Memaparkan catatan dengan label TAG GAME. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAG GAME. Papar semua catatan

Ahad, 20 Jun 2010

23 things about me!!



Aku terima nikahnya tagnya http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ dengan mas kahwinnya upahnya 23 hengget tunaiiiiiiiiiiii........

Jom selongkar dan kenali aku dengan lebih rapat lagiiiiiiiiiiii........

1. Aku anak perempuan sulung dalam keluarga tapi aku sangat la  bangga bila berkumpul dikalangan adik beradik, orang akan ingat aku adalah 'ADIK' kepada adik-adik aku...... Ehemmmm......ehemmmmmm, apa la maknanya tu yerk!!

2. Sejak dari kecik dah menjadi rutin harian aku bangun seawal 6 pagi dan tidur jam 10 malam (sampai sekarang rutin ni aku ikut okeh). Kalau tak ikut rutin ni mula la kepala ting tong tak henggat. Waktu mandi paling last setiap hari wajib sebelum pukul 7 malam. Selalunya zaman remaja remaji aku dulu pukul 5 petang aku dah siap mandi dan pakai baju tidur. Dah remaja takde maknanya aku nak main lompat-lompat petang hari. Memang suka lepak kat rumah jer sambil tengok tv.

Sekarang ni rutin aku dah diwarisi oleh anak-anak jugak en. somi (in case hubby balik kerja awal la). Pukul 10 malam (kadang tak sempat jam 9 malam) 4 beranak dah terbungkang zzzzzz atas katil..... hahaha...... tapi anak2 takde la bangun jam 6 pagi, paling awal pun sebelum pukul 7 pagi gitew.....

3. Aku sukakan buku terutamanya novel. Masa sekolah rendah dulu, aku sanggup habiskan hujung minggu lepak kat library felda semata-mata layan minat aku nie. Sejak masuk U dan bekerja, aku suka pulak melabur beli novel untuk koleksi peribadi. Setakat ni ada 2 bijik novel yang tak sempat baca lagi walaupun dah 1/2 tahun beli..... huhuhu..... entah bila la sempat curik masa emas aku nie.....

4. Dolu-dolu aku jenis yang kuat merajuk (sarah dah warisi perangai ni skang), tapi sejak dah jadi mak budak ni, dah takde maknanya lagi perkataan 'MERAJUK' tue..... Sape nak layan???? Buang karan jer kalau merajuk pastu kena pujuk hati sendiri..... Hampehhh......

5. Aku suka tengok gambar baby. Jangan cakap aku gila kalau tetiba nampak aku tersenyum ya....... terapi jiwa tengah menguasai minda sebenarnya.....

6. Aku benci dengan manusia yang suka menipu. Kalau buat silap sila mengaku kerana aku senang untuk memaafkan.

7. Suka MAKAN...... MAKAN...... dan MAKAN....... Ada sesiapa nak belanja tak??? hahaha......

8. Suka masak tapi tak suka makan apa yang aku masak. Entah ler, mungkin kenyang sebab terlebih ambik bau kot.....hahaha...

9. Citer pasal makan lagi..... aku kemaruk dengan buah. Kalau takde stok buah dalam peti es rasa nak nanges jer...huhuhu...... dan dan tu jugak aku paksa en. somi gi beli. 

10. Berfikiran positif dan tak suka syak wasangka dalam hubungan. Kalau memang takdirnya tak seperti yang diharapkan, terima dengan redha dan seadanya.  

11. Berfikiran negatif bila en. somi kerja malam. Bukan aku syak dia ke lain, tapi yang aku fikirkan, kalau la pencuri masuk dalam rumah ni apa aku nak buat waktu tu. Tepon polis terus ka? Jerit sampai jiran sebelah dengar ka?  Takpun aku lawan jer!!! Mengong jer kan fikir yang bukan-bukan, sampai terbawak-bawak dalam mimpi yang tak tahan tue.....hukhuk....

