Memaparkan catatan dengan label MAKAN-MAKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAKAN-MAKAN. Papar semua catatan

Khamis, 6 Januari 2011

Bismilllah.....

Sedang hujan turun dengan lebatnyaaaaaa......

Perut pula berdondang sayang iramanya kelaparan....


Usah toleh kiri dan kanan, rezeki sudah dihadapan...



Bismillahirrahmanirrahimmmmm....moga kenyang sampai ke petang...


p/s: today my ofismate (giliran dia dpt duit kutu bulan ni) belanja kami nasi sup. Sesuai sangat la dengan cuaca hujan dan sejukk camni. Alhamdulillah...... 

Sabtu, 23 Oktober 2010

Presenting..... My Kek Gula Hangus

Sepertimana yang aku janjikan pagi tadi, moh la kita pakat cuci mata. Nak ajak korang makan sekali pun jauh beribu batu la pulak kita ni kan.


Apa macam??? Jadi sarang lebah ke sarang labah-labah.....hahaha......

Bahan-bahannya:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 sudu besar mentega 

Cara-caranya: 
 
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair. Masukkan mentega. Sejukkan.  
 
2. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati. 
 
3. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan kedalam adunan sedikit demi sedikit.  
 
4. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk. 
 
5. Perap adunan lebih kurang 3-4 jam. 
 
6. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"
 

Ahad, 14 Mac 2010

JERUK CERMAI VERSION MAMA SARAH

Sambungan kisah buah cermai yang terlebih hari tue....

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

 Balik jer dari ofis terus kerjakan cermai nie. Basuh bersih-bersih dan toskan.... 

tu dia.... nak buat apa ya????

 


Kita bikin itu jeruk lorr..... 1st taim aku cuba wat jeruk sendiri. Sebelum ni tau request ngan mak aku jer... Resepinya cik google tolong carikan.... hehehe.... 

Disebabkan kureng konfident ngan resepi kat tenet (macam2 cara ada kans...), call jugak my sifu a.k.a my mum untuk mintak tunjuk ajar....hahhaha..... 

Dan hasilnya yang tak menghampakan..... dapat jugak la setabung jeruk cermai version mama danish dan sarah nie.  

 

p/s: to mamalieyna, happy birthday to you dear. Moga terus dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan berbahagia disamping keluarga tercinta.  

Selasa, 9 Mac 2010

PUCUK DI CITA ULAM MENDATANG

Korang kenai tak ngan buah nie?

 

Kalau tak kenal tu memang saje nak kena baling buah cermai ngan aku.....

Entah apa mimpi ofismate aku semalam.... selambak dia bawak cermai ni datang ofis. Kalau timbang kilo mau cecah 2kg gak tau.

Aku kalau nampak buah ni memang kecur air liur. Tak sabar nak belasah...hahaha...

Sayang la pulak peti es ofis aku ni dah lama kering kontang barang basah dan keringnya. Kicap takde, cili takde, belacan usah cakap la....  

Punya tak sabar nak ngap jugak kan, dapat cicah ngan garam kat bawah ni pun jadik la... Yang tukang kasi idea dan tukang rasminya si toke cermai tu....hahaha....


Memandangkan buah cermai ni banyak sangat, aku bawak la balik rumah. 

Nak tau apa jadik ngan cermai tu kat rumah aku..... besok la aku sambung ya.....

Surpriseeeeee........

p/s: maaf buat kengkawan yang tengah preggie kalau tetiba termengidam nak makan buah nie... kalau dekat aku hantar depan rumah dah.... 

Ahad, 7 Februari 2010

ROTI PARATHA - SEDAPPPNYAAAA

Dah breakfast ke semua??? Cuti-cuti hujung minggu macam ni mesti korang tengah syokkk layan mata kans.... Jangannn macam tue, nanti rezeki larik tau.... Bangun!!!!!!!

Ni aku dah siapkan breakfast untuk korang semua..... Gerenti sodappp hingga menjilat jari. Apa tunggu lagi??? Pi cuci muka, gosok gigi dan mandi cepattt!!! 

Menu kita pagi ni aku nak kasi korang rasa roti paratha nie. Cicah sama itu kuah kari. Mabelesss I cakap U... Kalah roti canai mamak yang hubby aku selalu beli tue. Dia punya roti kans, gebusssss giler. Kalau makan sebijik memang tak cukup, mesti nak tambah lagi dua.... hahaha....

  

Ini roti bukan aku bikin sendiri ya. Aku tukang goreng jer. Kalau korang nak pi carik kat pasaraya. Make sure jenama dia KARTS ya. Jenama yang memang diperakui sedappp dan berkualiti.

 
Buat stok kat rumah bebanyak pun takpe sebab roti ni tinggi dengan sumber tenaga. Tak caya? Tengok nie.....

 

Kalau macam kering idea nak sediakan bekfest apa untuk anak2 kita pagi2 taim dorang nak gi sekolah tue, goreng jer roti nie. Tak sampai seploh minit leh siap. Takde kuah kari pun takpe tau awak, makan camtu jer pun sodapppp. Nak lagik sodapp goreng gunakan planta...nyummmmm....nyummmmm....

Dah la, aku takmo citer banyak-banyak lagik dah. Wat kecur air liur aku jer tau... korang jangan lupa makan ya.... Penat aku goreng untuk korang nie...  

Khamis, 21 Januari 2010

OBLONG BURGER


Sape pernah makan burger nie?

First time aku makan malam tadi. Beli kat pasar malam jer.... 

Fuhhhh sedappppp!!! Inilah dia prosperity malaysia...

Jumaat, 15 Januari 2010

MAHALNYA......

