Khamis, 15 April 2010

Hadiahkan Secebis Doa Buat Anak Kecil Ini....

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita sama-sama mendoakan agar adik Hana cepat sembuh. Moga adik Hana kuat melawan setiap kesakitan. Moga adik Hana terus dipanjangkan usia dan dijauhkan dari sebarang kecacatan...aminnnn. 
 
"Saya Mohon Belas Kasihan Dari Kalian"

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. 

Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat,baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan.

Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.

Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatan dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. (bersambung di bawah)

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepada rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu.. emailkanlah kepada saya, rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.


Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.


Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU


Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. 

Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak diotak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

17 comments:

anna berkata...

mama danish n sarah,
anna pinjam ye sume info.. nak copy paste kat blog...

Al-Fatihah..

Zaidah berkata...

doktor beusaha yang termampu n kita sebagai rakan blogger mendoakan semoga hana cepat sembuh untuk ibu hana sokongan diperlukan ketika ini...

Lily@MamaZaraZareef berkata...

sedeynya tgk gmbar2 bby hana yg cumei ni..masih kecik tp terpaksa menanggung kesakitan..semoga kedua2 bby n ibunye tabah menghadapi ujian dr Allah..n semoga hana dpt sembuh spt baby2 yg lain..amin..

♥ Che NamNam ♥ berkata...

ain..haku copy masuk blog haku juger yer..moga kiter semua akan meringankan beban baby Hana dan ibunya...dan Moga Allah makbulkan segala doa dan berkati segala usaha kiter..

Ena berkata...

salam..

sangat sedih la n3 nie..

ena copy ye!.. Thanks.. :P

Ummi Eisya&Amani berkata...

salam kenal..

berat dugaan ibu hana ni..moga adik hana akan terus kuat untuk hidup..
Ya Allah,selamatkan lah anak ini..aminn..

Unknown berkata...

ya allah.. berat nye dugaan mu.. moga hana cepat sembuh..

Unknown berkata...

sebak sungguh membaca post ini.Tabahkan hati dan semoga hana cepat sembuh..

Mama AqiL berkata...

kuatkan semangat yea ibu hana..ini semua dugaan. Saya sefamily mendoakan agar bb hana cepat sembuh..

saya minta izin untuk upkan link ni di blog sy.

sisdee berkata...

kesiannya...insyaallah berkat doa semua baby ni akan sembuh!!!...

INSYAALLAH..SAMA2 kita usaha n bertawakal :(

NzA berkata...

mmg sedih n kesihan sgt...semoga sikecik dilindungi Allah sntiaasa...sbgi ibu, mmg kita DPT RASAKN KESEDIHAN INI.....

Miss Izah Mohamed berkata...

semoga parents baby ni tabah harungi dugaan Allah.. semua ni ade hikmah..

sama2 kite doakan smga baby cepat sembuh & boley melihat dunia yg indah ni seperti sediakala.. amin

Tanpa Nama berkata...

semoga adik hana cepat sembuh. Insya Allah.

Zue AnnaLeeya berkata...

sgguh berat dugaan ini... Ya Allah... sembuhkanlah adik Hana... Amin...

Unknown berkata...

alhamdulillah, semoga lebih ramai yg sudi menghulurkan doa buat si kecil ini. semoga penderitaannya tak berpanjangan

sofi berkata...

salam,
bersabarlah dan ingat bahawa Allah menguji kerana sayang.
Anda mampu menghadapi.

cikgu juga..Ana Sofiya

Ain berkata...

ain to all: thanks atas sokongan kalian semua....

sama2 kita doakan yang terbaik untuk adik hana....

moga beliau cepat sembuh...

Related Posts with Thumbnails