Isnin, 31 Mei 2010

Mana Hilangnya Gula???

 'pinjam gula en. google jap ya'

Aiyarkkkkkk, sejak sebulan yang lepas kami yang duk terengganu ni susah ya amat nak dapatkan bekalan gula. Nasib baik sebulan aku cuma perlukan sekilo gula jer. Itupun kadang tak habisssss. Kami minum air manis hanya sekali sekala dan gula yang selebihnya aku taruk dalam masakan. Memandangkan dapur tuan rumah jarang berasap, makanya lambat la gula dia nak habis.....hahaha....

Petang semalam, alang-alang dah jenguk pasaraya untuk beli barang dapur, terkejut bukan kepalang gula satu bungkus pun tadak. Kalau kat kedai runcit gula takde aku memang tak heran, tapi kalau pasaraya sebesar giant pun tadak gula, memang hairan bin ajaib sungguh. Tak logik kalau semut dah bawak larik semua gula yang ada.....huhuhu..... 

Sudahnya stok gula aku bulan ni tak dapek nak tambah. Papepun tak hilang seri hidup aku kalau takde gula. Aku tetap tersenyum manissss dan ceriaaaaa..... muahahaaaaaaaaaaaaaaaa.

p/s: aku sebenarnya kesian dengan mereka yang berniaga makanan dan minuman. Gula memang satu keperluan. Takde gula camne dorang nak meniaga kan. Kesian jugak dekat mereka yang nak buat kenduri kahwin. Macam mana la agaknya dorang dapatkan bekalan.  

Khamis, 27 Mei 2010

Marathon Dulu

Pagi-pagi ni aku nak marathon dulu. Tempat pertama yang wajib aku tuju mestilah 'jiran sebelah rumah'. Lepas tu baru la gerak ke 'rumah' jiran-jiran yang lain pulak kan. Kenapa mesti jiran sebelah dulu? Sebabnya dia yang paling hampir dan dekat ngan aku. In case aku sakit ke hapa kan, mesti la dia orang pertama yang datang.....so jiran sebelah wajib aku utamakan. 

Kepada yang belum kenal dengan jiran sebelah rumah aku yang sentiasa tersenyum manisss iteww, jemput la ke sini. Kami ni nama jer jiran sebelah, tapi berbulan dah tak bertegur sapa. Opppssssss...... bukan kami gaduh okeh, tapi masa jer tak berapa nak ada..... hahaha....ALASANNN!!!

Sis, rindu nak sembang-sembang dan open table kat depan rumah macam dolu-dolu. Maaf sebab jiran sis yang sorang ni asal balik kerja asyik berkurung dalam rumah jer. Aiyaaaarkkkk, macam cepat sangat masa berlalu skang ni, baru jer nak bukak pintu dah nak malam.....huhuhu. Gewammm tengok padi kat laman rumah dah jadi lalang. Pokok-pokok kat dalam pasu pun dah kering jadik batang kayu......huhuhu......

Sis, ain tumpang sedih dengan berita kitty yang cute dan comel dah pergi menemui penciptaNya. Patut la lama tak nampak telatah si kitty kat luar rumah. Kesian Sarah ngan Danish yang asyik melilau carik kitty tapi tak jumpa...... 

si chumell yang turut menjadi pojaan hati anak2 ku (pinjam pict. jap ya sis)

p/s: lepas ni kalau ada sesiapa yang risaukan kehilangan aku kat dunia maya nie, cuba la risik2 kat jiran aku. Insyaallah korang akan dapat jawapan........  

Rabu, 26 Mei 2010

Ada Dalam Tiada

Sunyi sepi jer teratak pink ni kan? Mana la tuan rumahnya menghilang!!! Sedor tak sedor dalam diam dah seminggu pintu dan tingkap berkunci!! 

Assalamualaikummmmmm........ 

Assalamualaikummmmmm............ Tuan rumah ada ke takde ni??? Senyapppp jer.......

Waalaikumussalammmmmmm..... 

Alahaiiiiiiiii, jemput la masuk...... jangan segan-segan ya.......

hehehe....... siapa cakap aku menghilang??? Aku ada la sebenarnya, tapi saje jer tetiba gatai nak jadik silent reader.  Itu la rasanya alasan paling kukuh untuk aku yang tiba-tiba dapat penyakit "M" dan "R" sekaligussss. "M" tu mewakili sindrom "Malas nak sign in dan merangkap Malas nak update blog". Dan yang "R" tu pulak mewakili "Rajin terlampau dengan kerja-kerja ofis". 

