Khamis, 31 Disember 2009

NOTTI-FACE GIVEAWAY

STICKY MODE ENTRY.....NEW ENTRY PLEASE SCROLL DOWN

Kali nie nak join giveaway anjuran blog mama Adwan Encem plak. Firts taim join giveaway ni tau.. 

Antara syarat-syaratnya: 

* Jadi follower mamaadwanencem

* Link blog mama terus ke blog anda

* Sila tepek banner kat sidebar yg di link terus ke entry ini

* Sticky mode ya entry anda sume

* Yang paling penting, sila buat satu entry kat blog memasing beserta gambar wajah anak anda/anak sedara/anak angkat yang paling notti sekali.....

* Umur layak masuk ialah 5 bulan -3 tahun sahaja menjelang akhir tahun 2009

* Sila berikan nama anak & ibu/bapa, tarikh lahir dan umur sekarang serta ceritakan serba sedikit mengenai gambar.....

* Tarikh tutup giveaway ni adalah menjelang malam tahun baru 2010 
iaitu pada 31 Disember 2009 Jam 12.00  malam..

INILAH WAJAH NOTTI ANAK DARA KESAYANGAN SAYA.......

*

*

*

*

*

*

*

*

Nama Anak: Nur Atikah Maisarah
Nama Ibu: Noraini Khani
Tarikh Lahir: 11hb Mac 2008
Umur: 1 Tahun 9 Bulan

"Nakal tak saya? hehehe...... geram betul saya tengok lidah binatang nie asyik terjelir-jelir  jer. Tu yang saya rasa nak geget-geget kasi lidah dia putus tue. Bila saya tengok dia terjelir camtue, rasa macam dia menganjing saya jer tau!!! Saya tau la saya ni cakap tak bape betul lagi.... tapiii jangan la ejek-ejek saya.... Jangan ingat badan awak lembik, saya takut okeh!!! no! no! no!....... Yang takut dan geli tu mama saya...... hahhahaaaaaaa....."

Jumpa lagiiiiiiiiiiiiiiiiii......

SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY

******STICKY MODE******

SCROLL DOWN PLEASEEE

Ini adalah kontest terakhir yang  sempat aku join sebelum tahun 2009 berakhir. Kontest kali ni anjuran Ibu Rifqi sempena ulangtahun kelahiran beliau yg ke-29. 

Untuk syarat-syarat penyertaan boleh klik di sini. Kepada ibu-ibu yang berminat, anda masih lagi punya masa.....cepat publishkan entry korang sekarangggg......

Model paling serius pilihan mama adalah....

*

*

*

*

*

*
Nama: Nur Atikah Maisarah Binti Iskandar
Umur: 1 Tahun 9 Bulan
Tarikh Lahir: 11hb Mac 2009

Waktu nie sarah tengah tunggu mama siapkan breakfast untuk dia. Kebetulan hari tue mama ambik cuti sebab tangan sarah terkehel waktu main dengan abang danish. Sekarang tangan sarah dah ok dah.... baik sendiri jer....hehehe....

SELAMAT TAHUN BARU

Hari ni 2009 bakal melabuhkan tirainya. Selamat Tahun Baru buat semua. Semoga kehadiran 2010 nanti menjanjikan kehidupan yang lebih baik buat kita semua.

Aku juga berharap segala kepahitan yang aku lalui sepanjang 2009 dapat aku lupakan buat selama-lamanya. Semoga anak-anak aku juga tabah menempuh hari-hari mendatang. Aku redha dengan segala ketentuanNya. 

Terima kasih atas doa dan sokongan kalian semua buat kami sekeluarga. Hanya Allah yang mampu membalasnya. 

Isnin, 28 Disember 2009

My Lovely Baby With Pacifier Contest

Sebelum tirai 2009 melabuhkan tirainya, sempai lagi rasanya nak join My Lovely Baby With Pacifier Contest. Untuk syarat-syarat penyertaan boleh klik kat sini
Koleksi gambar yang menjadi pilihan mama ialah....

*

*

*

*

*

*


Nama: Nur Atikah Maisarah

Umur: 1 Tahun 9 Bulan

Tarikh lahir: 11hb Mar 2009

Pic. ni di ambil dua minggu lepas sewaktu on the way balik dari kuantan. Sehingga ke hari ni, sarah masih lagi tak boleh berpisah dengan puting kesayangan dia. Tiap kali nak tido puting wajib adooo. Bila dah terlena baru la boleh cabut dari mulut dia...

Harap pihak penganjur berpuas hati ya....

