Isnin, 5 April 2010
Sleeping Cutee Contest
Rabu, 10 Mac 2010
CUTEST BABY WITH CUTE MOM by MaMa_Aqish

Nama Panggilan Anak: Sarah
Umur Anak: 1 tahun 11 bulan (besok brithday sarah)
Nama Ibu: Noraini
Nama Panggilan Ibu: Ain
Diantara penaja kontest Mama_Aqish kali nie.....


Ahad, 7 Februari 2010
TEKA BERAT QASEH KONTEST
Selasa, 26 Januari 2010
SNAP VIA MIRROR CONTEST
Hari ni aku mau enterprem diri sendiri.... Kasi can la kan sekali sekala. Pada sesiapa yang belum kenal tuan punya teratak yang penuh ngan bees yang jinak2 nie, sila pandang dan tenung-tenung ya (apa kes la minah ni kan, ingat rope dia cam siti gamoknya)....hahaha....
Sebenarnya bukan suka-suka pun nak tunjuk wajah tak lawa aku nie, tapi sebab teringin sangat nak join kontest dari blog Cik Nisa, nak tak nak kena la tempek juga.....
Pic. ni dirakamkan oleh cik hubby masa kami ke Aquaria KLCC November tahun lepas. Geram nengok obor-obor tue bergerak bebas... rasa nak sentuh dan tangkap jer depa tue sume...
Cadangan untuk kedua-dua blog Cik Nisa
1) DARI KACA MATA YANG BERBEZA - Apakata Nisa gunakan layout yang ada 3 column tue. Memandangkan banyak sangat widget kat blog Nisa nie, akak rasa penggunaan 3-column boleh jadikan blog Nisa lebih tersusun.....
2) Q-FIRST BOUTIQE - Akak sarankan Nisa tambahkan widget yang bolehkan Nisa update semua order customer yang Nisa dah pos... senang la customer Nisa nak check samada barang yang dorang beli dah dihantar kebelum.....
Khamis, 14 Januari 2010
CONTEST: MY LITTLE HELPER
Aku tak kira!!! Tak kira!!! Nak join jugak Contest My Little Helper dari blog fida nie... kan aku dah kata harusss "BERANI UNTUK GAGAL" dan penyertaan kontest juga untuk menambahkan sahabat di alam maya....
Sabar jer la kengkawan yerk...
Nama Si Kecik: Nur Atikah Maisarah
Untung punya anak yang ringan tulang macam ni kan... walaupun vakuum tu jauh lebih berat dari badan dia, ada dia kesahhh!! hahaha.... Jangan risau aunty-aunty sume, vakuum ni kan ada roda, sarah tak yah pikul, cuma perlu tolak jer.... pastu sedut segala debu dan habuk yang ada... Senang kerja mama sarah kan kan... tu yang mama sibuk duk bertenet memanjang....huhuhu....
Rabu, 13 Januari 2010
AKSI MENARIK KETIKA MEMBACA
Berpegang pada Prinsip "BERANI UNTUK GAGAL" aku join kontest lagi. Walaupun tak pernah menang dlm kontest gambar bergambar nie, tak kisah la. Janji tali persaudaraan bertaut mesra.... tak giteww....
Kontest menarik kali nie anjuran Syima Syawal. Kalau nak tahu, beliau adalah seorang penulis sebenarnya.... Koleksi buku-buku di dalam banner kat atas tu sume adalah karangan puan shima kita.
Bila sebut pasal penulis ni kan, aku memang cukup kagum. Apa yang selalu bermain dalam kepala aku ni apa tau...... mana la dorang dapat idea nak menulis ni ya.... Aku nie, usah kata nak menulis atau mengarang novel panjang berjela, nak taip entry ringkas kat blog ni pun asyik blank jer....huhuhu....