Kesudahannya hari ni, Sindrom "M" jadikan blog aku seminggu tak berentry baru manakala sindrom "R" pulak dah buat hari esok dan seterusnya aku boleh bersantai dengan riang gumbira bila datang kerja..... semua task completely DONE!!! 

Sekarang ni takmo panjang-panjang cerita, aku nak gi bersihkan sawang-sawang yang dah mula bergantung kat teratak pink aku nie..... 

 thanks en. google

Lepas tu apalagi???? Sesi melepas GIAN!!! Giler kemaruk nak jenguk dan tinggal komen kat blog kengkawan semua.....

Nantikan kedatangan aku dengan sekut kering dan nescafe o panassss k..... 

p/s: Terima kasih buat kengkawan yang mengambil berat dan risaukan aku..... sungguh-sungguh terharu rasanya. Alhamdulillah, aku dan anak-anak sihat-sihat aje..  

Selasa, 18 Mei 2010

Mata Anda Letih??? Sini Aku Nak Share Petua.....

Tipu la kalau cakap mata korang tak rasa pape pun lepas berjam-jam ngadap PC kan kan.....

Aku nie bukan mata jer yang letih, kepala pun ting tong jadinya kalau berlama-lamaan depan PC.... 

Meh sini aku kongsikan ngan korang semua apa yang aku dapat hasil dari jelingan manja kat surat khabar Sinar Harian pagi tadi.....

PETUA MERAWAT KELETIHAN MATA

1. Lekapkan hirisan timun pada kelopak mata lalu baringlah seketika sambil membiarkan fikiran kosong daripada memikirkan sebarang masalah. Hirisan timun juga boleh digantikan dengan uncang teh yang sudah digunakan. Hasilnya mata akan lebih segar.


2. Sapukan lendir lidah buaya pada kelopak mata dan biarkan selama setengah jam. Setelah itu cuci hingga bersih.


3. Jangan memandang sesuatu yang hampir terlalu lama. Jika perlu lakukan juga seperti mengadap komputer misalnya, sekali sekala lepaskan pandangan pada sesuatu yang jauh.

4. Sering-seringlah memandang keindahan alam seperti laut yang membiru dan bukit bukau yang menghijau. Ini bukan sahaja merehatkan mata tetapi juga merehatkan minda.  


p/s: petua yang selalu aku amalkan bila mata terasa penat adalah dengan memandang sesuatu yang paling jauh diikuti dengan benda yang dekat dan paling dekat..... diulang 2-3 kali. 

Selamat Mencuba 

KEYBOARDKU KE ICU.....

Gara-gara budak kecik comel lote itewwww (tak salah kan kasi puji-pujian kat anak sendiri)....

Asal dia mengamuk tak puas hati jer, ke meja PC mama yang dia tuju....

Tangan melibas-libas keyboard mama yang tak bersalah.....


 thanks en. google

Sudahnya pagi semalam, tengah mama duk sebok kelentang kelentung kat dapur...... tiba-tibaaaaaa.....

Gedeganggggggggg!!! Tak dapat diselamatkan lagi...........

Keyboard mama jatuh menyembah lantai...... 

Adoiiiila sarah, nak marahkan abang nape la keyboard mama pulak jadi mangsa keadaan.....huhuhu....

Nampak gaya tak dapat la mama mengadap PC kat rumah buat sementara waktu nie.....

Sabor jer ler........ hukhuk.........

Berakhir Juga

Penantian itu berakhir jugak semalam....

Walaupun penghujungnya adalah sebuah kekecewaan....

Aku terima semuanya dengan redha....

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya....

Yang penting jangan pernah mengalah dan putus asa....

Insyaallah satu hari nanti kejayaan tetap dalam genggaman.... 

Jom kita senyummmmmmm seikhlas hati!!!! 

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru


Selamat menyambut Hari Guru buat semua yang bergelar PENDIDIK.....

Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang pernah bertanggungjawab mendidik dan mengajar aku  tanpa kenal erti penat dan putus asa.....