12. Orang yang pertama kali jumpa aku mesti cakap aku ni cikgu.... ada stail cikgu ke erk?? Sapa-sapa yang pernah jumpa aku, leh tolong jawab.....hehehe

13. Tak reti nak buat kerja sepantas kilat. Aku jeles dengan orang yang sekejap jer duk dapur dah siap masak. Gerak geri aku memang slow motion tapi takde la lemah gemalai cam perempuan melayu terakhir (pmt) tue. PMT mana ada menjerit cam tarzan kans......  

14. Selama hayat aku bergelar ibu, tak pernah sekali pun aku cuci kereta. Yang ni memang tugas mutlak en. somi......

15. Tugas mutlak aku adalah cuci bilik air a.k.a tandas sekali yer. En. somi tak pernah buat kerja ni walaupun dia rajin buat kerja-kerja rumah yang lain. Sila tuding jari kat muka aku sekiranya bilik air aku tak berkilau mata memandang....hehehe

16. Sangat pantang dengan tandas yang kotor. Tak boleh tengok dan aku rela tahan diri untuk membuang dari guna tandas yang menjijikkan. 

17.  Suka memberi sebab aku suka tengok orang happy. Satu kepuasan yang tak boleh digambarkan dengan perasaan even benda yang kita bagi tu tak seberapa. Petua nak dapatkan kepuasan nie, kena la IKHLAS!!

18. Cuba bersabar, bersabar dan bersabar, tapi bila rasa macam orang dah nak pijak kepala kita, aku melenting jugakkk..... namapun manusia kan, kesabaran ada batasannya.  

19. Serius cakap aku tak pandai nak berfesyen. Pakaian harian aku adalah baju kurung @ kebarung. Kat rumah pulak selesa bert-shirt dan berkain batik jer (nampak sangat pompuan kampung kans). Sekali sekala ada la jugak pakai seluar trek atau slack. Aku mengaku satu helai jeans pun aku takde...... sila gelak yer....

20. Takde motivasi langsung nak drive sendiri...... eiiiii bila la semangat tu nak datang?? Mencikkkk!!! Kan best kalau aku gila bawak keta, takde la hujung minggu terperuk dalam rumah jer. 

21. Aku adalah PENAKUT. Usah kata nak tengok citer hantu atau seram, keluar iklan promo pun aku cepat-cepat tukar channel. Danish sekarang mewarisi sifat penakut aku, nak gi bilik air pun berteman.... apa daaaa.....

22. Bertahun lamanya tak exercise badan. Jangan cakap badan kurus kering cam aku tak perlu exercise ya, jantung aku macam mana?? Kena cari masa gak nie...... huhuhu.....

23. Aku sangat-sangat happy sekarang sebab tugasan panjang berjela nie siap jugak akhirnya. Nak mintak upah boley ke??? hehehe........

Ahad, 9 Mei 2010

Bayar Hutang Dulu Yerk.....

Korang semua mesti dah dapat gaji kan kan..... Apa???? Dah habissssss ke??? Jangan lupa bayar hutang tau, kerana hutang ni akan dibawa sampai ke mati. Nak ke camtu??? Mesti tak nak kan..... 

Cakap pasal hutang nie, today nak bayor hutang tag ngan Mummy Shane. Kena bayor cepat-cepat sebab aku ni pelupa.....  

Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?What will u do if u know that your friend has been back stab on u ?
~ kalau kecederaan tu parah, aku mintak la hubby bawak gi spital, pastu claim insurans.....hahaha.... tak baek tau main tikam2 camni...... takmo kawan la......

6 orang di hati anda?6 people in your heart?
~Anak-anak, Suami, Ibu bapa, Adik beradik, Mertua dan Ipar duai.......

Anda rasa anda comel?Do u think u're cute?
~ Semestinyaaaaaaaaaaaaaaa...... giler perahsan kan.... Kalau tak kita yang puji diri kita sendiri siapa lagi, betul tak???

Single or taken?
~ mesti la dah berpunya, ada anak dua pun tau.....hehehe....... 

