Ahad, 31 Januari 2010

DURIAN DALAM DURIAN

Tak tau la kalau korang pernah tengok rupa buah durian macam nie..

Seumur hayat aku, aku memang tak pernah tengok. 

Buah durian ni dari kebun yang ayah aku tanam kat kampung my atuk. 

Abang aku jumpa ngan durian ni masa musim durian tahun lepas.....


Sabtu, 30 Januari 2010

MY MUM'S FARMVILLE

Jangan ingat kita-kita jer ada farmville ya....

 Mak aku pun ada famville jugakkk walopun dia takde fesbuk... (sila percaya!!!)

Mak aku cakap tak main la tanam-tanam pokok kat muka buku nie, apa kelasssss, tanam kat muka tanah lagi banyak fekdah....muahaha....

Ambik ko, tak pasal-pasal kena atas batang hidung sendirik (aku ler tue)...

Tapi skang ni aku dah tobatt dah, dah lama tinggalkan keseronokan berkebun kat fesbuk tue.... 

 Sekali fikir, melalaikan aku jer...... dua kali fikir memanggg kerja sia-sia....

Itu pendapat aku ler, tapi kalau sekali sekala nak main untuk hilangkan boring or tension tu , idak ler menjadi masalahkan....

 Moh kita tengok hasil penat lelah mak aku bercucuk tanam...

'kalau kebiasaanya rumah-rumah berpagarkan batu atau besi, rumah mak aku berpagarkan pokok mentimun jer- tak perlu risaukan penyamun ke apa sebab kawasan kami bukan black area, this is a green area...hehehe'

 'bapok besor gajoh daun dia-mak aku cuma gunakan baja sayur jer, tak perlu sembur racun serangga. tengok la daun dia, segar bugar kans'

 
 'dan hasilnya yang masih muda - dapat kat aku ratah macam tu jer... sedappp giler'

Khamis, 28 Januari 2010

TAG GAY OR LESS

Dapat tag dari adik manis Rina. Jom kita selongkar apa citer disebaliknya....

1) Adakah anda rasa anda hot?
Takde la.... apa kes nak hot2 kans...

2) Upload gambar kegemaran anda. Citer pasal gambar berkenaan 
Puteri kesayangan akak Nur Atikah Maisarah. Nak tau kenapa akak suka gambar ni, boleh baca kat sini


3) Bila kali terakhir anda makan pizza?
Sebulan lepas kot.... makan kat Mesra Mall Kerteh. Soklan ni buat akak teringin nak makan pizza lagi la dik...huhuhu...


4) Lagu terakhir anda dengar
Azian Mazuan Sapuan - tak tau tajuk dia apa


5) Ape anda buat selain menyelesaikan tag ini
Layan milo fuze 3 in 1...


6) Selain nama sendiri anda dipanggil name ape?
Anne - kawan sekampus kat UM dulu
Kak Jue - adik-adik dan sepupu sepapat
Che' Ngoh - anak-anak sedara


7) Tag lagi 8 orang
1. Fida
2. Asha
3. Kak Nza
4. Ainie
5. LOL
6. Has
7. Rina (cutemiut)
8. Kak Zana


8) Siapakah orang no 1 kepada anda
Kawan blogger yang baru akak kenal melaui penyertaan dalam kontest anjurannya. Kalau nak tengok wajah anak2 yang ringan tulang bantu mak ayah buat kerja, sila ke blog fida ya. 


9) Kata sesuatu kepada orang no 5
Get well soon dear...


10) No. 3 ada hubungan dengan siapa
Dengan kita semua la, saudara seislam sebenarnya... 


11) Bagaimana pula dengan no 4
Sahabat blogger yang paling rapat dengan akak. Dia jugak blogger pertama yang akak pernah jumpa. Tersangat la mesra lebih dari kawan yang dah kenal lama.... 


12) Pesanan kepada org no 6
Ajarlah ain tukar layout has... huhuhu... nak buat 3-column tak  pandai2 jugak nie....


13) Kata kata cinta untuk no 2
Love our friendship forever n ever.... 


