Jumaat, 7 Januari 2011
Mom.... I Love You.
YOUR MOTHER
Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)
Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think the most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother
Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.
Nota Jemariku: Sudah berapa lamakah kita tidak mendengar suara ibu kita, bertanyakan khabar mereka? Sudah berapa lamakah kita tidak menatap wajah mereka yang sentiasa menantikan kehadiran kita? Sibuk sangatkah kita?
Bagi arwah ibu yang telah pergi meninggalkan kita, sudah berapa lamakah kita lupa mendoakan mereka? Lupa menyedekahkan ayat-ayat suci al-quran dan bacaan yasin buat mereka?? Ingatlah, anak-anak yang soleh adalah anak-anak yang sentiasa mendoakan ibubapa mereka. Tiada bekal yang lebih berharga buat mereka melainkan doa penuh tulus dari kita anak-anaknya..
Sekadar muhasabah diri di pagi Jumaat yang penuh barakah....
Khamis, 13 Mei 2010
Tutur Kata Cermin Diri Kita....
Rahsia Epal Yang Rangup
Khamis, 6 Mei 2010
Jangan Bersedih - Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia
Buku ini menghimbau kepada setiap wanita untuk hidup bahagia dengan agamanya, merasa senang dengan kurnia Allah yang telah dianugerahkan kepadanya, dan bergembira dengan berbagai nikmat yang telah dimilikinya.
Saudariku!
Bacalah buku ini agar ianya dapat mengusir segala macam kesedihan dari dalam dirimu, bayang-bayang kedukaan, dan mimpi-mimpi buruk, ketakutan dan kekhuatiran.
Saudariku!
Setelah anda selesai membaca buku ini, ucapkanlah selamat tinggal pada kesedihan, tinggalkan kegelisahan, hindarkan lorong-lorong kesengsaraan, dan jauhlah dari keputusasaan dan kegagalan. Marilah kembali ke jalan keimanan dengan melampiaskan kerinduan kita kepada Allah dan merasa puas dengan qadha dan qadarNya.
Pada saat itu anda dipanggil oleh penyeru keimanan: "Andalah yang berada di atas gunung harapan dan lembah keredhaan dan berbahagialah kerana andalah wanita yang paling bahagia di dunia ini."
p/s: Betapa beruntungnya sesiapa yang memiliki buku ini. Kalau korang nak aku bongkar rahsia di dalamnya, sila tinggalkan komen di bawah. Akan aku kongsikan untuk manfaat kita semua.....
Rabu, 21 April 2010
Anjing Jadi JAGA Pasaraya.......
Pernah tak korang dengar citer pasal pasaraya gunakan anjing sebagai JAGA??
Bukan jaga disiang hari, tetapi jaga diwaktu malam......
Setakat ni, dekat tempat aku (kawasan Paka dan Dungun), dah 2 tempat aku dengar gunakan anjing untuk jaga pasaraya @ kedai dorang.......
Semestinya taukeh pasaraya @ kedai tu Chinesse dan pelanggannya adalah majoriti melayu.....
Taukeh kedai akan lepaskan anjing ke dalam kedai waktu kedai dah ditutup untuk tujuan keselamatan dan elakkan kecurian...
Macam mana aku leh tau?? Kecoh bila yang kena bersihkan najis anjing ni anak melayu kita yang kerja kat kedai tue.....
Betul2 kerja gila kan..... Mengamuk la mak bapak dorang bila anak dorang kena buat kerja tu. Takde sensitiviti langsung......
Yang sadisnya, aku pernah jadi customer pasaraya @ kedai tu beberapa tahun dulu......
Bila dah tahu ni, tobat la aku tak pergi dah..... Boikotttt terussssss!!!!
p/s: jangan copy paste n3 aku ni ya.... cukup la aku kongsi ngan korang kat sini jer. Kang jadi spekulasi penat aku nak jawab....
Ahad, 4 April 2010
Lagu Berhantu - Tinggal Kenangan (Saleeem)
Rabu, 3 Februari 2010
PELIK TAPI BENAR
Ahad, 31 Januari 2010
DURIAN DALAM DURIAN
Khamis, 14 Januari 2010
TERIMA KASIH ADUAN RAKYAT-TV3
Menitik air mata kala menyaksikan rancangan ADUAN RAKYAT di tv3 malam tadi. Mungkin bagi kita bantuan yang disumbangkan tv3 itu tidak seberapa, tapi bagi ibu-ibu di Persatuan Sokongan Ibu Dan Anak Kurang Upaya 'Azwar' ianya cukup bermakna. Sekurang-kurangnya masih ada harapan buat mereka untuk melihat nasib anak-anak istimewa mereka terbela....Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu membesarkan anak-anak ini. Tak dapat aku bayangkan bagaimana susahnya kehidupan seorang ibu tunggal yang perlu membesarkan anak ini keseorangan....Bagaimana agaknya mereka hendak bekerja sedangkan pada masa yang sama si kecil perlukan perhatian setiap masa.... Ya Allah, berikan kekuatan kepada mereka semua dalam menjaga amanahMu ini.....Aku pohon Ya Allah.... Tiada daya untukku membantu selain dari doa untuk mereka semua...
Ku pinta pada masyarakat, janganlah kau cemuh dan hina mereka kerana mereka tak pernah minta dilahirkan sebegini... Layanlah mereka seadilnya. Mereka juga berhak untuk mengecapi kebahagiaan seperti kita... Jangan pernah salahkan ibu yang melahirkan mereka, kerana semua ini kehendak yang Esa.
Semoga ada yang prihatin dengan nasib anak-anak ini di luar sana. Bantulah mereka.....
Kisah mereka juga boleh dibaca di sini, di sini dan di sini.
p/s: pic. kt tu PSIAKU
Rabu, 9 Disember 2009
PIG FAT-AVOID IT
ELAKKAN MEMBELI SEMUA JENIS MAKANAN YANG BERKOD DI BAWAH:
E100, E 110, E120
E140, E141,
E153
E160, E161
E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280
E300, E301, E325, E326, E327
E334, E335, E336, E337
E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436,
E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478
E481, E482, E483,
E491, E492, E493, E494, E495
E542, E570, E572
E631, E635
E904, E920.
Khamis, 22 Oktober 2009
AGUNGNYA CIPTAANMU YA ALLAH
(sila on kan speaker anda dan tonton dengan penuh kosentrasi)
Tiada kata-kata yang dapat aku lakarkan bagi menggambarkan betapa tersentuhnya perasaan. Alangkah Agung dan Besarnya kuasaMu Pencipta. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat menandingiNya.
Bila menatap video ni, teringat aku saat mengandungkan permata hati. Terkenang juga pengorbanan ibu membawa kita di dalam rahimnya.
Sungguh ia pengalaman yg begitu berharga. Tidak kan mungkin dapat ditukar ganti dengan wang berjuta.
Terbayang seketika saat kuat dan cekalnya 'dia' berjuang seorang diri untuk menemui kita. Dialah anugerah terindah dan teristimewa.
Apa yang buat aku sedih dan terkilan, bila terkenangkan nasib malang bayi-bayi yang tidak berdosa dicampak dan dibuang tanpa rasa belas kasihan oleh darah daging sendiri.
seperti ini...
ini....