Memandangkan hobi aku dah memang membaca, so anak-anak wajib ler terikut sama. Paling ketara minah kecik pengarang jantung hati hamba tue...sapa lagi kalau bukan si Sarah. Habis hancur lunyai majalah mama dia kerjakan. Kasi buku dia idak ler dia mau.... perasan besor gamoknya budak ni kans.... bukan tau baca sangat pun, yang dia tahu tengok gambar jer.... Jadik la kan, at least takde la gambar gajah dia sebut semut kan kan...
Nama Anak: Nur Atikah Maisarah
Nama Ibu: Noraini Khani
Tajuk Gambar: Yang Mana Satu Idaman Kalbu
seeee.... kecik-kecik dah tau nak pilih alat mekap sume.. Jangan cakap Sarah ni menurun feel mama dia, sebab mama dia memang tak suka mekap ok. Suka lagi yang natural tau....hehehe....
Sesiapa yang nak join kontest ni cepat-cepat ya. Klik sini untuk maklumat kontest dengan lebih detail. Closing datenya ialah pada 20 Januari 2010. Sila candidkan pic. anak-anak anda kerana aksi yang dibuat-buat akan direject oleh pihak penganjur...
Rabu, 6 Januari 2010
Baby Wearing Baju Melayu/Baju Kurung Contest

Untuk syarat-syarat lanjut Baby Wearing Baju Melayu/Baju Kurung Contest klik sini.
Dan pertaruhannya adalah
*
*
*
*
*
Umur: 1 Tahun 9 Bulan
Nama Ibu: Noraini Khani
Email add.: ain.flowtech@gmail.com
Kengkawan yang berminat join contest ni cepat buat n3 korang. Closing datenya 10hb January 2010 jam 11.59pm. Sempat lagi nie.....
Khamis, 31 Disember 2009
SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY
******STICKY MODE******
SCROLL DOWN PLEASEEE
Ini adalah kontest terakhir yang sempat aku join sebelum tahun 2009 berakhir. Kontest kali ni anjuran Ibu Rifqi sempena ulangtahun kelahiran beliau yg ke-29.
Model paling serius pilihan mama adalah....
*
*
*
*
*
*

Waktu nie sarah tengah tunggu mama siapkan breakfast untuk dia. Kebetulan hari tue mama ambik cuti sebab tangan sarah terkehel waktu main dengan abang danish. Sekarang tangan sarah dah ok dah.... baik sendiri jer....hehehe....
Isnin, 28 Disember 2009
My Lovely Baby With Pacifier Contest

*
*
*
*
*
*
Nama: Nur Atikah Maisarah
Umur: 1 Tahun 9 Bulan
Tarikh lahir: 11hb Mar 2009
Pic. ni di ambil dua minggu lepas sewaktu on the way balik dari kuantan. Sehingga ke hari ni, sarah masih lagi tak boleh berpisah dengan puting kesayangan dia. Tiap kali nak tido puting wajib adooo. Bila dah terlena baru la boleh cabut dari mulut dia...
Harap pihak penganjur berpuas hati ya....
Ahad, 20 Disember 2009
NANGIS CONTEST BY MUMMY ARIQ

Kali nie nak join contest dari blog Mummy Ariq.
Untuk syarat2 penyertaan boleh klik di sini.
Tarikh tutup contest ni adalah pada 04 Jan 2010 @ 12.00 tengahari (lambat lagi kan..... jom la join kengkawan.....)
Moh kita tengok camne rope anak daraku bila nangis.....huhuhu....
*
*
*
*
*
*
Punya beria dia nangis sebab takut kena marah ngan mama. Tu la, sapa suruh sesedap rasa jer gigit jari abang.... sampai berbekas gigi sarah kat situ..