Thanks buat cikgu-cikgu

 Tadika Kemas Felda Kerteh Dua, 
Sekolah Kebangsaan Bandar B1, Paka
Sekolah Menengah Ketengah Jaya

Juga pensyarah-pensyarah di Universiti Malaya

Selamat Hari Guru jugak buat sahabat-sahabat blogger yang bergelar guru antaranya Kak Nza, Kak Lela, Kak Atie, Nida, Ayu dan semua. Sorry kalau ada nama-nama yang tercicir....lupa nak makan kismiss pagi tadi...hehehe....

Semoga budi baik dan jasa kalian berkorban untuk anak bangsa mandapat ganjaran berlipat ganda di akhirat kelak.  

Khamis, 13 Mei 2010

Tutur Kata Cermin Diri Kita....

N3 paling santai dan ringkas  betul ke? untuk petang khamis ini....

Setuju tak kalau aku cakap setiap bait bicara yang kita tuturkan menggambarkan siapa diri kita yang sebenarnya?

 credits to google
 
Sekalipun kita tak cantik dari segi paras dan rupa, tapi sekiranya kita cukup menjaga kata-kata, kita tetap disanjung sesiapa saje.....

Oleh itu, AWAS dengan tutur kata kita, jangan sampai ada yang terguris secara sengaja atau tak disengajakan.....

Cuba kengkawan fikir-fikirkan, SETIAP HARI apa perkataan yang WAJIB keluar dari bibir mungil kita.......

Kalau tanya aku jawabnya TOLONG MAMA.......... pastu TERIMA KASIH @ THANK U dan sesekali keluar jugak perkataan ni, SORRY.......

Tutur kata juga penting untuk kita jaga kerana kita adalah role model pada anak-anak..... Baik tutur kata ibubapa, baik jugalah tutur kata anak-anak kita nanti...... 

Fikir-fikirkan ya.... 

p/s: Bermula besok, kemungkinan tiada n3 yang akan dikeluarkan setiap hari jumaat dan sabtu..... Aku rasa nak manfaatkan sepenuhnya masa yang ada bersama anak-anak tersayang.... 

Rahsia Epal Yang Rangup

Suka makan epal tak?? Mesti suka kan kan..... 

Buat semua penggemar epal, aku ada something nak share.....

Mungkin korang dah tahu, dan mungkin jugak korang tak tahu atau tak perasan.....

Selalunya bila beli buah epal, mesti la kita nak yang rangup dan sedap kan.....

Hari ni aku nak share 2 jenis brand epal yang korang patut pilih tiap kali nak beli buah nie..... 

Bagi peminat epal merah pilih la dari jenama Red Delicious.... 

  
Dan bagi yang minat epal hijau, boleh pilih jenama Granny Smith 


Setakat ni, 2 brand ni jer la yang aku tau sebab kedua-dua ni jer yang selalu aku beli untuk stok peti es kat rumah..... 

Untuk elakkan epal yang dah dipotong cepat lebam, rendam dengan sedikit air garam sebelum di makan ya....  

Kalau kengkawan ada brand lain yang nak share, aku alu-alukan. Boleh jugak aku cuba nanti.....  

p/s: siapa tau kod oren sunkist yang maniss bersari? Aku selalu frust tiap kali beli buah oren, jarang sangat dapat yang manis....huhuhu.... 

Thanks to en. gogle for the pict.  
 

Rabu, 12 Mei 2010

Penjara paling mewah di dunia

 
Gambar menunjukkan bilik tidur yang mengandungi tingkap tanpa jeriji untuk banduan di Penjara Halden, Norway.


OSLO - Penjara Halden di Norway dianggap paling mewah di dunia kerana ia dilengkapi bilik air dan tingkap tanpa jeriji besi serta mempunyai lukisan bernilai AS$1.4 juta (RM4.4 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Pembinaan penjara bernilai AS$ 22.2 juta (RM71.1 juta) itu mengambil masa 10 tahun untuk dibina dan digambarkan sebagai penjara paling berperikemanusiaan di dunia untuk 252 penghuninya.

Menurut beberapa pegawai penjara itu, setiap penghuni disediakan sebuah bilik persendirian lengkap dengan peti sejuk mini, televisyen skrin rata, sebuah bilik air mewah dan tingkap tanpa jeriji besi.

Arkitek penjara itu, Hans Henrik Hoilund mengakui penjara itu turut dihuni oleh banduan yang paling berbahaya di Norway.

