Memaparkan catatan dengan label MY LIFE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MY LIFE. Papar semua catatan

Isnin, 10 Januari 2011

Apa Kata Doktor Tentang Mama Dan Sarah

Khamis lepas, balik jer dari kerja en. is terus bawak aku dan sarah ke klinik. Tujuan asal adalah untuk membuat follow up check-up ke atas sarah. Minggu lepas kan sarah asyik muntah jer. Selain daripada tu, sarah jugak bermasalah dengan kudis pada bahagian tepi hidung. Gara-gara menggaru sesedap rasa (asalnya mata sarah digeget semut) pada bahagian bawah mata, tergaru pulak hingga ke tepi hidung, kuman2 mula la bermaharajalela. Since sarah ni kulitnya memang sensitif (ekzema), kejap jer kudis kat hidung tu merebak. Jatuh saham sarah kejap....hehehe


Gambar sarah tengah lena malam tadi. Krim putih tu doktor mintak aku sapukan pada hidung sarah supaya kudis cepat kering. Petang semalam pulak, tak sempat lagi kudis kat hidung ni baik, sarah dapat tanda baru kat betis dan siku. Excited sangat berlari ke hulu ke hilir bila dapat lepas keluar, tup tup terjatuh atas simen kasar. Menangis esak-esak la sebab dia jakun tak pernah dapat sakit macam tu. huhuhu....

Pagi tadi sebelum ke taska permata. Meraung tak nak mandi sebab dia trauma pedih kena sapu ubat luka petang semalam. Jenuh aku pujuk dan berdukung bagai. Dia punya gaya sakit tu kan, mengalahkan orang patah kaki. Kalau boleh kaki dia tak nak kasi gerak langsung. Nak pijak lantai pun takott. Aiyarkkkkk!!!

Sambung sikit apa kata doktor tentang muntah-muntah sarah aritu....

Actually, tak mungkin dan tak pernah berlaku lagi ibu yang mengandung anak pulak terkena alahan. Senyum kambing puan doktor bila aku tanya tau....hahaha. Sarah mungkin kecacingan, so doktor suggest aku kasi dia ubat cacing. Masalahnya aku lupa bila kali terakhir aku bagi dia makan ubat cacing. Tak ingat dah aku catat kat mana... Alhamdulillah sejak jumpa doktor hari tu, sarah dah tak muntah dah. Tak sempat nak kasi dia makan ubat tahan muntah pun.  

Last but not least adalah keputusan ini......


Kandungan aku dah pun masuk 7 minggu + 1 hari pada 6 january lepas. Punya la berdebar waktu doktor nak scan sampai lupa nak tanya expected delivery date bila. hehehe..... 

Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga k. Macihhhhh........

Rabu, 5 Januari 2011

Aku Musykil Tentang Alahan


Kalau isteri mengandung, suami yang menanggung alahan aku biasa dengar....

Tapiiii....

Kalau ibu mengandung, anak yang terkena tempias alahan seriuss aku felik. Ada ke kes macam ni atau aku yang memang tak pernah tahu???....

Sejak ahad lepas, sarah asyik muntah jer. Tidak la terlalu kerap tapi hingga semalam sarah masih lagi muntah. Alkisahnya pagi subuh (ahad) aku bagi sarah minum susu, tak sampai setengah jam dia nangis cakap muntah. Tengahari muntah lagi dan berulang pulak petangnya. Malam tu aku bawak dia jumpa doktor, tapi doktor cakap dia sihat jer. 

Hari Isnin, sarah muntah disebelah pagi dan petang. Malam tadi pun sama, dah la waktu kami berempat tengah syiokk mengadap makanan....

Walaupun sejak dua menjak ni dia asyik muntah, dia tetap lasak dan berselera makan. Tidur malam pun lena jer sampai ke pagi...

Hari ni aku nak tengok keadaan dia macam mana. Kalau muntah jugak, malam karang nak gi jumpa doktor lain pulak....

Ada sesiapa pernah kena macam ni tak?? Pelikkk betul la aku.......

Selasa, 4 Januari 2011

Cuaca Panas???? Bukan.... Hati yang Panasssss!!!