14) Adakah no 7 & 8 punye persamaan
Dua-dua kakak kepada saya. 

15) Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yg men`tag anda
-baru jer kenal tak sampai sebulan kan kan...
-orang kemaman
-ada puteri comel bernama aisyah.... akak suka la nama nie
- tengah susah hati sbb aisyah demam
- terpaksa kerja hari sabtu bermula mac nanti


16) persamaan antara kambing dan lembu
Dua-dua hasilkan susu....hahaha (yang betina la ya)


17) Adakah anda tahu si razmann itu sengal
Siapa itu razmann ya? Tak kenal la sama itu budak!!



18) Gay or less
Gay tu memang tak la.... (tak faham ahkak dik)

Rabu, 27 Januari 2010

HILANG


N3 adalah copy paste dari sini
Dari email
Dear All,
At 2pm of 7 Jan 2010, my colleague received a phonecall from her nursery that they have lost her daughter, aged 8, Malay at Sri Damansara area. Her name is Nurul Lyana. Nurul was out to buy ice-cream together with another little girl at around 12pm, but didn't go back to her nursery after that. As told by the other girl, an unknown makcik brought Nurul to see puppy cat.


Please forward this to as many as you could, we need to save her!!! Please help.

If you have any information, please call me at 012-3877510 or Esther at 012-660 6052.

Thanks
Huang Lee Meng


*****************************************************
Semoga ibubapa Nurul Lyana tabah. Kami doakan Lyana akan ditemui semula secepat yang mungkin dalam keadaan yang selamat dan sihat walafiat. 
Kepada parents semua, sentiasa awasi anak anda kerana kes culik boleh berlaku di mana sahaja. Bila baca kisah ni, teringat aku pada sharlinie yang sehingga hari ni masih lagi belum ditemui. Harapan aku kita tidak diuji dengan kejadian sebegini rupa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.  

Selasa, 26 Januari 2010

SNAP VIA MIRROR CONTEST

Hari ni aku mau enterprem diri sendiri.... Kasi can la kan sekali sekala. Pada sesiapa yang belum kenal tuan punya teratak yang penuh ngan bees yang jinak2 nie, sila pandang dan tenung-tenung ya (apa kes la minah ni kan, ingat rope dia cam siti gamoknya)....hahaha....

Sebenarnya bukan suka-suka pun nak tunjuk wajah tak lawa aku nie, tapi sebab teringin sangat nak join kontest dari blog Cik Nisa, nak tak nak kena la tempek juga.....

Pic. ni dirakamkan oleh cik hubby masa kami ke Aquaria KLCC November tahun lepas. Geram nengok obor-obor tue bergerak bebas... rasa nak sentuh dan tangkap jer depa tue sume...

Cadangan untuk kedua-dua blog Cik Nisa

1) DARI KACA MATA YANG BERBEZA - Apakata Nisa gunakan layout yang ada 3 column tue. Memandangkan banyak sangat widget kat blog Nisa nie, akak rasa penggunaan 3-column boleh jadikan blog Nisa lebih tersusun..... 

2) Q-FIRST BOUTIQE - Akak sarankan Nisa tambahkan widget yang bolehkan Nisa update semua order customer yang Nisa dah pos... senang la customer Nisa nak check samada barang yang dorang beli dah dihantar kebelum.....

Isnin, 25 Januari 2010

HATI INI

Fikiran rasa sangat berkecamuk....

Kesabaran juga rasanya makin menipis....

Ya Allah Kau kuatkanlah semangat aku...

Terasa sangat tertekan bila saban pagi terpaksa menadah telinga dengan tangisan si dia....

Lemah longlai rasa badan bila penat bekerja belum hilang, si dia memberontak habis-habisan.....

Hancur luluh rasa hati kalau keadaan berterusan sebegini...

Bingung memikirkan apa sebenarnya kemahuan si dia......

Nak kata sakit, zahir ku lihat elok-elok aja....

Di taska juga dia seperti biasa.... nangis kejap jer, kelibatku hilang dia kembali leka dengan dunianya....

Buntu sungguh aku buntu.... Mana nak ku cari penyelesaian... 

