Rabu, 31 Mac 2010

HADIAH DAH SAMPAI

Hari Ahad lepas hadiah kemenangan giveaway anjuran Baby Cutes Collection selamat aku terima. N3 kemenangan kat sini

'cantik kan'

Alhamdulillah dapat jugak satu koleksi CD percuma untuk si manja. Hadiah dipos sekali ngan sleepwear yang aku order untuk sarah. 


 '2 helai sleepwear baru'

Thanks tini sebab susah payah poskan hadiah untuk kami. Suka sesangat tau!!!... Moga bisness Baby Cutes Collection terus sukses hendaknya. 

Selasa, 30 Mac 2010

MYLOOK - REGISTER NOW

Lagi peluang menambah pendapatan secara percuma....


Berminat boleh join kat sini....


Setiap hari, kita hanya perlu lakukan carian menggunakan mylook sebanyak 5 kali sahaja. Setiap carian akan dibayar $0.22 sen. Lebih dari itu kita tidak akan dibayar ok...  


  Dan ini adalah hasil dari carian (search) aku untuk hari ni. Lakukan carian setiap hari dan dalam sebulan anda dapat mengumpul sebanyak $33. Kalau setahun sudah berapa kan....

Tunggu apa lagi kengkawan.... JOIN NOW!!!! 

Isnin, 29 Mac 2010

TERDAMPAR DI PERAIRAN PAKA

Balik kerja petang tadi aku ngan hubby sempat singgah kejap kat tepi pantai....

Bukan singgah untuk mandi laut atau makan kopok lekor, tapi sebab nak tengok tongkang ngan bot tunda yang terdampar kat situ..... 

'sebijik tongkang ngan sebijik bot tunda'

'gerun aku tengok  tongkang sebesar ni' 

'close-up bot tunda' 

 'kru yang sedang berhempas pulas'

Dah macam pesta pun ada bila tengok ramai yang mengerumuni pantai....

Macam mana tongkang ngan bot tunda ni tersasar ke pantai idak ler aku tahu, tapi kalau ikut permerhatian aku kemungkinan disebabkan ombak besar.....

Aku pun pelik dengan keadaan cuaca sekarang, nak kata musim tengkujuh memang tak la kan, tapi ombak punya la tinggi menggunung....

Paras air laut pun aku tengok naik semacam..... Agaknya semua ni disebabkan oleh pemanasan global.... 

Semakin panas dunia, semakin banyak ais yang cair dan semakin tinggi la paras air laut kita..... 

Betul ke teori aku ni?? 

p/s: to lya, tau tak camne dorang nak pindahkan balik tongkang ngan bot tunda nie.... serius nak tahu tau!! 

Ahad, 28 Mac 2010

JATUH LAGI - 2ND TIME

Kesian anak mama sarah....

Baru jerk lepas jatuh dari sofa kejap tadi.....

Tak tau la macam mana dia boleh terbabas jatuh kepala dulu....

Menjerit sakan mama sebab terkejut.....

Dah puas nangis dan jenuh mama pujuk, akhirnya terlena jugak dalam buaian....

Hopefully takde yang serius.... risau jugak nie....huhuhu... 

'sekejap jer terus lena'

p/s: thanks to chik na (ofismate mama) yang hadiahkan sarah sleepwear nie sempena birthday sarah yang ke-2 tempoh hari... 

COMMENT BOX YANG MESRA PEMBACA

Serius cakap selama ni aku tak sedar pun yang blog aku ni tak berapa nak mesra alam pembaca.....

Dalam diam rupanya aku dah menyusahkan kengkawan. Mintak maaf banyak2 ya, disebabkan aku yang tak berapa nak alert dengan setting blog aku nie, korang semua terpaksa taip word verification sebelum boleh komen.........huhuhu...

Thanks adik manis asha yang sedarkan akak dari mimpi. Ini dia komen beliau yang sangat bernilai tue....





Bagi kengkawan yang masih gunakan word verification nie, apa kata follow cadangan asha tue... Baru la bersemangat kengkawan yang lain nak tinggallkan komen kat blog korang....

Lagi satu kan, kalau nak comment box korang lebih mesra pengguna, gunakan pop-up window macam yang nida cadangkan kat aku tue....