Now, aku bersiaran dari rumah. Tengahari tadi aku ambik emergency leave....

Tak boleh nak cocentrate pada kerja sebab hati sangat sangatttt sangattttt dan tersangattt la panasssss.....


hati en. google pun panasss tau


Perasaan marah membuak-buak sampaikan jantung aku laju mengepamm darah. Serius waktu tu badan jadi terketar-ketar dek menahan marah....

Kenapa aku jadi semarah ini??? Aku sangattttt tidak suka ditipu!!! Kali pertama aku masih boleh bersabar, kedua kali bersabar juga, bila masuk kali yang ke-3 memanggg nak meletopppp dah. Disebabkan tak meletopp la aku jadik terketar-ketar.....huhuhu.

Bagi mengelakkan emosi tambah berantakan, silap haribulan aku pulak yang fengsannn, baik la aku tenangkan diri kat rumah. Now, rasa lebih sejuk dan amarah makin berkurangan...

Pada yang berkenaan, pleaseee la, jangan ingat saya BODOH!!! Nak tipu pun agak-agak la. Benda dah terang lagi bersuluh, terus terang kan lagi baik.....

p/s: tak suka betul cari gaduh dengan orang, tapi bila aku diamkan ada pulak yang cakap aku ni penakut. 

p/s: kejap tadi bodek en. is bawak pi tengok wayang, nak releasekan tension hari ni. tak tahu la dia nak bawak ke tak? Citer apa agaknya yang kelakar kat panggung sekarang, mana tahu ada rezeki tengok hari ni..... Hantu kak limah tu ok tak??  

p/s: rindu pada sarah kat taska..... anak2 memang penawar segala duka nestapa.  

Jawapan Kepada SURPRISEEEE Semalam.....

Kalau sekadar mengsurprisekan diri sendiri, aku rasa aku masih lagi boleh tungguuuuuu dan lihat....

Tapi bila kengkawan pun dah terlibat TERSURPRISEEE sama, rasa macam berdosa pulak buat orang tertanya-tanya....

Sebagaimana yang aku dah cakap petang semalam, tuan empunya badan memang tak tahu jawapannya, makanya malam tadi aku tukar jap profession jadik doktor tak bertauliah.....


Dengan itu, bermula la sesi test mengetest dan kaji mengkaji. Hasilnyaaaaaaa.....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

 ALHAMDULILLAH DOUBLE LINE MUNCULLL.........

Pada yang wish in advance semalam, THANK YOU. Kalau nak lebih sahih dan tepat lagi mama-danishsarah kena la jumpa doktor bertauliah lepas ni. Papepun hopefully semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Moga Allah permudahkan segalanya dan takde la sebarang morning sickness yang menyerang. 

Isnin, 3 Januari 2011

Perkara ke-2 Yang Surprise.....Cuba Teka??



Yang satu ni memang surprise habessss....

Jawapannya aku takde, tapi klue dan kemungkinan jer yang aku boleh share....

Sehingga ke saat dan detik ini, belum ada sebarang kepastian sebab yang empunya badan belum membuat sebarang penyiasatan pemeriksaan......

Yang nyata dan pasti December 2010 aku tinggallkan tanpa ditemani 'sahabat baik'......

2011 ada jawapannya!!! Jom kita bermain teka teki dan lihat siapa yang kena????

Ada berani???? hehehe..... 

Selasa, 14 Disember 2010

Kerja bertangguh buruk padahnya...


Pernah tak kengkawan beli reload henfon yang gunakan sistem 'tembak' tu?

Alkisahnya pagi tadi aku singgah la kiosk surat khabar untuk reload henfon aku yang dah kering kredit tu. Salesgirl tu mintak la aku tuliskan no. phone sbb kat situ takde jual reload jenis card. Lepas dah bayar aku terus balik rumah coz aku assume dia aku terus top upkan henfon aku. Kebetulan pulak masa keluar beli top up tu, henfon aku tinggalkan dalam keta....