Agar lepas nie tiada lagi tangisan, pemberontakan mahupun kedukaan...

Mama sayang sarah selagi hayat mama dikandung badan... 

Mama akan ikhtiarkan sedaya upaya mama untuk kembali gembirakan hati anak mama...

Sungguh mama rindu gelak tawa dan keceriaan sarah dulu-dulu... 

FITTY'S PINKY ROSE COTTAGE GIVEAWAY

Lagi giveaway menarik untuk disertai. Sesiapa yang berminat boleh klik sini. Syarat-syaratnya amat mudah sekali. Apa tunggu lagiii. Cepattt kengkawan sebab closing datenya 28 january nanti. 

Gud Luck. 

Jumaat, 22 Januari 2010

JATUH


KESIAN MY LITTLE SARAH...

PETANG TADI DIA JATUH KAT RUMAH MY MUM...

NTAH MACAM MANA LA DIA BOLEH TERBABAS KAT PINTU MASUK RUMAH... TERUS TERSEMBAM KAT SITU......HUHUHU....

NASIB BAIK TAK TERHANTUK KEPALA DAN CUMA LEBAM KAT PIPI JER....

KALAU TAK HARU JUGAK RASANYA.....

HOPEFULLY LEBAM TU CEPAT HILANG...

TERBABAS


OPSSSSS, SEJAK MASUK TAHUN 2010 NIE, AKU ASYIK TERBABAS JER...

MENCIKKKK!!!!!

TIAP KALI NAK TULIS TARIKH BULAN 01 TU KAN, ASYIK TERBABAS JADIK 10 JER TAU....

EIIIII NTAH PAPE....

BUKAN AKU SORANG JER ALAMI MENDA NIE, OFISMATE AKU PUN.....

TU LA, TERLALU SET SANGAT KAT MIND SKANG NI TAHUN 2010, SAMPAI NAK TULIS BULAN PUN JADIK 10.... HAMPEHHH....

TAK SABAR NAK TUNGGU BULAN FEBRUARI....

MESTI AKU DAH TAK TERBABAS LAGIII...

KORANG TAK TERBABAS KE?? EHEHE.....

Khamis, 21 Januari 2010

OBLONG BURGER


Sape pernah makan burger nie?

First time aku makan malam tadi. Beli kat pasar malam jer.... 

Fuhhhh sedappppp!!! Inilah dia prosperity malaysia...

Rabu, 20 Januari 2010

HANYUT DAN TENGGELAM....

'danish seusia 6 bulan'

Sorry kalau tersentap dengan tajuk kat atas tue... hehehe... Jangan risau rumah kami masih selamat untuk didiami. Takde sebarang kejadian banjir  berlaku sebab musim tengkujuh dah lama berlalu. Kami masih selamat dan sihat walafiat. Tak hanyut or tenggelam ok..

Sebenarnya, nak citer pasal bot kecik kitaorang kat atas tue. Bot ke ni? kira bot la erk... Enjin dia kami tak mampu beli, so pakai dayung jer.... Ok jugak la kan, janji sampai ke muara.... ntah pape melalut dahhh....

Kami beli bot getah nie masa heboh kejadian tsunami kat acheh ari tue. Bukan pasal nak stanby naik menda ni ke apa, tapi alasan yg hubby kasi untuk menan si danish nie... (abah dia yg lebih berminat sebenarnya).

Entah apa mimpi hubby aku petang semalam,  dia keluarkan balik bot ni setelah lebih 5 tahun kami simpan... Beria mengepam sampai bingit2 telinga aku mendengarnya... Anak2 punya la excited tak terkira... Yer la, dulu danish kecik lagi, tak tau pape pun... Dia pun tak ingat yang dia pernah lepak dalam bot nie...

'lepak ngan adik.... sarah keluarkan duit nak bayar tiket..'

Yang lawaknya malam tadi, korang tau apa jadi? Ni ha!!!!

