Memaparkan catatan dengan label SPECIAL DAYS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPECIAL DAYS. Papar semua catatan

Selasa, 23 November 2010

Pagi Aildiladha...

Aci lagi dak kalau nak bercerita pasal raya haji? Buleh la naaaaa. Awal2 pagi camni kita citer pasai makanan dulu. Aku assume sume dah breakfast yer, so takde la sesiapa yang terliur nanti....

Antara menu yang mak kesayangan kechintaan hati aku masak pagi raya haji lepas.....


Macam-macam adaaaaaa. Kalau sebelum2 ni mak aku wajib masak nasi minyak pada pagi raya pertama, tahun ni laen sikit. Menu utama adalah nasi dagang.....

 Nasi yang cukup lemak dan masinnya.....mabelessss!!

Gulai ikan tongkol wajib la adaaa. Kalau takde, nak makan nasi dagang berkuahkan apa kan. 

 Penyedap rasa nasi dagang semestinya acar timun. 

 
 Nasi himpit Adabi. Kalau dulu nasi himpit pakai tekan jer dalam besen kan. Ingat tak? hehe...

 Kuah kacang


Ketupat palas air tangan mak aku jugakkkk. Dah lama aku belajar nak buat ketupat ni, tapi tak pandai2 jugak. Korang pandai tak?? Ke pandai makan jer makan aku... 

 Rendang daging untuk cicah ngan ketupat palas.  
Ini baru menu kat meja makan ruang tamu. Kat dapur pulak ada selambak lagi tau!!!

satu besen nasi dagang

 satu besen ketupat

DAN.......

 satu besen tapai...

Jemput la makan....hehe. 



Rabu, 11 Ogos 2010

Ahlan Ya Ramadhan

 credits to google

Alhamdulillah, syukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan penuh berkat. Selamat menjalani ibadah puasa dari kami sekeluarga. Semoga ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Tahun ni, ramadhan lebih bermakna buat aku. Anak teruna nan seorang tu dah tunjukkan minat nak puasa. Gigih bangun sahur pagi tadi walaupun makan sikit jer. Nasib baik dia makan banyak kurma. Hopefully dapat la bertahan sampai maghrib. 

Untuk anak mama Danish, selamat belajar berpuasa. Ingat pesan mama, tak boleh makan dan minum atau masukkan apa sajer dalam mulut termasuk hisap botol susu kosong!! Batal pose danish nanti danish jugak yang rugi. 
  

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru


Selamat menyambut Hari Guru buat semua yang bergelar PENDIDIK.....

Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang pernah bertanggungjawab mendidik dan mengajar aku  tanpa kenal erti penat dan putus asa.....

Thanks buat cikgu-cikgu

 Tadika Kemas Felda Kerteh Dua, 
Sekolah Kebangsaan Bandar B1, Paka
Sekolah Menengah Ketengah Jaya

Juga pensyarah-pensyarah di Universiti Malaya

Selamat Hari Guru jugak buat sahabat-sahabat blogger yang bergelar guru antaranya Kak Nza, Kak Lela, Kak Atie, Nida, Ayu dan semua. Sorry kalau ada nama-nama yang tercicir....lupa nak makan kismiss pagi tadi...hehehe....

Semoga budi baik dan jasa kalian berkorban untuk anak bangsa mandapat ganjaran berlipat ganda di akhirat kelak.  

Ahad, 9 Mei 2010

Selamat Hari Ibu, Ummi, Mama, Mak.......

Aku masih lagi terkapai-kapai mencari mood untuk berblog. Gini ler jadiknya kalau lama sangat bercuti dari bertenet. 2 hari aku tahan diri dari bukak pc. Memang betul-betul rehatkan mata, minda dan kepala. 