Tunggu punya tunggu sampai berejam-rejam, top up tak masuk2 jugak. Dalam hati aku cakap....adik manis ni mesti dah lupa. Bila en. is pergi balik ke kiosk tu, baru la top up aku masuk. Memang sah sah la terbakar telinga adik manis tu terkena laser mulut en. is.

Ingat tau adik manis, lain kali jangan buat lagi macam ni. Buatnya orang yang beli top up tu duduk jauh dari kiosk awak, tak ke niaya orang tu nak datang tuntut balik top up yang dia beli!! huhu....

Isnin, 13 Disember 2010

Mama kemaruk sudaaaa....


Kesian tak tengok sarah terlentok macam ni?....

Dah macam kanak2 terabai pun adoooo.... Dengan tak berseluarnya, anak sapa la ni??.....

Mama sarah tu asyik sibuk jer memanjang. Kat ofis sibuk, kat rumah lagi la buat-buat sibuk. Anak kecik terlena kat sofa pun sampai tak sedor.....huhu

Nasib baik la sarah tido tak lasak tau, kalau tak haruss tergolek kat atas lantai....

Nak tahu tak???? Mama sarah sekarang ni tengah kemaruk MEMBAKING!!! hahaha.....

Masa sarah terlena ni, mama sarah tengah sibuk masak kek cokelet moist untuk sarah.....


Saaayang mama....

 

Isnin, 29 November 2010

Kenapa aku menyepi lately...


Hakikatnya sekarang aku tersangattt busyyyyyy berperang dengan UBS tapi ada hati jugak nak hapdet!!! Sejak kejadian data korup rabu lepas, esoknya tiba2 pulak bos aku request nak management account ASAP untuk submit company loan.

Nak tak nak, dengan rela hati aku bekerja on weekend!!! Bukan kerja kat ofis, tapi hangkut sume file dan sambung masukkan data kat rumah. Alhamdulillah, banyak jugak la progress yang aku dapat.

By this week, rasanya aku akan slowdownkan sikit aktiviti berblog ni. Kita jumpa lagi next week yea....

Agak2, boleh tak nak mintak hadiah INI dari bos. Upah kerja on weekend ari tu....HAHAHA!!!!

Selasa, 23 November 2010

Aku sangat sangat sangat sedih dan kecewa....

Untuk kedua kalinya, setelah bersusah payah bersengkang mata sampai nak terkeluar bijik mata data akaun aku KORUP AGAIN!!!! Rasa nak nangesssss!!!! Nak meraungggggg!!!! Uwaaaaaaaa!!!!


Nasib ler aku ni dah tua, kalau tak aku dah guling-guling kat lantai ofis ni...huhuhu. Apa masalah pun tak tau la dengan UBS aku ni. Bila nak delete unwanted transaction jer, gerenti koruppp. Sama sebijik dengan kes korup yang pertama dulu tuh. 

Maleh nak citer dah apa tugasan aku lepas ni. Korang sendiri mesti tau kan kan..... Kena buat balik ler sudahnya. Tak suka betul dan sangat2 benci buat kerja yang sama yang sepatutnya dah lama siap!!! Wasting my golden time tau!!

Fuhhhhhh, legaaaaa rasanya dapat meluah perasaan kat sini. Yang sudi dengar keluh kesah hati aku, thank you sooo much. Aku jamu korang dengan kek karamel kat bawah ni. 

 ready untuk di bakar

 hampir masak-1st adunan menggunakan 3 warna

 taraaaaaa....

 2nd adunan-guna 2 warna jer

 yumyyyyyyy

Kek ni merupakan percubaan pertama aku ngan adik aku masa raya haji lepas. Sangat2 sedap sampaikan 3 bijik berturut-turut kami wat kek ni. Kejap jer licinnnn..... 

p/s: baekkk punya terapi sakit kepala aku kan.... sedih lagi ni. sob...sob.... 

p/s: n3 rojak... 

Isnin, 15 November 2010

EL hari ni...

Aku sekarang bersiaran dari rumah...

Terpaksa ambik EL hari ni sebab en. is tak sihat. Malam tadi pukul 1 pagi dia sakit perut. Bila dah tak tahan sangat, 4 pagi aku call my bil dan hantar en. is ke hospital. Boleh pulak pukul 7 pagi tadi dia mintak keluar hospital sbb MA asyik nak inject jer tanpa buat pape pemeriksaan.

