Selasa, 29 September 2009

HAPPY BIRTHDAY AINI

BUAT SAHABAT BLOGGERKU AINI YANG DIKASIHI, SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN YANG KE-33.

SEMOGA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK, DIMURAHKAN REZEKI DAN BERBAHAGIA SELALU HENDAKNYA.

TERIMALAH KEK DI ALAM MAYA YANG TAK SEBERAPA INI. KEK FAVORITE AINI NI KAN...... APA NAK BUAT KITA SANGAT JAUH DI MATA. POS KARANG KAN PENYET PLAK KEK NI.........HIHIHI...........

TERIMA KASIH DIATAS PERSAHABATAN YANG SANGAT INDAH. SUNGGUH SENANG DAN BAHAGIA SEKALI MENGENALIMU SAHABATKU...... SEMOGA IANYA BERKEKALAN SAMPAI BILA-BILA...... 

P/S: PIC. PR SR

Isnin, 28 September 2009

KAMI DI HARI RAYA

Sekejap jer rasanya masa berlalu....tup tap tup tap dah kena start kerja balik. Walaupun hari ni dah masuk dua hari memulakan rutin harian masuk ofis, satu kerja pun belum jalan lagi.....huhuhu.....aduhai enjinnnn, bila la ko nak panas niiii!!!!

Sedikit kenangan raya untuk dikongsi dengan kengkawan semua. Hanya di hari raya pertama jer kami dapat keluar beraya. Selebihnya lepak kat rumah mak aku sambil menunggu tetamu datang berkunjung. Apa nak buat raya kedua hubby dah kena kerja. Suka tak suka redha jer la.  

Mesti kengkawan pelik kan, nape pulak la baju anak teruna aku tue tetiba larik temanya. Hahahaaa.........sebenarnya kain baju melayu danish sama ngan hubby, tapi tukang jahit plak tak sempat nak jahit sbb ada staff dorang yang sakit.  Last minute terpaksa la, aku rembat jer apa yang ada. Nasib baik jugak masih ada saiz utk dia dan kain pun boleh tahan kualitinya. Pakai jer la Danish, janji berbaju........... ok pe ni.....sama tema ngan sofa......kahkahkah......

"Danish yang sangat seronok mengumpul duit raya. Nak beli transformers katanya..."

"abah with anak dara kesayangan"

Satu perkara yang buat aku sangat tidak seronok beraya..... Sarah sepanjang masa nak berkepit dengan aku sampaikan nak masuk toilet pun kena bawak dia sekali. Sungguh aku tension dan penat tahap gabannnnn.....huhuhu..... aku pun tak tahu bila la Sarah ni nak mesra alam dengan semua orang. Usah kata nak ambik atau sentuh dia, tegur pun kadang tu dia nangis. 

Jumaat, 18 September 2009

SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DARI MAMA-DANISH SARAH SEKELUARGA. MAAF ZAHIR DAN BATIN ANDAI ADA KATA-KATA DAN PERBUATAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN. SEMOGA HARI RAYA PADA KALI INI MEMBAWA SERIBU ERTI BUAT SEMUA. 

KEPADA YANG MENGHADIAHKAN KAD RAYA YANG CHOMELL-CHOMELL, TERIMA KASIH SEMUA. SEMOGA SELAMAT DALAM PERJALANAN PERGI DAN BALIK NANTI. JAGA DIRI K.

FROM MAMA QASEH


FROM IBU ARIFA


FROM CUTEMIUT


FROM UMMU MISHKAH

FROM CATLINA



Rabu, 16 September 2009

CUTE SLEEPING BABY CONTEST

Aku dah adicted...... sekali join kontest, rasa nak join lagiiiiiiii.......dan lagiiiiiiii........ sudahhhhhhhhhhhh.... 

