Isnin, 30 Ogos 2010

Duit Raya Tadak.....

A big suprise la tahun ni sebab tak sempat nak tukar duit raya kat bank....

credits to google

Baru jer semalam duit raya sampai, hari ni dah habesssss..... 

Terkejut badak aku sebab tahun-tahun sudah melambak-lambak. Cakap jer nak tukar berapa memang dapattt....

Setakat ni yang aku tahu, bank-bank yang ada kat kerteh ngan paka dah kehabisan duit raya, kalau nak tukar jugak kena la serbu bank kawasan dungun pulak rabu nanti...

p/s: anak-anak dengar sini yer, kalau tahun ni mama tak kasi duit raya, jangan salahkan mama. Sila salahkan orang bank.....huhuhu..... 

Tennis Dress Untuk Si Anak Dara...

Wahahaha...... sonot betul pagi ni sebab baju yang aku beli untuk sarah dah pun sampai....


Lama dah tak beli online sebenarnya, tapi bila tengok tennis dress kat blog Anje terus teruja nak jugakkkk. 

Jelesss tengok anak dara Anje si Aqish, posing kiut miut ngan tennis dress tu. Alasan paling kukuh kenapa nak jugak memiliki tennis dress ni adalah kerana sarah belum ada selai pun baju jenis stripes.....hehehe...

Alang-alang baju ni sampai dah dekat nak raya, so jadikan baju raya terusss la. Boleh pakai belah petang waktu bersantai dengan sepupu sepapat sarah nanti.....

Ada yang berkenan jugak ke? Macam-macam warna ada tau, tak caya klik SINI

P/S: Anje, thank you. Ain beli ya.

Ahad, 29 Ogos 2010

Pagi Yang Memenatkan.....

Pagi semalam merupakan pagi yang begitu memenatkan buat aku dan en. somi. Jenuh kami berkelah kat dapur sampai ke tengahari. Semuanya gara-gara sinki yang tersumbat dan banjir di bahagian dapur...


Sebelum kejadian nasib baik aku dah siap basuh semua pinggan mangkuk. Bila air bilasan pinggan lambat mengalir keluar, aku pam la sesedap rasa. Lepas kali ketiga pam, air dalam sinki makin kurang. Waktu tu boleh pulak aku tak sedar air kat lantai penuh berkubang. Menjerit sakan la panggil en. somi sebab dah tak tahu nak buat apa. 

Nampak jer dapur rumah penuh dengan air, apalagik!!! Menanahhhh telinga aku dengar en. somi membebel......

"itu la, dah bape kali abang pesan, sisa makanan jangan buang dalam sinki, blaaaa....blaaaaa.....blaaaaa....."

Kalau dia dah naik angin, jangan memandai nak menjawab, jadik puting beliung nanti.....hahaha. 

Actually aku takde la buang sisa makanan dalam sinki, cuma sekali sekala jer terbabas.  Kalau minyak aku ngaku memang aku selalu curah dalam sinki. Nak buang kat mana lagi kalau bukan kat situ.

"taruk la dalam plastik, pastu buang dalam tong sampah"

Baek la bosss. Lain kali saya ikut sume peraturan boss. Dah jadi macam ni bukan bos jer yang penat, saya pun penat jugakkkkk.  

Hakikatnya, saluran paip sinki aku penuh dengan daki minyak. Patut la selama ni slow jer air keluar dari sinki tu. Suka tak suka, lepas ni kena la ikut macam yang en. somi cakap.   

p/s: Sebenarnya garam kasar boleh berfungsi sebagai bahan pelarut bagi sisa-sisa yang tersumbat dalam saluran sinki. Masukkan garam kasar ke dalam lubang sinki dan kemudian curah dengan air panas. Pasti sisa-sisa tadi akan larut. Petua dari SINI

Jumaat, 27 Ogos 2010

Project Completed...

Taraaaaaaaaaaaaa............ 


Baru jer siap pasang petang tadi. hehehe...... Bertungkus lumus en. somi siapkan model ni sejak 2 hari lepas. Aku bantu hari yang pertama jer, pastu dah tak koser dah. Mata aku ni mana tahan nak berjaga malam. Kalau boleh jam 10 dah nak masuk tido..... Nak bangun sahur lagi...... Ohhh ttidakkkk!!!