Now en. is tengah bersiap untuk ke klinik swasta. Nak dapatkan surat rujukan sebelum masuk ke hospital pakar. Aku syak dia terkena serangan gastritis yang agak teruk. MA yang en. is jumpa kat hospital tadi cakap kalau apendiks, en. is dah pengsan dah. Hopefully takde pape yang serius. Keadaan dia sekarang ni pun tak seteruk awal pagi tadi. 

So, buat sementara waktu ni, aku akan updatekan status aku kat twitter. Lebih cepat dan mudah untuk kengkawan check status terkini aku. 

Carik benda kat bawah ni pada sidebar aku k. 


Daaaaa.... 

 

Ahad, 14 November 2010

Pencuri....

Al-kisah malam sabtu lepas.....

Aku ni kan, kalau en. is kerja malam, tido malam aku mesti tak lena. Bukan sebab tak dapat peluk dia tapi risau kalau ada pencuri. Mula la aku tido2 ayam. Pastu dengar jer bunyi pelik2 sikit terussss terjaga.

Sabtu lepas, tergerak hati aku nak tukar selera tido bilik depan (tamu). Hangkut la budak berdua tu sekali sbb dorang berdua tu memang peneman setia mama penakut ni. hehehe...... Sebelum tido, aku pastikan ada lampu picit (in case blackout ke apa, ada pencurik mmg jenis suka matikan elektrik rumah orang), bateri henpon full dan lock pintu. Batang kayu jer aku tak bawak sebab aku budget danish boleh teakwando jer sesapa yang berani masuk rumah kami. 

Tiba-tiba kan.......dalam pukul 2 lebih  aku terdengar bunyi pelik dari pintu depan rumah aku. Macammmmm orang tengah cuba nak bukak grilll. Ya Allah, dada berdebar macam nak pecah dah ni!!! Cepat2 aku bangun dan mengendap dari balik langsir tingkap. Sambil2 tu aku call en. is, kot2 la dia yang balik (dia mmg selalu jugak balik tengah pagi buta camtu). Bila dia cakap dia kat ofis, aku rasa nak pengsannnn. Apa nak buat ni???

En. is suruh aku intai dulu, lepas tu call jiran sebelah. Masalahnya aku dah intai tapi tak nampak sebab pintu rumah terlindung dengan dinding. Huwaaaaa!!! Nak keluar dari bilik dan intai dari jendala kat ruang tamu, aku takotttttt. Buatnya orang tu berjaya bukak pintu rumah aku waktu aku kat ruang tamu tu tak ke niaya!!!!

At last, dengan jari terketar2 aku call jiran sebelah. 

"Kak, macam ada orang cuba bukak grill rumah ain, cuba akak tengok"

Tau tak dia jawab apa?????

"Akak la ain. Grilll rumah akak ni, susah nak bukak!!!. Abang akak ada kecemasan kat ofis, lori misc kena curik"

Uwaaaaaaaa, penat jantung aku mengepam darah tau. Rupa-rupanya jiran aku yang tengah cuba bukak grill pintu. Bukan grill rumah aku tapi rumah dia.....huhuhu. Gini la jadinya kalau darah kesatria takde dalam diri, bunyi pelik sikit dah takotttttt....

Papepun, aku bersyukur sangat bukan pencuri yang cuba pecah masuk rumah aku. Mintak dijauhkan semua ni sebab aku memang takotttt. Pencuri zaman sekarang ni bukan harta kita jer dia nak ambik, silap haribulan maruah dan nyawa sekali jadi rebutan dorang. 

p/s: bacalah surah yaasin ayat 9 di setiap 4 penjuru rumah untuk melindungi rumah dari dimasuki pencuri. Petua ni aku dapat dari ustaz yang pernah mengajar agama kat ofis aku suatu ketika dulu.   