2nd time ni, aku nak join contest anjuran blog "Love My New Life". Baiti anjurkan contest ni sempena dengan birthday beliau yg ke-26 yang jatuh pada bulan ni. Antara syarat-syaratnya:

1. Penyertaan terbuka kepada semua para2 ibu n blogger..
2. Perlu lah menjadi FOLLOWER Love My New Life
dan add my link nie di bloglist anda
3. Buat entry contest bersertakan 1 gambar ur baby anda yang sedang tidor
yang paling cute,chomel sekali...
4. Terhad untuk satu penyertaan sahaja (kang rabun juri nk pilih pemenang..huhuhu)
dan umur bayi ketika itu hendakla dalam
lingkungan usia 3 - 12 bulan
5. Perlu disertakan dengan NAMA BABY, BIRTH DATE, PLACE OF BIRTH & NAMA IBU
6. Kemudian add banner contest kat side bar beserta ngan link contest nyer skali

7. Nyatakan skali aper yang special tentang blog Love My New Life

8. Sila tinggal kan link peyertaan anda di comment yerk..

Setelah digodek-godek di dalam pc buruk aku ini, akhirnya aku pilih pic. yang kat bawah ni. Waktu ni, umur Sarah baru 10 bulan. Sarah ketiduran setelah penat didera mamanya. Jangan salah faham yerk, bukan dera yang pukul-pukul atau chobit-chobit tue. Sebenarnya sebelum dia terlena nie, aku dera Sarah pakai skaff hitam tue. Skaf tue Chek Da Sarah yang punya. Tertinggal kat rumah aku masa dia datang tido rumah aku ari tue. Bila aku jumpa aku tolong cucikan, taim nak lipat tu Sarah ambik wat main plak.  Nak sangat main skaff ni, aku paksa dia pakai terus. Entah macam mana boleh melekat kat kepala sampai tertido..... 

Nama Baby: Nur Atikah Maisarah Binti Iskandar

Birth Date: 11 Mar 2008

Place of Birth: Hospital Dungun, Terengganu

Nama Ibu: Noraini Binti Khani

Menariknya tentang blog "Love My New Life" adalah kerana banyak cerita2 menarik yang dikongsi oleh Baiti. Bukan sahaja tentang kehidupannya sebagai seorang isteri dan ibu, tapi juga info-info lain yang sangat berguna utk all mummies out there. Yang paling penting, Baiti juga ada blog yang menawarkan online shopping tudung-tudung yg cantik. Nak beli tudung yg cantik dengan fesyen terkini, boleh klik kat sini.  

2009 CUTE BABY IN STROLLER/PRAM CONTEST

Tetiba rasa nak join contest. Boleh  ke gitewww....... hihihhi..... Kiranya, ni adalah penyertaan pertama aku selama berdamping dengan dunia blog ni.... Saje la untuk memeriahkan suasana, mana tau ada rezeki dapat hadiah pula......hahahaaaa........

Contest kali ni dianjurkan oleh Mummyameer. Contest yang pada pendapat aku sangat menarik dan senang untuk disertai. Just dapatkan sekeping foto baby anda bersama dengan stroller @ pram dorang. Buatkan sedikit entry then link kan ke blog mummyameer. Senangggg kan. 

Ini adalah syarat-syarat penyertaan yang aku copy paste dari blog mummyameer.:

1. Of course u must be the follower of mummyameer.
2. Sila add dan link kan banner di sebelah pada sidebar.
3. Buat special entry utk contest ini dan sertakan sekali sekeping gambar baby/toddler di dalam prams ataupun stroller anda.
4. Link kn blog mummyameer.

Jom kita tengok pic. yang aku pertaruhkan........

Tu diaaaaaaaaaaa..... Maisarah dengan aksi kepala terteleng di dalam stroller Anakku (banyak sangat makan leher ayam agaknya sbb tu kepala dia jadik macam ni....hahhahaaaa). Pic. ni dirakamkan waktu kami berehat di Taman KLCC masa ke KL bulan July ari tu. Kalau nak tahu cerita lanjut boleh klik kat sini.

Sarah sangat happy taim ni sebab kekenyangan makan bubur ayam McD. Stroller yang Sarah gunakan ni sebenarnya abang Danish yang punya. Mama Sarah belikan masa Ulangtahun Anakku yang ke-50. Dapat la dengan rege yang murah.... fifty percent offer masa tue. Alhamdulillah walaupun dah 5 tahun pakai, stroller ni masih elok lagi. Perasan tak??? Dekat tangan Sarah tu, plastik dia pun tak tanggal lagi tau..... 