Tutorial untuk tukarkan kepada pop-up window boleh tengok kat sini...

****Selamat Mencuba****

Sabtu, 27 Mac 2010

EARTH HOUR CAMPAIGN


Tinggal 15 minit jer lagi untuk aku tutup semua lampu.....

Sempat lagi tue curik2 masa update blog.... hahaha...

Jom kita bergelap malam nie selama satu jam.... 

Kalau pakai lampu suluh atau lilin, itu kira takpe kan....

Kesian anak bujang aku nak buat homework....huhuhu....

Jumaat, 26 Mac 2010

PORTABLE CABIN - MANA NAK CARIK


Siapa agaknya yang tahu kat mana aku boleh dapatkan portable cabin pada harga yang murah??

Aku perlukan satu portable cabin bersaiz 10 x 20 kaki untuk jadikan office....

Kalau boleh nak beli sebelum akhir bulan nie... 

Kat kawasan Paka ni harga mahal tahap gaban.... boleh mencecah sehingga RM20K sebijik!!!

Sangat-sangat la tak MASUK AKAL.... Budget aku around RM5K jerk... 

Aku dah dapat satu supplier kat rawang yang tawarkan harga agak reasonable, tapi mana tau kan boleh dapat lagi murah dari suggestion kawan-kawan....  

Any Idea???

Thank you in advance ..... 

Khamis, 25 Mac 2010

JOM TIMBANG

Nak tahu tak berapa berat blog anda?

Boleh timbang kat sini

Dan ini pulak adalah berat blog aku.... 0.18 seconds!!


Thanks Has sebab share link ni dengan ain....

Tiba-tiba Rasa Tak Sihat...

Selalunya bila hari bekerja, rutin harian aku masuk ofis jam 8 pagi kadang-kadang tersasar gak sampai 8.30 pagi, lebih dari merah dah keluar kat punch card tue, dan balik sebaik sajer jam 5 petang....

Dalam tempoh 8 jam bekerja ni, tugas aku melepak kat ofis. Bukan lepak sesaje yerk, lepak sambil buat kerja la... Kang ada plak yang kena terminate tanpa notis karang....

Dalam tempoh masa ni jugak, aku takkan kemana-mana even untuk keluar makan sekalipun. Abih tu tak makan ke??? Makannnnnn, kalau tak mati la aku.....

Hari ni, aku tukar sikit kebiasaan tu.. Pukul 10 pagi aku keluar atas urusan peribadi dan masuk ofis balik sebelum 2 petang.....  

Punya la budak manja kan, masuk jerk ofis mata aku jadik berpinar-pinar.... rasa nak pitam!!!! Sudahhhhh, kalau aku pengsan sapa nak angkat aku neh??? 

 

Hajat nak makan nasik ayam pun tak jadik sebab pandangan macam makin gelap jer... Cepat2 telan panadol sebijik dan landingkan kepala kat meja.....

Skang dah semakin ok walaupun kepala sedikit pening-pening lalat.... Kalau aku tak ok,  tak takde la aku taip n3 ni kan. 

Masalahnya sekarang ni aku tak sihat ke??? Tadi aku panjat tangga dekat Arked Mara Kemaman yang satu tingkat tu pun rasa mengah ya amat.  

Tak dinafikan aku memang bertahun tak buat senaman. Senaman mulut ngan anak2 tu ada la... Mana cukup kan.......

Mungkin jugak aku tak tahan dengan cuaca panas sekarang, sebab tu agaknya mata rasa berpinar dan tetiba nak pengsan.... 

Kena buat medical check-up jawabnya ni.... Macam risau jerk dengan kesihatan jantung aku.... Kenapa mengah semacam ya???

Rabu, 24 Mac 2010

Apa Kata Anda?


Nak mintak respons dari korang sikit nie....

Tiap kali korang bukak blog aku, agak-agak berat tak??

Sebabnya aku rasa cam berat jerk..... lembap giler dia nak keluar total page.....

Ke tenet kat tempat aku ni yang slow!!!

Kalau ramai yang cakap berat, jawabnya ada la widget aku yang kena tendang nanti.....huhuhu....

