Khamis, 29 Julai 2010

Di Suatu Senja

Takde la senja mana pun, sebab cerah lagi waktu tu.......hehehe

Disebabkan kebosanan satu hari duk memerap kat rumah jerk, kami gi jenguk cik monyet. Punya la takde kerja kans.....hahaha. En. somy punya idea la ni, kenkonon nak ajak anak-anak tengok kapal terbang, sambil-sambil tu layan sekali ler telatah monyet di jalanan....



Ini la sang monyet yang mengharapkan ehsan manusia campakkan makanan untuknya. Tak dapat nak snap monyet ni  dekat2, risau pulak dia ngap camera kitaorang nanti.


Paling aku suka tengok ibu monyet sedang dukung anak dia. Sweet jer tengok anak monyet tu menyusu. Sayang jugak hari tu kami tak bawak roti, kalau tak mesti monyet ni suka kan.

Lepas bergelak ketawa dengan telatah monyet kat situ, hubby terus bawak ke tempat kerja dia untuk tengok kapal terbang. Budak yang paling excited adalah danish dan yang tiba2 menangis meraung tak kasi bukak cermin keta siapa lagi kalau bukan sarah.

 
'puas dia nangis dan merayu agar mama tutup cermin keta'

 
'sarah yang takut dengan bunyi bising kapal terbang'

 

Inilah dia satu-satunya kapal terbang yang boleh mendarat kat lapangan terbang kerteh ni. Kapal terbang lain tak boleh singgah sini coz landasannya pendek jer. Kang terlajak siapa nak tanggung....huhuhu   

'senja berlabuh'

Selasa, 27 Julai 2010

Tenet Problem...

Arghhhhhhhh, lama rasanya tak update blog ni. Bukan aku tak nak update tapi tiba-tiba pulak line tenet pc aku ni takdak. Puas dok godek sana sini (budget pandai ler konon), tak jugak jumpa puncanya. Yang buat aku tambah gerammmm, bila aku exchange line dengan ofismate aku, elok jer tenet kat pc dia (maknanya line aku takde problem)...

No choice, terpaksa jugak ler panggil doktor pakar dari luar. Tak sampai 5 minit doc. tu tenung pc aku, terussssss tenet ok. Baekkkk punya penengan doc. ni kans....hehehe. Bila aku soal selidik doc. ni pesal tenet pc aku ni kan, ghupenya ada orang sabatoj dong (sila jangan percaya sbb kat ofis aku ni sume baek2 hati belaka)!!! Somebody telah disable kan aku punya line secara tak sengaja, tu yang nak online tak dapat....huhuhu. 

Alang-alang doktor pc dah mai, tanya ler sekali masalah jam yang tetiap hari aku kena betulkan tuh. KLIK SINI. Memangg sadissss kalau kita ni tak cukup ilmu kan. Penyakit yang very the simple pun kita tak leh nak handle sendiri. Lawak jer bila dengar doc. tu cakap jam pc aku tu cuma dah kehabisan bateri. Bertahun aku guna pc, hari ni baru aku tau, jam kat pc tu pakai bateri. hahaha.......

 'waktu yang tak perlu ku putar kembali'

Tody dah boleh online semula, tapi aku sedikit busy. Jangan mare kalau tak nampak kelibat aku kat blog korang yerk. Insyaallah dah free nanti aku qada' semula baca n3 korang.

Misss u all......Mmmmmmuahhhhhhhhhh!!!!

p/s: nak sambung wat kerja, tunggu aku tauuuuuuuuuuuu..... 

Khamis, 22 Julai 2010

2nd Teakwando Grading Test

Sabtu lepas Danish ada grading test untuk tali pinggang kuning. Actually danish sepatutnya join grading test kedua ni Nov lepas, tapi abah dia tak izinkan sebab dia tak yakin dengan kebolehan anak bujang dia. Alasan paling kukuh dia kasi ialah Danish baru jer join kelas teakwando nie, takkan dah nak ambik ujian lagi (baru jer ambik ujian pertama bln 7). 

Frust jugak la mama danish waktu tu (aku yakin danish boleh buat, kalau tak takkan teacher dia proposed danish untuk ambik test), tapi dah en. somi tak izinkan, suka tak suka kena la akur jugak....huhuhu

Untuk ujian kali kedua nie, mama ngan abah tak dapat temankan danish. Abah terpaksa kerja, mama pulak kena jaga adik sarah yang kebetulan tak sihat hari tu. So, kesudahannya che' da danish yang jadik mangsa keadaan. 