Blog yang anda suka?Blog that u like?
~ Banyak sangat...... kalau nampak aku kerap ke situ makanya aku suka la tue....

Adakah bilik anda kemas setiap hari?Do u clean your room everyday?
~ Wajibbbb bagi aku mengemas bilik setiap hari..... Sebelum naik katil untuk baring dan tidur, kalau aku nampak cadar tak betul, aku rela kemas dulu tau..... nak buat camne, biasa la kan, budak 2 orang tu memang suka curik2 guling atas katil mama dorang taim mama dorang tak perasan........ 

Lagu terakhir yang anda dengar?The last song u listening?
~ 1234 nyanyian Aris Ariwatan 
 
Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
 
Last text message?
~ Berbalas mesej dengan adik aku yang wish selamat hari ibu kat kakak dia nie....

Last phone call?
~ Dari mertua adik aku bertanyakan surat sokongan yang kami mintak dari Dun hari tu dah dapat ke belum. Terima kasih Mak sebab tolong ain dapatkan surat nie.... 

Hari terakhir anda menangis?Last day u cried?
~ Menangis dalam hati ada la........

List lima color favorite anda?List down 5 of your favorite colours?
~ Hijau, Peach, Ungu, Pink n Kuning

Orang terakhir anda ber-YM?The last people chat with u in YM?
~ Dengan aini...... tapi kira-kira 2 minggu lepasss. Serius cakap, aku dah lama tak on YM....

Game paling anda suka?Your favorite game?
~ Farmville kat fesbuk, tapi dah lama jugak tak main.... entah2 mati kejung dah pokok2 aku sebab takde yang tolong siram dan bajakan......huhuhu....
 
Adakah anda peminat MCR?
~ Aku mengaku aku tak kenal pun dengan MCR..... Camne nak minat?? hehehe..... 
 
Apa perasaan anda jawab tag ni?What do u feel when u answering this tag?
~ Suka pe..... dah berupdate blog aku kan kan.....

Anda rasa tag ini best?Do u think this tag interesting?
~ Kalau tak menarik takkan aku layan kan..... 

Tag lagi 10 orangtag 10 other people
~ Aku baik hati hari ni, so takmo tag sesiapa...... kesian dekat kengkawan sebab berlambak-lambak hutang tag kan....

Khamis, 29 April 2010

Sarah Bersiaran Untuk Aunty Cheqna

Haiiii aunty-aunty semuaaaaaa....... Jangan terkejut ya sebab sarah terpaksa gantikan tempat mama sarah kejap. Mama sarah tengah makan tengahari tue... Kesian dia lapor. 

Mama kasi tugasan kat sarah nie. Katanya tolong langsaikan hutang dengan Aunty Cheqna....  

Aunty cheqna tak kisahkan kan....... 

Instructions :
 
1. Go to your photo files. Select the 8th photo folder.
 
2. Select the 8th photo in that folder.
 
3. Post that photo along with the story behind it.
 

Gambar ni che da sarah yang edit gunakan adobe photoshop. Nak harapkan mama sarah yang edit sendiri hampehhh ler jawabnya sebab mama memang tak pandai...... Apa mama sarah tau membebel ajer kerjanya.....

Aunty-aunty sume tak bosan ke dengar mama sarah pot pet pot pet? 

Kalau tanya sarah, jawapannya sarah memang tak suka. Bingittt telinga ni haihhhhh.... 

Opppppssss lupa plak sarah, aunty mana boleh dengar suara mama sarah erk. Kat sini kan mama sarah membebel tanpa suara. 

Sarah mintak diri dulu la aunty-aunty sume, kang mama sarah tau sarah lebey-lebey kat blog dia tak pasal-pasal cair taik tinga sarah nanti.... 

papaiiii...... 

4. Then challenge 8 blogging friends to do the same !
Untuk aunty2 yang selalu temankan mama sarah, ambik tag ni ya....

Khamis, 22 April 2010

Apa-apa Ajer La.....

