Khamis, 14 Januari 2010

TERIMA KASIH ADUAN RAKYAT-TV3

Menitik air mata kala menyaksikan rancangan ADUAN RAKYAT di tv3 malam tadi. Mungkin bagi kita bantuan yang disumbangkan tv3 itu tidak seberapa, tapi bagi ibu-ibu di Persatuan Sokongan Ibu Dan Anak Kurang Upaya 'Azwar' ianya cukup bermakna. Sekurang-kurangnya masih ada harapan buat mereka untuk melihat nasib anak-anak istimewa mereka terbela....

Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu membesarkan anak-anak ini. Tak dapat aku bayangkan bagaimana susahnya kehidupan seorang ibu tunggal yang perlu membesarkan anak ini keseorangan....Bagaimana agaknya mereka hendak bekerja sedangkan pada masa yang sama si kecil perlukan perhatian setiap masa.... Ya Allah, berikan kekuatan kepada mereka semua dalam menjaga amanahMu ini.....Aku pohon Ya Allah.... Tiada daya untukku membantu selain dari doa untuk mereka semua...

Ku pinta pada masyarakat, janganlah kau cemuh dan hina mereka kerana mereka tak pernah minta dilahirkan sebegini... Layanlah mereka seadilnya. Mereka juga berhak untuk mengecapi kebahagiaan seperti kita... Jangan pernah salahkan ibu yang melahirkan mereka, kerana semua ini kehendak yang Esa. 

Semoga ada yang prihatin dengan nasib anak-anak ini di luar sana. Bantulah mereka.....

Kisah mereka juga boleh dibaca di sini, di sini dan di sini.  

p/s: pic. kt tu PSIAKU

6 comments:

LotsOfLove-Pearls berkata...

Dear Kak..
Semoga mereka lebih tabah.

..kalau menyaksikan keadaan seperti ini, mudah benar airmata menitis. sedih.
semoga mereka tabah.

honeylanz berkata...

sebak tgk..berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul..

Ain berkata...

lol: betul cakap dearie...

rancangan baru start tak sampai 10 minit, akak dah sebak dan menitik air mata...

tersentuh bila tengok ketidakupayaan dan kesusahan mereka....

apa la nasib mereka bila insan yang menjaga mereka selama ini tiada nanti...

sukar untuk akak fikirkan dan cari jawapan....

moga kehidupan mereka sentiasa di bawah lindung dan rahmat tuhan...

Ain berkata...

honeylanz: sedih tengok sesetengah dr masyarakat kita yg memandang jengkel dan penuh hina pada mereka...

apalah dosa mereka kan...

sepatutnya mereka diberi support dan bantuan bukan umpat keji dan cacian...

nza berkata...

kak nza pn tgk mlm td...kesiankn tgk nasib ank2 istimewa ni n ketabahan ibu2 mrk.

Ain berkata...

kak nza: ketabahan mereka buat hati tambah tersentuh kan...

syukur kita tak diduga sehebat mereka kerana belum tentu kita mampu hadapinya...

Related Posts with Thumbnails