Masa yang ada aku luangkan sepenuhnya melayan kerenah anak-anak, jadik tarzan kampung yang tak abih2 dengan latihan vokal, ada hati sebenarnya nak masuk ujibakat akademi fantasia musim ke-9 tahun depan, jugak jadi chef tersohor kat rumah walaupun yang aku masak cuma ikan sardin dalam tin.... Budak-budak ngan bapak budak still puji mama masak sedappp sangat ok.... hahahha.....

Pagi tadi henpon tak henti2 didatangi mesej..... Thanks pada adik -adik aku yang wish SELAMAT HARI IBU. Terima kasih jugak untuk shida atas kasih sayang penuh munga-munga kat bawah. Semoga kita semua menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita.  


Happy Mother's Day untuk my mom dan juga my mil serta semua wanita yang bergelar ibu di luar sana. 

Sabtu, 3 April 2010

Today Is My Birthday

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan menghirup udara segar pagi ini....

Syukur atas kurniaan dari yang esa. 

Hari ni genaplah usia mama tottttttt...... hehehe

31 tahun sudahhhhh..... fuhhhh macam tak percaya aku dah setua ini.....hahaha....
Apa ada pada no. 31 tu kansss..... yang penting happppyyyyyyyy.........

Thanks to cik hubby yang hadiahkan a lot of kissesss (muahaha...malu ai you) di pagi hari..... 

Takde kek, takde hadiah pun takpe la, janji dia ingat jugak hari ni hari apa kan kan.....

Doakan yang terbaik untuk kehidupan kami sekeluarga, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah supaya dapat kami kongsikan dengan mereka yang memerlukan, dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa, dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata dan penawar jiwa......

Doakan jugak angan-angan mat jenin aku nak dapatkan DSLR tercapai hendaknya tahun ni. Nak jugakkkkk!!! Sampai termimpi-mimpi ai cakap you....hahaha

Khamis, 11 Mac 2010

SARAH IS 2 YEAR OLD


Alhamdulillah, hari ni genaplah usia puteri kesayangan mama 2 tahun. Syukur anak mama sarah membesar dengan sihat, semakin panjang akal dan penuh dengan pelbagai kerenah. Terima kasih juga buat ibu yang satu ketika dulu pernah bersusah payah mendidik sarah. Mama doakan sarah membesar sebagai anak yang solehah dan cemerlang dunia akhirat. 



Hari ni jugak merupakan hari istimewa buat tok ma sarah. Mereka berdua ni berkongsi tarikh lahir yang sama. Happy Birthday untuk TOK MA yang ke LIMA PULUH. Fuhhh.... macam tak caya jer tok ma sarah dah masuk usia lima puluhan.... Mama tengok masih menten solid molid cam anak dara..... hahahha....

Kali ni takde majlis spesel untuk puteri kesayangan mama. Insyaallah, petang ni mama akan bawak sarah ngan abang balik rumah tok ma untuk potong kek sesama... Daripada potong bertiga (abah kerja sampai midnight) jer, balik sana meriah la sikit. Dapat jugak raikan tok ma sarah sekali.... 

 
'dulu - di usia 5 hari'

'kini - di usia 2 tahun'

Khamis, 26 November 2009

SALAM AIDIL ADHA

Selamat Menyambut Hari Raya haji buat semua. 

Kepada kengkawan yang balik kampung, hati2 di perjalanan. Semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju. 

Bagi yang nak pulang ke Pantai timur, jangan risau kerana cuaca cerah menyambut anda di sini... (air banjir dah semakin surut rasanya).

SEMOGA BERGEMBIRA DI RAYA HAJI NANTI..


Isnin, 28 September 2009

KAMI DI HARI RAYA

Sekejap jer rasanya masa berlalu....tup tap tup tap dah kena start kerja balik. Walaupun hari ni dah masuk dua hari memulakan rutin harian masuk ofis, satu kerja pun belum jalan lagi.....huhuhu.....aduhai enjinnnn, bila la ko nak panas niiii!!!!