Aku sayang sume widget2 tue..... Lagi la kalau slide show anak teruna ngan anak dara aku tue.....

p/s: pict. credits to google 

Pentingnya Bersarapan

Dah breakfast ke kengkawan???

Jom tengok apa menu breakfast aku pagi nie... 

2 Keping Lempeng Nyiur Plus Sambal Bilis

2 Biji Karipap 

1 Mug Lemon Tea dari Cameron 

Agak-agak aku boleh gemuk tak kalau habiskan semua nie???

Sayang sungguh tangki aku kecik jer, so habiskan 2 bijik lempeng nyiur tu dah cukup konyang.....Alhamdulillah. 

Sedikit info yang ingin aku kongsikan berkenaan peri pentingnya breakfast dalam kehidupan kita seharian....   

Kenapa sarapan menjadi hidangan yang sangat penting? Sarapan berfungsi menamatkan ‘puasa’ sepanjang enam hingga lapan jam tidur pada waktu malam dan mengembalikan bekalan glukos dan lain-lain khasiat yang digunakan sebagai tenaga sepanjang hari. Sarapan juga sangat penting untuk mengaktifkan fikiran dan badan pada waktu pagi.

Inilah sebabnya orang yang tidak bersarapan biasanya cepat berasa letih, mudah terganggu dan tidak selesa pada waktu pagi. Keadaan ini lebih ketara di kalangan peminum kopi kerana jika tidak bersarapan (dan menikmati segelas kopi) mereka sukar menumpukan perhatian kepada kerja. 

Sarapan dapat mengawal rasa terlalu lapar, sekali gus mengelakkan kemungkinan makan terlalu banyak ketika makan tengah hari. Badan adalah kilang yang sangat unik dan dapat bertindak sendiri untuk menjimatkan penggunaan tenaga apabila tiada bekalan makanan.

Jika tidak bersarapan, badan secara automatik akan berada dalam fasa ‘puasa lanjutan’ (kerana kita sudah pun dianggap berpuasa ketika tidur) dan cuba menjimatkan tenaga dengan memperlahankan proses pembakaran lemak. Namun, jika kita bersarapan, badan tidak perlu memasuki fasa ‘puasa lanjutan’ ini dan ia secara tidak langsung memberitahu otak bahawa badan bersedia untuk membakar lemak sebagai tenaga bagi kegunaan sepanjang hari.

Kuantiti makanan untuk sarapan bergantung kepada keperluan masing-masing tetapi makanlah secara sederhana. Jika tidak sempat pun, memadailah mengambil segelas susu atau jus oren dan sekeping roti. 

Makanan seimbang mengandungi protein dan karbohidrat dianggap pilihan terbaik untuk merangsang proses metabolisme. Penemuan itu membuktikan bahawa sarapan amat penting untuk mengekalkan berat badan seimbang dan mengelakkan kegemukan. Lebih baik jika memilih sarapan yang berkhasiat dan menyihatkan. Penyelidik juga mencadangkan sarapan sihat dijadikan antara langkah penting dalam pengurusan berat badan dan rawatan obesiti.

Ini adalah antara langkah mudah untuk mengurangkan peratusan masalah kegemukan dan obesiti di negara kita yang semakin membimbangkan, terutama di kalangan kanak-kanak. Untuk mengelakkan masalah ini daripada membelenggu keluarga (ingat menurunkan berat badan adalah usaha yang sangat payah), mulakan amalan bersarapan bersama seisi keluarga. 

Ia bukan saja memberi kesan langsung kepada kesihatan badan dan mencerdaskan otak, tetapi mampu merapatkan hubungan kekeluargaan. Lebih awal kita bersarapan, lebih baik. Kajian menunjukkan orang yang bersarapan kurang berkemungkinan mengalami masalah kegemukan. Orang meninggalkan sarapan akan terdorong untuk makan lebih banyak kerana biasanya apabila sampai waktu makan mereka sangat lapar.

Ibu bapa perlu memastikan anak bersarapan sebelum ke sekolah kerana ia meningkatkan kepekaan, daya tumpuan dan prestasi di bilik darjah. Sarapan seringkas sandwic, susu atau bijirin memadai untuk memberi tenaga, memperbaiki emosi dan membantu kepekaan minda.
 