Gabenor penjara itu, Are Hoidal berkata, penjara seluas 30.35 hektar itu dibuka pada bulan lalu dan tidak ada banduan yang telah melarikan diri setakat ini.

"Dalam sistem penjara Norway, tumpuan pemulihan diberikan berhubung aspek hak asasi manusia dan rasa hormat," katanya.

Penjara itu mengandungi trek joging di kawasan hutan berdekatan dan sebuah rumah dua bilik tidur yang disediakan untuk banduan melayan keluarga yang melawat mereka. - Agensi

p/s: agak-agak korang nak tak duk sini?? Mewahhhhh tueeeeeeee......

Si Cilik Dalam Drama Adamaya

Gewammmm betul tengok pelakon cilik comel lote dalam drama Adamaya nie. Siapa lagi kalau bukan Amani (Mia Sara Nasuha). Dah la pandai berlakon, petah pulak berkata-kata. Tak padan dengan usia dia yang baru 4 tahun. Tak sabar tunggu scene Amani tiap kali tengok citer nie..... Aunty rasa nak chobit chobit dan kiss kiss jer pipi awak!!!!!




Selasa, 11 Mei 2010

Pemenang Bertuah Itu Adalah.....

Tuan rumah mintak ampun mintak maaf banyak-banyak sebab buat kengkawan semua tertunggu-tunggu.....

Baru berkesempatan nak update pemenang bagi hadiah tempat kedua.... 

Ikutkan hati, nak masuk tidur dah ni, tapi sebab dari awal pelancaran kontest lagi tuan rumah dah janji nak umumkan hari nie, so tangguhkan la kejap tidur tu dulu......

Aku rasa berdosa dan bersalah kat kengkawan semua kalau tangguh sampai esok......hahaha.... poyo jer kan!!!

Jangan memain, menepati janji itu adalah wajibbbb kan..... tak buat jawabnya dosa....

Cabutan sebenarnya tak dapat dilakukan malam tadi. Aku balik rumah mak, jadi sampai rumah dah lewat malam, kesian pulak nak dera anak suruh berjaga dan layan kehendak mama dia nie.... besoknya kan dia nak sekolah....

Jadinya, pagi tadi ler baru dapat cabut pemenang bertuah itewww.....

Jom layanzz telatah birthday boy danish masa buat cabutan pagi tadi..... 

 
"gaul sampai sebati"

 
'dah pilih pun satu-'

Asalnya aku nak gulung semua nama nie, tapi memandangkan makan banyak masa, so aku lipat dan stapler jer....huhuhu....

DAN PEMENANGNYA ADALAH

*

*

*

*

*


Kepada yang tidak menang anda semua jangan bersedih hati kerana anda layak untuk mendapat diskaun sebanyak RM2 bagi setiap botol aromatherapy dari kami. Sekiranya berminat, anda boleh menebus diskaun tersebut selewat-lewatnya pada 11 June 2010.

Untuk kedua-dua pemenang KONTEST PANDANGLAH LIHATLAH, sila emailkan alamat berserta nama dan no. telefon anda di ain.flowtech@gmail.com untuk urusan pengeposan hadiah. 

p/s:  Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke-6 untuk anakanda Danish. Semoga menjadi anak yang taat kepada ibubapa, penyejuk jiwa dan juga pelindung setia adik Sarah. Mama sayang Danish sangat-sangat....  

Bersiaran Jugak.....

Morning Dearrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.......... hehehe

Kenapa terkebil-kebil tuh?? Memang aku la nie...... 

Aku tak jadi bercuti hari nie, so apalagi online la.....

Aku tengah sedey nie..... sob..sob...sob....

Kabel usb aku ilangggggggggggg...... Entah mana aku campak pun tak tau....

Macam mana aku nak umumkan pemenang cabutan bertuah nie?

Nak postpone sampai kabel tu jumpa dulu ke? Mencik betul kan!!! 

Mana la ko menyorok Yang oiiii...... Keluar laaaaaa..... 

p/s: nak buat n3 pun tak sonot dah, sebab penyeri takde.....huhuhu... 

Isnin, 10 Mei 2010

Busy Right Now....

Aku tengah membusikan diri skang nie......

Baru teringat malam nanti nak adakan misi mencabut undian..... nak carik pemenang bertuah untuk kontest hari tue....

Terkocoh-kocoh siapkan nama sebelum sesi guntung menggunting dan gulung menggulung kejap lagi....

