Ahad, 8 November 2009

KUALA LUMPUR - PART 1

Macam lama jer rasanya tak update blog dan tak ziarah teratak kengkawan. Mana aku menghilang yerk!!! Psttt kalau aku cakap korang jangan marah ok... Tiga hari lepas aku kat KL sebenarnya. Bertolak malam Khamis dan balik petang Sabtu.  Bukan takmo cakap kat sesapa tau, tapi takut  apa yang dirancang tak menjadi pulak...pergi pun tak plan, main terjah-terjah jer. Balik kerja dengan pakaian belum pack, siap-siap terus bertolak. Kelam kelibut aku dibuatnya....

Selama 3 hari di KL, aktiviti penuh sampai ke malam. Takde masa dah nak on lappy ke apa. Bawak lappy wat berat bonet keter jer ler... hehehe... Selama tiga hari kat sana, kami duk rumah my sil kat setiawangsa. My sil pun baru jer pindah KL awal bulan hari tue pasal  hubby dia kena transfer kerja kat petronas KLCC. Alang2 kataorg kira ziarah dia sekali la. 

Hari pertama kami ke KLCC. Kali nie aku tak kira, aku nak jugak masuk aquaria tue. Alhamdulillah hajat tercapai sbb minah kecik tido sepanjang duk dalam nie. Kesian sarah, dia nampak sangat letih sampai tidor tak henggat dunia (mlm tu dia nangis tak leh tido pasal tilam kat rumah my sil takde bau tilam dia...payah betul budak neh!!).

Waktu kami tengah pusing2 kat dlm tue, sempat jugak la sarah tengok ikan kejap (taim dia terjaga) sebelum tertido balik kerana keletihan... Yang paling excited abang botak ler. Letih mulut  aku nak jawab soklan dia yang macam-macam. Bagus jugak rasanya ada Aquaria ni kan, at least takde la anak kita jakun sangat dengan hidupan air nie.

sekumpulan ikan yang  riang menyambut kedatangan kami

takot aku tengok gigi dia.... jangan la tangki ni pecah erk...

besarnya ikan ni kan....

penyu kesukaan aku dan danish

tak puas-puas melayan sang penyu....

sarah yang excited tengok ikan

kesian dia ketiduran....

mama with sarah

Mama sarah buat apa?? Mari kita Skodeng!!

Info Trafik Ku

new