Khamis, 24 Disember 2009

PATAWALI VS BAKAWALI

Petang semalam dalam duk bersembang dengan jiran sebelah sesambil perhatikan anak2 bermain sempat jugak kami mama-mama nie berkongsi petua. Kak Eila bercerita pasal anak dia yg kecik dah bercerai susu badan....

Kagum jugak dengan Kak Eila nie sbb berjaya susukan anak sampai umur anak dia 2 tahun lebih..mungkin sebab dia surirumah sepenuh masa, so takde lah menjadi halangan sangat kan berbanding ibu2 yang bekerja.... Pengalaman aku sendiri, danish hanya sempat menyusu badan hingga umur 6 bulan dan sarah pulak 3 bulan dah takmo susu badan.... sedih sungguh kan.

Bercerita pasal bercerai susu badan ni, rupanya dia gunakan getah pokok bakawali (patawali sebenarnya). Menurut Kak Eila getah pokok ni agak pahit dan jika dibasuh menjadi semakin pahit. Sekali letak terus anak dia dah taknak (jangan tanya taruk getah pokok tu kat mana k, aku pasti ibu2 kat luar sana faham dan tahu nak letak kat mana kans).... hehehe...

Memandangkan dia tahu aku dalam proses nak ceraikan sarah ngan puting, so dia suggestkan aku try getah pokok nie. Petang tu jugak anak lelaki dia bawakkan aku batang pokok patawali nie. Senang jer nak dapat sebab ada jiran belakang rumah kami yg tanam... untung jugak hidup berjiran ni kan....
 
Seingat aku Kak Atie pun pernah suggest kat aku guna getah pokok nie. Teringat komen dia masa aku buat n3 pasal kegagalan percubaan kedua aku dulu. Sekarang nie aku masih lagi menunggu masa yang sesuai untuk cuba buat ketiga kalinya. Kena dapatkan puting spare untuk sarah dulu sebelum mencuba. Mana tau mama tewas lagi dek airmata dan kegelisahan sarah nanti.... 

Buat tatapan kengkawan yg masih belum mengenali camne rupa pokok patawali (akar seruntum) nie, boleh tengok pict. kat bawah. Jangan pulak ada yg tertukar dengan pokok bakawali yerk sebab kedua-duanya spesis yang berbeza....
 
'patawali yang pahit'

'bunga bakawali yg berbau harum di malam hari'

Rabu, 23 Disember 2009

BIARKAN SAJA

Tajuk Novel: Biarkan Saja

Terbitan: Creative Enterprise Sdn. Bhd.

Terbitan: 2009

Pengarang: Annur Puteri

Mukasurat: 608 m/s

Sinopsis: Hidup Alunie tidak pernah terlepas daripada menjadi bayang-bayang kepada darah dagingnya sendiri. Darah daging yang sudah terpisah jauh kemesraannya walaupun begitu dekat pertalian roh dan jasadnya. Sejauh mana pun dia berlari, bayang-bayang itu sentiasa mendekatinya. 

Namun, demi junjungan kasih yang tidak terhingga, kali ini dia rela. Rela dalam terpaksa. Dalam tangis, dalam sendu dia tersenyum. Mengharungi hari-hari mendatang dengan luka yang terpendam. Siapa menduga, di sebalik duka itu tersimpan seribu kebahagiaan, sungguhpun terpaksa mengharungi sejuta kepayahan.....

******************************************************

Berjaya jugak aku habiskan membaca novel nie tengahari semalam.... Beli sejak jumaat lepas tapi hari ahad baru berkesempatan mengikuti perjalanan cerita... fuhhhh penat dan letih sekali melayan rentak cerita yang penuh suka dan duka. Sorry ya, takmo cerita lebih lanjut apa kesudahannya..... kalau nak tahu kena la baca sendiri.... (jahatnyaaaa aku). Kalau nak aku kasi bintang, 4 bintang kot.... Keseluruhannya BESTTTT!! 

Sekarang dah kemaruk nak baca novel dahhh. Hobi yang sudah lama aku lupakan sejak lahirnya danish. Mana ada masa kan.... tapi skang ni aku rasa sume tu alasannn.... muahahaaaa... Nak seribu daya orang kata.....

Tak sabar nak tunggu hari jumaat nie. Aku nak paksa jugak hubby bawak ke toko buku. Teringin nak dapatkan barang sebijik dua novel baru buat bekalan masa nan terluang.... 

Ada sesiapa nak share novel best ngan aku tak??? Mana tau kot2 aku terjumpa kat mana2 kedai buku nanti... boleh jugak baca dan buat koleksi.... 

Isnin, 21 Disember 2009

KEMANA TUMPAHNYA KUAH.......

Kalau dah jenis penakut tu, penakut jugak ler.