Antara aksi danish sepanjang grading test tempoh hari.......
 
'posing sementara tunggu kedatangan master'
 
'warm up before test bermula'
 
'ready for grading test'

Rabu, 21 Julai 2010

Jalan-jalan Carik Doyannn

N3 adalah sedikit basi........ boley la kan...... 

Aku nak tayang jugak aktiviti kami Khamis lepas.....hahaha.....

Lama giler duk peram gambar sampai doyann tue dah boleh buat tempoyak.....pedulik!!!

Ni ler kerja kami 4 beranak. Abih jer kerja petang tue, kami ke kijal carik doyan. Sebelum ni beli kat pasar malam jer, kali ni nak cari kelainan sikit. Nak makan doyan fresh dari dusun....


Dalam banyak2 gerai doyan yang ada kat kijal tu, kami pilih gerai yang betul2 depan petronas. Excited giler bila nampak doyan berlambak-lambak depan gerai nie.... 

 'buah yang masih fresh sebab baru balik dari dusun'

 'isi durian tembaga...... murah jerk, sebiji 5 henggit. Kalau timbang 2 kilo lebih beratnya'. 

 'budak yang paling happy dan memang hantu durian dari kecik'
 
'bapak budak yang jugak suka gaduh berebut doyan ngan budak kat atas tu'
 
'satu-satunya budak yang tak buleh terima doyan, tapi dia rasa jugak sikit......balik makan doyan terus demam'
 
'dah kenyang makan kat situ, mintak mama beli wat balik rumah pulakk'

Itu jer ler citernyaaaa...... mak budak takde dalam ni sebab dia sebok nak snap gambo jer. hahahaaaaa.......

Isnin, 19 Julai 2010

Hajat Ketemu Lya Tertunai Jua.....

Alhamdulillah, hajat untuk menziarahi Lya tertunai juga hari ni....

3 jam bersama Lya aku manfaatkan sepenuhnya. Banyak yang kami bualkan hingga tak sedar masa berlalu begitu pantas sekali........

Syukur, berkat doa semua Lya makin menunjukkan perkembangan yang positif. Aku lihat Lya bertambah sihat (compare waktu Lya di wad dan icu hari tu).... 

Setakat ini Lya dah boleh makan dan minum sendiri. Lya cuma masih perlukan bantuan untuk bergerak kerana kekurangan tenaga.

"Lya, rajin-rajin makan ubat tau. Jangan lupa makan banyak-banyak supaya tenaga Lya cepat pulih. Kami semua akan terus mendoakan yang terbaik untuk Lya"   

Bagi semua yang menyokong, membantu dan mendoakan Lya, Lya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Lya cukup-cukup terharu punya sahabat seperti anda.
'terkini-sudah mampu tersenyum'

Ahad, 18 Julai 2010

Terkini Tentang Lya.....


Alhamdulillah........

Berkat doa kalian semua, Lya kini telah dipindahkan ke wad biasa sejak Jumaat (16/07/2010)....

Terima kasih yang tidak terhingga pada semua yang mendoakan serta menyumbangkan bantuan untuk sahabat kita Lya....

Disini, ingin aku kongsikan sms yang ditujukan buat KALIAN SEMUA yang baik hati membantu dan mendoakan lya.....

"LYA UCAP TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK BUAT KAWAN-KAWAN. LYA TAK TAHU NAK UCAP APALAGI ..... THANKS BUAT SEMUA. SANGAT-SANGAT HARGAINYA"

Aku yakin ini adalah sms yang cuba Lya hantar dalam serba kepayahan (ejaan asal sms ini agak berterabur) memandangkan Lya kini menghadapi masalah rabun yang agak teruk pada mata sebelah kanan disebabkan serangan sawan yang berulang tempoh hari......

Sama-sama kita mendoakan agar Lya cepat sembuh dan dapat kembali bersama keluarga tersayang. 

UPDATE TERKINI KEADAAN LYA DI WAD, KLIK SINI. THANKS ZATIE  

"KAMI SAYANG DAN SENTIASA BERSAMAMU LYA" 

UPDATED (18/07/10-9:15PM)
- LYA TELAH DIBENARKAN KELUAR HOSPITAL JAM 2:30 PETANG TADI (KLIK SINI).

Khamis, 15 Julai 2010

Pelancaran Tabung Kami Bersamamu Lya

Bismillahirrahmanirrahim............