Aku dilanda kesibukan sekarang ni. Tak sempat dah rasanya nak blogwalking, jumping n running..... Jangan risau kesibukan aku ni sekali sekala jer datang, dah free nanti aku pulun jelajah semua orang..... hehehe
 
Supaya korang tak kesunyian sementara tuan rumah takde ni kan, korang layan tag dari Min dulu k. 

1 - Bila kali terakhir anda pergi bercuti dan kenapa/sebab anda nak pergi bercuti?
 
Kali terakhir ke Kuala Lumpur. Kami gi melawat ikan-ikan belaan kami kat Aquaria KLCC. Takmo citer panjang, nak tau baca kat SINI. Sekarang ni aku teringin nak gi Bukit Tinggi..... fuhhhh alangkah damai dan tenangnya kalau boleh berada kat situ...... 

2 - Berapakah umur anda? (jangan malu2 nak announce)… dan adakah anda rasa puas dengan pencapaian anda diusia anda sekarang ni?
 
Baru jer memasuki angka 31. Suka la bila angka makin bertambah ni, nampak kita lebih matang walaupun kadang orang tengok muka yang empunya badan macam baru cecah 21....... hahhahaaaaaaaaaaaaa.... pengsannnn korang dengar statement giler perahsan aku ni kan kan....Dusssssshhhhh dushhhhhhhh kat tuan punya blog!!!! Awasssss yer kengkawan, laen kali jangan puji aku lebih2......Kalau aku dah mula lupa diri, gini la jadinyaaaaaa..... 

Setakat ni masih banyak lagi impian yang belum tercapai dek tangan. Nak kamera DSLR, nak beli rumah sendiri dan paling penting nak kumpul duit untuk gi umrah atau haji. Berangan pun takpe la dulu, janji target kena ada kan....  

3 - (tak jawab pun tak pe) Saya tahu anda seorang yang gemar bergambar di depan kemera! jadi pergi ambik kemera anda dan snap gambar wallet/beg duit anda! jangan la malu nak cakap berapa harganya sebab kuantiti nilai dalamnya lebih berharga!
 
Ari tu dah tunjuk dah beg duit aku dalam segmen selongkar. Kalau rasa nak tengok lagi sekali..... Silakan.....


4 - Anda mungkin seorang blogger, bila waktu yang paling anda suka untuk update/kemaskini blog anda dan kenapa anda pilih waktu itu?
 
Kalau nak letakkan waktu tu payah sket. Sebenarnya aku update blog ikut mood dan idea. Ada mood dan ada idea, maka terbit la entry baru.... 

5 - Apakah yang berlegar2 dalam fikiran anda sekarang?
 
Tugasan office tak siap lagi cik kak oiiiiiiii....... cepat2 la update blog tue!!!! 

6 - Tag 3 org lain yang anda suka
 
 Sapa lagi yang belum kena yerk!!!!! 
- Zai 
- Miera 

Rabu, 21 April 2010

5 in 1

Yihaaaaaaa Yabedabeduuuuuuuuuuuuu......

Baik hati sungguh la Cik Puan Ayu sorang nie.... Ada ajer benda yang dia nak kasi kat aku...... Thank u... Thank uuuuuuuu. Akak tahu awak sayang akak kan hahaha...... ayat perahsan tak henggat punyaaaa, sebab tu la awak kasi semua nie. Ohhhhhhh Ayu, terasa diri akak begitu dihargai......hehehe......   

