Rabu, 12 Mei 2010

Penjara paling mewah di dunia

 
Gambar menunjukkan bilik tidur yang mengandungi tingkap tanpa jeriji untuk banduan di Penjara Halden, Norway.


OSLO - Penjara Halden di Norway dianggap paling mewah di dunia kerana ia dilengkapi bilik air dan tingkap tanpa jeriji besi serta mempunyai lukisan bernilai AS$1.4 juta (RM4.4 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Pembinaan penjara bernilai AS$ 22.2 juta (RM71.1 juta) itu mengambil masa 10 tahun untuk dibina dan digambarkan sebagai penjara paling berperikemanusiaan di dunia untuk 252 penghuninya.

Menurut beberapa pegawai penjara itu, setiap penghuni disediakan sebuah bilik persendirian lengkap dengan peti sejuk mini, televisyen skrin rata, sebuah bilik air mewah dan tingkap tanpa jeriji besi.

Arkitek penjara itu, Hans Henrik Hoilund mengakui penjara itu turut dihuni oleh banduan yang paling berbahaya di Norway.

Gabenor penjara itu, Are Hoidal berkata, penjara seluas 30.35 hektar itu dibuka pada bulan lalu dan tidak ada banduan yang telah melarikan diri setakat ini.

"Dalam sistem penjara Norway, tumpuan pemulihan diberikan berhubung aspek hak asasi manusia dan rasa hormat," katanya.

Penjara itu mengandungi trek joging di kawasan hutan berdekatan dan sebuah rumah dua bilik tidur yang disediakan untuk banduan melayan keluarga yang melawat mereka. - Agensi

p/s: agak-agak korang nak tak duk sini?? Mewahhhhh tueeeeeeee......

32 comments:

Miss Izah Mohamed berkata...

waaaaa... klu jail cmni ramai laa org nk masuk penjara.. smua lengkap.. lg elok duk pjara dr duk umah.. ahhaha

~anna&anuar~ berkata...

aiiiiiihhhh kak ainnnn...walaupun katil bsalut emas, btatah berlian, x mau la dok penjara..... merah plak i/c nnti.. iskk. simpang malaikat....hehhehe...

Ain berkata...

izah: tambah2 plak ada internet kan....

lagi la seronok dorang nie....

izah nak duk sini ke?

akak taknak sebab keluarga takde....

mesti sunyi tanpa dorang bersama...

Ain berkata...

anna: kalau ajak kita memang la kita taknak kan anna, tapi kalau dapat kat mereka yang takde tempat tinggal atau hidupnya terumbang ambing, akak rasa penjara ni tempat paling istimewa....

mewahhh sungguh...

QuEeN Of 2 Heroes berkata...

xmau le sy masuk penjara kak...huhu.

Ain berkata...

nadia: akak pun taknak....

tapi kalau boleh bebas dan bawak family sekali akak nak....

camne tu? hahaha....

lily azliyana @ mama zara berkata...

banduan mmg tak larilah klu dpt special layanan mcm ni..ngan makan minum free lagi..kekekeke

Ain berkata...

mama zara: betul tue....

siap boleh duk goyang kaki la dalam tue..... hahaha...

TUKANG KATA berkata...

tak insaf2 la penjenayah ni nmpaknya..

hehe..

kan best ikut cara islam..

Ain berkata...

tukang kata: betul jugak cakap awak kan....

makin menjadi-jadi la kegiatan jenayah nanti kalau dorang tawarkan semua nie....

LYaFRINA berkata...

wowww.. sape x boh kalu penjara gini.. mengalah kn rumah i ni.. hehehhehee..

lagi berlumba2 cari pasal... sbb nk masuk penjara ni... dpt tmpat tgal free+selesa + makanan free...

Softtouch [Hanim] berkata...

mewah mcm man apun xnak masuk penjara ain..lg ramailah org buat jahat kat norway tu kalu penjara dia cenggitu

eT berkata...

hehe...sape la yg teringin masuk penjara tu yer...

Uda berkata...

kalau selesa macam tu.. nanti semua pakat nak jadik penjenayah..cam mana tu..

Ain berkata...

lyafrina: rumah ain pun kalah jugak lya....hahhaha

jangan norway porak peranda dah ler nanti, sbb ramai nak jadi penjenayah kan...

Ain berkata...

hanim: mesti orang takut nak gi norway kan....

bahaya ooooo....

Ain berkata...

et: masuk penjara akak tak nak, kalau masuk syurga akak nak....

Ain berkata...

uda: tu la, macam bagi galakan pulak kat dorang supaya jadik penjenayah kan....

Kniedaz berkata...

ramai org nk masuk penjara la lps ni

Ain berkata...

kniedaz: ramai jugak yang akan buat jenayah nanti....huhuhu...

larra berkata...

ye..ye..ramai la yg tak mampu ade umah..sanggup bat jenayah..hehhe...

lily lotus berkata...

agak2 jenayah kat negara tu tinggi tak. mesti ramai berpusu2 buat jahat nak masuk situ. huhu

LotsOfLove-Pearls berkata...

Dearie Kak Ain,
Lebih mewah dari rumah sewa dik..

*tengah fikir ni nak buat jenayah aper suoaya leh duk penjara tu..

hahaha...
tak nak..
tak nak..

nanti xleh nak jumpa bloggers.
hahaha..

Ena berkata...

dasyat tul penjara tu.. ramai la yg wat salah agaknye sb nak duk situw.. ntah2 sape yg terpilih masuk situ wat alsan tak moo keluar dahh.. hehehe

ZALIYATI berkata...

Rasanya motif utama dia wat penjara mewah camtu myb nak penjenayah tu menjalani hidup yg tenang, aman n myb dia boeh berubah dgn rela hati..ada gak penjenayah yg kuar dr penjara tp ttp buat kes..tp, takut lak kalu penjenayah tu dh sedap dok dlm penjara tu n xnak kuar, then wat kes balik sbb nak masuk balik..huhu

nza berkata...

kalu cam nie ramai la org mohon nk masuk jail..selesa n mkn dpt percuma....

luvly_heart berkata...

wahh.. mewah tuu.. makan pun preee... hehehe... :)

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ berkata...

setaraf hotel 3 bintang tu. free pulak tu kukkui

Ain berkata...

larra: duduk dan makan free tempat mewah macam nie mesti ramai yang nak kan....

lily: akan datang kadar jenayah tempat dorang mesti naik, yer la memasing berebut nak masuk penjara tue....

lol: dearie, kalau nak, pastikan jenayah tu betul2 jenayah yang berat, kalau tak tak layak masuk sini....

orang baik baik rasanya tak rela nak jadi penjenayah semata-mata nak duk sini kan...

mewah tapi terasing tak syokk juga...

Ain berkata...

ena: yang nyata boleh tahan jugak kaya negara ni kan....

sanggup habiskan jutaan ringgit untuk keselesaan penjenayah negara....

rasanya elok lagi derma duit tu kat negara yang dilanda kemiskinan, sekurang-kurangnya terbela jugak nasib anak2 kecil yang kelaparan mcm kat congo tue...

Ain berkata...

zaliyati: macam2 kemungkinan ada kan.....

risau keselamatan rakyat jer makin tak terjamin sbb jenayah berleluasa...huhuhu...

kak nza: mereka yang masuk sini agak2 boleh berubah jadi baik tak?

luvly_heart: mesti ada yang masuk dah takmo keluar kan...hehehe

Ain berkata...

tinie: telan air liur ler penjenayah negara kita....

hahaha....

Related Posts with Thumbnails