Memaparkan catatan dengan label OUR CONTEST. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OUR CONTEST. Papar semua catatan

Selasa, 11 Mei 2010

Pemenang Bertuah Itu Adalah.....

Tuan rumah mintak ampun mintak maaf banyak-banyak sebab buat kengkawan semua tertunggu-tunggu.....

Baru berkesempatan nak update pemenang bagi hadiah tempat kedua.... 

Ikutkan hati, nak masuk tidur dah ni, tapi sebab dari awal pelancaran kontest lagi tuan rumah dah janji nak umumkan hari nie, so tangguhkan la kejap tidur tu dulu......

Aku rasa berdosa dan bersalah kat kengkawan semua kalau tangguh sampai esok......hahaha.... poyo jer kan!!!

Jangan memain, menepati janji itu adalah wajibbbb kan..... tak buat jawabnya dosa....

Cabutan sebenarnya tak dapat dilakukan malam tadi. Aku balik rumah mak, jadi sampai rumah dah lewat malam, kesian pulak nak dera anak suruh berjaga dan layan kehendak mama dia nie.... besoknya kan dia nak sekolah....

Jadinya, pagi tadi ler baru dapat cabut pemenang bertuah itewww.....

Jom layanzz telatah birthday boy danish masa buat cabutan pagi tadi..... 

 
"gaul sampai sebati"

 
'dah pilih pun satu-'

Asalnya aku nak gulung semua nama nie, tapi memandangkan makan banyak masa, so aku lipat dan stapler jer....huhuhu....

DAN PEMENANGNYA ADALAH

*

*

*

*

*


Kepada yang tidak menang anda semua jangan bersedih hati kerana anda layak untuk mendapat diskaun sebanyak RM2 bagi setiap botol aromatherapy dari kami. Sekiranya berminat, anda boleh menebus diskaun tersebut selewat-lewatnya pada 11 June 2010.

Untuk kedua-dua pemenang KONTEST PANDANGLAH LIHATLAH, sila emailkan alamat berserta nama dan no. telefon anda di ain.flowtech@gmail.com untuk urusan pengeposan hadiah. 

p/s:  Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke-6 untuk anakanda Danish. Semoga menjadi anak yang taat kepada ibubapa, penyejuk jiwa dan juga pelindung setia adik Sarah. Mama sayang Danish sangat-sangat....  

Isnin, 10 Mei 2010

Busy Right Now....

Aku tengah membusikan diri skang nie......

Baru teringat malam nanti nak adakan misi mencabut undian..... nak carik pemenang bertuah untuk kontest hari tue....

Terkocoh-kocoh siapkan nama sebelum sesi guntung menggunting dan gulung menggulung kejap lagi....

Malam karang bakal birthday boy akan laksanakan tanggungjawabnya......

Harapnya jangan la adik dia kaco kan.... budak tu pantang nampak sebarang benda kat tangan abang dia, sebok la dia nak jugak nanti....huhuhu.....

p/s: Jangan lupa singgah sini besok, maybe keputusan lambat sikit keluar sebab esok aku on leave. Ada urusan peribadi di Majlis Bandaran Kuala Terengganu. Harap bersabar ya....hehehe....   

Rabu, 5 Mei 2010

Jawapannya....... ??????


Seperti yang aku janjikan semalam, jawapan kepada 'Kontest Pandanglah Lihatlah' akan diumumkan hari nie........

Ikutkan hati rasa cam tak nak bagitau jer...... boleh ke mama danish & sarah simpan rahasia ni sampai 11 May nanti.....

Kijammmmm jer bunyik dia kan.....

Ok lah, buat semua yang ternanti-nanti dan tak sabar nak tau jawapannya......

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........

" Puteri  Mama Sarah Sedang Memandang Helikopter"

Apa macammmmm????? Ada tak jawapan ni muncul dalam minda korang hari tu?? 

Kalau ada mesti frust kan...... 

Jommmmm kita lihat siapa yang kena...........

Tahniah buat peserta yang ke-56 (Has)

Puan Has kita akan menerima sehelai baju kaftan buatan Terengganu dari kami. Hopefully Has suka hendaknya.....  

Bagi yang tidak berjaya meneka dengan tepat, korang jangan risau kerana hadiah tempat kedua masih belum ada pemiliknya......

Satu cabutan bertuah akan dilakukan oleh Danish pada 10 may 2010 bagi mencari pemilik hadiah tersebut...... 

Tunggu pengumuman pemenang dan kezutannnn dari aku pada 11 May nanti k...... 

Selasa, 4 Mei 2010

Senarai Penyertaan Kontest

Alhamdulillah, berjaya jugak akhirnya update senarai semua peserta.....

Total keseluruhan penyertaan adalah seramai 58 bloggers.... thank u so much. 

Pastikan kengkawan semak penyertaan dan jawapan masing-masing ya...... 

Maklumkan sebarang kesilapan di komen box kat bawah sebelum jawapan kontest diumumkan oleh penganjur besok....

