Khamis lepas, balik jer dari kerja en. is terus bawak aku dan sarah ke klinik. Tujuan asal adalah untuk membuat follow up check-up ke atas sarah. Minggu lepas kan sarah asyik muntah jer. Selain daripada tu, sarah jugak bermasalah dengan kudis pada bahagian tepi hidung. Gara-gara menggaru sesedap rasa (asalnya mata sarah digeget semut) pada bahagian bawah mata, tergaru pulak hingga ke tepi hidung, kuman2 mula la bermaharajalela. Since sarah ni kulitnya memang sensitif (ekzema), kejap jer kudis kat hidung tu merebak. Jatuh saham sarah kejap....hehehe
Gambar sarah tengah lena malam tadi. Krim putih tu doktor mintak aku sapukan pada hidung sarah supaya kudis cepat kering. Petang semalam pulak, tak sempat lagi kudis kat hidung ni baik, sarah dapat tanda baru kat betis dan siku. Excited sangat berlari ke hulu ke hilir bila dapat lepas keluar, tup tup terjatuh atas simen kasar. Menangis esak-esak la sebab dia jakun tak pernah dapat sakit macam tu. huhuhu....
Pagi tadi sebelum ke taska permata. Meraung tak nak mandi sebab dia trauma pedih kena sapu ubat luka petang semalam. Jenuh aku pujuk dan berdukung bagai. Dia punya gaya sakit tu kan, mengalahkan orang patah kaki. Kalau boleh kaki dia tak nak kasi gerak langsung. Nak pijak lantai pun takott. Aiyarkkkkk!!!
Sambung sikit apa kata doktor tentang muntah-muntah sarah aritu....
Actually, tak mungkin dan tak pernah berlaku lagi ibu yang mengandung anak pulak terkena alahan. Senyum kambing puan doktor bila aku tanya tau....hahaha. Sarah mungkin kecacingan, so doktor suggest aku kasi dia ubat cacing. Masalahnya aku lupa bila kali terakhir aku bagi dia makan ubat cacing. Tak ingat dah aku catat kat mana... Alhamdulillah sejak jumpa doktor hari tu, sarah dah tak muntah dah. Tak sempat nak kasi dia makan ubat tahan muntah pun.
Last but not least adalah keputusan ini......
Kandungan aku dah pun masuk 7 minggu + 1 hari pada 6 january lepas. Punya la berdebar waktu doktor nak scan sampai lupa nak tanya expected delivery date bila. hehehe.....
Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga k. Macihhhhh........