Rabu, 28 April 2010

MINGGU PALING STRESS

Minggu ni adalah minggu paling stress aku rasa.....

Bukan pasal kerja ofis jer, tapi  juga kerana terlalu  memikirkan perancangan bisness yang tak berapa nak lancar.....

 Sangat banyak karenah birokrasi yang perlu aku tembusi. Kalau ada kabel besar ok la jugak, tapi aku ni mana la ada sedara sepapat yang jadik YB. Yang sorang tu pun, dah lama pencen dan tak pegang jawatan tinggi dalam kerajaan.... huhuhu.....

Now, aku dalam proses menunggu loan diluluskan oleh pihak bank. Tadi awal2 dah terkantoi masa bank call interview aku. Soklan yang dia tanya tak terfikir dek akal langsung. Nasib baik jugak dia kasi can kat aku dapatkan sorang penjamin...... 

Kawan-kawan, doakan Allah permudahkan segala urusan aku. Aku berharap sangat permohonan untuk dapatkan loan ni lulus. Walaupun bisness yang dirancang tak seberapa, tapi aku nekad nak teruskan jugak. 
 

Nampak kan keadaan tali tu macam mana? Gitu la status pemohonan loan aku sekarang ni..... huhuhu..... 

p/s: doakan aku ya. Aku dah bernazar, kalau satu hari nanti aku berjaya, aku nak hantar mil buat haji dengan hasil titik peluh aku ni.  

18 comments:

cheqna berkata...

insyaallah kak..

semuanya pasti akan berjalan lancar

Ain berkata...

cheqna: thanks dear....

hilang selera makan akak fikirkan masalah yang ntah bila boleh settle nie....

Zaidah berkata...

nak senang bukan senang...nak berjaya kena mrempuh 1001 rintangan..good luck...

Ain berkata...

zaidah: ain setuju ngan zai....

usaha tangga kejayaan kan....

LYaFRINA berkata...

insyallah... sukses ain..lya doakan agar dpermudahkan pintu rezeki utk ain..

lya pon stress minggu ni..hari ni bru lega,,dh settle keje..blh blogjogging puas2..

Tanpa Nama berkata...

ain, semua masalah ada penyelesaian nye...jgn putus asa. has doakan Ain.

Ena berkata...

InsyaAllah ka.. moge akak dipermudahkan segala urusan..

ye la kan.. bukan senang nak senang..

Kniedaz berkata...

insya allah semuanya baik2 sahaja..dugaan permulaan tu..kena kuat semangat

afiq berkata...

stress jugakk.. pasal assignment.. sesame lah sabar ue kak..:)

al-lavendari berkata...

hidup ini memang penuh dengan cabaran dan dugaan. itu lah namanya kehidupan. Kata orang:

"when the going get tough, only the tough get going"

dalam pada itu, ingatkan DUIT selalu.

D = Doa
U = Usaha
I = Istiqamah
T = Tawakkal.

Insyaallah berjaya.

Ain berkata...

lyafrina: thanks lya....

tak sabar nak tunggu hujung minggu kan.....

nasib baik minggu ni cuti sampai hari ahad, boleh la rest lama sikit kan.....

Ain berkata...

honeylanz: thanks dear,

ain akan cuba yang terbaik...

ena:thanks ena....

Ain berkata...

kniedaz: takde kesenangan yang datang bergolek kan....

insyaallah ain akan berusaha sampai dapat....

Ain berkata...

afiq: ni mesti buat kerja last minit nie...hehehe

Ain berkata...

al-lavendari: thanks uncle....

sama la dengan pokok yang ada kerengga kan....

kalau takut kena gigit jangan di panjat pokok tue....

insyaallah ain akan cuba amalkan formula DUIT yang uncle kasi tue...

[leily.laily] berkata...

Selamat berjaya frend!!!

Ain berkata...

leily: thanks dear....

hopefully berkat doa kengkawan. usaha ain dipermudahkan....

♥ Che NamNam ♥ berkata...

InsyaAllah dapat tue nanti..haku doakan yang terbaik untuk ko..

besnyerr dapat buat bisnes sendirikk...

Related Posts with Thumbnails