Memaparkan catatan dengan label MY FAMILY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MY FAMILY. Papar semua catatan

Rabu, 24 November 2010

3 Dara Pingitan

Terima kasih pada kawan2 yang prihatin dengan kisah tragis aku semalam. Aku rasa sangat-sangatttttt BAHAGIA dan HAPPY!!!! Baca komen korang semua buat aku tergelakkk walaupun sebenarnya waktu tu aku masih lagi dalam mood kecewa. You all semua memang  THE BESTTTT!!! Saaayang korang baaaanyakkkkk.

Hari ni nak tukar mood baru. Takmo sedih2 dah. Nak happy macam 3 dara pingitan kat bawah ni. Mereka bertiga ni lah penyeri raya haji kat rumah mak aku hari tu. Usik mengusik, sakat menyakat pastu nangis menangisss. Namapun budak2 kan..... 

   fatin, sarah & echah


p/s: nanti aku share resepi kek karemel kat bawah ni. Tunggu aku buat lagi next time. boleh ambik pict. step by step supaya senang korang nak rujuk. Sabor yer....hehe

Khamis, 29 Julai 2010

Di Suatu Senja

Takde la senja mana pun, sebab cerah lagi waktu tu.......hehehe

Disebabkan kebosanan satu hari duk memerap kat rumah jerk, kami gi jenguk cik monyet. Punya la takde kerja kans.....hahaha. En. somy punya idea la ni, kenkonon nak ajak anak-anak tengok kapal terbang, sambil-sambil tu layan sekali ler telatah monyet di jalanan....



Ini la sang monyet yang mengharapkan ehsan manusia campakkan makanan untuknya. Tak dapat nak snap monyet ni  dekat2, risau pulak dia ngap camera kitaorang nanti.


Paling aku suka tengok ibu monyet sedang dukung anak dia. Sweet jer tengok anak monyet tu menyusu. Sayang jugak hari tu kami tak bawak roti, kalau tak mesti monyet ni suka kan.

Lepas bergelak ketawa dengan telatah monyet kat situ, hubby terus bawak ke tempat kerja dia untuk tengok kapal terbang. Budak yang paling excited adalah danish dan yang tiba2 menangis meraung tak kasi bukak cermin keta siapa lagi kalau bukan sarah.

 
'puas dia nangis dan merayu agar mama tutup cermin keta'

 
'sarah yang takut dengan bunyi bising kapal terbang'

 

Inilah dia satu-satunya kapal terbang yang boleh mendarat kat lapangan terbang kerteh ni. Kapal terbang lain tak boleh singgah sini coz landasannya pendek jer. Kang terlajak siapa nak tanggung....huhuhu   

'senja berlabuh'

Rabu, 21 Julai 2010

Jalan-jalan Carik Doyannn

N3 adalah sedikit basi........ boley la kan...... 

Aku nak tayang jugak aktiviti kami Khamis lepas.....hahaha.....

Lama giler duk peram gambar sampai doyann tue dah boleh buat tempoyak.....pedulik!!!

Ni ler kerja kami 4 beranak. Abih jer kerja petang tue, kami ke kijal carik doyan. Sebelum ni beli kat pasar malam jer, kali ni nak cari kelainan sikit. Nak makan doyan fresh dari dusun....


Dalam banyak2 gerai doyan yang ada kat kijal tu, kami pilih gerai yang betul2 depan petronas. Excited giler bila nampak doyan berlambak-lambak depan gerai nie.... 

 'buah yang masih fresh sebab baru balik dari dusun'

 'isi durian tembaga...... murah jerk, sebiji 5 henggit. Kalau timbang 2 kilo lebih beratnya'. 

 'budak yang paling happy dan memang hantu durian dari kecik'
 
'bapak budak yang jugak suka gaduh berebut doyan ngan budak kat atas tu'
 
'satu-satunya budak yang tak buleh terima doyan, tapi dia rasa jugak sikit......balik makan doyan terus demam'
 
'dah kenyang makan kat situ, mintak mama beli wat balik rumah pulakk'

Itu jer ler citernyaaaa...... mak budak takde dalam ni sebab dia sebok nak snap gambo jer. hahahaaaaa.......

Selasa, 27 April 2010

Layan Kartun Tak?

Siapa cakap citer kartun budak-budak jer layan......

Kalau korang nak tahu, bapak budak pun layan jugakkkk...... hahaha......

Serius cakap, anak2 aku jarang tengok citer kartun. Danish lebih suka citer aksi, sarah pulak suka citer upin ipin ngan wonderpets jer....... 

Lain kisahnya ngan bapak dorang. Dulu-dulu aku perasan dia selalu tengok citer pingu. Entah apa yang bestnya aku pun tak tahu. Pernah jugak aku join dia layan citer nie, tapi kejap jer aku dah buhsan. Tak faham haaiih apa pingu tu cakap.....huhuhu....

 'hai'

 'yea-yeah'

Semalam dia kemaruk layan kartun baru..... Beria bukak u-tube semata-mata nak tengok citer 'Shaun The Sheep'. Siap promote kat aku suh tengok citer nie.... Lawak dan boleh hilangkan stress katanya.  
 'sheep n the geng'


 'macam sarah jer peel sheep ni'

Aku rasa macam nak tengok jugak la citer shaun the sheep nie. Comell jer kan sheep hisap puting tue..... Kat channel disney ada ke citer nie? Rasa macam pernah bacer pasal citer kartun ni kat blog somebody. Sayang plak aku dah lupa blog siapa....huhuhu.....  

Sabtu, 30 Januari 2010

MY MUM'S FARMVILLE

Jangan ingat kita-kita jer ada farmville ya....

 Mak aku pun ada famville jugakkk walopun dia takde fesbuk... (sila percaya!!!)

Mak aku cakap tak main la tanam-tanam pokok kat muka buku nie, apa kelasssss, tanam kat muka tanah lagi banyak fekdah....muahaha....

Ambik ko, tak pasal-pasal kena atas batang hidung sendirik (aku ler tue)...

Tapi skang ni aku dah tobatt dah, dah lama tinggalkan keseronokan berkebun kat fesbuk tue.... 

 Sekali fikir, melalaikan aku jer...... dua kali fikir memanggg kerja sia-sia....

Itu pendapat aku ler, tapi kalau sekali sekala nak main untuk hilangkan boring or tension tu , idak ler menjadi masalahkan....

 Moh kita tengok hasil penat lelah mak aku bercucuk tanam...

'kalau kebiasaanya rumah-rumah berpagarkan batu atau besi, rumah mak aku berpagarkan pokok mentimun jer- tak perlu risaukan penyamun ke apa sebab kawasan kami bukan black area, this is a green area...hehehe'

 'bapok besor gajoh daun dia-mak aku cuma gunakan baja sayur jer, tak perlu sembur racun serangga. tengok la daun dia, segar bugar kans'

 
 'dan hasilnya yang masih muda - dapat kat aku ratah macam tu jer... sedappp giler'
Related Posts with Thumbnails