Sabtu, 13 November 2010

Pestime Makan Kari Daging Landak


Kalau sebut pasal landak, semua orang kenal kan, tapi pernah tak makan dagingnya?? Fuyoooooo, memang mabelesss sungguh. Malam tadi langkah kanan betul aku. Balik makan malam kat rumah mak dan menunya adalah spesel sekali....Masak kari daging landak.  


Mula2 takut jugak nak makan, tapi bila tengok kari kemerahan yang tengah berasap kat atas meja makan tu, licinnn nasi aku sepinggan. En. is pun sempat jugak merasa seketul. Sekadar rasa katanya. Dia ni kalau makanan pelik2 memang payah sikit nak jamah. 

Daging landak ni rupa-rupanya banyak khasiat tau. Ia tidak mengandungi lemak (sesuai untuk mereka yang berhajat kurangkan kolesterol) dan tidak berserat (sesuai pula untuk mereka yang kerap sembelit dan berpotensi menderitai buasir). Amalan memakan secubit hati landak setiap hari juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kronik seperti kanser, lelah dan leukimia..Daging landak juga mempunyai gen yang boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Kalau la malam tadi aku tau semua khasiat ni, gerenti aku pulun semangkuk. Serius cakap, daging dia memang lembut dan manis giler. Rasa dia jauh lebih sedap dari rasa daging kancil atau kijang. 

Alhamdulillah, rezeki.... 

Jumaat, 5 November 2010

New Hair Stail

Sempena dengan deepavali hari ni, aku bertukar ke stail rambut baru. Dah tak larat dah sebenarnya nak berambut panjang sebab banyak nau rambut yang gugur. Bila dah berambut pendek ni, ringan sikit kepala aku. Tak perlu nak risau rambut berbau hapak ke apa sbb seharian bertudung kan...

Kebetulan semalam bawak danish gi gunting rambut, so mama dia pun tumpang sekaki lor. Now, dah jadi pendek macam kat bawah ni. 

 credits to: izyan.com

 Apa macam, kacak menawan tak??? hehehe.... En. is cakap bini dia dah macam lelaki. Tak kissah la laling, janji lepas ni ai tak perlu nak dengar u membebel pasal rambut ai yang gugur kat lantai tu lagikk. Kalau agak2 dia nak gugur jugak, kita botakkan terus carik syampoo yang ini. ...hehehe

credits to: min

Selasa, 2 November 2010

Aku dah cuba detox foot pad

Dah seminggu rasanya aku dapat hadiah detox foot pad yang aku menang kat n3 ni, semalam baru la terhegeh-hegeh nak cuba pakai....

Itupun sebab tengok Hanim yang pakai dulu.....hehehe. Hasilnya after semalaman menempel kat kaki aku adalah kat bawah ni:

SEBELUM


SELEPAS 

Testimoni Ain a.k.a mama danish sarah:

Masa mula2 lekapkan kat kaki, merenyam jer rasa dia. Serius cakap tapak kaki aku gatal semacam. Ikutkan hati nak jer tanggalkan detox foot patch ni, tapi disebabkan nak sangat tengok hasil dia besok pagi, tahankan ajer ler. Budak dua beradik tu pun cuak jer tengok tapak kaki mama dorang bertampal cenggitu. Risau la tu mama dorang sakit ke hapa....hehehe

Hasilnya pagi ni badan aku rasa ringan. Hilang segala lenguh2 badan tak macam sebelum2 ni yang asyik kebas kaki memanjang. Aku ingat lepas ni nak beli satu kotak dan try pakai lagi sampai detox foot patch ni tak tinggalkan kesan hitam. Baru la puas hati toksin dah berkurang dalam badan kita kan kan...

Sedikit info tentang detox foot patch yang aku dapat dari SINI.

 Detox Foot Patch

Tubuh Manusia membuang sisa-sisa toksik di dalam badan jauh daripada hati. Ini bermaksud kebanyakkan toksin disimpan di bahagian bawah badan manusia terutama KAKI. Herba dan campuran bahan organik yang lain di dalam detox foot patch ini mampu menghangatkan kaki dgn membuka point akuapuntur yang tertutup. Dan ini menyebabkan toksin yg terkumpul dalam badan keluar dan menyihatkan badan.