Tapii kan dalam takut2 dia, dia tengok jugak tue. Kalau aku, usah kata citer, nampak iklan pun aku dah sebok tukar channel.... hahhaha.... 

Puas gadoh ngan abah dia suruh tukar channel lain, tapi abah totap menang...... Bukak jugak citer 'Jangan Tegur.....Lagi' nie. huhuhu..... sajer nak dera perasaan anak bujang dia.

Bila duk peratikan gelagat Danish layan citer nie, aku gelak sensorang. Kelakor dengan sarung bantal busuk standby kat tangan. Keluar jer adegan seram, terus selindung sebelah mata baling sarung bantal tue. hahhahaaaa..... 

'tengok ngan sebelah mata'

'dah tak tahan nengoknya....'

'hek eleh.... bukan keluor hantu pun.... apadaaaa'

Nasib baik dia tak mintak tido atas katil sesama ngan kitaorang. Kalau tak, sia2 jer terpaksa berhimpit atas katil kecik tue... 

Kalau memang mak dah dasar penakut tahap gaban, camne la anak nak jadi berani kan... huhuhu..... 

Ahad, 20 Disember 2009

NANGIS CONTEST BY MUMMY ARIQ

Kali nie nak join contest dari blog Mummy Ariq.

Untuk syarat2 penyertaan boleh klik di sini.

Tarikh tutup contest ni adalah pada 04 Jan 2010 @ 12.00 tengahari (lambat lagi kan..... jom la join kengkawan.....)

Moh kita tengok camne rope anak daraku bila nangis.....huhuhu....

*

*

*

*

*

*

Nama: Nur Atikah Maisarah
Umur: 1 Tahun 9 Bulan

Punya beria dia nangis sebab takut kena marah ngan mama. Tu la, sapa suruh sesedap rasa jer gigit jari abang.... sampai berbekas gigi sarah kat situ.. 

Khamis, 17 Disember 2009

JANGAN MAKAN MENDA NIE....

Weekend hari tue, masa tengah duk mengemas kat dapur, aku pun buat la sekali checking halal code dkt junk food yang ada.

Selalunya yang aku bese beli biskut ngan coklat jer. Lain2 junk food tu kadang jiran sebelah yang kasi, takpun danish dapat dari taska dia. Kalau party pack dari taska tue, kadang aku sorok kat mana2 sbb takmo kasi anak2 makan.... hahaha... kejammmm kan aku. 

Dalam duk belek2 ingredient kat makanan ringan nie sume, aku terjumpa sesuatu yang memeranjatkan. Memang sah dekat packaging dia ada tanda halal Jakim tue, tapi yang menyedihkan, aku terjumpa beberapa kod-e yang pernah aku publish hari tu.

Apalagi, nampak jer kod tu, terus campak junk food tu dalam tong sampah. Sorry sbb tak sempat nak salin kod apa yg tertera pasal masa tu fikiran aku dah teremo dah sikit. Tak sangka boleh jumpa benda yg kita cuba nak elakkan dari dalam rumah sendiri..... huhuhu.... 

Sooooo kengkawan, please elakkan dari membeli atau makan kek Apollo nie.  Banyak sangat kod-e dalam kek ni tau.....huhuhu.....

 Hasil dari bantuan en google kejap td, aku terjumpa artikel nie. Pengalaman yang mungkin hampir sama dengan kita lalui. 

Satu lagi makanan yang ternyata ada kod-e yang aku jumpa adalah Coklat Cadbury nie. Ada satu kod-e dalam coklat nie. Sedih sesangat sebab cokolat ni tinggal suku jer lagi nak habis dlm peti es tue, baru aku sedar ropenya benda ni ada kod non-halal..... huwaaaaaaaaaaa....

Kalau dah kira termakan nak buat macam mana ya?? Pening pale aku dahhh.... Rasa nak pelempang pun ada jugak ngan orang yang kasi sijil halal kat pengeluar produk nie. Apa kuasa dorang pakai yerk??? Rasuah ke??? eiiiiiiii....... gerammmmmmm. 

Kalau kengkawan ada lagik info pasal lain2 junk food yg tak leh makan nie, pleasee share ngan aku.... Sharing is caring kan kan.... 

Thanks in advance.

Selasa, 15 Disember 2009

TERINGIN

Sungguh aku teringin... teringinnya nak makan udang galah. Huhuhu.

Jangan fikir bukan2 ok, takde maknanya..... Sarah belum mintak baby lagi. Dia kata takmo....takmo.... hehehe. 

Semuanya gara-gara adik aku la nie. Sebok duk kompang kat rumah mak skang musim orang mancing udang. Tau ler mung nok suruh aku balik, tapi jangan ler umpan aku ngan menda alah tue.... kecur air liur aku. 