Credits to Harian Metro dan http://rasli.com/  

Selasa, 23 Mac 2010

BUAT YANG BERBIBIR SENSITIF

Kalau yang pernah ikuti blog aku dari awal dulu, mesti ingat n3 yang aku buat pasal bibir kering dan sensitif kan...

Bagi yang baru ikuti blog nie, boleh tengok n3 tu kat sini dan sini.  

Sekarang aku dah jumpa satu jenis lipstik yang sesuai ngan bibir aku... 

Bukan lipgloss ya kengkawan.... LIPSTIK!!!

Yerla buat korang yang boleh pakai apa jer jenis lipstik, memang tak heran ngan entry aku nie, tapi bagi yang berbibir sensitip tue, mungkin ada manfaatnya.... 

Macam aku ni la, tiap kali nak beli lipstik, mesti berkira.... bukan soal harga, tapi boleh ke tak bibir aku terima.... 

Bukan senang tau nak dapatkan yang betul2 sesuai.... Silap pakai bibir boleh membengkak cam kena sengat ngan tebuan tue.... Sapa nak kan!!


'pict. credits to google'

Sekarang aku dah jumpa dengan lipstik yang sesuai. Terima kasih untuk ofismate aku yang proposed lipstik nie. 

Memang teruja sangat nak pakai dan hasilnya sangat mengujakan..... hahaha....


Taraaaaaaaaaaaaaaaaa

'pict. credit to De Classic Life (DCL)

Fantaziola (Magic Color) daripada DCL..... Sesiapa yang biasa minum jus Bidadari mesti tau kan DCL tu apa... 

Kepada yang nak cuba, harga dia dalam RM 29.00 sebatang. Color lipstik ni ikut darah pemakainya. Panas darah anda maka merah menyala la bibir anda nanti....ehehehe....

Maaf la yerk, model pakai lipstik ni tak dapat nak tunjuk. Pagi tadi sarah dah calit lipstik aku ni kat bibir dia.... tak sempat aku nak snap bibir mungil dia sebab dia dah jilat2 lisptik tu dulu.......

Apa yang paling aku suka tentang lipstik nie, color dia bertahan lama kat bibir kita.... Kalau korang tak cuci betul2 sebelum tido tu kan, jawabnya bawak ke pagi la lipstik tu kat situ.... memang payah nak hilang....

Selamat Mencuba.....    

Isnin, 22 Mac 2010

Gosok La Gigi Sayang....

Setiap pagi, kalau mandikan si dara sarah aku mesti tension. Gerammm betul bila masuk bab nak gosok gigi dia. Puas aku suruh dia nganga takde nya dia nak ikut cakap mama dia neh... 

Yang peliknya, masa kecik2 dulu, kemain enjoyy lagi kalau dapat gosok gigi. Siap nak makan berus gigi lagi.....

 
 'kan elok kalau seronok gosok gigi macam nie'

Dia punya bijak nak ngelak kena paksa gosok gigi ngan aku, asal nak mandi jer, dia nak mandi ngan abah. Sah-sah la terlepas kena paksa gosok gigi kan. Abah memang takdenya nak paksa anak manja dia nie...

Kalau nak pakai baju pun sama. Abah jugak jadi mangsa. Nak tak nak aku kena tunggu taim abah dia takde. Tak dapat gosok gigi dia kat bilik air, taim pakai baju aku sental puas-puas. Gerammm tengok gigi tak bergosok tue... 

Bukan kata aku tak gunakan psikologi masa nak gosok gigi sarah nie. Siap nyanyi lagu 'Bangun Pagi gosok Gigi' tu haaa.... Agaknya sebab suara mama dia ni sumbang, tu yang dia buat endah tak endah jer....Adoiyaaaaa.....

 
 'nak kena ikat macam ni ke?'

Pleaseee la sarah, jangan la berterusan wat perangai cenggini. Sakit jiwa mama kalau tengok gigi sarah rosak nanti tau.... huhuhu......   

p/s: pict. credits to google 

Ahad, 21 Mac 2010

Merajuk Ke?

Kalau kidss yang merajuk, aku tau macam mana nak pujuk....

Kacang jerk.... umpan eskrem satu mangkuk sorang, gerenti pastu dorang senyum memanjang....

Kalau hubby aku yang merajuk, lagik la sonang...........