Kepada all mummies yang berminat, Contest ni telah dilanjutkan sehingga 23 September 09. Keputusannya pulak akan diumumkan pada 29 September 09.



Isnin, 14 September 2009

SI DIA DI BULAN PUASA

Kesian betul la kat anak dara aku nie....

Sejak bulan pose ni kan, waktu tido dia jadik tunggang langgang lintang pukang dah....

Yer ler....bulan pose mamanya balik awal sejam dari biasa.....

Taim tu jugak la taim dia nak layan mata.....

Yang peliknya, awal-awal tu takmo plak dia tido.... tau nak main jer kojenya......

Bila dah ngantuk sangat gini la kekdahnya......

Sampai jer rumah terus terlena.......penat sangat agaknya.....

Bila keluar malam lain pulak ceritanya......

Abah start enjin keta, dia start tutup mata....

Yang malangnya bila dinihari menjelma......

Dia bangun la pulak dan mula nak berjaga......

Haruuuuuu....haru betul jadinya........

Ahad, 13 September 2009

MISI SEMALAM.....

Apa aku buat ya?

Apalagi kalau bukan koje dobi-mendobi....

Aku tukang campak jer, yg buat koje my Wachine Machine ler...

Dan kali ni, apa yang  didobi adalah laen dari yg laen......

Kasi dobi itu baju raya la........ bukan mama punya la......

Tapi Ahmad Albab yang punyaaaaaa....kahkahkah......

Takde la sampai cenggitu......basuh baju raya my kids jer......

Namapun dah dekat nak raya kans, so.......time coti ni la nak buat.....

'sila tanggalkan tag ya'

'ready untnk diputar oleh my WM'

Korang sume dah basuh ke baju raya anak-anak korang?????

Bukan apa la kan, kadang tu aku pelik jugak dengan certain parent yg main belasah jer kasi anak pakai baju raya tak berbasuh.......bau kedai I cakap U....

Zaman berpenyakit ni, bawak-bawak la basuh dulu Yang oiii...... mana tau orang yang pernah sentuh baju tu sblm ni pembawa virus pape kan..kita jugak yang susah nanti.......

SELAMAT MEMBUAT PERSIAPAN RAYA UTK SEMUA YEA....ENJOY UR WEEKEND.....TATAAAAA.....

Khamis, 10 September 2009

JAWAB TAG SAJORK......

Hamboi.......hamboi.......hamboiiiii. Panjang gila tag yang aku dapat ni. Banyak plak tu soklannya. Yang dasyattttnyaaaa tu kan, kiri kanan aku kena tembak. Tapi takpeeee.....Aku suka tauuuuu... tu maknanya ada orang ingat dan sayang kat aku..... Kalau tak, takkan nama aku naik kat list dorang kan kan.....

satuuuuuu.......duaaaaaa.......tigaaa.....mula!!!!!!!!! 

1. Bekas kekasih saya adalah :

Seorang yg sangat baik dan bersopan santun, tapiiiii tak pernah tetap pendirian....tue yg clash ngan aku tue.....


2. Saya sedang mendengar :
Berita Jam 1 tengahari.....

3. Mungkin saya patut :
Solat zohor sekarang.......dan azan pun kat surau tue.....Jom solatttt......

4. Saya suka :
Bila berada disamping anak-anak......walaupun penat duk layan kerenah dorang, tapi mama tetap happy tau....tak puas hati mama chobit jer........

5. Sahabat-sahabat baik saya :
Anak-anakku.......setia menemani mama kala suka dan duka kan........jangan besar seksok korang lupakan mama sudah ler.....

6. Saya tak paham :
Hati budi manusia.......paling tak faham kalau kita dah buat kebaikan tapi dibalasnya kita dengan kejahatan.....bukan ke lebih baik tak balas apa-apa.....at least takde orang yg sakit hati atau berkecil hati......