Tak sabar nak tunggu petang besok. Nak balik rumah mak dan ambik udang yang aku dah book tue. Sedappnya kalau dapat masak gulai kari atau masak merah...

Sementara tue, layan pic. dan telan air liur dulu ler....Nyum-nyum-nyummm...

'gulai kari'

'sweet sour'

Ada sesiapa kat sini teringin jugak ke? Kalau dekat boleh aku tolong belikan. Tak mahal pun. Satu kilo dalam 30 henggit jer... Yang penting fresh dari sungai tau. 

p/s: pic. credit to google

Isnin, 14 Disember 2009

AKU YANG NYANYUK

Memang SAH.... CONFIRM!!! Aku dah NYANYUK!!! Teruk la kalau berterusan macam nie. Baru anak dua ni wehhh, kecik2 plak tue. Kalau dah berpangkat nenek sek sok entah apa plak yang jadi.. huhuhu....

'agaknya kena ketuk pale cenggini baru tak lupa'

Kalau pagi semalam kecoh pasal kunci ofis yang hilang. Petangnya pulak kecohhh lagiiiii. Kali ni apa kes pulakk Ain oiii. Muahahhaaaa...... handphone lak yg jadik mangsa.Tertinggal kat ofis lagiiii. Tadah telinga jer la dengar en. somi membebel sepanjang perjalanan. Nak suruh dia patah balik, harammmm.... Padan muka aku kans. Entah pebenda la yg difikirkan..... asyik-asyik lupa jer memanjang...huhhhhhh!!!

Selamat ler handphone aku tido dlm laci ofis malam tadi. Nasib baik dalam laci, kalau atas meja, silap haribulan jadi rezeki orang lain kan. 

Apa yang aku duk perasan skang nie, bulan ni jer dah masuk tiga kali kes nyanyuk ni berulang. Awal bulan hari tue, kecoh pasal buku savings anak-anak aku hilang. Buku savings dorang ni memang aku simpan kat ofis pasal senang nak top-up tetiap bulan. Sekali carik boleh pulak buku tu takde... Habis sume laci aku selongkar, tetap jugak tak jumpa.... Carik dalam handbag pun takde.

Mula la otak duk fikir macam-macam. Sedih dan terkilan usah citer sebab tu jerlah sedikit hasil titik peluh aku untuk masa depan anak2 nanti. Bila mintak tolong hubby carikan kat rumah, hubby cakap takde... Kalau dah memang sume tempat takde, jawabnya besok terpaksa la aku ke bank utk bikin buku baru.....

Korang tau tak kat mana buku savings budak2 tu kami jumpa???? Hubby aku jumpa dalam handbag yang aku bawak gi ofis tue..... Dalam handbag yang memang aku dah sedia carik tapi tak jumpa-jumpa.... sentappppp tau!!!

Yang lawaknya, macam mana aku boleh tak perasan ada zip tersembunyi dalam handbag tue. Dalam tue  jugak la aku sembunyikan buku saving dorang nie.... adoiiiya...  

Jangan la lepas ni aku NYANYUK lagi.... dah tak kose rasanya nak tensi-tensi neh!!! Kesian dekat mereka yang tak bersalah terkena tempias sama....huhuhu... 

Ahad, 13 Disember 2009

GARA-GARA SEGUGUS KUNCI...

Hanya kerana 'Segugus Kunci' buat pagi Ahad aku sangat sentap okeh!!! Jenuh mencari ke sana ke mari sampai ke bawah seat kete sume tapi idak juga berjumpa.... sangat sakit hati tau!!! Entah mana aku letak pun tak tahu. Mana la ko menyorok wahai kunciiii.....taim tu kita nak, taim tu ler dia nak ilang.... huhuhu.......Kalau aku ahli nujum kan senang..... telek jer dalam mangkuk ayun tuh!!! pasti nampak kan....

"punca kesentapan jiwa aku"

Disebabkan ilang kunci ni jugak, plan nak sampai awal kat ofis hancusss. Semua benda yang aku buat jadi serba tak kena.... camne nak kena kalau otak asyik duk fikir pasal kunci tu jer.... kat mana? kat mana? kat mana? Adoiiiiiiii!!!!! Tak pernah2 aku hangin macam ni, sampai sarah pandang aku pun mencebik takuttt......isk..isk...isk...kesian buah hati mama yang tak bersalah.....

Kenapa kehilangan kunci tu buat aku sentapppp sesangat!!! Pasal kunci tu kunci ofis. Kalau kunci rumah aku rasa aku tak sekalut ni. Segala mak nenek kunci ada dalam 'segugus kunci' tue.... Dan yang paling penting, dalam 'segugus kunci' tue jugak terselit kunci peti besi yg menyimpan 'amanah' orang pada aku.... Apa aku nak jawab kalau 'amanah' orang tu hilang.... huuuuuhuuuuuhuuuuu..... fenin..... fenin....