Aku buat hal aku, dia buatla hal dia...... hahaha....

Takde la camtu..... 

Kita kan pompuan, gunakan lah segala kelebihan yang Allah kasi tue untuk pujuk dia balik....

Jangan tanya lebih2 ya.... suami korang mesti korang tau pujuk sendiri kans... 

Kalau aku kasi petua petui pun, belum tentu berkesan kat suami korang.... namapun peel manusia ni kan berbeza-beza kekdahnya.....

Tapiiiiiiiiiii................................

Kalau yang 'SATU' ini merajuk..... memang bikin hati aku tak tenteram.....

Idak ler aku tau gi mana nak pujuk dia, melainkan aku pasrah ajer.....

Bulan March ni aku dalam dilema dah..... Apakah??? Apakah???

Bukan la kata aku tak suka, tapi sekali fikir macam tak bersedia.... dua kali fikir macam belum puas manjakan si dara....

Belum sempat tiga kali aku fikir...... Akhirnya dia muncul jugaaaaaa..........

Jeng...........jeng.............. jeng....... 


opssssss bukan yang ini tapi yang kat bawah nie.....

*

*

*

*

 

Legaaaa akhirnya dia tak merajuk lagi....

Tunggu tahun depan lah ya kalau 'awak' nak merajuk pun.... 

p/s: pict. credits to google... 

Jumaat, 19 Mac 2010

PETUA NAK KURUS

Ada sesiapa nakkan badan macam aku?

Kalau tak sekurus aku ni pun, gemuk sikit dari aku lagi cun......

Petua ni bukan wanita waniti jer boleh guna, kaum adam pun leh terai sama....

Kalau waktu lunch tu kan, orang makan nasik, tapi aku makan menda nie....

Bukan satu plastik, tapi dua....... DANNNN....wajib habiskan taim tu jugak....

Ada berani korang nak menerai???? Kalau tak kurus jugak jangan cari aku tau....

Sebab petua petui kat atas tu rekaan aku semata-mata.....larikkkkkkkkkkkkkkkkksss

Yang sebenornya giler malas nak masak tengahari neh!!!! Tu yang tibai jerk asam ni sampai 2 bungkus....hahaha....

Khamis, 18 Mac 2010

Cek Sudah Maiiii.....Dari Nuffnang Ke???

Ohh tidakkkkk....

Usah la ko bermimpi di siang hari ain oiiii.....

Entah bila cek tu nak datang carik ko..... hahhaha.....

Tapi  kans, dalam pada duk mengelamun semalam.....

Tetibaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....adik aku callll

Ada cek katanya............ wallllaaaaa dari mana pulak datangnya nie??


Alhamdulillah, rezeki datang tepat pada waktunya.... tengah2 bulan plak tue...

Sukaaaanyaaaaaa tak terkata walaupun amaun kat dalam cek tu takde la banyak mana....

Kalau korang teringin jugak nak dapat cek macam aku ni tetiap tahun, ambik la insurans dari takaful untuk kenderaan korang.....

Aku gerenti mesti dapat pulangan punya.....

Tips Potty Training

Memandangkan Sarah dah pun masuk 2 tahun, rasanya pelan-pelan elok kalau aku cuba potty traning. Kalau ikut pengalaman lepas, Danish dulu agak lambat jugak pampers free. Umur nak masuk 4 tahun baru pandai cakap nak kencing atau berak. Masa tue aku tak bersungguh sangat nakkan danish pampers free. Tapi bila ada yang tegur dah besar panjang masih lagik pakaikan danish pampers mama pun segan jugak rasanya....hehehe... Kita tengok adik pulak nanti macam mana ya... 

 pict. credit to google

Kat bawah ni ada sedikit panduan tentang potty traning yang aku dapat dari blog al-atiff. Jom la kita cuba sama-sama.....  
       
Sebelum Mulakan Latihan ke Tandas
     
Sebelum sesi latihan ke tandas dimulakan... anda boleh mula panaskan badan anak anda dulu... taklah member terkujatkan.... Sesi pengenalan ini boleh anda lakukan sebelum anak menunjukkan tanda bersedia ke tandas lagi.
  • Terangkan tentang fungsi asas badan (dan tandas!)... Masa salin lampinnya, katakan... "Bila adik makan, badan ambil sikit makanan tu, lebihnya kena buang... jadi yak atau kencing. Macam sampah..."     
  • Biar dia lihat anda buang air di tandas. Tutup yang perlu ditutup. Katakan... "Mama yak atas ni... kakak yak atas tu" (tunjuk potty dia.)
     