Ahad, 22 November 2009
ANAKKU CERIA GIVE-AWAY CONTEST
(STICKY MODE ENTRY)
Ini pulak adalah pic. yang aku ingin pertaruhkan. Waktu ni sarah genap usianya setahun sebulan. Rambut pun masih pendek dan kelihatan ala-ala boboy lagi....hehehe. "Lihatlah dunia betapa gembira dan seronoknya saya bila dapat mamam kismis. Paling seronok lagi kalau saya dapat main botol kismis tu....hahhahaaaa...."
Cik puan Iza kita juga telah bermurah hati nak hadiahkan pemenang dengan hadiah yang cukup cantik ini.
*
*
*
*
*
*
*
*
1 Vantage Cookware 3.0L
Hadiah adalah ditaja oleh http://jommainkutu.blogspot.com/
Rabu, 14 Oktober 2009
ALHAMDULILLAH..........KU MENANG LAGI
Mekasih kerana memilih akak sebagai pemenang ya DEARIE... akak memang tak sangka akan menang, sbb kalau tang meletakkan slogan akak memang failed. Tak reti nak mereka ayat bagai. Sudahnya taip ajer la apa yang terlintas di dalam hati... mcm mana DEARIE boleh cair erk....
'wajahku terpampang disitu.....alahaiiii segannyaa..ngeeee..'
Tahniah jugak buat sis nita yang berjaya di kedudukan kedua. Punya gempak dan kecoh blog sis gara-gara nak masuk peraduan teka tarikh lahir LOL kan kan. Lawak jer bila memacam cara dorang suggest camna nak dapatkan tarikh yang tepat tu......sangat enjoy tauuuuu!!!!
Rabu, 7 Oktober 2009
BABY IN GOWN CONTEST
Kali ni nak memenuhi undangan Miera untuk join Baby in Gown Contest.
Jom kita tengok syarat-syaratnya:
1. Contest ini terbuka kpd semua bloggers..Bermula pada hari ini 1 October - 28 October 2009..
( Sempena My Besday )
2. Diwajibkan menjadi FOLLOWER blog mamaalieya..and ADD link blog mamaalieya dalam bloglist anda..
3. Diwajibkan untuk letakkan banner di side bar blog anda.. Banner tersebut mestilah di link dengan link ini
4. Sila upload sekeping sahaja gambar anak anda & buat entry tentang contest ini pada blog anda. Pada gambar tersebut, nyatakan nama baby & tarikh lahir baby..
5. CONTEST nie terbuka untuk baby girl shaja, gambar tersebut mestilah gambar baby yang berpakaian baju GOWN. Baby korang mesti berumur 1 Bulan hingga 2 tahun ja..
Pertaruhannya adalah:
*
*
*
*
*
*
Nama Baby: Nur Atikah Maisarah Binti Iskandar
D.O.B: 11 March 2008
Yang ni kira pic. latest Sarah. Aku snap masa majlis sambut menantu kat rumah MIL Sabtu (3 oct. 209) lepas. Nasib baik jugak dapat snap, kalau tak tak dapat la nak join kontest Miera. Serius cakap, akak memang takde koleksi pic. Sarah pakai gaun dik.
Kepada kaum ibu semua, jom kita meriahkan kontest kat blog Miera ni. Tapi untuk mereka yang memiliki baby gegirl jer la. Takkan nak pakaikan gaun kat baby boy plak kan. Tak Sesuweiiiiiii tau.....
Rabu, 16 September 2009
CUTE SLEEPING BABY CONTEST
Aku dah adicted...... sekali join kontest, rasa nak join lagiiiiiiii.......dan lagiiiiiiii........ sudahhhhhhhhhhhh.... 2nd time ni, aku nak join contest anjuran blog "Love My New Life". Baiti anjurkan contest ni sempena dengan birthday beliau yg ke-26 yang jatuh pada bulan ni. Antara syarat-syaratnya:
1. Penyertaan terbuka kepada semua para2 ibu n blogger..
2. Perlu lah menjadi FOLLOWER Love My New Life
dan add my link nie di bloglist anda
3. Buat entry contest bersertakan 1 gambar ur baby anda yang sedang tidor
yang paling cute,chomel sekali...