Syarat-syaratnya:
~Copy award ni macam dapat Grammy Award.
~Bagitahu siapa dan link blog pemberi award ni.
~Tajuk post korang mesti ada perkataan 5-FIVE-KHAMSAH- :)

1- FIVE name that people call you
-Noraini ( nama fofular zaman sekolah - cikgu cikgi memang guna nama nie)
-Ain (hubby ngan kengkawan)
-Kak Jue (Adik badik - Abang aku sesedap rasa kasi nama nie kat aku sebab nak sama ngan nama kawan dia)
-Mama (anak-anak kesayangan hamba)
-Yang (ex-boypren)

2- FIVE important dates in your life
- 3 Apr ( Aku lihat dunia)
- 11 Sept (Hubby lihat dunia)
- 11 May (Danish lihat dunia)
- 11 Mar (Sarah lihat dunia)
- 8 Aug (sah jadi wife en. iskandar)

3- FIVE things that you done yesterday
- Update account office
- Bukak blog
- Bincang soal bisness ngan hubby (bila nak settle neh)
- Layan budak kecik nangis sampai tido
- Tengok Adamaya (wajibbb semua aktiviti aku postpone taim ni termasuk la nak gi bilik air....muahaha

4-FIVE ways to be happy
- Takde kerja office tertunggak
- Kerja rumah semua settle (sakit kepala aku kalau rumah berselerak dan kain baju menimbun)
- Sarah tak nangissssss
- Dapat bukak blog
- Dapat tengok Adamaya......hahaha (giler angau ngan si lisa)

5- FIVE favourite movies
- I'm not single ( si lisa lagikkkkkkk)
- I'm not single
- I'm not single 
- Kingkong
- Titanic  

6- FIVE favourite hobbies
- Bukak blog
- Baca majalah pama dan keluarga
- Baca novel
- Bergurau ngan anak-anak.
- Makan dan makan dan makan.....

7- FIVE favourite people
- Danish (anak bujang aku)
- Sarah (anak dara saya)
- En. Iskandar (hubby aku)
- My mom n My dad
- My mil n My fil

8- FIVE favourite places for vacation
- Pantai 
- Tasik
- Pulau
- Air terjun
- Tempat tinggi dan sejuk

9- FIVE reasons you answers the survey
 - Sebab kalau tak jawab award tak leh ambik......hahaha
- Tanda terima kasih kat ayu sebab sudi kasi award chumill ni
- Supaya ayu lebih kenal yang empunya blog nie......
- Supaya kawan2 yang lain boleh tumpang korek rahasiaaaa
- Sebab aku tengah free...... so jawab jer la. Dapat jugak update blog kan kan....

10- FIVE persons to tag
- Kasih Suci
- Idzalia
- Anna
- Uncle Hamzah @ Al-Lavendari
- Siti

Breakfastku Disponser......


Nyummm.....nyummm............nyummmmmm.....

Mabelessssnya breakfast aku hari nie. Cekodok Pisang!!!!! Paling best sebab ianya disponsor oleh Ayu. Special delivery melalui internet..... hahaha......

Sebelum makan, kena la baca doa dulu. Jangan lupa Bismillah. Karang ada pulak syaiton tumpang sekaki..... hehehe...... 

Jangan Lupa!!!! Jawab tag sekali yaaaaaaaa............

1. Sila copy gambar cekodok di bawah (done)

2. Sebutkan nama Penghantar Sarapan cokodok
 
3. Bagi tahu kenapa cekodok pisang menjadi sarapan pilihan anda.....
 - Kalau nak buat breakfast, ni la antara menu paling senang, campak-campak jer pastu dan boleh ngap. Paling aku suka makan waktu panas-panas.... Pekena pulak ngan nescafe maiiii secawan..... wahhhhhhhhh memang syokkkk habisssss..... 
 
4. Tag game ni hanya boleh di post kan pada waktu pagi sahaja.. 'before noon'
(done)

5. Last sekali,pass kan tag game ni kepada 4 rakan2 anda yang lain..
Pagi ni aku dengan baik hatinya nak share cekodok ni dengan.........................
- Ena

Jemput makan ya kengkawan......
 

Isnin, 19 April 2010

Pandu Cermat Jiwa Selamat

Jom Layan tag dari Lia.....

Apakah anda mempunyai lesen memandu?
Adaaaaaaaaa.....

Buktinya........ 




 







Dah expired dan aku malas nak renew. Kalau renew rasa macam membazir pulak sebab hari-hari hubby hantar dan jemput balik. So peramm jer la dulu sampai jadik pekasam....