dan ini.....
Kemanakah hilangnya perikemanusiaan seorang manusia sedangkan binatang sendiri sangat menyayangi anak-anaknya.
Semoga video ini memberi pengajaran kepada kita semua. Sayangilah anak-anak kita kerana dialah PERMATA yang begitu berharga....
p/s: sumber from you tube & google
Isnin, 19 Oktober 2009
GALERI SENI WARISAN TERENGGANU

"Wowwww!!! Chanteknya.......Chanteknyaaaaaa"
Apa sebenarnya yang buat aku sangat kagum tu???
Ini la sebenarnya......
Terkesima tengok betapa kretip dan inovatipnya orang2 kita dalam bidang senireka ni...
Korang nak tengok jugak ke????
Jom kita cuci mata....





Semua hasil rekaan ni adalah pemenang Anugerah Seri Iman dari tahun 2005 - 2008.
Percaya tak kalau aku cakap songket ni berharga puluhan ribu ringgit? Pertama kali aku tengok tau. Songket dengan benang emas ni dihasilkan oleh Habibah songket, salah seorang pengeluar songket terkenal di Terengganu.
Jumaat, 4 September 2009
MUHASABAH DIRI DIPAGI JUMAAT
"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.
"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.
SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :
"Wahai kaum wanita, aku lihat
kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"
Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu
yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
YANG LEBIH, YANG KURANG
" Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.
" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.
ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." Ingat, kehidupan didunia adalah sementara dan jikalau kita dijodohkan, maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan.
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..
Rabu, 12 Ogos 2009
AIRMATA RASULULLAH
AIRMATA RASULULLAH SAW...
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
P/S:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.