Sesampai jer kat ofis, carik punya carik ropenya kunci tu tak ke mana......ada dalam tray kat atas meja aku jer. Macam mana la aku leh lupa nak ambik sebelum balik kerja last day hari tu. Punya la nyanyuk kepala otak aku skang nie.... eiiiiii tak suka.... tak sukaaaa..... 

Nasib la jumpa jugak kan.... kalau tak jumpa camne??? Mati aku!!! Dapat jer kunci, cepat2 bukak peti besi.... harus la terlebih dahulu pastikan 'amanah' orang berada dalam keadaan selamat kan,  sebabnya kunci nie dah dua hari tiga malam bertapa kat ofis.... psttttt, entah-entah ada hantu jembalang yang sesaje sembunyikan kunci aku kat ofis ni erk!!!! hahhaha..... tetiba berfikiran kolot japppp.....

Yang penting sekarang aku dah mampu tersenyum gembira..... Kunci azimat ku dah jumpa. 'Amanah' yang dipegang pun selamat tak ke mana.... Alhamdulillah...

 

Rabu, 9 Disember 2009

PIG FAT-AVOID IT

ELAKKAN MEMBELI SEMUA JENIS MAKANAN YANG BERKOD DI BAWAH:

E100, E 110, E120

E140, E141, 

E153 

E160, E161

E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280

E300, E301, E325, E326, E327

E334, E335, E336, E337

E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436,

E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478

E481, E482, E483,

E491, E492, E493, E494, E495

E542, E570, E572

E631, E635

E904, E920.

Selasa, 8 Disember 2009

SIMPATI VS KASIHAN

Alkisahnya anak teruna aku nan seorang nie....

Hari tu kerajinan dia melebey sikit, so dia pun dengan rela hati nak buat homework dari buku exercise yang teaher dia pulangkan before school break hari tue...

Tiap kali nak buat homework, wajib ler mama kena monitor kan..... kalau tak lain arahan tu kasi, lain lak yang dia buat nanti... 

Dalam banyak-banyak binatang yang nak kena padankan nie, boleh pulak dia merajuk ngan aku takmo padankan rimau ngan arnab tue. 

Aku: harimau makan apa?

Danish: (jari tunjuk kat arnab)..... sambil termenung...

Aku: ok.... danish sambung la....

Danish: ala mama..... takbo la....

Aku: nape pulak?

Danish: danish sayang arnab...... cian dia....

Aku: kalau gitu takpe la.... rimau ni danish takyah sambung

Dia tetap tak puas hati sbbnya kalau tak sambung maknanya homework tak siap. Dengan mood yang dah spoilt dia sambung jugak rimau ngan arnab tue.... lepas tu terus majuk tutup buku.....huhuhu.....

'masih tak sampai hati nak kasi rimau tu makan arnab'

'pasrah akhirnya arnab mati juga...huhuhu'

Ahad, 6 Disember 2009

APALAH ERTINYA KEMENANGAN......

Serius cakap, Aku KALAH!!!

Kalah di tangan anak sendiri.....

Apa lah maknanya sebuah KEMENANGAN kalau si dia resah gelisah di depan mata...

Apa lah maknanya sebuah KEMENANGAN kalau si dia merengek dan merintih hiba....

Apa lah juga maknanya  sebuah KEMENANGAN kalau  sampai kesihatan si dia jadi taruhan....

Hati ibu mana yang sanggup lihat semua penderitaan ini ditanggung permata hati....

Aku tak sekejam itu..... walaupun niat aku  baik sebenarnya....

Satu hari hidup Sarah tanpa 'harta kesayangannya' buat dia gundah gulana....

Selama ditinggalkan bersama ibu, dia langsung tak dapat pejamkan mata...

tak tidor seharian dia.....

Akhirnya ibu mengalah juga..... di kasi nya Sarah puting spare yang memang mama bekalkan bersama....

Sekejapan jer Sarah terlena....itupun dah dekat waktu mama nak balik kerja....

Kesian kan???

Walaupun sedikit kecewa mama tetap tak putus asa....

Dekat rumah mama teruskan usaha....

Tapi apakan daya... tuhan masih belum merestuinya....

Tak sanggup melihat Sarah berlinangan air mata...

Mama akhirnya akur jugaa.....

Tambah menyedihkan dan membuat mama terkilan, besoknya sarah sampai demam....

Maafkan atas ketaksengajaan mama sayang.......