Actually, kapal terbang ni belum siap sepenuhnya. Sepatutnya sebelum semua spare parts dicantumkan, kena cat dulu. Tapi disebabkan kami takde stok cat dan takde budget nak beli cat, belasah jer la pasang tanpa sentuhan warna..... Kalau korang nak tahu, satu tin cat untuk color part-part tertentu model revell ni harga dia 6 henggit lebih. Imagine la kalau satu model perlukan 10 jenis cat, kopakkkk tau.... 

 credits to google

So, no wonder la kenapa setiap model yang dah siap dipasang dijual ratusan ringgit. 


Khamis, 26 Ogos 2010

Projek Baru Kami

Kalau dah minat tu kan, terbuntang bijik mata pun sanggup. Memang tak kisah, janji dapat kepuasan. Gitu ler citernya dengan hobi kami ni. Suka betul dan excited giler kalau jumpa benda kat bawah ni. 
 

Actually, aku cuma kenal dengan benda alah ni selepas kahwin dengan hubby. Mula-mula tengok dia pasang aneka mak nenek spare parts kecik tuit tu, aku sikit pun tak berminat. Tapi sekali dia mintak tolong aku sambung part yang susah makin seronok la pulak. Rasa nak sambung lagi dan lagi dan tak sabar tunggu model tu siap..... 


'isi perut kotak tadi'


Semua parts yang ada ni perlu dipotong, dicat, disambung dan digam sebelum ditampal sticker. Kalau la hilang salah satu dari parts yang ada ni, jawabnya cacat la model kapal terbang tu nanti. 




Manual adalah sangat penting. Takde manual camne nak pasang.....huhuhu. Ada manual ni pun belum tentu berjaya pasang tau, sebabnya manual ni dalam bahasa perancis. Kalau tak faham kena la buat-buat faham.....hahaha

Selalunya kalau bab nak baca manual dan pasang part yang kecik aku la yang jadik mangsanya.  

 

Inilah dia rupa model kapal terbang yang bakal siap nanti. Kalau betul-betul fokus pasang menda alah ni, seminggu siap la kot....


Tu dia engineer aku tengah duk teliti manual. Dia duk kaji cara nak pasang spare parts kecik tu. Kejap jer ni pastu mula la tanya aku camna nak pasang....hehehe


Danish pun dah mula berjinak-jinak dengan model ni. Untuk permulaan kasi can kat dia pasang parts yang besau dulu. Dah pandai nanti boleh la belajar pasang parts yang kecik dan macam mana nak taruk gam pulak.

Gara-gara ralit duk pasang model ni malam tadi, anak dara aku sampai tertidur atas riba mama dia. Jenuh tunggu mama masuk bilik tak masuk-masuk jugak. Abah dia la punya pasal, paksa jugak bini dia ni siapkan parts yang kecik dan susah. 

Makanya, setakat ini jer la dulu kisah projek baru kami ni yerk. Model masih lagi dalam proses pemasangan jadi takleh la tayang kat sini. Tunggu siap dulu k.  


p/s: lepas ni aku kena marathon laju-laju..... banyak komen kat n3 belum sempat reply. Kengkawan pun tak sempat nak tanya khabar lagi. Tunggu aku tauuuu.

Najib umum duit raya RM500.

Wahhhhh, pasti ramai yang tersenyum manissss hari ni kan. Seronok betul kengkawan yang kerja under gorment sebab Pak Najib dah umumkan akan kasi duit raya tahun ni. Boleh la buat beli extra baju raya. Takpun buat bayar tol dan isi minyak bila nak balik kampung nanti. 

Nasib aku tak tahu ler macam mana. Harapnya dapat la duit raya macam tahun-tahun sudah. Tak dapat banyak pun takpe boss, janji ada.....huhuhu.


Pleaseeeee, nak wit raya jugakkkkkkk.....   

p/s: belum sempat membuat lawatan balas mahupun berbalas komen. lepas settlekan gaji nanti aku jenguk korang k......
  

Rabu, 25 Ogos 2010

Danish Beli Mercun Dan Bunga Api

Semalam hajat danish nak beli mercun dan bunga api tertunai sudah..... 

Dari awal puasa dia duk mintak kami belikan, tapi kami buat bo layan. Bukannya takmo beli, tapi abah dia risau bahaya yang bakal datang....