Dengan rasa rendah diri dan penuh harapan, Kami mewakili sahabat-sahabat Lya di alam maya melancarkan TABUNG KAMI BERSAMAMU LYA


Tabung ini bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan Lya menjalani rawatan selanjutnya untuk penyakit beliau. Mudah-mudahan sumbangan sedikit sebanyak dari kalian semua dapat membantu Lya mendapatkan rawatan tersebut secepat mungkin. 

Sehingga ke saat ini, Lya masih lagi ditempatkan di ICU Kemaman, Terengganu. Keadaan terkini Lya agak lemah tetapi masih stabil.   

Kami juga memohon doa berterusan dari kalian semua. Semoga usaha kita semua untuk membantu Lya dipermudahkan Allah.  

Hulurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun Maybank Alyani Binti Amran (155014985526)

Untuk update terkini tentang Lya, klik SINI.

Kami juga amat berbesar hati, sekiranya kalian semua dapat mewar-warkan tabung ini di blog masing-masing. Jasa baik anda semua amat kami hargai.  

Terima Kasih.  

Aku Mohon...... Doakan Sahabatku Lya


Lya antara sahabat blogger yang rapat dengan aku dan aku yakin dia juga rapat dengan ramai bloggers yang lain........

Untuk pengetahuan semua, Lya sekarang masih lagi ditempatkan di ICU kemaman since Sabtu (10/07) lepas berikutan masalah jantung dan juga serangan sawan....

Aku mohon jasa baik kalian semua mendoakan agar Lya sembuh seperti sediakala. Semoga Lya kuat melawan setiap kesakitan......

Berikut antara update tentang keadaan kesihatan Lya dari kengkawan yang telah melawat Lya di Hospital Kemaman......


Pict. terkini keadaan Lya di ICU Kemaman....


 

pict. kredit to ZATI  
 
Kami (aku dan beberapa rakan blogger) merancang untuk mengumpul dana bagi membolehkan Lya menjalani rawatan lanjutan. Insyaallah, sekiranya tiada halangan pelancaran tabung tersebut akan dimaklumkan nanti. 

Sama-sama kita doakan Lya akan kembali sihat dan ceria. Moga Lya tabah dan kuat menempuh ujian ini. 

p/s: thanks pada kengkawan yang prihatin dengan keadaan Lya. So far, ain belum berkesempatan melawat Lya, insyaallah dah jumpa Lya nanti ain update k.... 

Rabu, 14 Julai 2010

CUAK GILER.......

Tak suka dengan perasaan nie...........


Selagi boleh elak, aku akan cuba elak.....


Elak dari apa??? DRIVING!!!! Uwaaaaaaaaaaaa........ aku takotttt nak drive sendirik!!!!


Balik kerja petang nie TERPAKSA BERANIKAN DIRI!!!!! MUSTTTTTT!!!!!


Sajer tulis in capital dah kasi bold supaya semangat up sikit...........


Doakan petang ni perjalanan aku selamat sampai rumah......


Kalau boleh doakan sekali jalanraya tu aku sorang jer yang guna........... huhuhu..... 

 'setia terpacak depan ofis....... kalau boleh aku tak nak pandang ko, kecutttt perut aku wehhhh'

p/s: confident level dah macam terbang ke awan sebab aku tak sentuh stereng keta ni almost 2 years...... bila la nak pro kalau cenggini kans.  

Selasa, 13 Julai 2010

Nak Mintak Abang.....Boleh Tak??

Bukan senang nak berbicara dengan kanak-kanak ni kan.....


Banyak betul soalannya sampai kita boleh garu kepala.... 


"Apa aku nak jawab nie?"......hehehe


Danish aku tu dan 3-4 kali mintak ngan mama dia nak 'abang'..... asal balik jer main dari rumah jiran sebelah dia bagi aku soklan cepumas....


"Mama..... boleh tak bagi danish abang?"...........


Selalunya abang atau kakak mesti nak mintak adik kan, tapi mungkin dia dah ada adik tapi abang dia takde, tu yang beria mintak mama bagi dia abang pulakkk.....


Mana la aku nak carik abang untuk danish nie......huhuhu....

 

Isnin, 12 Julai 2010

Sebok Nak Update Jugakkkk.....

Sedikit sibuk hari ini..... 


Buktinyaaaaa, matahari dah naik atas kepala baru terhegeh-hegeh nak mengupdate....