  • Bila dia buang air besar dalam lampin, bawa dia ke tandas... tunjukkan anda buang najis dia ke dalam lubang tandas... katakan... "Ni tempat buang yak kakak..." Biar dia tahu, lampin bukan tempat najis, tempat najis adalah lubang tandas..
     
  • {mosimage}Lakonkan adegan anak patungnya atau apa-apa patung binatang gunakan potty... Mungkin sambil tu anda boleh nyanyikan lagu khas.. tak perlu lirik yang puitis atau berima, cukup sekadar lirik ciptaan ibu sendiri yang entah apa-apa, janji anak anda suka (alah dia mesti suka punya! kan..). Biar dia tengok potty tu rileks dan menyeronokkan..
  • Latih anak duduk atas potty... Seelok-eloknya pagi-pagi sebelum dia mandi, atau sebelum dia tidur, minta dia duduk di pottynya... tapi jangan lah harap terus dia nak... sekurang-kurangnya bila tiba masa latihan betul nanti tak lah jenuh sangat kita nak menyuruh dia duduk atas potty....

    Ops! Terlepas!

    Hari-hari awal anak anda tanpa lampin, pastinya kerap berlaku 'accident'. Hal ini biasanya terjadi ketika anak anda leka bermain atau terlupa yang dia perlu mengosongkan pundi kencingnya... Kadang-kadang, baru je dia cakap dia nak 'uk uk' atau 'cing', terus je meleleh... Ketahui apa yang boleh dan tidak boleh anda lakukan ketika itu....

    Untuk Mengelakkan 'Accident'
     
  • Minta anak anda kosongkan sepenuhnya pundi kencingnya semasa membuang air. Pujuk supaya dia dapat duduk lebih lama sikit di atas potty nya.
     
  • Ingatkan anak anda tentang qada hajatnya terutamanya ketika dia bermain.
     
  • Bawa anak anda ke tandas tanpa dimintanya ketika waktu-waktu yang biasanya dia terkencing seperti selepas bangun tidur.
          Boleh
  • Sembunyikan kekecewaan anda.{mosimage}
     
  • Gunakan nada suara yang biasa untuk memberitahu dia yang anda tahu dia tak sengaja terlepas. "Adik kencing atas lantai.. tak pe.. jom tolong ummi bersihkan ya.."
     
  • Beri kata dorongan. "Nanti nak kencing, adik cakap dengan ummi ye..."
     
  • Jika dia buang air besar, ambil najisnya dan masukkan ke dalam mangkuk/lubang tandas supaya dia tahu di mana tempat sepatutnya najis berada.
         Jangan
  • Membuatkan anak anda rasa malu.
     
  • Memberi amaran untuk memakaikannya dengan lampinnya semula.  
  •  Berhenti untuk meneruskan latihan potty

    Panduan untuk Ibu Bekerja

    Anda bekerja? Cuti anda hanya pada hujung minggu? Babysitter atau taska tak mahu beri kerjasama untuk melatih anak anda ke tandas? Jika ya.. teruskan baca….
     
  • Sediakan anak anda untuk latihan ke tandas beberapa hari/minggu sebelum tarikh yang anda pilih. 
  • Pastikan anak anda sudah bersedia. Semak tanda-tanda pada artikel "Tanda-tanda Anak Anda Sudah Bersedia"
     
  • Belajar tanda-tanda dia ingin membuang sebelum hari anda mulakan latihan lagi. Mungkin dia akan meneran, termenung tiba-tiba atau pergi ke sudut-sudut tertentu di rumah.
     
  • Pilih masa yang anda lebih lapang, ketika anda sihat dan kurang stress.
     
  • Jangan ke mana-mana, duduk rumah. Jika perlu, ambil sehari dua tambahan cuti.
     
  • Sediakan mop, jangan lupa. Gulung karpet kesukaan anda.
     