Bilakah anda mengambil lesen memandu?
Tahun 2005
 
Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
Tak sampai lagi setahun kot sebab dapat lesen tapi tak berani nak drive..... Bila terdesak baru la terhegeh-hegeh nak pegang stereng keta... teruk betul kan
 
Pengalaman pahit ketika memandu?
Yang pahitnya sebab aku ni sangat la failed bab parking. Pernah sekali tue aku parking kat satu tempat tersorok area ofis aku nie. Dah la tempat tu sempit, disebabkan hubby suruh parking kat situ aku masuk la jugak. Sekali aku nak keluar tak boleh dahhhh. Makanya keluar la ikut pintu belah penumpang.... hahaha. Terpekik terlolong panggil pakcik ofis aku keluarkan keta (1/2 inci jer pintu keta nak cium dinding ofis)...... Berdebar usah cakap la kan.... Mati aku kalau hubby bising keta calar balar dikerjakan bini dia...... Nasib baik pakcik tu expert, selamat keta aku dari sebarang kecatatan.......fuhhhhhh...legaaaaa. 

Pengalaman manis?
Pertama kali drive sendiri gi ofis....... macam independent la sangat rasanya waktu tue. 

3 Tabiat ketika memandu?
Pastikan semua langkah keselamatan aku ikut. Betulkan seat pemandu, pakai tali pinggang keledar dan betulkan cermin sisi n cermin belakang. Wajib buat 3 benda nie.....berhemah giler kan. 

3 Pantang bila memandu?
- Jangan la hon aku, buat aku tambah kecut perut jer....... (nasib baik tak pernah kena hon....hehehe)
- Anak tak duk diam boleh buat aku hilang fokus nanti...... so far dorang behave jer. Alhamdulillah. 
- Jangan ada orang accident atas jalan, pengsannnn aku kat situ nanti tau....huhuhu 

Tag pada pemegang lesen keta...
 - Asha

Khamis, 15 April 2010

Jom Selongkar.....

Maaf la ya ibu-ibu, adik-adik, kakek-kakek, hari ni lambat benor dapat bersiaran. Hari ni, bersiaran langsung dari rumah nie. Nak dapat bersiaran ni pun punya la berebut turn ngan hubby.... giler pakai sistem giliran tau... Lepas dia aku, lepas aku dia plak nie....huwaaaaa.....

Sarah tak berapa sihat sejak semalam, so hari ni aku ambik el untuk jaga dia.... Pagi tadi sempat jugak masuk ofis dalam 1/2 jam untuk settle apa yang patut.... Aku pun dah siap main masak-masak kat dapur tadi, apalagi blogging la plak kan (ambik kesempatan sarah tengah tido nie...).... 

Sementara ada masa lagi nie, nak selesaikan hutang yang ada dalam buku 555 aku dulu....Kawan-kawan jangan marah ya, kalau aku skip hutang korang, tapi aku bayar hutang orang lain dulu.... Kena settle hutang sama Lya, pasal dia punya interest manyak tinggi maaaa.....manyak kali aku mintak diskaun, tapi dia takmo kasi..... apa boleh bikin??? Bayar dia punya dulu laaa..... hehehe

Udah-udah..... penat la melalut yang ntah pape nie.... Jom kita layan tag dari Lya


Ini lah dia satu-satunya handbag yang aku ada. Gi kerja ke, jenjalan ke, kenduri ke, hangbag ni la jugak yang aku kelek ke sana ke mari....  Dalam handbag ni ada 4 compartment... 

Kita tengok apa yang ada kat dalam  ya..... Jommmmm Selongkarrrrrrrrr!!!!! 


Purse yang aku dah pakai hampir 5 tahun..... haaaaaa, tak caya?? Bukan purse kulit buaya tau, tapi kulit lembu jer.... muahaha..... Actually purse ni hubby hadiahkan sekali ngan handbag, tapi handbag dah lama expired. Tinggal purse jer la yang masih elok. 

Lagiiiiii......