Petang semalam dia nampak sendiri orang yang jual mercun ngan bunya api tu, nak tak nak terpaksa la kami akur kali ni. Kesian jugak kat dia sebab dia puasa penuh setiap hari lately, tapi mama ngan abah tak kasi pun apa yang dia nak....


Ini jer la yang danish beli. Tak habiss pun duit 2 henggit yang mama kasi. Yang sadisnya malam tadi, sarah pulak duk melalak sampai tertidur sebab nak main mercun abang danish. Sabo jer la. 

Sian abang danish tak sempat nak bakar bunga api. Bosan dengar adik sarah melalak tak hengat, mama suruh abang danish masuk. Malam karang ler kalau dapat main pun. huhuhu.....

p/s: seelok-eloknya awasi anak-anak waktu bermain even hanya main bunga api. Malang tak berbau kan.  

Teknik didik anak gosok gigi

Sumber: Mymetro

RAMAI ibu bapa mengambil jalan mudah mengenai penjagaan gigi anak-anak. Gigi yang cantik, kemas, putih dan berseri sebenarnya bermula pada peringkat janin lagi justeru, pengambilan makanan ibu terutama makanan mengandungi kalsium ketika hamil sangat penting kerana ia akan mempengaruhi pembentukan gigi dan janin itu sendiri. 

Selepas bayi dilahirkan, biasakan mengelap batas gusinya menggunakan tuala basah dengan lembut selepas menyusu. Langkah mengeringkan batas gusi bertujuan mengelakkan sisa susu tertinggal di dalam mulut yang kemudian akan berlendir dan mengembang.

Apabila bayi dibiasakan dengan tabiat penjagaan gigi sejak kecil, dia akan berasa selesa dengan keadaan itu dan penjagaan gigi akan menjadi perkara biasa. Antara panduan yang boleh diikuti ibu bapa ialah:

Pada ketika usia kanak-kanak mencecah tiga tahun, ibu bapa boleh memperkenalkannya dengan berus dan ubat gigi kanak-kanak.


Tetapi pastikan ibu bapa yang menggosok gigi anak dan tidak membiarkan anak melakukannya sendiri bagi memastikan gigi digosok dengan baik dan anak tidak tertelan ubat gigi.

Kebanyakan ibu mengambil posisi di hadapan ketika mengajar anak-anak.

Teknik ini sebenarnya salah, untuk lebih berkesan ibu harus berada di belakang, sambil memegang tangan anak dan menunjukkan cara membersih lidah dan memberus gigi yang tepat.
 
Ajar mereka menggosok gigi mengikut jadual setiap pagi dan malam. Pastikan ibu bapa juga menjaga gigi dan jika boleh, lakukannya bersama anak mereka.

Pilih berus gigi dan ubat gigi sesuai mengikut peringkat usia kanak-kanak. Berus gigi beraneka bentuk serta warna akan mempengaruhi kanak-kanak memberus gigi.

Seawal usia dua setengah tahun, bawa anak berjumpa doktor gigi walaupun dia tidak berhadapan dengan masalah gigi.

Jangan tunggu sehingga giginya sakit kerana ia akan meninggalkan ‘pengalaman ngeri’ apabila berhadapan doktor gigi. Lawatan pertama tanpa kerosakan akan membuatkan dia suka dan menyenangi doktor gigi.

Jadikan lawatan ke doktor gigi sebagai perjumpaan keluarga. Kanak-kanak cenderung untuk meniru sikap ibu bapa.

Rasa gerun dan gentar pada doktor gigi akan hilang dengan sendirinya.

Jika anak menikmati makanan manis, ajar dia menggosok gigi selepas makan atau minum.

Ajar anak memilih snek yang kurang gula. Makanan yang manis elok diberi selepas waktu makan dan bukan antara waktu makan.

Air liur pada waktu makan akan membantu membersihkan gula dalam mulut.

Ada pelbagai punca yang menyebabkan masalah gigi. Antaranya adalah pembersihan gigi yang tidak betul menyebabkan kewujudan plak atau lendir selaput gigi yang mengakibatkan gigi cepat rosak. Justeru, pembersihan efektif dan teknik yang betul sangat diperlukan.