'belayar di lautan sepi dan sunyi'

'lena dan hanyut dibuai mimpi indah'

Bukan setakat lepak jer k, siap tidor baring sampai terlena dah.... Adik siap ambik bantal ngan selimut, lepas tue berebut nak tido dalam tue.... Yang lemas, hanyut dan tenggelam di bawak arus mimpi si danish nie.... Entah mana-mana dia belayar dah..... hahhahha...... nasib baik mama tak tinggal danish tido kat luar...

"sarah jumpa dolphin bang..."

 

KUCING CHOMEL ITU MILIK SAYA

Happy dapat mesej kat comment box dari mama e-ein malam tadi...

Alhamdulillah, aku menang kalendar kucing yang comell itewww....

Lepas ni, boleh la renung gambar kucing tetiap hari.... hehehe...

Thanks cat... 

Selasa, 19 Januari 2010

Give Away Barang Deko English Style

Aku yakin sesiapa yang tengok pic. kat atas ni pasti berkenan kan.... kalau nak beli ni harus ratusan ringgit melayang.....

Jangan susah hati dan bimbang, kalau korang berkenan dan teringin memilikinya secara percuma, sila klik sini

Hanya sorang jer pemenang bertuah yang akan dipilih oleh en. random ong. Tuah ayam nampak di kaki, tuah kalian, kalian yang tentukan.... 

Cepattt- cepattt kerana anda masih belum terlewat. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 januari nanti... 

All the best to u all.

Isnin, 18 Januari 2010

LUKISAN DIA

Atas permintaan anak bujang aku, aku kena tampal jugak lukisan ni kat  sini....

Tak sampai hati nak hampakan dia sbb dia cakap "lenguh tangan danish siapkan lukisan ni kat skull sbb danish nak tunjuk kat mama. Mama letak kat blog mama ya....." (dia dah pandai sebut perkataan blog sebab terbiasa dengar perkataan tue keluar dari mulut aku...hahhaha...)

Sebagai penghargaan atas penat lelah danish, turutkan ajer lah ya.....

Tengok pada lukisan tue, aku tak caya dia yang lukis. Part orang tu ler... tapi bila tanya, dia jawab dia yang lukis sendiri..... 

Aku tengok dia mcm happy sangat dengan lukisan nie sampai dia cakap "danish rasa nak bagi kad raya kat teacher la mama"

hahhaha.... ada ker lukisan dia nak jadikan kad raya.

Kita beli kad lain ya danish... Lukisan ni biar mama simpan utk kenangan bila danish besar nanti.... 

Syukur la dia dah semakin bersemangat belajar... Kalau dulu, puas gaduh ngan aku baru nak belek buku... huhuhu....  

'touch-up lagi-warnakan klcc'

'bersemangat tampal kat dinding.... balik abah siap arr nie'

Ahad, 17 Januari 2010

RIBBON KHAS UNTUK SEMUA BLOGGER



STICKY MODE ENTRY
 
Ini adalah suatu entri khas. Entri yang mungkin menyaksikan sejauh mana komitmen blogger semua untuk memperlihatkan kepada semua bahawa blogger adalah orang yang bertanggungjawab terhadap apa yang ditulisnya.

Kita bertanggungjawab terhadap rakan-rakan blogger kita samada dalam keadaan susah dan senang. Kita adalah blogger prihatin terhadap rakan-rakan blogger, terhadap masyarakat dan kepada negara.

Terpanggil kepada permasalahan en. megat, saya meminta semua blogger di Malaysia meletakkan ribbon diatas di blog masing-masing sebagai tanda kita prihatin.

Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menyumbang RM1 kepada en. megat. Anda boleh mengikuti apa yag tersurat dan tersirat tentang en. megat di post ini: Tangisan Aku, Isteri dan Anak-anak

Untuk maklumat lanjut klik sini


Catlina's Cat Calendar Give Away!

Kalau anda peminat tegar kucing yang chomel, join giveaway nie...

Siapa tahu anda salah seorang yang bertuah memiliki kucing2 tersebut...

Opssss!!! Kalendar dengan gambar-gambar kucing ya....

Jomm terjah blog mama e-ein!!! 

p/s: tak dapat bela kucing, dapat kalendar kucing pun jadik la...hehehe...

DAH BESAR RUPANYA DIA..

Dah boleh jadi mama dah sarah nie....