Sorry yer, aku sempat blog jumping jer today..... jenguk dan baca tapi tak tinggal jejak kasihhh untuk korang.....huhuhu....

Komen romen kat blog sendiri pun belum sempat reply lagik.......


Menu untuk hari nie...... jommmmm kita tengok baby, nak tak??? hehehe......


Anak buah aku yang lahir pertengahan Jun ari tue....KLIK SINI.


Tak sempat nak tenung renung lama-lama baby nie...... nak dukung dan riba pun belum merasa lagi.....


AWASSSS MAMA!!!! Sarah sentiasa memerhati setiap pergerakan mama...........huhuhu....

 'dia tengah lena tido dalam buai, tapi aku paksa jugak ibu dia angkat taruk atas katil........hahaha'

 'terjaga usai diangkat...... terus nak susu' 

'arrrghhhh.....menggeliat seketika untuk betulkan segala urat saraf'

'nak start nangis....... lapooooo'

Ahad, 11 Julai 2010

Jom Bergediks Santai Dengan Saya.........

Petang semalam, sempat bawak anak-anak bermesra dengan alam. Tak gi mana pun, just lepak sekejap dekat taman belakang UITM Dungun. Apa entah nama taman tue.....serius aku lupa....hehehe..

 'satu-satunya playground yang jadi tumpuan kanak-kanak'

Alang-alang dah nampak rumput menghijau, terus jalankan misi fotogediks untuk sarah. Boleh jugak join pertandingan kanak-kanak fotogenik taska permata bulan depan. Memandangkan closing date untuk hantar penyertaan 15/7 nanti, gigih la abah dia main tembak-tembak dengan anak dara sorang nie....

Hasilnya yang tak berapa memuaskan hati, tapi boleh la dari takde kan......

 'wowwwww...... ada bird la'

 'suka dapat duduk atas rumput'
 
'uittts...apa tueeeeee'
 
'mama baling daun dari atas supaya sarah pandang camera.....hahaha'
 
'dah terror main papan gelongsor...... dulu takut nak naik'
 
'jangan main tenung-tenung yer'
 
'posing ajer kat sini.....takottt nak naik sebab tinggi'
 
'oppppsssss.....nampak spentot saya'


 Dan yang terakhir..........abang danish yang tak sihat. Followww jugak kehendak adik sarah walaupun badan dia dah lembik penengan muntah lebih seploh kali. Semalam dia hanya mampu memandang sepi jer playground tue.......huhuhu....

Khamis, 8 Julai 2010

Bila Ke Pantai.......

 'pantai paka yang mendamaikan'

Selain dari main pasir, ini adalah aktiviti yang wajibb anak-anak aku lakukan...........


Mari kita carik kulit kerang.....


Kita kutip banyak-banyak.....


Taruk dalam bekas nie.....
 

Ini dia taukenyaaaaa.....


Sebelum balik kena pulangkan kulit kerang ni ke tempat asalnya. Mama cakap tak boleh bawak balik rumah. Nanti kulit kerangg ni nangis sebab terpaksa berpisah dengan ibunya.....

p/s: anak-anak aku tak pernah mandi laut sebab dorang takut dilambung ombak....... 

Rabu, 7 Julai 2010

Apa-apa Ajer la......lalalalalala

Tak semestinya bila kita gembira kita akan ketawa.....

DAN


Tak semestinya bila kita sedih kita akan menangisss....


Buktinya................


Walaupun gadis ayu mak budak tu sedey hajat dia nak gi jom heboh (kat kuantan ari tue) tak kesampaian, senyummm tetap senyummm tau!!!! 

Petua awet muda tue..... Muahahaaaaaaaaaaaaa......

p/s: sajer jer tuan tanah gatai nak interprem, asyik-asyik anak dara dia, mana aciiii.......  

Cuci Mata Dah la Ya......

Takde mood nak update blog sebab komen korang aku tak leh baca.... leh gitewww???

Sementara aku membusykan diri siapkan sebut harga, korang cuci mata jer lah ya....

Layankan liuk lentok budak yang tak pernah nak bagi kerjasama kat mama dia neh....

Chobittt kang baru tau!!! hahaha....................

'muslimah sejati'

 'bibir berkilau hasil sentuhan lipstik mama' 


'kalau tak pakai lipstik pucat jer muka sarah kan - kena beli satu nie'

Sekian n3 dari tuan tanah yang syokk sendiri.....
Related Posts with Thumbnails