Kerosakan gigi susu yang menyeluruh dan reput disebabkan tiada tabiat menggosok gigi sejak kecil. Ini ditambah pula dengan tabiat memakan makanan yang terlalu banyak mengandungi gula, tetapi tidak pula membersihkan gigi selepas makan.

Menghisap puting, susu botol atau menghisap jari juga antara punca masalah gigi. Pastikan kanak-kanak tidak menghisap puting atau menghisap jari.

Tabiat ini akan mengganggu pembentukan tulang rahang dan boleh menyebabkan giginya jongang. Jika anak menghisap susu botol, pastikan puting susu dijauhkan dari mulut ketika dia tidur.

p/s: satu jer aku tak setuju, rasanya lagi baik kalau perkenalkan berus gigi sejak anak-anak dah mula tumbuh gigi. Kalau nak tunggu sampai anak umur 3 tahun baru nak kenalkan dengan berus gigi, rosak dulu la gigi anak-anak kita. Untuk baby seawal usia setahun, boleh guna berus gigi macam yang sarah pakai kat SINI

Selasa, 24 Ogos 2010

Berpisah Sementara Mungkin Jalan Terbaik Buat Kita..

Setelah berfikir berfikir dan terus berfikir sampai dah tak leh nak fikir, akhirnya keputusan ini aku ambil jugak. Aku nekad untuk berpisah sementara dengan buah hati kesayanganku en. nuff. Mungkin keputusan ini dianggap gila, tapi rasanya ia adalah yang terbaik buat aku.  

Bukan aku tak sayang apalagi benci dan menyimpan dendam, tidak sama sekali. Cumaaaaaa, hati ini bagai merajuk dan ingin membawa diri. Sedihhhh bila diri dilayan tidak seperti kekasih hatinya yang lain.....huhuhu.

Opppppppssssss...... penat haih jiwang-jiwang camni!!!!



Yessss, bermula pada hari ni secara rasminya blog MAMA-DANISHSARAH ini menarik diri dari bersama nuff. Aku betul-betul merajuk dengan en. nuff kali ini. Selama kami bersama (hampir 10 bulan rasanya), tak pernah sekalipun dia kasi aku flying kiss BE kat aku. Sapa tak sedeyyyy tau.....sob...sob....  

Nak kata aku tak update blog, dulu-dulu tiap2 hari blog ni naik entry. Bukan kata sekali, sampai 3 kali sehari pun pernah. Nak kata tak ada pengunjung, memang tak masuk akal. Waktu blog ni cecah visitor 1000 lebih sehari, en. nuff buat tak pedulik gak kat aku. 

Aku sedeyyy sangat-sangat sebab status geli-geli glitteriti aku tu tak bawak makna pape. Semalam aku dah serahkan balik mahkota geli-geli tu dan hari ni aku dah tak jadi ratu lagi dah. I dah jadi manusia biasa tanpa pangkat apalagi harta. 

Anyway aku nak ucapkan trillion terima kasih pada kengkawan semua yang telah menyumbang trafik ke blog kerdil aku selama ni. Alhamdulillah, berkat trafik dari anda semua, tabung nuff danish sarah layak jugak dicash-outkan untuk PERTAMA kalinya. Aku juga berbesar hati nak hadiahkan tuaian pertama dan mungkin yang terakhir dari tabung nuff danish sarah ni kepada sahabat kita Alia Haryanie. Aku yakin hadiah ini pasti bermakna sekali untuk Yanie. 

Selepas ni mungkin takkan ada lagi tuaian dari blog mama-danish sarah sebab aku dah delete blog ni ngan nuff. Walaubagaimanapun blog-blog aku yang lain seperti YANG INI dan YANG INI kekal setia. Kalau teringin nak menyumbang traffik jemput-jemputlah ke sana pulak ya. 

p/s:  Aku tetap sayang NUFF tau. 

Isnin, 23 Ogos 2010

Khasiat Buah Naga Memang Superb!!

Thank you so much EN. ARMOURIS yang sudi berkongsi info ini......


 
Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.

Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung, serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet), karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit), kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).

Buah naga juga mengandungi :

* zat besi untuk menambah darah
* vitamin B1 (mengawal kepanasan badan)
* vitamin B2 (menambah selera)
* vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol)
* vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat)

Satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok dan sering dijadikan pencuci mulut yang lazat.

p/s: yang tak pernah rasa dan makan buah ni kena la cuba. Rugiii tau.... 