Malam karang bakal birthday boy akan laksanakan tanggungjawabnya......

Harapnya jangan la adik dia kaco kan.... budak tu pantang nampak sebarang benda kat tangan abang dia, sebok la dia nak jugak nanti....huhuhu.....

p/s: Jangan lupa singgah sini besok, maybe keputusan lambat sikit keluar sebab esok aku on leave. Ada urusan peribadi di Majlis Bandaran Kuala Terengganu. Harap bersabar ya....hehehe....   

Anak Ugut Bapak.....

Siapa la anak bertuah tu kan?? Korang percaya tak kalau aku cakap, anak bertuah iteww adalah aku.... Haaaaaa!!! Terkejutttt ke??? Mesti la terkejut kan sebab tengok pada rupa dan gaya punya la lemah lembut sopan santun orangnya, mengalahkan ciri-ciri perempuan melayu terakhir gitew.....hahaha.....

Ini adalah kisah zaman remaja remaji dulu. Waktu tu umur aku baru 16 tahun. Satu hari tu kan, on the way balik dari sekolah (dalam bas) ada sorang budak laki cuba nak kacau aku. Ada ke patut dia memain cucuk b****t aku ngan lidi melalui lubang kusyen bas..... Sakit hati dan giler menyinga nak marah tau!!! Ikutkan hati nak jer aku lempang budak tu kat situ..... Memandangkan aku ni memang perempuan melayu terakhir punya spesis, aku pendam jer dalam hati aku neh sambil bisik2 ngan bestfrien aku Iza pasal perangai tak senonoh budak nie. 

Dalam hati aku cakap apa?? Siap la ko lepas neh!!! Ko tunggu la apa aku nak buat!!! Sampai jer rumah, aku terus bising-bising depan mak ngan ayah aku.... Aku hamburkan semua ketakpuashatian aku tu kat dorang. Tak cukup dengan tue, aku ugut ayah aku suruh dia gi jumpa ngan bapak budak nakal tue. Kebetulan pulak rumah budak tu lorong belakang rumah aku jer.... Aku cakap ngan ayah aku, kalau dia tak nak gi jumpa ngan bapak budak tu sekarang, aku takmo gi skolah.... Berhenti Terusssss!!! hahaha..... Bertuah punya anak kan.... 

Memandangkan tengok muka aku masam mencuka, lepas jer makan tengahari, ayah aku pun gi la jumpa ngan bapak budak tue..... hahhahaaaaa, padan muka dia kena belasah ngan bapak dia. Lain kali jangan ingat orang tu pendiam, slow motion, ko boleh buat sesedap rasa dan sesuka hati ko yerk!!! Memang la aku tak balas dan dan tu jugak, tapi tu bukan bermakna ko boleh terlepassss..... 

Lepas pada tu, dia dah tak kacau aku lagi dah.... Nak pandang muka aku pun dia segan.  

Moral of the story "Jangan Jadi Budak Nakal"


Jangan Bersedih - Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia (part 3)

Jangan Bersedih - Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia
Oleh: Dr. 'Aidh Bin' Abdullah Al-Qarni
Muka Surat: 29 - 34
 
 
MAWAR

Mawar Pertama
Ingatlah, bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang beristighfar, Maha Pemberi taubat atas siapa saja yang bertaubat, dan menerima orang yang kembali kepadanya.
 
Mawar Kedua
Kasihanilah orang-orang yang lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah orang-orang yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.
 
Mawar Ketiga
Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga telah menunggumu.
 
Mawar Keempat
Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.
 
Mawar Kelima
Jangan anda mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana pada hakikatnya tiada seorang pun di muka bumi ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan.
 
Mawar Keenam
Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan bila dilempar batu, ia membalas dengan buah kurmanya.
 
Mawar Ketujuh
Pernahkan kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu, dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah?
 
Mawar Kelapan
Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan kesihatan, insyallah.
 
Mawar Kesembilan
Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu.
 
Mawar Kesepuluh
Mandi, berwudhu', memakai wewangian, dan bersiwak dengan teratur, merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempita.


MELATI

Melati Pertama
Jadilah seperti lebah, ia selalu hinggap di bunga-bunga yang semerbak dan ranting-ranting yang segar.
 
Melati Kedua
Jangan beri kesempatan kepada diri anda untuk menyelidiki kelemahan orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka.
 