  • Pakaikan anak seluar yang mudah ditanggalkan. Jangan pakaikan lampin.
     
  • Beri dia banyak cecair. Tak kiralah, air biasa, susu, jus atau sup. Banyak masuk, banyak buang. Banyak buang, banyak kali berlatih. Nampak mudahkan?
     
  • Suruh atau bawa dia ke tandas setiap setengah jam ke 45 minit.
     
  • Perhatikan anak anda. Anda mungkin dapat melihat tanda-tanda dia ingin membuang. Terus bawa, jangan tanya.
     
  • Lihat lampinnya setiap 15 minit. Jika lampinnya kering, puji dia.
     
  • Beri hadiah. Anda boleh membuat carta di kadbod, dan gunakan pelekat bintang untuk setiap kali lampinnya kering ketika anda check. Beri dia hadiah yang anda janjikan jika dia dapat sebaris bintang. Beri terus, jangan tunggu.
     
  • Puji, peluk atau berikan bintang besar jika anak anda pergi sendiri ke tandas tanpa disuruh.
  • Jangan marah kalau dia terlepas. Rujuk artikel “Ops Terlepas” .
     
Jika tak berjaya, cuba lagi minggu hadapan atau minggu-minggu seterusnya.

Rabu, 17 Mac 2010

PANTAI KEMASIK YANG MENDAMAIKAN

Setelah puas memujuk rayu....

Setelah puas menangis sendu......hahahha.... tipu jerk!!!

Akhirnya abah bawak jugak kitaorang gi pantai.....

Yang paling happy adalah putera puteri mama..... 

Mama pun happy jugak sebab teringin benor nak release tension.... buhsan balik kerja asyik duk rumah jerk....

Pelik ke erk, walaupun setiap hari aku menatap laut, tapi ke laut jugak yang aku nak tujuuuuu..... 

Bukan terjun ke laut bunuh diri yerk..... tapi teringin nak bersantai kat tepi pantai tu sambil layan angin sepoi-sepoi bahasa.... 

Fuhhhhh terasa cukup aman, damai dan tenang sekali..... haaaa!!! ada la yang jelesss tue.....hehehe....

Dan ini adalah destinasi kami petang semalam

*

*

*

*


Pantai Kemasik.... salah satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk berehat, relaks dan berekreasi seisi keluarga. Hanya 5 minit jer dari Awana Kijal tu.  


Yang ni pemandangan belah kiri pantai. Aku suka tengok perahu nelayan yang tersadai dengan teratur kat pesisir pantai tu.... Tak dapek nak close up sbb pakai camera handphone jer...

Yang ni pulak kawasan paling sesuai untuk mandi manda kalau ada anak kecik. Airnya lebih cetek dan yang paling best tetap ada ombak sampai ketepi.....mesti la sampai tepi kan, idak ke pelik kalau tetiba ombak tu stop kat tengah laut.... 


Sarah yang jakun sebab baru 2nd time pegang pasir pantai... sampai jer terus cekau pasir tue. Kalau mama tak monitor harus dia masuk mulut sebab ingatkan pasir tu nasi....


Sian abang danish yang kuciwa sebab abah takmo keluarkan layang2 dia dari bonet kete..... huhuhu... Berkurun dah beli layang-layang tue, tapi tak pernah sekali pun diterbangkan..


Cuba teka puteri dugong sarah ni tengah pandang apa??? takde hadiah untuk aunty2 sume tapi kalau nak jugak sarah bungkus jerk siput sedut ngan kerang yang sarah kutip semalam....  


Sebelum balik bawak putera puteri gunung ledang bukit merah paka ni main kat playground dulu. Kasi can la kat dorang sebab bukan selalu pun dapat peluang abah nak bawak main ni.. 

Inilah dia budak paling happy dan paling banyak songeh petang semalam. On the way balik sakan dia mengamuk nakkan air sebab dahaga sangat agaknya. Tak nyempat-nyempat singgah kedai sarah yerk... 

Ibuk2 kalau nak bawak anak2 gi pantai elok bawak bekal air banyak2 sebab kalau berlama-lama kat pantai ni tekak gerenti kering punya.... banyak sangat telan air angin kosong....hehehe...  

Selasa, 16 Mac 2010

APA KES NI?