Apa yg bahaya dengan TOKSIN?

TOKSIN membawa pelbagai jenis penyakit daripada sakit-sakit sendi..lenguh badan sehinggalah ke penyakit kronik.

Antara kebaikan Detox Foot Patch:
 
1. Menjalankan proses ditoksifikasi
2. Mengaktifkan sel-sel badan
3. Meredakan bengkak dan kesakitan
4. Menghilangkan penyakit sendi dan tulang
5. Membantu mendapat tidur yg selesa
6. Meredakan penyakit Gout
7. Melegakan keletihan kaki
8. Mengimbang sistem imun dlm tubuh
9. Menyingkirkan bahan buang dlm sistem limpa tubuh badan
10. Meningkatkan kadar fungsi sistem limpa

Cara pemakaian: Hanya tampalkan di tapak kaki selama 6-8 jam sebelum tidur setiap malam.


p/s: cuba jangan tak cubaaaaa.....

Isnin, 1 November 2010

Tetiba jatuh chenta dengan dapur gas kaca

credits to fimaco. com.  

Sebelum-sebelum ni aku tak pernah guna dapur gas jenis kaca, tapi sejak dapur gas aku rosak bulan lepas, hubby aku gantikan dengan dapur gas baru....

Dia pilih jenama faber sebijik macam kat atas tu. Rege dapur ni dalam dua ratus plus plus tapi lepas tawar menawar dan bodek membodek dapat la 180 henggit. Paling aku suka tentang dapur ni sebab senang nak bersihkan kotoran lepas memasak. Lap jer dengan kain basah dah pun bersih dan berkilat. Sukaaaaaa tau. 

Bila sentuh bab dapur tempat memasak ni En. Is memang cerewet banyaaaak. Pantang bagi dia kalau lepas masak bini dia tak terus lap. Siappp la berdesing telinga aku menahan panahan bebelan dia. Redhakan ajer la, untuk kebaikan seisi keluarga jugak kan. hehehe...... 

Pssst, agak2 kengkawan macam aku jugak ke? Wajib lap dapur tiap kali lepas masak!! Kalau yang jenis 5-6 kali sehari memasak, fengsannnn wat kerja mengelap jer kan....hahaha 

Khamis, 28 Oktober 2010

Downy Antibac Terbaik....

Situasi 1: 

"Is, wanginya bau baju mung, mung pakai minyak wangi menda?"

Situasi 2: 

"Mama, wangi la bau baju sarah ni, sampai ke petang tau, mama guna softener menda erk?"

Bangga tak? Bangga tak?? Mesti la kansssssss..........

Aku ni kalau bab menggunakan sesuatu barang memang jenis setia pada yang satu, melainkan barang yang aku pakai tu tak memuaskan hati aku. Sekali jer aku pakai, aku reject terusssss!!



Bila masuk bab dobi mendobi pakaian, satu-satunya pilihan yang ada kat rumah aku adalah Downy Antibac. Khas untuk melembutkan segala mak nenek kain dan semestinya nakkan mak nenek kain tu WANGI sepanjang masa. 

Hasilnya memang tak pernah mengecewakan sebab ada jer yang puji kitaorang ni semerbak harum mewangi. Memang tak payah dah susah-susah nak sembur perfume bagai.

TERBAEK!!!!

Korang pulak guna softener apa yerk??? Jom la share...... 

Rabu, 27 Oktober 2010

Nasib baik tak meletup!!!!

Macam mana la aku boleh tak perasan kipas CPU aku ni tak berfungsi!!!....

Sorang-sorang staff yang masuk ofis ngadu bau hangit, tapi aku tak bau papepun walaupun punca bau tu dekat jer dengan batang idung aku.....

Nasib baik technician yang kitaorang panggil (dia datang nak check kerosakan lain sebenarnya) tu datang cepat....

"Bakpe Pesal CPU ain panas semacam jer ni??"

"Aikkkk, ye ke?''