Ke hulu ke hilir dukung anak patung dia...(lagak macam mak dukung anak....hahaha)

Penat dukung dia kasi baby kecik dia tidor dalam buai plak.... (bersila la si emak ni kat bawah sambil tangan menghayun buaian.... lepas tu siap ngan bunyi syssh...sysshh, kenkonon nak diamkan baby ler tue)

Bila baby macam takmo tido, dia angkat dan riba.... sesambil tue tepuk2 baby dengan penuh kasih sayang.......

Aku kontrol gelak dan buat2 tak nampak sbb kalau dia nampak aku peratikan aksi2 dia, dia pasti tersenyum malu......

Kadang tu kan, bukan anak patung jer dia jadikan manusia, mickey abang dia pun jadik mangsa.... 

Layankan ajer la janji dia bahagia.....hehehe...

'cute tak saya? anak patung giant jer...ehehe'

'pakai bedak ya, baru la wangi dan orang suka'

'tidorlah manja'

'uk uk ya..'

'cian dia demam'

Sabtu, 16 Januari 2010

TAK SUKA KALA MANDI

Jaaangan salah faham ya... Bukan aku tak suka mandi... sukaaaa.... sukaaa sesangat...

Yang aku tak suka tue, bila mandi air masuk dalam telinga....eiiii gerammmm!!!

Nak kata cara mandi tak betull, takkan dah tua camni tak reti2 lagiii.... tak masuk akal kans..

Tapi memang aku selalu kena kes air masuk dalam telinga nie, hanginnn tau...

Terpaksa la usaha keluarkan air tue balik....

Apalagiii, gunakan petua orang dulu-dulu... 

Titik lagi air dalam telinga yang dah masuk air tue sampai terdengar bunyi something pastu senggengkan kepala sampai telinga rasa panas.... kalau tak rasa panas maknanya air tak keluar ler... 

Aku punya cara, bukat takat senggengkan pale jer, siap lompat2 pastu ketuk2 pale aku nie.... payah jugak dia nak keluar...... haiyyyyoooo memang bikin tension sbb telinga rasa berdengung!!

Kalau memang tak jalan jugak dan aku mcm dah nak give up, at last aku buat dunno jer... 

lama-lama dia kering la sendirik....

Jumaat, 15 Januari 2010

MAHALNYA......

Itu jer perkataan yang keluar dari mulut aku masa hubby bawak balik sebungkus kerang malam tadi...

Terkejut sebenarnya sebab sebelum ni harga sekilo dalam RM2.20 jer.

Memandangkan dekat dua tahun dah tak beli kerang mentah nie, a big surprise la bila harga dia mendadak naik ke RM3 sekilo....huhuhu...

'tak tipu kan kan'

Apa nak buat dengan kerang tu sebenarnya?.... Untuk dicampakkan dalam menu mee goreng basah kitaorang pagi tadi....

Lepas ni malas la nak taruk kerang dahhhh... taruk ayam lagik sodappp!!!

'menu brekfast kami'

'sarah-tukang rasmi'

Cabutan Bertuah MDM 2010


Cabutan bertuah spesel untuk semua follower. Bukan aku yang anjurkan ya, tapi Asha bersempena meraikan ulangtahun kedua-dua anak beliau.

Syarat-syaratnya boleh lihat kat sini.

Hadiahnya memang cukup menarik, tertarik dan memang debommmm!!!

Gud luck Semua........

Khamis, 14 Januari 2010

CONTEST: MY LITTLE HELPER

Jangan muntah ya kengkawan..... dah macam kemaruk kontest pun ada aku ni ha....apadaaa....

Aku tak kira!!! Tak kira!!! Nak join jugak Contest My Little Helper dari blog fida nie... kan aku dah kata harusss  "BERANI UNTUK GAGAL" dan penyertaan kontest juga untuk menambahkan sahabat di alam maya....

Sabar jer la kengkawan yerk... 