Melati Ketiga
Jika Allah selalu bersamamu,maka siapa yang harus engkau takuti? Sebaliknya, jika Allah menjadi musuhmu, maka kepada siapa engkau akan berharap?
 
Melati Keempat
Api kedengkian dan hasad selalu membakar tubuh, dan sikap yang terlalu pencemburu itu ia ibarat api yang membara.

Melati Kelima
Jika anda tidak mempersiapkan diri sejak hari ini, maka hari esok bukan menjadi milik anda.

Melati Keenam
Mundurlah dengan teratur dari tempat-tempat huru-hara dan persengketaan.

Melati Ketujuh
Bertingkah-lakulah dengan akhlakmu yang lebih indah dan cantik dari sebuah taman.

Melati Kelapan
Berikanlah kebajikan, nescaya anda akan menjadi manusia yang paling bahagia.

Melati Kesembilan
Biarkan urusan makhluk menjadi urusan Penciptanya, biarkan yang mendengki sampai mati, dan biarkan yang memusuhi terlupakan.

Melati Kesepuluh
Kelazatan sesuatu yang haram dapat menimbulkan penyesalan, penderitaan, dan hukuman.

Takde Mood

Entahlahhhh......... betul-betull rasa takde mood hari nie....

Tak tau puncanya dari mana...huhuhu

Pagi-pagi tadi dah membebel kat danish.... bukan kes besar sangat pun, dia mintak susu, tapi aku bising sebab dia tak habiskan susu tu..... entah bila la habit dia yang suka kepah puting susu botol ni nak hilang.......

Bila hantar dia gi tadika dengan muka monyok dan sedih gitu aku rasa bersalah plak.... Sepatutnya dia pergi sekolah dengan perasaan ceria dan gembira tapi sebaliknya....

Maafkan mama......... 

p/s: Ada sesiapa yang ada idea macam mana nak kembalikan mood aku nie. Buat masa nie aku baca dan baca lagi buku 'Jangan Bersedih' tue.... 

Ahad, 9 Mei 2010

Bayar Hutang Dulu Yerk.....

Korang semua mesti dah dapat gaji kan kan..... Apa???? Dah habissssss ke??? Jangan lupa bayar hutang tau, kerana hutang ni akan dibawa sampai ke mati. Nak ke camtu??? Mesti tak nak kan..... 

Cakap pasal hutang nie, today nak bayor hutang tag ngan Mummy Shane. Kena bayor cepat-cepat sebab aku ni pelupa.....  

Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?What will u do if u know that your friend has been back stab on u ?
~ kalau kecederaan tu parah, aku mintak la hubby bawak gi spital, pastu claim insurans.....hahaha.... tak baek tau main tikam2 camni...... takmo kawan la......

6 orang di hati anda?6 people in your heart?
~Anak-anak, Suami, Ibu bapa, Adik beradik, Mertua dan Ipar duai.......

Anda rasa anda comel?Do u think u're cute?
~ Semestinyaaaaaaaaaaaaaaa...... giler perahsan kan.... Kalau tak kita yang puji diri kita sendiri siapa lagi, betul tak???

Single or taken?
~ mesti la dah berpunya, ada anak dua pun tau.....hehehe....... 

Blog yang anda suka?Blog that u like?
~ Banyak sangat...... kalau nampak aku kerap ke situ makanya aku suka la tue....

Adakah bilik anda kemas setiap hari?Do u clean your room everyday?
~ Wajibbbb bagi aku mengemas bilik setiap hari..... Sebelum naik katil untuk baring dan tidur, kalau aku nampak cadar tak betul, aku rela kemas dulu tau..... nak buat camne, biasa la kan, budak 2 orang tu memang suka curik2 guling atas katil mama dorang taim mama dorang tak perasan........ 

Lagu terakhir yang anda dengar?The last song u listening?
~ 1234 nyanyian Aris Ariwatan 
 
Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
 
Last text message?
~ Berbalas mesej dengan adik aku yang wish selamat hari ibu kat kakak dia nie....

Last phone call?
~ Dari mertua adik aku bertanyakan surat sokongan yang kami mintak dari Dun hari tu dah dapat ke belum. Terima kasih Mak sebab tolong ain dapatkan surat nie.... 

Hari terakhir anda menangis?Last day u cried?
~ Menangis dalam hati ada la........