"Kipas dia dok gerok tak berpusing la. Nasib baik duk dalam air-con, kalu dok netup meletup la komputer ain"
  
'padan la rosak pun, habuk berketul-ketul'
 'sementara menunggu kipas baru'

Can u imagine apa jadi kalau technician tu lambat sikitt jer sampai dan tiba tibaaaaaaaa, pc aku kebabommmm. Oh my god, mesti hancus berkecaii segala data-data yang aku ada. Berkecai jugak la jiwa raga aku ni sebab data yang korup hari tu pun tak habis key-in lagi....

Kesudahannya, terpaksa la tukar kipas baru. Makanya seharian tak dapek buat kerja apatah lagi nak skodeng blog. 

Mencikkkk!!!! 

p/s: Itu cerita 2 hari lepas. Semalam pulak satu daerah dungun ni line tenet out of service. Tak heran la kenapa aku tak muncul2....huhuhu. 

p/s: tak dapat nak blogwalking buat sementara waktu ni. sorry yer kengkawan. 

p/s: besok bercuti satu hari, ada urusan di kuala terengganu.  

Jumaat, 22 Oktober 2010

Misi Hari Ini....Kek Sarang Lebah a.k.a. Gula Hangus


Tu diaaaaaa!!! Adunan dah pun siap 2 jam yang lalu, lagi 2 jam boleh la taruk dalam oven....

Ini adalah pestime aku buat kek gula hangus sejak bergelar isteri En. Is. Masa anak dara pingitan dulu-dulu memang selalu buat kek ni, tapi tak pernahnya nak jadi. Tang sarang lebah tu memang tak puas hati sokmo. Kalau boleh nak la yang lobang besau-besau, at least takde la lebah yang hinggap kat dalam kek ni lemas kan kan....

Agak2 jadi tak kalau rope adunan dia macam kat atas tuh? Kita tunggu jer la petang nanti yerk. Kalau ada rezeki korang semua, kita jamu mata ramai-ramai sesambil pekena teh o kurang manissssss.....hahahaa 

Daaaaaaa.... aku nak pi kemas rumah rumah dan lipat melipat kain baju pulak ni.  

Selasa, 5 Oktober 2010

Kesibukan dan Interview

Kalau dalam waktu terdekat ni, korang tak nampak kelibat aku, jangan cakap aku sombong tau...

Minggu ini dan mungkin jugak minggu-minggu seterusnya, jadual aku padatttttt. Padattttt dengan kerja2 memasukkan data yang telah korup sepertimana dalam n3 INI.

Nanti aku curik2 masa upkan n3 waktu lunch hour. At least ada la jugak yang sudi jadi penunggu blog aku ni. Ada ke???? Perahsantan betul kan kan....

AND

Nak habaq mai jugak kat sini, aku akan ke KL petang khamis nanti. Jumaat ada sesi interview di Pelabuhan Klang sana nun. Interview jer kat Klang yerk, offer untuk jawatan tu still kat Ganu ni. 

Doakan aku dapat melepasi sesi temuduga tu nanti dengan tenang. Sebut pasal nak gi interview, jiwa aku kacau sokmo. Failed kalau bab nak suruh aku speaking Londonnn.

Huhuhu......  


p/s: ada sesiapa yang nak dating ngan aku tak??? Muahaha..... 

Khamis, 30 September 2010

Tart Telur Yang Rangup Dan Sedapppp Hingga Menjilat Kertassss....

Ini lah dia hasil sentuhan pertama aku. Kalau sebelum-sebelum ni, asal teringin nak makan aku ajak hubby pergi beli, weekend hari tu aku try buat sendirik. Tak sangka pulak senang jer nak membuatnya dan paling penting boleh makan sepuas hati dengan rasa yang ranguppppp sekali. Kalau beli mana boleh makan puas-puas, sebijik 50 sen, sepuluh bijik dah berapa henggit. Itu kalau sepuluh bijik, kalau 20 bijik, melayang dah kertas merah sekeping. 

Sonot betul bila en. somi cakap tart ni super duper mabelesss. Siap request suruh orang rumah dia buat lagik. No problem!! Janji awak belikan saya lagi seploh bijik sarang kueh tart ni. 9 bijik sarang yang ada tu mana cukuppp!! Lambat kerja saya nak membakar tau...
Related Posts with Thumbnails