpa still cari jugak mana tau sarah campak kat mana-mana.... Dah la besoknya taska cuti, memang aku sentapppp giler... Kalau memang tertinggal kat taska takpe la lagi, buatnya ada kawan si sarah ni wat balik rumah dia, tak ke nangis aku nak dapatkan balik keldai tue.....

Kenapa keldai ni penting sangat????
Keldai ni memang peneman setia sarah dari baby sampai la skang ni. Takde keldai ni jawabnya meroyannn la dia taim nak tido atau minum susu. Kalau kami gi jenjalan ke mana sekalipun, keldai ni wajibb kami bawak. Tertinggal ajer confirm kami kena pusing balik.....Senang citer di mana ada sarah, di situ lah ada keldai bucukk. Pernah sekali, aku tengah basuh keldai nie aku ambik balik sebab dia ngamuk nakkan keldai waktu nak tido.... haaaaaa.... korang fikir la sendiri penting ke tak penting.....

ok.... sambung balik citer....

Malam jumaat tu jugak aku call pengusaha taska ni, mintak tolong dia carikan kat taska. Dalam hati tak henti2 berdoa jangan la sarah mintak nak bear..... carik punya carik tak jumpa!!!! Huwaaaaaaaaaaaaa, mati aku kali neh!!! Memang tak sanggup dah nak fikir apa akan jadi lepas tue.... 

Nasib aku baik malam jumaat tu sarah tido lena sampai ke pagi. Entah apa keajaiban yang berlaku aku pun tak tahu. Mungkin dia penat sampai dia lupa nak cium kaki busukk keldai dia. Untuk back-up malam tu aku gantikan mickey  sebagai peneman tidur sarah....

fuhhhhhhh, jaga jer dia dari tido jam 6 pagi, dia dah start enjinnn motobott buruk dahhhh. Oh tidakkkkkkk!!!! Sakan mengamuk dan menangis nakkan bear sampai pukul 8 pagi. Mati akal aku nak pujuk, at last aku bior jer dia nangis sampai penat. Aku call lagi teacher sarah dan mintak dia tolong carikan sampai jumpa. 

Dan akhirnya, jam 10 lebih keldai busuk sarah selamat  ditemui di celah grill pintu taska. Syukur ya amat. Hopefully jangan la keldai ni hilang lagi. Aku memang tak tahu nak cari atau beli kat mana....huhuhu....

LAMANYAAAAAAA

Rasa macam lama giler tak berblog........huhuhu

Sejak hari khamis tak sempat nak ziarah kawan-kawan, tak sempat nak reply komen.....

Yang aku sempat hanya  buat satu dua entry supaya kawan-kawan yang bertandang tak keboringan jer....

dan....

terjah dua tiga blog kengkawan itupun just baca dan say hai kat chat box...... huwaaaaaaaaa

tension haihhhh kalau berterusan macam nie........

Minggu ni kebisian lagiiiiii dan lagiiiiiiiiiiiiiiiiiii......huk huk....

Jumaat, 23 April 2010

Maafkan Aku......

Disebabkan n3 yang kat bawah tu, tetiba aku rasa bersalah sangat-sangat.......

Maafkan aku kerana tak menyenaraikan semua link kengkawan......

Ammpunnnn, semalam kan aku kejar waktu untuk buat n3 (sibuk dengan kerja office), jadi aku cuma sempat list down kengkawan yang ngetop last week jer.....

Yang takde dalam list bukan bermakna aku tak sayang korang.......

Sayangggg tau..... 

Jangan ada yang merajuk atau jauh hati dengan aku ya......

I'm so sorry........

p/s: kelambatan bersiaran hari ni kerana ada urusan yang terpaksa disettlekan. Aku nak masuk tido dah. Penatt dan sakit-sakit satu badan......huhuhu......

Khamis, 22 April 2010

Aku Sayang Kamu, Kamu, Kamu Dan Kamuuuuuuuu.......

Aku nak ucapkan jutaan terima kasih dekat semua pembaca setia blog Mama-Danish & Sarah.

Sebenarnya aku terharu sangat di atas kesetiaan korang. Entah apa yang aku tulis kat blog ni kan, tapi korang layan jugak kerenah aku yang kejap sengal kejap ok nie.....hehehe

A big thank u to: 

11. http://dikja.blogspot.com/ 
12. http://mamalieyna.blogspot.com/
13. http://teratakibu.blogspot.com/ 
14. http://kasihkesyurga.blogspot.com/
15. http://honeylanz.blogspot.com/ 
16. http://lotsoflove-pearls.blogspot.com/
17. http://catlinaflybaby.blogspot.com/
18. http://damiaqish.blogspot.com/
19. http://miamanis.blogspot.com/
20. http://al-lavendari.blogspot.com/

DANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN.............

Semua sekali (tak larat nak masukkan semua link....huhuhu)  yang singgah dan bersantai di SINI.  


Terima kasih kerana menyumbang traffic di teratak kami. Saaaaaayang korang semua.........

Mmmmmmmmuahhhhhhhh!!!!!!!

Apa-apa Ajer La.....

Aku dilanda kesibukan sekarang ni. Tak sempat dah rasanya nak blogwalking, jumping n running..... Jangan risau kesibukan aku ni sekali sekala jer datang, dah free nanti aku pulun jelajah semua orang..... hehehe
 
Supaya korang tak kesunyian sementara tuan rumah takde ni kan, korang layan tag dari Min dulu k. 

1 - Bila kali terakhir anda pergi bercuti dan kenapa/sebab anda nak pergi bercuti?
 