List lima color favorite anda?List down 5 of your favorite colours?
~ Hijau, Peach, Ungu, Pink n Kuning

Orang terakhir anda ber-YM?The last people chat with u in YM?
~ Dengan aini...... tapi kira-kira 2 minggu lepasss. Serius cakap, aku dah lama tak on YM....

Game paling anda suka?Your favorite game?
~ Farmville kat fesbuk, tapi dah lama jugak tak main.... entah2 mati kejung dah pokok2 aku sebab takde yang tolong siram dan bajakan......huhuhu....
 
Adakah anda peminat MCR?
~ Aku mengaku aku tak kenal pun dengan MCR..... Camne nak minat?? hehehe..... 
 
Apa perasaan anda jawab tag ni?What do u feel when u answering this tag?
~ Suka pe..... dah berupdate blog aku kan kan.....

Anda rasa tag ini best?Do u think this tag interesting?
~ Kalau tak menarik takkan aku layan kan..... 

Tag lagi 10 orangtag 10 other people
~ Aku baik hati hari ni, so takmo tag sesiapa...... kesian dekat kengkawan sebab berlambak-lambak hutang tag kan....

Selamat Hari Ibu, Ummi, Mama, Mak.......

Aku masih lagi terkapai-kapai mencari mood untuk berblog. Gini ler jadiknya kalau lama sangat bercuti dari bertenet. 2 hari aku tahan diri dari bukak pc. Memang betul-betul rehatkan mata, minda dan kepala. 

Masa yang ada aku luangkan sepenuhnya melayan kerenah anak-anak, jadik tarzan kampung yang tak abih2 dengan latihan vokal, ada hati sebenarnya nak masuk ujibakat akademi fantasia musim ke-9 tahun depan, jugak jadi chef tersohor kat rumah walaupun yang aku masak cuma ikan sardin dalam tin.... Budak-budak ngan bapak budak still puji mama masak sedappp sangat ok.... hahahha.....

Pagi tadi henpon tak henti2 didatangi mesej..... Thanks pada adik -adik aku yang wish SELAMAT HARI IBU. Terima kasih jugak untuk shida atas kasih sayang penuh munga-munga kat bawah. Semoga kita semua menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita.  


Happy Mother's Day untuk my mom dan juga my mil serta semua wanita yang bergelar ibu di luar sana. 

Khamis, 6 Mei 2010

Selamat Datang

Memandangkan ramai yang tak punya cukup waktu untuk membaca buku, tapi punya banyak waktu untuk membaca di blog, aku rasa elok aku curik masa korang tu dengan berkongsi bait-bait bicara  yang terdapat dalam buku  kecik molek comel lote nie......


Jangan Bersedih - Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia
Oleh: Dr. 'Aidh Bin' Abdullah Al-Qarni 
Muka Surat: 23 - 28 

Selamat Datang...!

Selamat datang...
Saudariku yang mendirikan solat dan berpuasa dengan taat dan khusyu'.

Selamat datang...
Saudariku yang berhijab (berjibab), pemalu, anggun, lagi berkeperibadian kukuh.

Selamat datang...
Saudariku yang selalu belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan kelurusan hati.

Selamat datang...
Saudariku yang memenuhi janji dan memegang amanah, yang jujur dan mempercayai kebenaran.

Selamat datang...
Saudariku yang penyabar, selalu berharap akan pahala ALLAH, bertaubat dan sentiasa kembali ke jalanNya.

Selamat datang...
Saudariku yang selalu berzikir, bersyukur, berdoa lagi penuh kesedaran.

Selamat datang...
Saudariku yang meneladani Aisyah (isteri firaun), Maryam dan Khadijah.

Selamat datang...
Saudariku yang mendidik calon-calon pahlawan dan mencetak calon-calon tokoh yang teremuka.

Selamat datang...
Saudariku yang menjaga nilai-nilai dan memelihara suri teladan.

Selamat datang...
Saudariku yang merasa terusik terhadap pelanggaran ketentuan yang diagungkan dan dihormati, serta menjauhkan diri dari perkara-perkara yang haram...

Ya...!

Ya...dengan senyumanmu yang cantik, yang mengirimkan cinta, dan mengutus kasih sayang bagi orang lain.

Ya...dengan tutur kata baik anda yang dapat menjalin persahabatan yang dianjurkan syari'at dan menghapus semua rasa dengki.