'resah gelisah dan serba tak kena'

'saat merintih hiba'

'terlena slps ketemu ''ting" kesayangannya'

p/s: sorry pic. blur sbb sarah tak duk diam...asyik hentak kaki jer sbb tak dapat 'ting' dia. 

Khamis, 3 Disember 2009

PUTING..... BERJAYAKAH AKU

Aku dalam proses nak hapuskan tabiat hisap puting dak kecik sarah. Kalau dulu nak tido jer dia carik puting, skang ni tengah main pun nyonyot puting. Tension betul aku tengok tau... gerammm usah citer la. Bila aku mintak dia cabut puting tu, boleh dia marah aku balikkk... sabo jer la...

Usaha pertama aku, dua hari lepas. Aku tenyeh puting dia dengan halia yang dah aku ketuk. Kasi dia rasa puting berperasa halia camne..... hahhaha.....First time puting tu masuk dalam mulut dia, muka berkerut seribu. Tak sampai 5 min pun, elokkkk jer dia nyot nyot puting tue balik.......hampehhhhh!!!

Aku tak putus asa ok..... jangan harapppppp mama nak duk diam sarah yerk!!!! Pagi tadi, aku wat percubaan yang lebih ekstremm. Dengan rasa tak sampai hati dan penuh bersalah, aku gunting muncung depan puting dia....huhuhu....... sedey gak tau nak buat benda nie, tapi sampai bila nak bior dia berputing kan. Lepas gunting puting tu, aku try la kasi kat dia. Mula2 elok jer dia hisap, pastu dah takmo dah. Siap cakap ngan mama dia lagi "eiiiiiii....totor".....hahhaha....

(jahat ke aku wat mcm ni?)

Tak tau la sarah ngan ibu macam mana hari ni. Mintak puting ke tak la agaknya ya?? Mama nak call pun tak dapat pasal handphone ibu bateri rosak.... Harap2 usaha mama kali ni membuahkan hasil.....Tak sabar nak tunggu balik kerja petang nanti..... nak tau sangat perkembangan sarah macam mana....hehehe..... 

Rabu, 2 Disember 2009

BUSYYYYYYYYYYYY.....


AKU BUSY TAHAP GABAN DAH NEH....

TAPI ADA HATI LAGI BUKAK BLOG....HAHHAHAAA....

SORRY KALAU AKU TAK SEMPAT JENGAH KENGKAWAN ATAUPUN SEMPAT JENGAH TAPI TAK SEMPAT NAK TINGGAL KOMEN K....

DAH MASUK BULAN DISEMBER NIE, TERPAKSA LA KOSENTRATE KAT AKAUN SYARIKAT SBB TAK LAMA LAGI DAH NAK CLOSING KAN......HUHUHU.....

NANTI-NANTI AKU QADA' YA......

JANGAN MARAHHHHH............

Isnin, 30 November 2009

MAGIC APAKAH INI.....

Sesuatu yang pelik telah berlaku semalam....

Cuba perhatikan pic. kete kat bawah ni...

Berkilat-kilatkan.....

Buntu fikiran duk fikir sapa la yang tolong basuh kete kami ni...

Balik dari rumah mak malam raya ketiga tu, kete ni memang kotor dan hubby plan nak basuh pagi semalam.....

Tapi hubby tak jadi basuh sebab dia asyik ngan training helikopter kat dalam lappy dari pagi sampai ke petang......

Nak kata ada orang masuk dalam pagar kami, semalam memang kami tak bukak pagar langsung... even malam tadi baru pagar tu kami bukak sbb nak keluar ke Mesra Mall....

Masa on the way ke Mesra Mall tu baru hubby perasan kete kami bersih semacam sbb takde sebarang kesan kotor kat cermin depan.....

Bila tengok body kereta memang berkilat.....siap ngan sport rim pun berkilat sama..... ajaib....ajaib....

Pagi tadi kami telek lagi kete tu kot2 la malam tadi kami tersalah pandang......

Memang sah...... bersih sebersih bersihnya....

Citer magic ni dah jadi topik hangat sembang aku ngan hubby dari malam tadi hingga ke pagi nie...

Aku: Gamoknya 'orang' tu rimas tengok kete abang kotor sbb tu la dia tolong basuh kete nie...

Hubby: Haah, lepas nie ngan abang sekali dia bawok gie 'dunia bunian' dia....

Huhuhu.....berani sungguh dia cakap camtu......

Harap-harap takde sebarang petanda tak baik berlaku......tak pernah kami alami situasi macam ni.... Semoga kami sekeluarga di bawah lindung Allah S.W.T 

Khamis, 26 November 2009

GANTUNG AWARD CHUMELLLL

Dapat award dari Dik Mya. Maceh dik. Chumel dan cute sangat. I liiikeeeeeee.. 