7. Saya kehilangan :
Foto-foto kenangan sewaktu saya masih baby......satu pun takde tau...huhuhu......

8. Ramai yang berkata :
Awak ni cikgu ke???? Oh tidakkkkkkk.......aku hanyalah kerani cabuk ajer.......

9. Makna nama saya :
Cahaya Mataku............semoga cahaya yang ada padaku memberi sinar kepada kengkawan yang dalam kegelapan.......pimpinlah tanganku, akan ku bawa kalian seikhlas hati ke destinasi impian.......

10. Cinta itu adalah :
Pada yang Hakiki.........KepadaNya kita datang, KepadaNya jua kita kembali........

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
Bermain Farmville kat Facebook........sapa lagi kalau bukan ofismate aku nie.....dan aku ler cikgunya....kahkahkah......

12. Saya akan cuba :
Sentiasa memperbaiki kelemahan diri.......Bantulah hambamu ini ya Allah......

13. Ayat selamanya membawa maksud :
Berkekalan sampai bila-bila dan tiada penghujungnya....

14. Telefon bimbit saya :
My Norkiah yg sangat berjasa kerana dialah photographer ku yang setia........mostly pic. yg ada kat blog ni sentuhan dari dia......

15. Bila saya terjaga dari tidur :
Alhamdulillah......aku masih bernyawa rupenya......aku pernah mimpi nyawaku diambil tuhan di dalam tidurku, tetiba aku terjaga, dan syukur aku masih diberi peluang melihat dunia ini.....kalau betul la kan, tak sempat ku mintak maaf pada semua.....huwaaaaaa.....  

16. Saya paling meluat bila :
Jumpa manusia yang berlagak dengan kemewahan yg dimiliki.......sedarlah wahai manusia semua ini hanyalah pinjaman semata-mata....harta tidak boleh dibawa mati, yang tinggal hanyalah sedekah dan amal jariah yang engkau lakukan.....

17. Pesta/Parti adalah :
Tempat yang kadang2 membawa kita kepada kelalaian dan kealpaan........ 

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :

Burung Merak Kayangan.......jumpa kat taman burung la.....

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :

Zaman kanak-kanakku......seronoknya main pasir, main masak-masak .....yang jadik mangsanya pokok-pokok bunga my mum la......hihihi.....

20. Hari ni :
Tinggal 10 hari lagi nak raya..........Yihaaaaaaaa..... 

21. Malam ini saya akan :
Berkebun dah terus berkebun di Farmville........kaya kat alam siber jer la.......

22. Esok pula saya akan :
Balik rumah my mum......seronoknyaaaa.....

23. Saya betul-betul inginkan :
Kebahagian dan kegembiraan yang berkekalan dalam rumahtangga.......

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Bila nak ada perubahan ni......tambah cerah ke..... gebus ke......tembam ke.....

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Arked mainan.....kesian anak-anakku, abahnya jarang bawak dorang main kat sini......

26. Makanan Barat atau Jepun :
Dua-dua aku tak sukeeee.......suka yang local jugakkkkk...

27. Bilik yg terang atau gelap :
Yang sedang-sedang saja......baru la romantik kan.....

28. Ayat terakhir anda katakan pada seseorang?
"Kena bukak kotak gift tu dulu....baru la boleh use itik yg kak na dapat tu"...... cikgu sedang ngajor anak murid dia kengkawan.......

29. Siapa yang anda nak Tag?

* Ainie Aziz - bahan utk upadate n3 ni tau....

* LOL - dear, ambik homework ni ya.... buah tangan pertama dari akak yg LOL sayang.....

* Dakosue - lama sangat ko menghilang dik, akak paksa ko buat ni supaya ko tak berani nak main sembunyi-sembunyi lagi..... adiah dari akak sbb ko kasi akak baju hari tue.....jahattttt akak kan....hahhaha.....

* Ibu Arifa - lama akak tak tengok min jawab tag...... kira yang ni anak murid kasi homework kat cikgu lak ya.....