Naga Tasik Merah......Ehhhhh Ehhhh Bukannnn, Buah Naga La.

Ikutkan hati memang takmo tayang gambo neh, tapi sebab dah tertayang (ter ke atau sengaja...hahaha), korang semua redha jer lah ya....


Alaaaaa, takkan terliur kot. Mesti tak kan kan.... Aku memang tak leh tengok buah naga. Pantang nampak ada orang jual kat tepi jalan, aku paksa en. somi berhenti dan beli. 

Untungnya aku, hubby ngan danish tak suka ngan buah ni. Jadinya yang tukang perabihkan stok tinggal aku ngan sarah jer....

Memang syiokkk habess kalau dapat makan, terutamanya bila taruk dalam peti es. Sejukkk sampai ke dalam perutt....hahaha

Masa baru berkenalan ngan buah naga ni, aku tak reti nak makan tau. Aku kupas kulit dia sampai tinggal isi, pastu potong dadu..... 

Now dah dapat cara paling mudah dan pantasss. Potong jer dua pastu cedok ngan sudu. Tunggu apalagi..... ngappppp ler..... 

 

Ahad, 22 Ogos 2010

Latih Anak Berpuasa, Banyak Cabarannya....

Pada sesetengah ibubapa mungkin takde masalah nak didik anak-anak berpuasa, tapi pada aku boleh tahan jugak cabarannya. Kalau mental kita tak cukup kuat, nak ajer mengalah dan kasi anak berbuka.

Alhamdulillah, setelah masuk hari ke-12 kita berpuasa, akhirnya danish berjaya jugak berpuasa penuh. Bukan penuh satu bulan tapi penuh dari pagi sampai azan maghrib. Masuk hari ni dah 4 hari dia berjaya buat Allah tambah kasih dan sayang pada dia (cara aku psiko dia untuk puasa). Hari-hari yang selebihnya Allah sayang sikit jer la sebab dia puasa separuh hari....hehehe.

Di awal puasa, untuk kejut dia bangun sahur tak jadi masalah bagi aku. Pujuk rayu 4-5 kali, main tarik-tarik selimut, geletek kaki dan badan, dia bangun jugakkkk. Lepas cuci muka dan kadang gosok gigi kadang idak, dia makan apa ajer yang terhidang kat meja. Takde nasi pun dia tak kisah janji ada kurma dan air sudahh. Setiap hari sejak 12 hari yang lalu dia tak pernah tidur lepas sahur. Mama dia pulak yang terbongkang lena atas sofa. hehehe.... Apa dia buat???? Main sensorang dengan keta lumba, lego dan traktor yang dah berkecai separuh badan (jangan dia gi minum air taim aku lena ni udah la kan). 

Bila hari sekolah, tugas memantau dia puasa rasanya ringan sikit. Cikgu yang pantau, mama tinggal dapatkan info jerk. Dalam pada duk pantau tu, pandai jugak si Danish ni mengelat. Dia curik-curik makan bila ada peluang.....huhuhu. Kat rumah pulak, nampak jer kelibat dia nak ke dapur, aku sound cepat-cepat. "Danishhhh..... buat apa tu ha?" Mmemang takde can nak ngelat-ngelat....

Yang aku peliknya, tenaga super power gagah perkasa danish ni. Asal mintak jer ngan aku nak main kat luar, segala letih lesu hilang. Lima nam ploh kali duk tawaf ngan beskal kat kawasan perumahan kitaorg tu pun dia relaks jer.... Apakah dia dah togok air paip????? Fikiran negatif camni datang jugak sekali sekala tau.... Mana taknya, bila lepak sesama ngan kita kat rumah, kejap2 lapar, kejap2 nak mintak minum sikit, kejap kang dah tahan dah ni, mula la sebokkk tanya bape jam lagiiii......

 'kat rumah tokma, main bola sementara tunggu berbuka'

'baru 4 petang waktu ni.....huhuhu'

'ke hulu ke hilir kejor dan sepak bola' 

Sejak 2 hari lepas dia dah mula tido belah petang. Lega sikit hati aku sebab tak perlu dengar rungutan lapar, sakit perut, tak tahan dan sebagainya dari dia. Tengok dia tido lena (almost 4 hours, biasanya 1 jam pun payah) dengan perut kempis sampai terpacak tulang gitar paru-paru, sadissss pulak rasanya. Dalam hati redha jer la, kalau tak sekarang, bila lagi kita nak didik kan....