Yang ni pulak dari Kak Tie sebagai penghargaan buat semua follower kesayangan beliau yang dah mencecah seratus orang tue. Wah wah wah..... glemer kan. Bila la turn aku plak nak cecah nombor nie... hehehe.....

SALAM AIDIL ADHA

Selamat Menyambut Hari Raya haji buat semua. 

Kepada kengkawan yang balik kampung, hati2 di perjalanan. Semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju. 

Bagi yang nak pulang ke Pantai timur, jangan risau kerana cuaca cerah menyambut anda di sini... (air banjir dah semakin surut rasanya).

SEMOGA BERGEMBIRA DI RAYA HAJI NANTI..


Rabu, 25 November 2009

KAN DAH KATA

HAHHAHHAHAAAAAAAAAAAA......... 

Gelak dan tawa semalam masih berbaki sebenarnya..... 

Sila jangan jelesss dengan aku tau pasal memang sah itu adalah 'DIA'

Sakan berborak dan gelak tak henggat (hingga kepala aku terhantuk kat dinding) bila kami bersua muka.

Jangan tanya apa yang kami borakkan tau kerna ia adalah rahsiaaaaaa.....kahkahkah (saje jer buat korang sakit hati....hehehe....)

Aduhai keciknya dunia hingga jiran di alam maya menjadi nyata.... 

Sehingga kini masih lagi rasa tak percaya hanya dinding yang menjadi pemisah kami.....

Semoga silaturrahim yang terjalin di bawah restu Ilahi.....

Aminnnnn........

p/s: Sis...semoga seronok tinggal di sini...

HARI INI..........


Alhamdulilah, matahari bersinar ceria....

Langit terang benderang tanpa sedikit pun tanda hari nak hujan...

Harapnya cuaca sebegini berkekalan hingga esok dah selepas raya haji hendaknya...hehehe

At least dapat la perantau pulang ke desa dengan gembira..... tanpa ancaman banjir semestinya kan....

Buat ibu-ibu yang nak jemur kain baju tue, cepat-cepat la rebut peluang keemasan nie.... kang hujan datang lagi menyesal tak berlagu plak nanti.... 

Selasa, 24 November 2009

JIRAN BARU

Pstttttt.......aku dapat jiran baru tau. Tengahari semalam agaknya dorang sampai sbb waktu pagi aku nak gi kerja tu dorang takde lagi. Balik kerja petang semalam, aku tengok jiran aku dah selesai berkemas dah . Siap dah bersihkan simen depan rumah dia yang penuh ngan najis kambing.Kesian tau!!!

Aku pun sakit hati ngan anak2 jiran aku nie, dah la sesuka hati main dalam pagar rumah orang, lepas tu tak reti-reti nak tutup pagar tu balik. Yang mak dia ni plak satu hal jugak, takde la pulak nak tegur anak dia nie jangan sesuka hati ceroboh kawasan rumah orang....haihhhhh....

'rumah jiran baru aku yg ada 4x4 tu'

Tak sempat nak berkenalan ngan jiran aku ni lagi. Sebenarnya hubby dia dah sebulan duk sini, tapi kali nie baru bawak isteri dan anak2 pindah sekali. Tetiba aku teringat kat Sis Linda. Kalau diikutkan Sis Linda pun start pindah ke ganu sabtu ari tu. Katanya hari ahad kira dah ada kat sini la. Ntah-ntah dia yang jadik jiran baru aku nie....hehehe...

Sis, cepat la update blog. Sibuk mengemas lagi ke? Ke sibuk main air banjir nie.... 
 

Isnin, 23 November 2009

BILA TENGKUJUH DATANG.....

Keadaan banjir di Terengganu makin buruk.  Hujan tak henti-henti dari hari Khamis sehingga semalam. Syukur jugak hari ni cuma hujan renyai-renyai jer. At least sempat ler air banjir tu surut sikit sebelum hujan lebat datang lagi.  

Disebabkan hujan lebat yg takmo berhenti tu jugak, petang semalam sume staff ofis aku balik awal. Alasannya takut tersekat air banjir. Pandai ler korang yer!!!! Tinggal ler mak budak berdua jer kat ofis aku ni. Ntah masa mana dorang balik pun kitaorg tak sedar. Tau-tau dah sunyi sepi dah kat luar ofis tu.....huhuhu..... 

'kat ofis petang smlm - baru jam 3 lebih tapi cam dah nak maghrib'

Yang kat bawah ni plak ikan kegemaran aku tiap kali musim banjir. Pembekalnya abang aku yang suka memukat ikan tue. Dalam ramai2 adik pompuan dia, aku jer la sorang yang makan ikan nie. Goreng garing-garing sodappp tau. Makan plak ngan nasi panas yang berasap tue....mau bertambah dua tiga pinggan.... kalau ada lauk lain memang aku tak pandang dah...hahahaha...