DONE>>>>>>


Rabu, 9 September 2009

TERPENGARUH SODAHHHHH

LAGIII DAN LAGIIII KERENAH MINAH KECIKKK......LAYANZZZ

Lepas penat duk punggah baju danish ari tu kan, sarah mintak la pulak nak "am"..... nak makan ler tue..... so aku pun kasi la roti gardenia yang dia suka tue....sesambil tunggu dia selesai makan, aku buat-buat sibuk mengemas itu ini kat dapur...... masa aku nak kasi sarah air kans.... terkezutttt badak aku dibuatnya....... seee apa dia buattt......

Dia sodahhh terpengaruh dengan aksi-aksi mamanya..... yer la, ari tue mamanya kan dah start pakai tia emilia...wajib la tetiap malam ngadap ceremin kans........tempek2 krim giteww.... Udah namanya pun pompuan, harussss ler anak daranya pun teringinnn juga.... tak dapattt krim kunyit ngan krim pemutih mama dia, dapattt krim jagung roti gardenia ni pun jadik ler....... "sapu dik jangan tak sapuuuuu.....sini mama tulun meh...."

Melawan ko taim aku tegur dia buat macam tu...... maunya aku tak marah, abih berkilat-kilat dan berlengas muka dia....dah la baru lepas mandi......tak kan nak mandikan lagik sekali...  "bukak luas-luas mulut tu dik.....lebah sengat kang baru tau"

"Agak-agak muka sapa la cun dulu....mama ke saya"

"mesti la saya kans......perahsan...perahsan....."

p/s: dua malam lepas dia ambik tisu muka yg aku dah buang dalam tong sampah sambil tiru gaya aku tengah sapu toner kat muka.......saborrr jer la.....

Sabtu, 5 September 2009

MENGGANAS AJE KOJENYA...

Aku tengah sedey ni.......betullll...... tak tipuuuu.....sedey sangat-sangat...sob...sob..sob...

Tengok ler apa anak dara aku buat kat aku.....huwaaaaa...

Baru jerk malam tadi aku lipat baju-baju danish ni, alih-alih pagi ni Sarah pi punggah semua....huwaaaaa lagik skali....

Kenkonon, hari ni mama dia plan la nak bersantai-santai layan tenet, hancusss berkecai plan aku tu....

Yang lawaknya kan, bila aku tanya "sapa buat ni??"

Tau tak Sarah jawab apa "Abam"

Selamba badak dia pi tuduh abang dia yg buat..

Yang abangnya pulak, berkerut dahi dengar adik cakap macam tu (agaknya dlm hati dia ckp "pehal aku nak punggah kain baju ni, carik nahasss.... ko takpe la dik, ko tu kecik lagi, sure mama tak kasi upah punya....")

Aku paksa jugak Sarah kemas balik baju tu sume........

'khusuk mendengar arahan'

'main sumbat jerk'

'muka orang bersalah'

Danish yang kesian tgk adik dia kena dera volunteer nak tolong kemaskan..... "biar danish jer la yang kemas mama, cian sarah..."

haah yer la....... takde maknanya kalau korang berdua yg kemas..... bukannya korang pandai pun lipat baju tu balik...main sumbat-sumbat pandai ler.....huhuhu....

Jumaat, 4 September 2009

MUHASABAH DIRI DIPAGI JUMAAT

SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud : 

"Wahai kaum wanita, aku lihat 
kamu ini lebih banyak di neraka". 


Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang 
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu 
yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka: 

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 
2. Kamu kufurkan kebaikan suami." 


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci. 


YANG LEBIH, YANG KURANG

" Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU 


" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi." 


Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." Ingat, kehidupan didunia adalah sementara dan jikalau kita dijodohkan, maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..


Khamis, 3 September 2009

MINI POPPERS

Dah namanya pun antu eskrem kan, confirm ler stok wajib adooooo

Kali ni kasi tukar selera sket...... takmo yang manis-manis sangat dah.....

Hambekk yang sedang-sedang saja (mcm lagu dangdut si Iwan lak).....

Pertama kali makan eskrem mini poppers ni....wahhhhhh rasanya sangat mabelesss sekali...