Kunci rumah dengan secebis tisu.... Selalunya kat ruang ni jugak aku letak kunci ofis. Memang aku letak asing dengan purse sebab dekat ruang purse tu aku simpan handphone aku. Nanti kalau aku letak kunci kat situ, abih ler calar balar my sony...... hubby aku membebel nanti tau.... tak suka tak suka.....  


Yang ini adalah zip kat tengah handbag. Aku simpan barang kemas sarah, lipstik dan jugak beg syiling. Barang kemas tu aku dah tak pakaikan kat sarah sejak dia duk taska. Takmo tanggung risiko kalau hilang nanti...... dah la nak dapat payah kan... Lipstik tu memang kena sorok kat situ, kalau jumpa kat anak dara comell tu, habih kat dia sorang jer nanti.... Beg syiling ungu tu pulak aku dapat hadiah dari N, saguhati masuk kontest baby with pacifier.... so takde la syiling berselerak dalam handbag kan.... 

Dan yang terakhir......


Segala mak nenek buku dalam zip nie. Buku nikah 2-2 ada kat sini. Juga buku bank danish ngan sarah. Kalau yang pernah baca n3 nyanyuk aku, kat sini ler aku simpan buku bank budak berdua tue.... Giler carik merata tempat tak jumpa, rupanya tersorok dalam zip tepi tu.  Beberapa keping duit 50 ngan 10 henggit tu aku simpan untuk didermakan kat orang yang memerlukan.... Kalau ada kempen blogger care kat dalam blog ke atau terjumpa sape-sape yang tengah susah, aku gunakan duit nie... 

Bila dikeluarkan semuanya. ini lah diaaaaaaa......


Tak banyak benda pun kan. Padan la, sebab ni snap semalam taim kat ofis, kalau snap taim nak gi jenjalan, penuh handbag tu aku isi.....hehehe.... 

Selasa, 16 Mac 2010

TAG DARI SHIDA PAKA

Hari ni nak bayar hutang tag dari Shida. Baru jer kenal Shida ni sebenarnya dan yang paling bestttt rumah Shida dekat jer ngan rumah aku. Hari-hari lalu area perumahan dia. Setakat ni kami belum pernah jumpa lagi. So lepas ni boleh la saling kunjung mengunjung dan jamu menjamu.... hehehe...

Okeh.... sambung ngan tag pulak ya. Dah pernah buat tag ni dulu, tapi untuk shida aku buat lagi sekali. 

1) You have to print screen wallpaper that you are using right now..
JENG.....JENG....JENG....

*

* 

 *

 *

*
Masih lagi mengekalkan pict. haritu. Lama giler pakai wallpaper neh.  
 
2) Tell us why you like the wallpaper 
 -rasa tenang dan damai bila fikiran berserabut banyak kerja
-suka tenung pict. ni kalau rasa boring, terubat la jugak rindu kat anak di taska

3) Tag 10 people..
Semua sekali yang belum buat tag ni, dipersilakan buat ya. Dah siap jawab tag ni nanti, aku hadiahkan award kat bawah tue. Korang dah  lama tak dapat award kan kan....
  
******************************




Syarat-syarat untuk amik award ni adalah :
 
1) Thank and link the person that gave you the award.
Terima kasih daun keladi Shida. Lain kali boleh la kasi lagi.... 

2)Pass this award onto 15 blogger you're recently discovered and think are fantastic.
Semua yang buat tag kat atas boleh ambik award nie. 

3)Contact said blogs and let them know they've won the award.
Ambik yer kengkawan, jangan lupa plak nanti...

4) State 7 things about yourself

- Kurus dan tinggi..... huhuhu... bila nak berisi sikit nie.   

- Semenjak dua menjak ni hangin semacam......pengaruh suhu panas melampau ke apa erk??? tak suka! tak suka! Nanti aku sejukkan badan dalam pet ess...

- Semakin malas buat kerja rumah tapi sakit jiwa pulak tengok rumah macam tongkang pecah.....nak jer aku kerah sidara ngan teruna kat rumah tu tolong aku.