Ya...dengan derma yang membahagiakan si miskin, menyenangkan orang fakir, mengenyangkan perut yang lapar.

Ya...dengan kesediaanmu duduk bersama bersama al-Quran seraya membaca, merenungi dan mengamalkannya, sambil bertaubat dan beristighfar.

Ya...dengan banyak berzikir, memohon ampun, rajin berdoa dan sua memperbaharui taubat.

Ya...dengan mendidik anak-anakmu dengan agama, mengajarkan sunnah Nabi dan memberi petunjuk tentang apa-apa yang bermanfaat bagi mereka.

Ya...dengan rasa malumu dan hijab (penutup aurat) yang diperintahkan ALLAH, kerana hanya itulah cara untuk menjaga dan memelihara dirimu.

Ya...dengan berteman bersama wanita-wanita yang baik dari kalangan mereka yang mempunyai rasa takut kepada ALLAH, menyukai pengalaman agama dan menghormati norma-norma etika.

Ya...dengan berbuat baik kepada kedua orang tuanya, menyambung persaudaraan, menghormati tetangga dan menyantuni anak yatim.

Ya...untuk membaca sesuatu yang bermanfaat dengan menelaah buku yang menarik dan berfaedah, buku yang menyenangkan dan memberi tuntutan.

Tidak...!

Tidak...anda tidak akan menyia-nyiaan umurmu, seperti senang membalas dendam dan berselisih dengan perkara yang tiada ada kebaikan di dalamnya.

Tidak...anda tidak akan menghasilkan wang dan menghimpunkan dengan mengorbankan kesihtan, kebahagiaan, tidur dan ketenangan anda.

Tidak...anda tidak akan mencari-cari kesalahan dan mengumpat orang lain serta melupakan kesalahan dan aib diri sendiri.

Tidak...anda tidak akan berperangai yang suka mabuk kepayang dengan kesenangan hawa nafsu, menuruti segala tuntutan dan keinginannya.

Tidak...anda tidak akan menyia-nyiakan waktu bersama dengan orang-orang yang menganggur dan membuang-buang waktu untuk hal yang sia-sia.

Tidak...anda tidak akan mengambil sikap tidak acuh terhadap badan dan rumah dari bersih, wewangian dan disiplin.

Tidak...anda tidak akan minum minuman yang haram, merokok dan segala sesuatu yang kotor dan najis.

Tidak...anda tidak akan mengingat musibah yang telah berlalu, bencana yang sudah silam atau kekeliruan yang pernah dialami.

Tidak...anda tidak akan melupakan akhirat dan amal untuknya dan alpa terhadap tanda-tanda keberadaannya.

Tidak...anda tidak akan berperangai membuang-buang harta benda dalam perkara-perkara yang haram, berlaku boros dalam perkara-perkara yang mubah dan perilaku yang dapat melupakan perkara-perkara ketaatan.

Jangan Bersedih - Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

Saudariku!
Buku ini menghimbau kepada setiap wanita untuk hidup bahagia dengan agamanya, merasa senang dengan kurnia Allah yang telah dianugerahkan kepadanya, dan bergembira dengan berbagai nikmat yang telah dimilikinya. 

Saudariku! 
Bacalah buku ini agar ianya dapat mengusir segala macam kesedihan dari dalam dirimu, bayang-bayang kedukaan, dan mimpi-mimpi buruk, ketakutan dan kekhuatiran.

Saudariku! 
Setelah anda selesai membaca buku ini, ucapkanlah selamat tinggal pada kesedihan, tinggalkan kegelisahan, hindarkan lorong-lorong kesengsaraan, dan jauhlah dari keputusasaan dan kegagalan. Marilah kembali ke jalan keimanan dengan melampiaskan kerinduan kita kepada Allah dan merasa puas dengan qadha dan qadarNya.

Pada saat itu anda dipanggil oleh penyeru keimanan: "Andalah yang berada di atas gunung harapan dan lembah keredhaan dan berbahagialah kerana andalah wanita yang paling bahagia di dunia ini."

p/s: Betapa beruntungnya sesiapa yang memiliki buku ini. Kalau korang nak aku bongkar rahsia di dalamnya, sila tinggalkan komen di bawah. Akan aku kongsikan untuk manfaat kita semua..... 
Related Posts with Thumbnails