Sedikit kenangan raya untuk dikongsi dengan kengkawan semua. Hanya di hari raya pertama jer kami dapat keluar beraya. Selebihnya lepak kat rumah mak aku sambil menunggu tetamu datang berkunjung. Apa nak buat raya kedua hubby dah kena kerja. Suka tak suka redha jer la.  

Mesti kengkawan pelik kan, nape pulak la baju anak teruna aku tue tetiba larik temanya. Hahahaaa.........sebenarnya kain baju melayu danish sama ngan hubby, tapi tukang jahit plak tak sempat nak jahit sbb ada staff dorang yang sakit.  Last minute terpaksa la, aku rembat jer apa yang ada. Nasib baik jugak masih ada saiz utk dia dan kain pun boleh tahan kualitinya. Pakai jer la Danish, janji berbaju........... ok pe ni.....sama tema ngan sofa......kahkahkah......

"Danish yang sangat seronok mengumpul duit raya. Nak beli transformers katanya..."

"abah with anak dara kesayangan"

Satu perkara yang buat aku sangat tidak seronok beraya..... Sarah sepanjang masa nak berkepit dengan aku sampaikan nak masuk toilet pun kena bawak dia sekali. Sungguh aku tension dan penat tahap gabannnnn.....huhuhu..... aku pun tak tahu bila la Sarah ni nak mesra alam dengan semua orang. Usah kata nak ambik atau sentuh dia, tegur pun kadang tu dia nangis. 

Jumaat, 18 September 2009

SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DARI MAMA-DANISH SARAH SEKELUARGA. MAAF ZAHIR DAN BATIN ANDAI ADA KATA-KATA DAN PERBUATAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN. SEMOGA HARI RAYA PADA KALI INI MEMBAWA SERIBU ERTI BUAT SEMUA. 

KEPADA YANG MENGHADIAHKAN KAD RAYA YANG CHOMELL-CHOMELL, TERIMA KASIH SEMUA. SEMOGA SELAMAT DALAM PERJALANAN PERGI DAN BALIK NANTI. JAGA DIRI K.

FROM MAMA QASEH


FROM IBU ARIFA


FROM CUTEMIUT


FROM UMMU MISHKAH

FROM CATLINA



Jumaat, 21 Ogos 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA PENGUNJUNG TERATAK MAMA-DANISH SARAH.....

SEMOGA KEDATANGAN BULAN RAMADHAN YANG PENUH BERKAT INI MEMBAWA SERIBU SATU RAHMAT BUAT KITA SEMUA...AMIN

Ahad, 21 Jun 2009

HAPPY FATHERS DAY

Alhamdulillah, aku bersyukur tika dan saat ini aku masih lagi punya insan bergelar ayah. To my beloved ayah, Selamat Hari Bapa.......Budi, Jasa dan Pengorbananmu selama ini akan ku kenang hingga ke akhir hayat, InsyaAllah. Semoga ayah ceria-ceria selalu hendaknya dan dikurniakan kesihatan yang baik juga. 

Bila tengok image from google ni, aku teringat zaman aku kecik-kecik dulu. Bila waktu malam dan aku nak gi rumah mak sedara aku yg kebetulan duk blkg rumah aku, ayah aku akan dukung aku kat atas belakang dia. Aku pegang leher dia erat-erat sbb takut jatuh. Ayah aku tak kasi aku jalan sendiri... risau kot2 ada ular atau binatang berbisa gigit kaki aku.....Kalau la aku mintak ayah aku dukung aku sekarang ni, agak-agak dia nak dukung tak??? DusssssshDussssshhh.....tak sedar diri betul kan aku neh... dah tua nyanyuk, ada hati lagi nak ayah dukung. 

Selamat Hari Bapa jugak untuk Hubby tersayang sbb sudi menjadi ayah untuk anak-anak aku... Semoga menjadi abah yang terbaik untuk anak-anak kita. Petang nanti boleh la tuntut kek ya.....

Buat semua insan bergelar bapa di luar sana, terutamanya ayah mertua aku......Selamat Hari Bapa. 

Related Posts with Thumbnails