Syukur Allah permudahkan segalanya. Walaupun banyak dugaan dan cabaran, tapi takla sesusah manapun. Paling membahagiakan danish puasa bukan kerana ganjaran semata-mata. Dia puasa sebab dia nak Allah sayang banyakkkkkkk kat dia. Dia cakap nanti Allah bagi dia mainan yang macam-macam kat syurga. Hadoiiiii sampai ke situ dia fikir.....

hehehe.....

p/s: apa agaknya pengalaman kengkawan dengan anak-anak ya. Jom la share.  

Rabu, 18 Ogos 2010

Ikat Dua Tocang, Mama Failed....

Yupppp, mama sarah memang tak reti nak ikat tocang....

Kalau satu tocang ok ler, tapi ikat dua tocang memang faileddd. 

Nasib baik jugak sarah selalunya keluar rumah  pakai tudung, so tak ikat tocang pun takpe.....hehehe

Tapi tu la, bila duk kat rumah, mama rimas jugakk tengok rambut sarah berserabai. Dah la rambut sarah ni ala-ala curly gitew, bila tak ikat memang nampak cam budak tak terurus......

Kalau nak tengok ghupe tocang hasil keras tangan mama sarah, silakan yer....

 'senget benget mama kerjakan rambut sarah......huhuhu'

 'tak balance kan kan??'

 'mama sarah cakap takpe, janji anak mama nampak kemas'

'tak kisah la kan, bukan ada yang pandang sarah pun.....duk rumah jer'

'yang ni ok tak? ke senget jugak erk!!

Kesiannn mama sarah tu kan kan...... nak ikat tocang pun tak pandai. Apa la agaknya yang mama pandai. Membebel kotttt.....

hahhahaaaaaaaaaaaaaaaa.......... 

p/s: mood mama untuk berblog bulan pose ni agak wenggg sikitttt, sbb tu la kejap tenggelam kejap timbulll.... 


Ahad, 15 Ogos 2010

Telekung Sembahyang Untuk Sarah

Minggu lepas sarah sonot sangat tau....

Sarah dapat hadiah telekung sembahyang dari tok chek sarah....

Tok chek sarah beli kat indon..... sepuluh henggit jer satu....

Cantekkkk!!!! Siap dengan buah strawberry lagi kat situ. Gerammm jer sarah nak ngappp masuk mulut....hehehe

Lepas ni boleh la sarah solat sesama ngan mama.....

Bestnyaaaaaaaaa...... 

Kat bawah ni aksi-aksi sarah masa cuba telekung ni tauuu.... Mama cakap kena basuh dulu baru la boleh pakai untuk solat.  

 'terpaksa pakai pin sbb telekung ni besor sikit'

 'sarah tak selesa la bila tangan sarah tak leh keluar'

 'eiiii.... gerammm pulak tengok strawberri neh'

 

Rabu, 11 Ogos 2010

Vote For Sarah - Gaya Adik Pa&Ma

Semalam mama sarah gatai tangan anto gambar sarah kat ruangan Gaya Adik Majalah Pa&Ma....

Bila mama bukak jer website tu hari ni, wahhhhhh gambar sarah dah keluaq dahhhh.....

Sukaaa la tue.....hehehe

Sudi la kiranya aunty-aunty dan kakak-kakak yang budiman sume vote untuk sarah ya....

Klik KAT SINI tauuuuu..... tadi gambar sarah ada kat page no. 1 dan paling atas sekali. Macam yang kat bawah ni. 


Sedey pulak tengok tarikh lahir sarah tue. Mama yang salah submit ke dorang yang salah publish erk?? Mesti mama yang terlepas pandang nie.....huhuhu 

Terima kasih banyak-banyak ya. Mmmmmmuahhhh!!!!! 

Ahlan Ya Ramadhan

 credits to google

Alhamdulillah, syukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan penuh berkat. Selamat menjalani ibadah puasa dari kami sekeluarga. Semoga ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Tahun ni, ramadhan lebih bermakna buat aku. Anak teruna nan seorang tu dah tunjukkan minat nak puasa. Gigih bangun sahur pagi tadi walaupun makan sikit jer. Nasib baik dia makan banyak kurma. Hopefully dapat la bertahan sampai maghrib. 