Kali terakhir ke Kuala Lumpur. Kami gi melawat ikan-ikan belaan kami kat Aquaria KLCC. Takmo citer panjang, nak tau baca kat SINI. Sekarang ni aku teringin nak gi Bukit Tinggi..... fuhhhh alangkah damai dan tenangnya kalau boleh berada kat situ...... 

2 - Berapakah umur anda? (jangan malu2 nak announce)… dan adakah anda rasa puas dengan pencapaian anda diusia anda sekarang ni?
 
Baru jer memasuki angka 31. Suka la bila angka makin bertambah ni, nampak kita lebih matang walaupun kadang orang tengok muka yang empunya badan macam baru cecah 21....... hahhahaaaaaaaaaaaaa.... pengsannnn korang dengar statement giler perahsan aku ni kan kan....Dusssssshhhhh dushhhhhhhh kat tuan punya blog!!!! Awasssss yer kengkawan, laen kali jangan puji aku lebih2......Kalau aku dah mula lupa diri, gini la jadinyaaaaaa..... 

Setakat ni masih banyak lagi impian yang belum tercapai dek tangan. Nak kamera DSLR, nak beli rumah sendiri dan paling penting nak kumpul duit untuk gi umrah atau haji. Berangan pun takpe la dulu, janji target kena ada kan....  

3 - (tak jawab pun tak pe) Saya tahu anda seorang yang gemar bergambar di depan kemera! jadi pergi ambik kemera anda dan snap gambar wallet/beg duit anda! jangan la malu nak cakap berapa harganya sebab kuantiti nilai dalamnya lebih berharga!
 
Ari tu dah tunjuk dah beg duit aku dalam segmen selongkar. Kalau rasa nak tengok lagi sekali..... Silakan.....


4 - Anda mungkin seorang blogger, bila waktu yang paling anda suka untuk update/kemaskini blog anda dan kenapa anda pilih waktu itu?
 
Kalau nak letakkan waktu tu payah sket. Sebenarnya aku update blog ikut mood dan idea. Ada mood dan ada idea, maka terbit la entry baru.... 

5 - Apakah yang berlegar2 dalam fikiran anda sekarang?
 
Tugasan office tak siap lagi cik kak oiiiiiiii....... cepat2 la update blog tue!!!! 

6 - Tag 3 org lain yang anda suka
 
 Sapa lagi yang belum kena yerk!!!!! 
- Zai 
- Miera 

Rabu, 21 April 2010

5 in 1

Yihaaaaaaa Yabedabeduuuuuuuuuuuuu......

Baik hati sungguh la Cik Puan Ayu sorang nie.... Ada ajer benda yang dia nak kasi kat aku...... Thank u... Thank uuuuuuuu. Akak tahu awak sayang akak kan hahaha...... ayat perahsan tak henggat punyaaaa, sebab tu la awak kasi semua nie. Ohhhhhhh Ayu, terasa diri akak begitu dihargai......hehehe......   

Syarat-syaratnya:
~Copy award ni macam dapat Grammy Award.
~Bagitahu siapa dan link blog pemberi award ni.
~Tajuk post korang mesti ada perkataan 5-FIVE-KHAMSAH- :)

1- FIVE name that people call you
-Noraini ( nama fofular zaman sekolah - cikgu cikgi memang guna nama nie)
-Ain (hubby ngan kengkawan)
-Kak Jue (Adik badik - Abang aku sesedap rasa kasi nama nie kat aku sebab nak sama ngan nama kawan dia)
-Mama (anak-anak kesayangan hamba)
-Yang (ex-boypren)

2- FIVE important dates in your life
- 3 Apr ( Aku lihat dunia)
- 11 Sept (Hubby lihat dunia)
- 11 May (Danish lihat dunia)
- 11 Mar (Sarah lihat dunia)
- 8 Aug (sah jadi wife en. iskandar)

3- FIVE things that you done yesterday
- Update account office
- Bukak blog
- Bincang soal bisness ngan hubby (bila nak settle neh)
- Layan budak kecik nangis sampai tido
- Tengok Adamaya (wajibbb semua aktiviti aku postpone taim ni termasuk la nak gi bilik air....muahaha

4-FIVE ways to be happy
- Takde kerja office tertunggak
- Kerja rumah semua settle (sakit kepala aku kalau rumah berselerak dan kain baju menimbun)
- Sarah tak nangissssss
- Dapat bukak blog
- Dapat tengok Adamaya......hahaha (giler angau ngan si lisa)

5- FIVE favourite movies
- I'm not single ( si lisa lagikkkkkkk)
- I'm not single
- I'm not single 
- Kingkong
- Titanic  

6- FIVE favourite hobbies
- Bukak blog
- Baca majalah pama dan keluarga
- Baca novel
- Bergurau ngan anak-anak.
- Makan dan makan dan makan.....

7- FIVE favourite people
- Danish (anak bujang aku)
- Sarah (anak dara saya)
- En. Iskandar (hubby aku)
- My mom n My dad
- My mil n My fil

8- FIVE favourite places for vacation
- Pantai 
- Tasik
- Pulau
- Air terjun
- Tempat tinggi dan sejuk

9- FIVE reasons you answers the survey
 - Sebab kalau tak jawab award tak leh ambik......hahaha
- Tanda terima kasih kat ayu sebab sudi kasi award chumill ni
- Supaya ayu lebih kenal yang empunya blog nie......
- Supaya kawan2 yang lain boleh tumpang korek rahasiaaaa
- Sebab aku tengah free...... so jawab jer la. Dapat jugak update blog kan kan....

10- FIVE persons to tag
- Kasih Suci
- Idzalia
- Anna
- Uncle Hamzah @ Al-Lavendari
- Siti
Related Posts with Thumbnails