- Teringin sangat nak gi bercuti dalam waktu terdekat nie. Rasa macam tension semacam jerk sbb dah lama tak kemana-mana. 

- Masih setia menunggu ketibaan 'sahabat baik' yang entah bila nak kunjung tiba..... Majuk ke Wak??? Kalau majuk terpaksa la aku jumpa doktor untuk check up.... 

- Nak sangat kulit muka yang cantik tapi malas giler buat rutin penjagaan muka. Set tia amilia yang aku beli tahun lepas sampai ke hari ni tak habis2 lagi pakai.... apa daaaaaa...

- Petang ni  aku nak paksa hubby bawak gi kuala kemaman.... teringin nak makan kopok lekor ngan ABC sambil  layan blues tepi laut.... ntah pape... Kalau tak nak bawak gi kuala kemaman tue, bawak gi Pantai  Kemasik pun jadik la.... janji keluar okeh .... Boleyyyy  la laling... pleaseeee. 

DAHHHHH..... 

Khamis, 28 Januari 2010

TAG GAY OR LESS

Dapat tag dari adik manis Rina. Jom kita selongkar apa citer disebaliknya....

1) Adakah anda rasa anda hot?
Takde la.... apa kes nak hot2 kans...

2) Upload gambar kegemaran anda. Citer pasal gambar berkenaan 
Puteri kesayangan akak Nur Atikah Maisarah. Nak tau kenapa akak suka gambar ni, boleh baca kat sini. 


3) Bila kali terakhir anda makan pizza?
Sebulan lepas kot.... makan kat Mesra Mall Kerteh. Soklan ni buat akak teringin nak makan pizza lagi la dik...huhuhu...


4) Lagu terakhir anda dengar
Azian Mazuan Sapuan - tak tau tajuk dia apa


5) Ape anda buat selain menyelesaikan tag ini
Layan milo fuze 3 in 1...


6) Selain nama sendiri anda dipanggil name ape?
Anne - kawan sekampus kat UM dulu
Kak Jue - adik-adik dan sepupu sepapat
Che' Ngoh - anak-anak sedara


7) Tag lagi 8 orang
1. Fida
2. Asha
3. Kak Nza
4. Ainie
5. LOL
6. Has
7. Rina (cutemiut)
8. Kak Zana


8) Siapakah orang no 1 kepada anda
Kawan blogger yang baru akak kenal melaui penyertaan dalam kontest anjurannya. Kalau nak tengok wajah anak2 yang ringan tulang bantu mak ayah buat kerja, sila ke blog fida ya. 


9) Kata sesuatu kepada orang no 5
Get well soon dear...


10) No. 3 ada hubungan dengan siapa
Dengan kita semua la, saudara seislam sebenarnya... 


11) Bagaimana pula dengan no 4
Sahabat blogger yang paling rapat dengan akak. Dia jugak blogger pertama yang akak pernah jumpa. Tersangat la mesra lebih dari kawan yang dah kenal lama.... 


12) Pesanan kepada org no 6
Ajarlah ain tukar layout has... huhuhu... nak buat 3-column tak  pandai2 jugak nie....


13) Kata kata cinta untuk no 2
Love our friendship forever n ever.... 


14) Adakah no 7 & 8 punye persamaan
Dua-dua kakak kepada saya. 

15) Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yg men`tag anda
-baru jer kenal tak sampai sebulan kan kan...
-orang kemaman
-ada puteri comel bernama aisyah.... akak suka la nama nie
- tengah susah hati sbb aisyah demam
- terpaksa kerja hari sabtu bermula mac nanti


16) persamaan antara kambing dan lembu
Dua-dua hasilkan susu....hahaha (yang betina la ya)


17) Adakah anda tahu si razmann itu sengal
Siapa itu razmann ya? Tak kenal la sama itu budak!!



18) Gay or less
Gay tu memang tak la.... (tak faham ahkak dik)

Related Posts with Thumbnails