Untuk anak mama Danish, selamat belajar berpuasa. Ingat pesan mama, tak boleh makan dan minum atau masukkan apa sajer dalam mulut termasuk hisap botol susu kosong!! Batal pose danish nanti danish jugak yang rugi. 
  

Selasa, 10 Ogos 2010

Kejohanan Terbuka Teakwando

Sabtu lepas seawal jam 5 pagi kami bersiap untuk ke Kuala Terengganu. Destinasi yang dituju adalah Terengganu Equastrian Resort. Bukan nak gi menunggang kuda, tapi sebab Danish ada kejohanan teakwando kat sana. Buat pertama kalinya danish terlibat dengan kejohanan besar camni dan semestinya mama ngan abah sangat-sangat teruja.
 

Kejohanan ni sebenarnya berlangsung selama dua hari (6-7 Ogos), tapi kami cuma hadir untuk sesi kedua sahaja. Sesi pertama (6 Ogos) melibatkan pelajar sekolah menengah manakala pada sesi kedua (7 Ogos), kanak-kanak dari tadika dan sekolah rendah pula beraksi. Memang cukup meriah sekali memandangkan dalam satu masa 4 gelanggang pertarungan dibuka sekaligus. 

 'sebelum pertarungan bermula'

 'sebahagian dari peserta kanak-kanak tadika'

 'warm-up sikit'

 'pose sebelum sesi taklimat'

 'menunggu giliran dipakaikan protector badan dan kepala'

 'pemakaian jaket dibantu oleh senior'

 'topi ni penting untuk protect kepala'

 'bersedia untuk bertarung'

 'here we go!!'

 'penyokong setia yang berpeluh kepanasan'

Keputusannyaaaaaaaaaaaaa........

Danish kalah dalam pertarungan tersebut. Dia sikit pun tak melawan bila ditendang bertubi-tubi. Untung lawan danish tu sebab dia boleh tendang sampai ke kepala danish. Mama pulak yang terlebih risau takut danish pengsan..... huhuhu. 

Walaupun kalah mama tetap kasi danish hadiah. Penghargaan untuk danish sebab danish semakin berani. Ada peluang kita join lagi next next year.  

 'basikal yang jadi idaman danish sejak sekian lama'

p/s: selamat menyambut ramadhan buat semua.  

Ahad, 8 Ogos 2010

Lets Join Ducth Lady Mums Club Now!!!


Berita baik untuk parents yang menggunakan susu membesar Dutch Lady untuk anak masing-masing. Jom la sama-sama join Dutch Lady Mums Club. KLIK SINI

Setiap ahli Dutch Lady Mums Club yang berjaya mengumpul barcord/kerajang timah daripada pek/tin susu membesar Dutch Lady layak mendapat mata ganjaran serta menebus hadiah menarik dari Dutch Lady. Aku gerenti  kengkawan semua mesti suka dan teruja. Tak caya??? KLIK SINI.  

Ahli Dutch Lady Mums Club juga layak untuk menyertai Peraduan Dutch Lady Mums Club yang menawarkan hadiah utama berupa sebuah kereta PROTON EXORA. Setiap penyertaan yang ke-100 pula akan mendapat RM50 baucer membeli belah. 


Sekiranya kedua-dua hadiah diatas tidak ditakdirkan menjadi milik anda, jangan bersedih!!! Ini kerana setiap penyertaan layak yang diterima dalam tempoh peraduan akan menerima 2X mata ganjaran. Fuhhhhh berganda tu!!! 


Sempena bulan ramadhan, ahli Dutch Lady Mums Club juga berpeluang  memiliki hadiah diatas. Menarik dan memang dabommmm......

Cepat-cepatttttt join Dutch Lady Mums Club dan rebut peluang untuk mendapatkan hadiah di atas sekarang!!!

p/s: tiba-tiba aku jadik duta Ducth Lady tak berbayar....hehehe. Now aku jugak gigih isi borang kontest di atas. Rugi la tak join sebab aku already the members of this club. Anak-anak pun memang guna susu ni dari kecik sampai besor.   

Pict. adalah ehsan dari Dutch Lady. Thank you.  
Related Posts with Thumbnails