4. Terhad untuk satu penyertaan sahaja (kang rabun juri nk pilih pemenang..huhuhu)
dan umur bayi ketika itu hendakla dalam
lingkungan usia 3 - 12 bulan
5. Perlu disertakan dengan NAMA BABY, BIRTH DATE, PLACE OF BIRTH & NAMA IBU
6. Kemudian add banner contest kat side bar beserta ngan link contest nyer skali
7. Nyatakan skali aper yang special tentang blog Love My New Life
8. Sila tinggal kan link peyertaan anda di comment yerk..
Setelah digodek-godek di dalam pc buruk aku ini, akhirnya aku pilih pic. yang kat bawah ni. Waktu ni, umur Sarah baru 10 bulan. Sarah ketiduran setelah penat didera mamanya. Jangan salah faham yerk, bukan dera yang pukul-pukul atau chobit-chobit tue. Sebenarnya sebelum dia terlena nie, aku dera Sarah pakai skaff hitam tue. Skaf tue Chek Da Sarah yang punya. Tertinggal kat rumah aku masa dia datang tido rumah aku ari tue. Bila aku jumpa aku tolong cucikan, taim nak lipat tu Sarah ambik wat main plak. Nak sangat main skaff ni, aku paksa dia pakai terus. Entah macam mana boleh melekat kat kepala sampai tertido.....
Birth Date: 11 Mar 2008
Place of Birth: Hospital Dungun, Terengganu
Nama Ibu: Noraini Binti Khani
Menariknya tentang blog "Love My New Life" adalah kerana banyak cerita2 menarik yang dikongsi oleh Baiti. Bukan sahaja tentang kehidupannya sebagai seorang isteri dan ibu, tapi juga info-info lain yang sangat berguna utk all mummies out there. Yang paling penting, Baiti juga ada blog yang menawarkan online shopping tudung-tudung yg cantik. Nak beli tudung yg cantik dengan fesyen terkini, boleh klik kat sini.
2009 CUTE BABY IN STROLLER/PRAM CONTEST
Contest kali ni dianjurkan oleh Mummyameer. Contest yang pada pendapat aku sangat menarik dan senang untuk disertai. Just dapatkan sekeping foto baby anda bersama dengan stroller @ pram dorang. Buatkan sedikit entry then link kan ke blog mummyameer. Senangggg kan.
Ini adalah syarat-syarat penyertaan yang aku copy paste dari blog mummyameer.:
2. Sila add dan link kan banner di sebelah pada sidebar.
3. Buat special entry utk contest ini dan sertakan sekali sekeping gambar baby/toddler di dalam prams ataupun stroller anda.
4. Link kn blog mummyameer.
Jom kita tengok pic. yang aku pertaruhkan........
Tu diaaaaaaaaaaa..... Maisarah dengan aksi kepala terteleng di dalam stroller Anakku (banyak sangat makan leher ayam agaknya sbb tu kepala dia jadik macam ni....hahhahaaaa). Pic. ni dirakamkan waktu kami berehat di Taman KLCC masa ke KL bulan July ari tu. Kalau nak tahu cerita lanjut boleh klik kat sini.
Sarah sangat happy taim ni sebab kekenyangan makan bubur ayam McD. Stroller yang Sarah gunakan ni sebenarnya abang Danish yang punya. Mama Sarah belikan masa Ulangtahun Anakku yang ke-50. Dapat la dengan rege yang murah.... fifty percent offer masa tue. Alhamdulillah walaupun dah 5 tahun pakai, stroller ni masih elok lagi. Perasan tak??? Dekat tangan Sarah tu, plastik dia pun tak tanggal lagi tau.....
Kepada all mummies yang berminat, Contest ni telah dilanjutkan sehingga 23 September 09. Keputusannya pulak akan diumumkan pada 29 September 09.