Nama Si Kecik: Nur Atikah Maisarah

Untung punya anak yang ringan tulang macam ni kan... walaupun vakuum tu jauh lebih berat dari badan dia, ada dia kesahhh!! hahaha.... Jangan risau aunty-aunty sume, vakuum ni kan ada roda, sarah tak yah pikul, cuma perlu tolak jer.... pastu sedut segala debu dan habuk yang ada... Senang kerja mama sarah kan kan... tu yang mama sibuk duk bertenet memanjang....huhuhu....

TERIMA KASIH ADUAN RAKYAT-TV3

Menitik air mata kala menyaksikan rancangan ADUAN RAKYAT di tv3 malam tadi. Mungkin bagi kita bantuan yang disumbangkan tv3 itu tidak seberapa, tapi bagi ibu-ibu di Persatuan Sokongan Ibu Dan Anak Kurang Upaya 'Azwar' ianya cukup bermakna. Sekurang-kurangnya masih ada harapan buat mereka untuk melihat nasib anak-anak istimewa mereka terbela....

Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu membesarkan anak-anak ini. Tak dapat aku bayangkan bagaimana susahnya kehidupan seorang ibu tunggal yang perlu membesarkan anak ini keseorangan....Bagaimana agaknya mereka hendak bekerja sedangkan pada masa yang sama si kecil perlukan perhatian setiap masa.... Ya Allah, berikan kekuatan kepada mereka semua dalam menjaga amanahMu ini.....Aku pohon Ya Allah.... Tiada daya untukku membantu selain dari doa untuk mereka semua...

Ku pinta pada masyarakat, janganlah kau cemuh dan hina mereka kerana mereka tak pernah minta dilahirkan sebegini... Layanlah mereka seadilnya. Mereka juga berhak untuk mengecapi kebahagiaan seperti kita... Jangan pernah salahkan ibu yang melahirkan mereka, kerana semua ini kehendak yang Esa. 

Semoga ada yang prihatin dengan nasib anak-anak ini di luar sana. Bantulah mereka.....

Kisah mereka juga boleh dibaca di sini, di sini dan di sini.  

p/s: pic. kt tu PSIAKU

GELANG KAKI SARAH

Kesian nengok anak dara aku ni haaa. Punya la excited dapat gelang kaki baru. Aku keluar jer dari bilik mandi terus terkedek-kedek datang carik mama...

Sarah: mamaaaaaa........... mamaaaaa....

Aku: iya......

Sarah: omel...... omel...... (sambil tersenyum-senyum...)

Aku yang mengong ni senyum la balik sambil duk fikir apa la yang dia nak bagi tau.........

Ropenya dia nak cakap comelnya dia ngan gelang kaki baru. Yang lawaknya gelang kaki getah tue...

Alahaiii sarah....

"tak dapat gelang kaki emas, gelang kaki getah pun jadi la.."

"apa yang penting...happyyy, betul tak mickey?"

Rabu, 13 Januari 2010

AKSI MENARIK KETIKA MEMBACA

Berpegang pada Prinsip "BERANI UNTUK GAGAL" aku join kontest lagi. Walaupun tak pernah menang dlm kontest gambar bergambar nie, tak kisah la. Janji tali persaudaraan bertaut mesra.... tak giteww....

Kontest menarik kali nie anjuran Syima Syawal. Kalau nak tahu, beliau adalah seorang penulis sebenarnya.... Koleksi buku-buku di dalam banner kat atas tu sume adalah karangan puan shima kita.

Bila sebut pasal penulis ni kan, aku memang cukup kagum. Apa yang selalu bermain dalam kepala aku ni apa tau...... mana la dorang dapat idea nak menulis ni ya.... Aku nie, usah kata nak menulis atau mengarang novel panjang berjela, nak taip entry ringkas kat blog ni pun asyik blank jer....huhuhu.... 

Memandangkan hobi aku dah memang membaca, so anak-anak wajib ler terikut sama. Paling ketara minah kecik pengarang jantung hati hamba tue...sapa lagi kalau bukan si Sarah. Habis hancur lunyai majalah mama dia kerjakan. Kasi buku dia idak ler dia mau.... perasan besor gamoknya budak ni kans.... bukan tau baca sangat pun, yang dia tahu tengok gambar jer.... Jadik la kan, at least takde la gambar gajah dia sebut semut kan kan...  

