Isnin, 26 April 2010

Ada Rindu Di hatinya

Bukan nak bercerita pasal aku, tapi pasal little sarah. Abih bulan ni dah dekat 3 bulan sarah tak jumpa dengan ibu. Ibu dah lama pindah ke Kuantan. 


Malam tadi, tengah sarah start engine motobot buruk nak nanges ajer kojenya, aku bukak la blog ibu sarah. Sajer cuba alihkan fokus nak nangis dia tue..... Aku tunjuk kat dia gambar bergerak yang ada kat situ. Memang berkesan sebab sarah automatik diam dan tersenyum. Lepas tu terus melekat depan PC sambil sebut nama ibu, abah dan abang tak henti-henti..... 

Mama bangga dengan Sarah...... Walaupun sekian lama sarah tak jumpa dorang semua, sarah tak pernah lupakan mereka. Actually setiap hari, bila kami lalu depan simpang rumah sewa ibu sarah dulu, sarah akan sebut 'Ibu' berulang kali.... Betapa kuatnya kasih yang tersimpul antara mereka.... Mama doakan bila sarah besar kelak, sarah tetap akan kenang jasa ibu yang pernah bersusah payah jaga sarah.

Apa yang termampu aku buat untuk mengubat rindu sarah cuma dengan buka blog ibu dia nasib baik ibu ada blog kan sarah. At least kenangan lama segar diingatan sarah..... Bila aku tanya, "sarah nak gi kat ibu ke?" Dia tunduk malu sambil geleng kepala..... Bukan tak nak sebenarnya, tapi dia memang jenis penyegan dengan orang yang dia lama tak jumpa....

Mama janji sekiranya ada kesempatan dan peluang, mama akan bawak jugak sarah jumpa ibu, abah dan abang. Insyaallah.     

13 comments:

Siti berkata...

alahai..sayu lak baca nih..mesti sarah rindu tu.,.

cheqna berkata...

alahai kak...
rindu la tu..
meh kat achik na ni meh..meh..
wahh..tetiba..hehehehe

Ain berkata...

siti: rasanya la siti.....

nak cakap dia tak pandai kan, tu yang asyik nangis jer tue.....

Ain berkata...

cheqna: awak bila nak datang rumah akak?

tenggelam timbul jer skrg ni kan....

sarah ni kalau dengan orang yang dia tak kenal payah sikit, memang takmo...huhuhu....

Mak Su berkata...

sian dia, weekend tak sempat ker?

mamaarifakeemaisy berkata...

ibu pengasuh ke..akrab nye diorang kan..

Ena berkata...

alahai ciannyer sarah..

agaknyer anak2 ena nanti kalau dah tak duduk ngan ibu pengasuh memsti mcm sarah juge.. lagi2 si adik.. sangat rapat dengan ibu.. sampaikan nama ummi pun panggil ibu juge..

Chenta berkata...

a'ah... dengan saya pun dia malu-malu meowwww ...

LYaFRINA berkata...

ain.. ibu tu miemiey kan??
sbb aritu masa baru2 sarah x duduk dgn dia dah.. dia ada posting citer ttg sarah,, nmpak mcm terlalu sedih sgt k.mie time tu.. n lya masa tu xtau lg y sarah tu ank ain.. lya siap leave komen, bgtau, muka sarah n nama ada iras2 dgn ank ain.. sbb time tu lya xtau ain duk sana..

**ye la..dh dr kecik duduk dgn ibu.. msti la rindu gak kn.. tp biasa ar bila dh lama xjumpa tu mcm malu2 skit.

NzA berkata...

kesiankn...ank2 kecil xpndai luahkn melalui kata2 ttp dihati trselit kerinduan n kenangan.....

Lily@MamaZaraZareef berkata...

ibu tu, bbysitter lama sarah ker..siannya die..mesti dh close sgt smpai die teringat2 kan..

nway, suke gmbar sarah tu.sooo cheeky..=)

Unknown berkata...

comeynye!!!
comey sgt2 sarah wat muke gitu..
sape ibu sarah tu ain..
baby sitter sarah dulu ke..?

Nida n' Hanafi berkata...

Laa... kesiannya Sarah..

Nanti bila ibu Nida dah balik Malaysia, Sarah datang tau rumah ibu Nida.. tak jauh pun sebab ibu Nida pun duk Kuantan :)

Related Posts with Thumbnails