'fresh dari sungai'

Ahad, 22 November 2009

ANAKKU CERIA GIVE-AWAY CONTEST

(STICKY MODE ENTRY)

Aku gatai tangan nak join kontest.Penyertaan di saat akhir sebab tarikh tutup kontestnya adalah hari ni. Harap-harap masih diterima oleh pihak penganjur hendaknya. Contest Anakku Ceria Give-Away ni dianjurkan oleh Iza dengan tujuan menambahkan kengkawan di alam maya katanya. Pstttt Iza, jom ler jadik kawan saya. Saya sukaaaaaaaaaaaa.... hehehe....

Ini pulak adalah pic. yang aku ingin pertaruhkan. Waktu ni sarah genap usianya setahun sebulan. Rambut pun masih pendek dan kelihatan ala-ala boboy lagi....hehehe. "Lihatlah dunia betapa gembira dan seronoknya saya bila dapat mamam kismis. Paling seronok lagi kalau saya dapat main botol kismis tu....hahhahaaaa...."
 

Nama Bayi: Nur Atikah Maisarah
Umur: 1 Tahun 8 Bulan

Cik puan Iza kita juga telah bermurah hati nak hadiahkan pemenang dengan hadiah yang cukup cantik ini.

*

*

*

*

*

*

*

*

1 Vantage Cookware 3.0L

Hadiah adalah ditaja oleh http://jommainkutu.blogspot.com/

Jumaat, 20 November 2009

DI RAGUT....

Kes ni berlaku petang semalam dalam pukul 4 lebih. My hubby diragut sorang budak remaja lelaki lingkungan 20-an sewaktu keluar dari bank. Berani sungguh sang semut melawan sang gajah yerk.....

Kebetulan lepas keluarkan duit dari atm machine tu, hubby tergerak nak pegang kemas2 wallet dia. Apalagi tersungkur ler mamat tuh bila rembatan tak berjaya. Tambah malang lagi bila dapat penumbuk dan sepak terajang free dari my hubby. Bayangkan ler gajah pijak sang semut jadik camner.....nasib tak mati tau. Silap haribulan hubby aku plak yang masuk penjara.

Sedih jugak bila dengar hubby citer ramai orang awam yang tolong tambah belasah budak tu lepas hubby blah.....huhuhu.....nasib ko la dik. Sapa suruh carik penyakit. Hubby aku takde plak buat report polis ttg kes ni sbb takut panjang citer plak katanya.  

Khamis, 19 November 2009

KUALA LUMPUR - PART III (BLIND DATE KAMI)

Jangan risau ok, ni adalah entry terakhir aku pasal cuti2 kat KL aritu. Cukup-cukup la kan, nanti ada plak yang muntah ijo baca n3 aku ni. Tak abih2 citer pasal KL jer. 

Hari ketiga di KL, aku dah nak balik dah. Pagi-pagi lagi dah kelam kabut bersiap, tapi sebelum balik tu aku ada blind date dengan sahabat blogger Aini. Last minute janji nak dating kat Zoo Negara. Ok la kan, boleh jugak tunaikan hajat Danish yang dah lama kemaruk nak ke zoo tue (terkena penengan iklan zoom malaysia kat tv....hehehe). 

'kenangan bersama di zoo negara' 

Aku sebenarnya rasa bersalah sangat kat Aini sebab tak dapat sampai tepat mcm yang kitaorg janji. Kami dah tersesat sampai kemana ntah. Sepatutnya perjalanan tu 15 min jer, punya sesat barat sampai 1 jam lebih. huhuhu.....Kesian Aini ngan family terpaksa tunggu berjam lamanya. Alhamdulillah jumpa jugak jalan ke zoo walaupun minyak kete tinggal separuh tangki....

Anyway, seronok sangat dapat habiskan masa yang sekejapan tu sesama. Thank u to our beloved hubby sbb support isteri masing-masing jayakan blind date ni. Kalau takde mereka berdua, verangan ler kami nak jumpa pasal kami ni kalau nak kemana-mana wajib ada driver. hahaha.....ada lesen memandu pun padan gantung kat frame jer.....betul tak Aini?

Harapan aku pertemuan kali ni tak berakhir kat sini jer. Semoga akan ada lagi pertemuan demi pertemuan di masa akan datang. Ainiiiiii....... harap tak serik ketemu Ain lagi. Terima kasih atas layanan mesra terhadap kami sekeluarga. Ain sangat-sangat hargainya. 

Related Posts with Thumbnails