Selasa, 14 Disember 2010

Kerja bertangguh buruk padahnya...


Pernah tak kengkawan beli reload henfon yang gunakan sistem 'tembak' tu?

Alkisahnya pagi tadi aku singgah la kiosk surat khabar untuk reload henfon aku yang dah kering kredit tu. Salesgirl tu mintak la aku tuliskan no. phone sbb kat situ takde jual reload jenis card. Lepas dah bayar aku terus balik rumah coz aku assume dia aku terus top upkan henfon aku. Kebetulan pulak masa keluar beli top up tu, henfon aku tinggalkan dalam keta....

Tunggu punya tunggu sampai berejam-rejam, top up tak masuk2 jugak. Dalam hati aku cakap....adik manis ni mesti dah lupa. Bila en. is pergi balik ke kiosk tu, baru la top up aku masuk. Memang sah sah la terbakar telinga adik manis tu terkena laser mulut en. is.

Ingat tau adik manis, lain kali jangan buat lagi macam ni. Buatnya orang yang beli top up tu duduk jauh dari kiosk awak, tak ke niaya orang tu nak datang tuntut balik top up yang dia beli!! huhu....

Isnin, 13 Disember 2010

Mama kemaruk sudaaaa....


Kesian tak tengok sarah terlentok macam ni?....

Dah macam kanak2 terabai pun adoooo.... Dengan tak berseluarnya, anak sapa la ni??.....

Mama sarah tu asyik sibuk jer memanjang. Kat ofis sibuk, kat rumah lagi la buat-buat sibuk. Anak kecik terlena kat sofa pun sampai tak sedor.....huhu

Nasib baik la sarah tido tak lasak tau, kalau tak haruss tergolek kat atas lantai....

Nak tahu tak???? Mama sarah sekarang ni tengah kemaruk MEMBAKING!!! hahaha.....

Masa sarah terlena ni, mama sarah tengah sibuk masak kek cokelet moist untuk sarah.....


Saaayang mama....

 

Isnin, 6 Disember 2010

Bila nak surut neh???


Itu bukan air banjir kat depan rumah aku tau, tapi air banjir pinjam kat SINI....

Rumah aku masih lagi selamat dan selesa untuk didiami. Takde air banjir walau setitik pun, air hujan tahap sederhana dan terkawal tu ade la....

Apa point sebenarnya taruk tajuk SURUT kat atas tu erk????

Yang sebenar-benarnyaaaaaa, tugasan aku ni yang belum menampakkan tanda2 nak surut. Makanya kemunculan aku la yang akan terus SURUT dan SURUT nanti......hahaha

p/s: RINDUUUUUUUUUUUU pada kengkawan semuaaaaaaa.....hukhuk 
Related Posts with Thumbnails