Memaparkan catatan dengan label WE CARE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WE CARE. Papar semua catatan

Isnin, 19 Julai 2010

Hajat Ketemu Lya Tertunai Jua.....

Alhamdulillah, hajat untuk menziarahi Lya tertunai juga hari ni....

3 jam bersama Lya aku manfaatkan sepenuhnya. Banyak yang kami bualkan hingga tak sedar masa berlalu begitu pantas sekali........

Syukur, berkat doa semua Lya makin menunjukkan perkembangan yang positif. Aku lihat Lya bertambah sihat (compare waktu Lya di wad dan icu hari tu).... 

Setakat ini Lya dah boleh makan dan minum sendiri. Lya cuma masih perlukan bantuan untuk bergerak kerana kekurangan tenaga.

"Lya, rajin-rajin makan ubat tau. Jangan lupa makan banyak-banyak supaya tenaga Lya cepat pulih. Kami semua akan terus mendoakan yang terbaik untuk Lya"   

Bagi semua yang menyokong, membantu dan mendoakan Lya, Lya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Lya cukup-cukup terharu punya sahabat seperti anda.
'terkini-sudah mampu tersenyum'

Ahad, 18 Julai 2010

Terkini Tentang Lya.....


Alhamdulillah........

Berkat doa kalian semua, Lya kini telah dipindahkan ke wad biasa sejak Jumaat (16/07/2010)....

Terima kasih yang tidak terhingga pada semua yang mendoakan serta menyumbangkan bantuan untuk sahabat kita Lya....

Disini, ingin aku kongsikan sms yang ditujukan buat KALIAN SEMUA yang baik hati membantu dan mendoakan lya.....

"LYA UCAP TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK BUAT KAWAN-KAWAN. LYA TAK TAHU NAK UCAP APALAGI ..... THANKS BUAT SEMUA. SANGAT-SANGAT HARGAINYA"

Aku yakin ini adalah sms yang cuba Lya hantar dalam serba kepayahan (ejaan asal sms ini agak berterabur) memandangkan Lya kini menghadapi masalah rabun yang agak teruk pada mata sebelah kanan disebabkan serangan sawan yang berulang tempoh hari......

Sama-sama kita mendoakan agar Lya cepat sembuh dan dapat kembali bersama keluarga tersayang. 

UPDATE TERKINI KEADAAN LYA DI WAD, KLIK SINI. THANKS ZATIE.   

"KAMI SAYANG DAN SENTIASA BERSAMAMU LYA" 

UPDATED (18/07/10-9:15PM)
- LYA TELAH DIBENARKAN KELUAR HOSPITAL JAM 2:30 PETANG TADI (KLIK SINI).

Isnin, 8 Februari 2010

[Khas] Blogger We Care – Adik Ammar

 STICKY MODE ENTRY


Ini adalah special n3 untuk Adik Ammar. Adik Ammar adalah pengidap sakit jantung (PDA) yang akan menjalani pembedahan pada 22/02/2010 nanti. 

Beliau amat-amat memerlukan bantuan dari kita semua bagi mengumpulkan kos perubatan bernilai RM15000. 

Semoga keprihatinan kita semua dapat memberi secebis harapan buat Adik Ammar untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dan sihat satu hari nanti.

Pleasse hulurkan bantuan anda untuk beliau. Kisah lanjut mengenai Adik Ammar boleh dibaca di sini. 

 Bantuan paling mudah untuk semua lakukan boleh lihat di sini. 

Sumbangan juga boleh dimasukkan terus ke akaun ibu Ammar di Akaun Maybank sebagaimana di bawah:

Azmaniza Mohamad Kamal - 514093114912 (Maybank)  

******************************************************
UPDATED (7 FEBRUARY 2010)

Kepada semua blogger yang ingin membantu Adik Ammar, rajinkan diri kalian untuk klik iklan nuffnang aku kat sidebar tue.....

Ringgit Malaysia yang terkumpul hasil dari semua klik kalian akan disalurkan terus kepada Adik Ammar. Sangat mudah kan... 

Bagi blogger yang mempunyai akaun nuffnang, usaha anda untuk meletakkan iklan charity ini amatlah di alu-alukan....  

Semoga usaha tak seberapa dari kita semua sedikit sebanyak dapat membantu mempercepatkan pengumpulan dana untuk beliau... 

Thanks in Advance  

Rabu, 27 Januari 2010

HILANG


N3 adalah copy paste dari sini. 
Dari email
Dear All,
At 2pm of 7 Jan 2010, my colleague received a phonecall from her nursery that they have lost her daughter, aged 8, Malay at Sri Damansara area. Her name is Nurul Lyana. Nurul was out to buy ice-cream together with another little girl at around 12pm, but didn't go back to her nursery after that. As told by the other girl, an unknown makcik brought Nurul to see puppy cat.


Please forward this to as many as you could, we need to save her!!! Please help.

If you have any information, please call me at 012-3877510 or Esther at 012-660 6052.

Thanks
Huang Lee Meng


*****************************************************
Semoga ibubapa Nurul Lyana tabah. Kami doakan Lyana akan ditemui semula secepat yang mungkin dalam keadaan yang selamat dan sihat walafiat. 
Kepada parents semua, sentiasa awasi anak anda kerana kes culik boleh berlaku di mana sahaja. Bila baca kisah ni, teringat aku pada sharlinie yang sehingga hari ni masih lagi belum ditemui. Harapan aku kita tidak diuji dengan kejadian sebegini rupa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.  
Related Posts with Thumbnails