 

Tu dia!!!! Ngan plastik sekali dia harung masuk buai....Bukan plastik kosong tau, tapi penuh ngan menan. Berat menan dekat 1/2 kilo jugak tue. Ada dia kesah????

Memang tak kesah punyaaaa. Janji menan dia abang tak usik. Bukan usik apa pun, abang tolong kutip menan sarah yang berterabur atas lantai jer. Bila dah masukkan dalam plastik balik dia meroyan nak menan tue. 


Muka pun sampai nak terkatup dek menan dah... Boleh pulak dia tido bersesak camni. Ntah pape minah ni tau..


Nak tak nak mama terpaksa tarik plastik ni pelan-pelan. Kalau terjaga minah ni karang, sakan mengamuk plak dia. Nak bior jer camtu, kesian jugak berpeluh-peluh kepanasan nanti.....huhuhu....


fuhhhhhh.....berjaya jugak akhirnyaaaa. Kalau macam ni kan baru la nak tido pun selesa. Have a sweet dream sarah....  

TAG DARI SHIDA PAKA

Hari ni nak bayar hutang tag dari Shida. Baru jer kenal Shida ni sebenarnya dan yang paling bestttt rumah Shida dekat jer ngan rumah aku. Hari-hari lalu area perumahan dia. Setakat ni kami belum pernah jumpa lagi. So lepas ni boleh la saling kunjung mengunjung dan jamu menjamu.... hehehe...

Okeh.... sambung ngan tag pulak ya. Dah pernah buat tag ni dulu, tapi untuk shida aku buat lagi sekali. 

1) You have to print screen wallpaper that you are using right now..
JENG.....JENG....JENG....

*


 *

 *

*
Masih lagi mengekalkan pict. haritu. Lama giler pakai wallpaper neh.  
 
2) Tell us why you like the wallpaper 
 -rasa tenang dan damai bila fikiran berserabut banyak kerja
-suka tenung pict. ni kalau rasa boring, terubat la jugak rindu kat anak di taska

3) Tag 10 people..
Semua sekali yang belum buat tag ni, dipersilakan buat ya. Dah siap jawab tag ni nanti, aku hadiahkan award kat bawah tue. Korang dah  lama tak dapat award kan kan....
  
******************************




Syarat-syarat untuk amik award ni adalah :
 
1) Thank and link the person that gave you the award.
Terima kasih daun keladi Shida. Lain kali boleh la kasi lagi.... 

2)Pass this award onto 15 blogger you're recently discovered and think are fantastic.
Semua yang buat tag kat atas boleh ambik award nie. 

3)Contact said blogs and let them know they've won the award.
Ambik yer kengkawan, jangan lupa plak nanti...

4) State 7 things about yourself

- Kurus dan tinggi..... huhuhu... bila nak berisi sikit nie.   

- Semenjak dua menjak ni hangin semacam......pengaruh suhu panas melampau ke apa erk??? tak suka! tak suka! Nanti aku sejukkan badan dalam pet ess...

- Semakin malas buat kerja rumah tapi sakit jiwa pulak tengok rumah macam tongkang pecah.....nak jer aku kerah sidara ngan teruna kat rumah tu tolong aku.

- Teringin sangat nak gi bercuti dalam waktu terdekat nie. Rasa macam tension semacam jerk sbb dah lama tak kemana-mana. 

- Masih setia menunggu ketibaan 'sahabat baik' yang entah bila nak kunjung tiba..... Majuk ke Wak??? Kalau majuk terpaksa la aku jumpa doktor untuk check up.... 

- Nak sangat kulit muka yang cantik tapi malas giler buat rutin penjagaan muka. Set tia amilia yang aku beli tahun lepas sampai ke hari ni tak habis2 lagi pakai.... apa daaaaaa...

- Petang ni  aku nak paksa hubby bawak gi kuala kemaman.... teringin nak makan kopok lekor ngan ABC sambil  layan blues tepi laut.... ntah pape... Kalau tak nak bawak gi kuala kemaman tue, bawak gi Pantai  Kemasik pun jadik la.... janji keluar okeh .... Boleyyyy  la laling... pleaseeee. 

DAHHHHH..... 
Related Posts with Thumbnails