- Che Da Sarah
- Layang-layang
- Layang-layang
 
- Layang-layang
 
- Layang-layang
 
- Layang-layang
 
- Wau
 
- Layang-layang
 
- Layang-layang
  
- Mamanya
 
- Kapal terbang
 
- Layang-layang
 
- Layang-layang
 
- Layang-layang
 
- Mamanya
 
- Layang-layang
 
- Layang-layang
 
- Layang-layang
 
- Layang-layang
 
- Layang-layang
 
- Layang-layang
 
- Layang-layang
 
- Layang-layang
 
- Layang-layang
 
- Mama Sarah
 
- Layang-layang
 
- Layang-layang
 
- Layang-layang
 
- Layang-layang
 
- Layang-layang
 
- Burung-burung
 
- Layang-layang
 
- Layang-layang
 
- Layang-layang
 
- Mamanya
 
- Pemandangan di awan biru 
 
- Mama dan Papa dia
 
- Mamanya
 
- Layang-layang
 
- Abangnya
 
- Layang-layang 

- Burung-burung
 
- Layang-layang
 
- Layang-layang
 
- Kapal terbang
 
- Layang-layang
 
- Ayahnya
 
- Layang-layang
 
- Layang-layang
 
- Wau
 
- Kapal terbang
 
- Belon
 
- Mama dan Papanya
 
- Hot Air Ballon
 
- Helikopter
 
- Burung-burung
 
- Mama Sarah 

p/s: sebarang pertukaran jawapan tidak akan dilayan oleh pihak penganjur.... sorry ya...... 

ITS OFFICIALLY CLOSED



Secara rasminya, kami mengumumkan 'KONTEST PANDANGLAH LIHATLAH' ditutup tepat jam 12.00 malam tadi......

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua peserta yang sudi luangkan masa join kontest kami.  

Senarai peserta berserta jawapan masing-masing akan kami update sebentar lagi. 

Tungguuuuuuuuuuuu..... 

Isnin, 3 Mei 2010

PELANCARAN KONTEST PANDANGLAH LIHATLAH

STICKY MODE ENTRY - PLEASE SCROLL DOWN FOR NEW N3. 

Buat julung-julung kalinya, sempena kedatangan bulan April yang penuh makna buat mama, mama akan menganjurkan satu kontest untuk semua. Kontest yang sangat mudah untuk disertai. 

*******************  
Syarat-syaratnya:

1. Buat satu n3 mengenai kontest ini. Tajuk n3 anda mestilah menggunakan tajuk ini "KONTEST PANDANGLAH LIHATLAH".

2. Dalam n3 tersebut, upload pict. di atas.

3. Di bawah pict. tersebut, masukkan ayat ini "Puteri Mama Sarah Sedang Memandang ........................".

4. Apa yang perlu anda lakukan ialah, meneka apa yang sedang dipandang oleh little Sarah. Masukkan jawapan anda dalam ayat pada syarat no.3 . Hanya satu jawapan sahaja diperlukan dan setiap peserta hanya diberi peluang untuk meneka sekali sahaja. 

5. Diwajibkan menjadi follower blog ini. Masukkan link blog ini kedalam bloglist anda supaya anda tidak ketinggalan update terkini kami. 

6. Tampal banner kontest di sedebar masing-masing dan linkkan ke n3 ini. (Banner boleh didapati di kiri sidebar blog ini).

7. Sila tinggalkan link anda pada comment box n3 ini untuk semakan penyertaan dan jawapan. 

8. Penyertaan dibuka kepada blogger dalam negara sahaja. Blogger yang tinggal di luar negara masih boleh menyertai kontest ini dengan syarat sekiranya anda terpilih sebagai pemenang, pastikan alamat penghantaran hadiah adalah dalam malaysia.

Kontest ini akan berlangsung pada 3hb April 2010 dan berakhir pada 3hb May 2010 jam 11.59 pm. Keputusan akan diumumkan pada 11hb May 2010 sempena birthday anak bujang mama Danish.  

Dua hadiah disediakan untuk kontest ini. Sekiranya terdapat lebih dari dua penyertaan yang meneka dengan tepat, pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah yang akan dilakukan oleh birthday boy Danish. 


Maklumat hadiah kontest kat SINI

Update peserta kontest lihat kat SINI.

p/s: Setiap peserta digalakkan untuk membuat sesimple n3 yang mungkin. Tidak perlu bersusah payah copy paste semua syarat-syarat di atas. 

Attention

Kepada kengkawan yang berminat join kontest kami.....

Jangan lupa hari ni adalah last day untuk buat n3 anda.....

Besok dah close ya..... 

Jangan pulak ada yang menyesal nanti......

Bagi yang telah join tetapi link anda belum diupdate, tunggu besok ya.... 

Thank u.....  

p/s: curik masa bukak blog jap nie.....hehehe....

Isnin, 26 April 2010

UPDATE PESERTA "KONTEST PANDANGLAH LIHATLAH"

Morning semuaaaaaaaaaaaaaaaaaa....... Mulakan pagi anda dengan ceria ok. Sejuk betul pagi nie memandangkan hujan tak berhenti dari malam tadi. Dekat tempat korang hujan tak?

Hari ni aku nak senaraikan nama-nama peserta yang dah join "Kontest Pandanglah Lihatlah". Kepada yang masih lagi belum join dan berminat dengan hadiah yang ditawarkan, anda masih mempunyai masa lebih kurang seminggu lagi. Siapkan n3 anda secepat mungkin ya.....


Gud luck untuk semua yang mencuba.....  Sekiranya ada link yang tertinggal, jangan segan-segan inform k.... 

Thank u.  
Related Posts with Thumbnails