Selasa, 5 Januari 2010

AKU CINTA DIA

Tajuk Novel: Aku Cinta Dia

Terbitan: Alaf 21 Sdn. Bhd.

Terbitan: 2009

Pengarang: Sharifah Abu Salem

Mukasurat: 499 m/s

Sinopsis: Dania, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibatnya, papanya Datuk Safuan mendesak agar kandungan  itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial.

Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada Allah. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.

Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah MP3 dan Al-Quran kecil daripada lelaki itu.

Apakah maknanya ini? Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa bahawa dia harus mencintai Allah dan Rasulnya-NYA terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. 

Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan.


******************************************************

Aku beli novel ni pada penghujung tahun (27 dec 2009) hari tu. Kononnya sebagai stok bahan bacaan untuk bulan januari 2010. Ingat nak mulakan bacaan hari nie, tapi sayang masih belum punya masa.

Menariknya tentang novel nie, di hujung cerita penulis hadiahkan satu Segmen Ilmu yang mengajak kita berkongsi pengetahuan mengenai kedudukan anak tidak sah taraf dari kacamata islam. Aku terbaca segmen ilmu ni dulu sebelum khatam baca perjalanan cerita....hehehe. Alhamdulillah dapat juga menambah ilmu di dada...  

16 comments:

honeylanz berkata...

suka gak novel Sharifah Abu Salem.

Ain berkata...

honeylanz: 1st time baca novel dia rasanya...

takpun mungkin pernah baca, tapi ain dah lupa...

maklum la zaman anak dara dah lama berlalu...

tapi ni 1st koleksi novel dia yg ain ada...

ninie's corner berkata...

mcm best jer cite tu.....
masih ade sebuah novel yg dah berbulan2 beli.....tp masih belom bace lg........

Ain berkata...

ninie: kalau dah baca nanti share citer dengan ain k...

mana tau boleh carik kat kedai buku...

en_me berkata...

mama, ustaz iqbal itewww solo kannns.. ekeke

nza berkata...

best jln cerita tu.....2pn br ckit je sinopsisnya...tgh nk dptkn green light dr bos utk terjah kedai buku utk PSS....

LiNda berkata...

hahaha

ain, tajuk n3 awak, suspen arrrr...

Ain berkata...

en_me: ayo en_me, mau pinang dia ka?

bujang trang tang tang gitewww.....muahahaaaa...

Ain berkata...

kak nza: tak sabar nak baca novel ni sebenarnya, tapi still kena tangguh dulu sbb tak syok kalau bacaan putus-putus.... takdak feel orang kata...

kak, skang ain pantang masuk kedai buku, pasti melayang sekeping dua not-not berwarna merah dlm purse...huhuhu...

Ain berkata...

sis linda: suspen ke? sorryyyy....

kalau akak nak baca novel ni cakap ya....

kakzie berkata...

lama dah tak beli novel2 ni...huhuhu..
tapi kita masih simpan dan syg sgt 2 buah novel Sharifah Abu Saleem..Tak seindah mimpi dan tak semanis impian...
nanti nak gi Book Fair bulan Mac..Jom Ain..

Ain berkata...

kak zie: tks for the info kak...

book fair tu kat kl kan... jauhnyaaaa...

kalau dekat leh borong novel pada harga promosi....

Softtouch [Hanim] berkata...

mcm best jer novel ni..

dah lama xlayan novel.sblum kaiwn rajinlah beli..kang kalu beli, asyik mgadap buku tu jer..selagi xabis selagi tu keje lain xbuat..he he he

Ain berkata...

hanim: sama la ngan ain masa anak dara dulu...

hari tu baca hari tu gak mesti khatam...

sanggup bersengkang mata kan...

iNa berkata...

dh lame x layan novel..dulu minat gile...

Ain berkata...

ina: sekali layan boleh kemaruk balik tau....

jom baca novell!!

Related Posts with Thumbnails