Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Selasa, 18 Mei 2010

Mata Anda Letih??? Sini Aku Nak Share Petua.....

Tipu la kalau cakap mata korang tak rasa pape pun lepas berjam-jam ngadap PC kan kan.....

Aku nie bukan mata jer yang letih, kepala pun ting tong jadinya kalau berlama-lamaan depan PC.... 

Meh sini aku kongsikan ngan korang semua apa yang aku dapat hasil dari jelingan manja kat surat khabar Sinar Harian pagi tadi.....

PETUA MERAWAT KELETIHAN MATA

1. Lekapkan hirisan timun pada kelopak mata lalu baringlah seketika sambil membiarkan fikiran kosong daripada memikirkan sebarang masalah. Hirisan timun juga boleh digantikan dengan uncang teh yang sudah digunakan. Hasilnya mata akan lebih segar.


2. Sapukan lendir lidah buaya pada kelopak mata dan biarkan selama setengah jam. Setelah itu cuci hingga bersih.


3. Jangan memandang sesuatu yang hampir terlalu lama. Jika perlu lakukan juga seperti mengadap komputer misalnya, sekali sekala lepaskan pandangan pada sesuatu yang jauh.

4. Sering-seringlah memandang keindahan alam seperti laut yang membiru dan bukit bukau yang menghijau. Ini bukan sahaja merehatkan mata tetapi juga merehatkan minda.  


p/s: petua yang selalu aku amalkan bila mata terasa penat adalah dengan memandang sesuatu yang paling jauh diikuti dengan benda yang dekat dan paling dekat..... diulang 2-3 kali. 

Selamat Mencuba 

Khamis, 24 Disember 2009

PATAWALI VS BAKAWALI

Petang semalam dalam duk bersembang dengan jiran sebelah sesambil perhatikan anak2 bermain sempat jugak kami mama-mama nie berkongsi petua. Kak Eila bercerita pasal anak dia yg kecik dah bercerai susu badan....

Kagum jugak dengan Kak Eila nie sbb berjaya susukan anak sampai umur anak dia 2 tahun lebih..mungkin sebab dia surirumah sepenuh masa, so takde lah menjadi halangan sangat kan berbanding ibu2 yang bekerja.... Pengalaman aku sendiri, danish hanya sempat menyusu badan hingga umur 6 bulan dan sarah pulak 3 bulan dah takmo susu badan.... sedih sungguh kan.

Bercerita pasal bercerai susu badan ni, rupanya dia gunakan getah pokok bakawali (patawali sebenarnya). Menurut Kak Eila getah pokok ni agak pahit dan jika dibasuh menjadi semakin pahit. Sekali letak terus anak dia dah taknak (jangan tanya taruk getah pokok tu kat mana k, aku pasti ibu2 kat luar sana faham dan tahu nak letak kat mana kans).... hehehe...

Memandangkan dia tahu aku dalam proses nak ceraikan sarah ngan puting, so dia suggestkan aku try getah pokok nie. Petang tu jugak anak lelaki dia bawakkan aku batang pokok patawali nie. Senang jer nak dapat sebab ada jiran belakang rumah kami yg tanam... untung jugak hidup berjiran ni kan....
 
Seingat aku Kak Atie pun pernah suggest kat aku guna getah pokok nie. Teringat komen dia masa aku buat n3 pasal kegagalan percubaan kedua aku dulu. Sekarang nie aku masih lagi menunggu masa yang sesuai untuk cuba buat ketiga kalinya. Kena dapatkan puting spare untuk sarah dulu sebelum mencuba. Mana tau mama tewas lagi dek airmata dan kegelisahan sarah nanti.... 

Buat tatapan kengkawan yg masih belum mengenali camne rupa pokok patawali (akar seruntum) nie, boleh tengok pict. kat bawah. Jangan pulak ada yg tertukar dengan pokok bakawali yerk sebab kedua-duanya spesis yang berbeza....
 
'patawali yang pahit'

'bunga bakawali yg berbau harum di malam hari'

Selasa, 14 April 2009

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA


Siapa kata perempuan yang dah kahwin tak boleh jadik cam anak dara. Boleh pasti boleh. Tapi mestilah kena dengan caranya. Tak payah pakai botox-botox segala. Jom amalkan petua yang aku nak share kali ni.

Petua ni datangnya dari Dr. Fatimah Az-Zahra. Tujuannya agar kaum ibu menjaga diri supaya sentiasa jadi macam
'ABQARO' menurut ayat di dalam surah Al-Waqiah.


'ABQARO' ni bermaksud "PERAWAN YANG SENTIASA MENJADI PERAWAN". Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu bagi menjaga kesihatan luaran dan dalaman.

CARANYA: Lepas solat Isya', ambil segelas air dan baca Al-fatihah sekali. Selepas itu, baca Ayatul Qursi sekali dan seterusnya surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niatkan di dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Dibawah ni adalah makna ayat dari Surah Al-Waqiah Ayat 35-38 yang aku dapatkan dari tafsir Al-Quran:


(56:35) "Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa"


(56:36) "Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)"


(56:37) "Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya"


(56:38) "(Semuanya itu diuntukkan) bagi puak kanan".


Semoga kita akan terus disayangi dan menyayangi. Insyaallah juga rumahtangga kita akan aman bahagia hendaknya. Aminnn.
Related Posts with Thumbnails