Selalunya aku layan iklan eskrem ni kat tv jer..... sekali cik hubby offer nak blanjer, mama apa lagik, okies dengan lajunya....hahhaha..... Iyalah, rezeki jangan ditolak kan kan.....

p/s: bulan pose ni, bawak bersabar banyak-banyak ya....

Rabu, 2 September 2009

KAD RAYA.....

Inilah dia kad raya pertama yang aku terima tahun ni...

Terima kasih ya Luna sbb masukkan nama aku dalam list ko.....hihihi..

Kalau korang nak tahu, sebenarnya dah bertahun aku tak terima kad raya. Sejak lepas grad ari tu, takde sapa lagik dah nak nganto kad raya utk aku.... padan muka aku jugak ler, pasal aku pun sama tak nganto kad kat sesapa.....

Nampak gaya tahun ni, kena mulakan balik tradisi mengantor kad ni... Asyik duk sms jer, takde kenangan tuk disimpan.... Betul tak???

Sapa nak kad raya???? Angkat tangan!!!! Tekan keyboard dan taip alamat korang kat ruangan comment tu..... Kalo lambat lepas raya la korang terima ya.......hahhaha..... 

P/S (edited): kalau segan nak taip kat komen tu kan, email jer address korang kat sini: norainikhani@yahoo.com.my

AWARD DARI CUTEMIUT78

Cuci mata dulu yea dengan award yang aku dapat dari CuteMiut78 ni....kejap lagi kang aku wat n3 baru...kakaka...

Dah lama duk peram award comel ni....... mekasihhhh pihak penaja.

Kalau korang nak juga, meh pakat ramai-ramai follow cutemiut... Gerenti korang dapat punyaaaa...

Yang ni pulak penghargaan utk aku sebab suka-suki dan sesedap rasa curahkan kicap ngan sos dalam masakan cutemuit......wakaka....

Korang faham ke apa aku cakap ni???

Biasa la kan, bulan-bulan pose ni, n3 sedikit terpengaruh dengan segala macam makanan giteww (jangan jeless, ari ni aku tak pose ya....qiqiqi...)

Pn. Rina ni kans baik hati sungguh tau, walaopun aku ni sekadar pengomen tegar di tangga ke-7 jerk, dia kasi gak kat aku award comellll..... Ni buat aku sayangggg niiii.... 

Bila pandang kat award tu, aku rasa cam nak menari jer..... syokkkknyaaaaa....lallalallalallala.....


Selasa, 1 September 2009

PAGI YANG SANGAT SENTAPPPP

Pepagi buta aku sudah sentapppp okehhh...

Apa idaknya, si kecik Sarah bangun tido jam 3 pagi melalak-lalak...

Kasi puting takmo, susu takmo, bear bucuk dia pun takmo.... abih tu apa mauuuu???

Puas aku laki bini duk pujuk dia suruh diam.......

Kejap diam.... Kejap kang nangis balik....huhuhu....

Yang paling aku tak tahan tuuuuu..... sekalik dia tekan minyakkkk.... adoiiiiii makkkkk, bingit telinga kitaorg neh.....

Entah apa la jiran-jiran duk kata....... dera anak gamoknya minah neh...... 

Abang Danish yang sedap tido tu pun terjaga sama....

Mati kutu kitaorg dikenakan dak Sarah ni.... 

Sudahnya dia nangis on and off sampai jam 6 pagiii baru tido.....

sarah nak apa??

mata cerah bersinar walaupun jam 3 pagi

mood swing-swing

umpan dgn cd 

terlena jua...

NAIK LAGIIIIIIIIIII.....


pic. fr google

Rege minyak naik lagiiiiii....

Buah tangan dari PM sempena kemerdekaan yang ke-52....

Agaknya inilah makna di sebalik slogan  1 Malaysia yg diwar-warkan kat tv tu.....

"RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Kita betul-betul dijadikan sasaran pemikul beban....

Kekadang aku pun tak faham la apa sebenarnya yang kerajaan nak dari kita semua ni....

Nampaknya yang kaya terus dan terus mengumpul harta, kita yang tak berapa nak kaya jugak seksa merana...

Aduhai rakyat Malaysia..........Fikir-fikirkanlah....

Related Posts with Thumbnails