Itu jer perkataan yang keluar dari mulut aku masa hubby bawak balik sebungkus kerang malam tadi...

Terkejut sebenarnya sebab sebelum ni harga sekilo dalam RM2.20 jer.

Memandangkan dekat dua tahun dah tak beli kerang mentah nie, a big surprise la bila harga dia mendadak naik ke RM3 sekilo....huhuhu...

'tak tipu kan kan'

Apa nak buat dengan kerang tu sebenarnya?.... Untuk dicampakkan dalam menu mee goreng basah kitaorang pagi tadi....

Lepas ni malas la nak taruk kerang dahhhh... taruk ayam lagik sodappp!!!

'menu brekfast kami'

'sarah-tukang rasmi'

Khamis, 30 Julai 2009

CORNETTO

Kalau semalam bercerita pasal oreo, hari ni nak citer pasal cornetto plak....... sila telan air liur memasing, sbb cornetto tu cuma ada kat dalam peti ais aku jerk...... hahaha...... korang telan air dulu lah ya, kejap lagi balik koje, korang singgah kat stesyen minyak petronas tu, korang beli......

tinggal tiga.....satu dah selamat dlm peruttt

Perangai aku ni sebenornya sama cam anak teruna aku tu...... "Anak Borek Mama Rintik". Boleh pakai ke peribahasa ni erk....... silap2 kang tak pasal2 pulak kena gam ngan dewan bahasa.....Masalah aku ni kans, pantang tengok iklan makanan kat tv tu.... Mula la aku tak senang duduk nak pergi beli..... selagi aku tak dapat makan, selagi tu tak puas hati..... Penyakit keturunan sapa la yg aku ambik ni......

Tapi yg kes cornetto ni lain ckit citer dia..... aku gatai sangat pi ikut cik hubby gi isi minyak kete. Sekali kans, sampai kat stesyen minyak tu, ada pulak la keliwon duk pacak iklan cornetto kat situ..... woooooo terliur aku wehhhhhh...... dan dan tu jugak suruh cik hubby beli....... satu tak main la wehhhh, mana cukuppppp...... Korang tau2 la kan, kanak2 ribena kat rumah aku tu bukan bleh tengok aiskrim...... dorang pun meroyan nak jugakkkk..... Sekali beli pau 4 terusssss..... harus adil dan saksama kan....... sorang satu ler...... 

Skang ni cornetto ada keluar perasa terbaru...... yg strawberry tu.. boleh tahan jugak kesedapannya.....kalau tak caya silakan beli sendiri yer....... Jauh tuuuuu aku nak belanja...

Rabu, 29 Julai 2009

OREO..

Jangan ingat bebudak jer suka ngan biskut ni tau. hahaha....... aku pun tangkap lentok sama.... tapi idak ler aku makan cam budak dlm iklan tv tu....Kalau aku buat cenggitu, karang kang ada pulak orang sok sek sok sek cakap aku ni gila.....

"Putar..... Jilat..... Celuppppp"

Sebenornya Danish yang kemaruk sangat ngan biskut ni..... bese la kan, pengaruh iklan. Bila orang sibuk beli barang dapur, dia pun sibuk skali pi ambik biskut.... yg kelakornya dia bukan tau pun tu biskut jenis apa, yg dia tau dan kenal packaging biskut tu jerk..... tang makanan memori sangat excellent, kalau tang ABC.....ggr grrr .... sakit jiwa mama dia nehhhh... 

Sesambil buat koje ofiss ni kan....... sedar tak sedar biskut oreo ku dah nak habis sebungkus.... huhuhu.... bulan depan kena tambah berbungkus lagi ni.... "bang..... beli oreo lagik sepuloh bungkus bolehhh..." "ain nak bukak kedai kat ofiss ni...." "sendiri jual sendiri beli....." qiqiqi.....

Jumaat, 3 Julai 2009

LUNCH HARI INI

Ari nie aku masak the very the simple menu. Cukup la untuk lunch aku empat beranak.... janji konyangggg.

Masakan ni orang ganu panggil tumis laksa. Masa aku kekecik dulu aku bantai panggil mee rebuss jerk. Idak la aku pasti nape orang ganu namakan dia tumis laksa. Kalau diikutkan, takde la pulak orang masukkan laksa dalam masakan neh...

Dan ini pulak adalah pencuci mulutnya.... hahhaha...doriannnn. Aku ambik kat rumah mak aku malam tadik. Bawak balik 3 bijik jer sbb dah melantak kau rumah mak 3-4 bijik. Cukup la tuuu.

Buah dorian ni sebenornya dari kebun arwah atuk aku. Aku pun tak tahu la ni buah generasi ke berapa. Yang aku tahu pokok durian tu adalah seusia aku neh. Ayah aku gatai tangan tanam pokok ni banyak-banyak kat tanah arwah atuk aku dulu. Dapat gak la kami makan dorian free dari kebun sendirik.

Aku sebenornya risau bila mak aku citer pasal dorian yang orang duk jual kat tepi jalan ngan kat pasar malam tu kena inject. Tauke kebun inject pokok atau buah dorian tu supaya buah cepat masak.... Betul ke citer ni erkkk???? Ada sapa-sapa leh jawab ke???

Sabtu, 20 Jun 2009

LEMPENG NYIUR

Pagi tadi, aku satu family sarapan ngan lempeng nyiur segera.

Lempeng ni mak sedara hubby aku yang bikin... bisnes kecik-kecilan utk bantu somi dia. Lempeng dia memang mebelesssss.

Tambah nikmat bila cicah ngan kuah kari ayam ni......yUMMY-yUMMYYYY


Sedar tak sedar kan, Erkkkkkkkkkkkk. Konyaaaaaang perut aku neh.
Related Posts with Thumbnails