Nama Anak: Nur Atikah Maisarah

Nama Ibu: Noraini Khani

Tajuk Gambar: Yang Mana Satu Idaman Kalbu

seeee.... kecik-kecik dah tau nak pilih alat mekap sume.. Jangan cakap Sarah ni menurun feel mama dia, sebab mama dia memang tak suka mekap ok. Suka lagi yang natural tau....hehehe.... 

Sesiapa yang nak join kontest ni cepat-cepat ya. Klik sini untuk maklumat kontest dengan lebih detail. Closing datenya ialah pada 20 Januari 2010. Sila candidkan pic. anak-anak anda kerana aksi yang dibuat-buat akan direject oleh pihak penganjur... 

Selasa, 12 Januari 2010

NEW YEAR GIFT

Tengahari semalam aku dapat 1st gift untuk tahun 2010. Penghargaan sebagai salah seorang top komentar kat blog Kak Nza

'dah sampai..'

Thank u kak... suka sesangat... Moga akak terus dimurahkan rezeki oleh Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa....  

Yang seronoknya bukan aku jer yang dapat, ada jugak untuk hero mama Danish. Senyum simpul bila tau ada hadiah untuk dia...

'for mama n abang'

Kak, danish cakap "terima kasih untuk kawan mama". Pagi tadi dia dah mula explore something dengan pembaris tue... nasib baik ada banyak coz adik pun berebut nak jugak... selalu dengki ngan abang tau.... 

'suka la tue' 

MC DI AWAL TAHUN

Hari ni aku mc....... selesema sejak jumaat hari tu dan semalam demam la pulak... Habih sakit segala sendi dan urat dalam badan aku... huhuhu...

Dalam pada duk sakit-sakit ni sempat lagi jemur kain baju bagai... hahaha... Sempat jugak blokwalking dan buat n3. Kalau sakit, aku memang tak suka baring atau tido, lagi sakit badan aku ada la. Better buat apa ajer aktiviti yang boleh keluarkan peluh.... baru la demam cepat baik. Kalau rasa cara aku ni tak sesuai ngan kengkawan semua, jangan tiru okeh... kang tambah melarat plak jadinya...

Harap cepat la baik demam ngan selesema aku nie. Malasnya nak telan ubat hari-hari. Kalau ganti ngan cokelet tu best jugak...

'nasib baik sikit jer ubatnya..'

Jumpa lagi..... 

Isnin, 11 Januari 2010

ADRINI’S 1ST GIVEAWAY

Nak join Adrini’s 1st Giveaway anjuran UmmiKhayra pulak....

Syarat-syaratnya memang simple sesangat:  

1. Tulis entry bertajuk ” Adrini’s 1st Giveaway ”.

2. Letak banner di sideboxes dan link kan kepada

http://www.adrinis.com/blog

3. Letakkan link

http://krochetshop.blogspot.com/

sebagai penaja bersama.

4. Lepas tu tinggalkan komen dengan link sebagai tanda penyertaan kawan-kawan.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15hb Januari 2010 jam 11.59pm.  

Hadiahnya memang menarik sungguh. Jom cuba nasib kengkawan.......

Rabu, 6 Januari 2010

Baby Wearing Baju Melayu/Baju Kurung Contest

Contest lagiiiiiiiiiii. Kali ni anjuran Anak 2 U. Kalau kengkawan nak cari baju mengandung ataupun baju kids, boleh la singgah blog Anak 2 U ni. Banyak sekali pilihan dan koleksi baju yang lawa-lawa tau....

Untuk syarat-syarat lanjut Baby Wearing Baju Melayu/Baju Kurung Contest klik sini

Dan pertaruhannya adalah

*

*

*

*

*

Nama: Nur Atikah Maisarah

Umur: 1 Tahun 9 Bulan

Nama Ibu: Noraini Khani

Email add.: ain.flowtech@gmail.com

Kengkawan yang berminat join contest ni cepat buat n3 korang. Closing datenya 10hb January 2010 jam 11.59pm. Sempat lagi nie..... 


Related Posts with Thumbnails