Selasa, 2 November 2010

Aku dah cuba detox foot pad

Dah seminggu rasanya aku dapat hadiah detox foot pad yang aku menang kat n3 ni, semalam baru la terhegeh-hegeh nak cuba pakai....

Itupun sebab tengok Hanim yang pakai dulu.....hehehe. Hasilnya after semalaman menempel kat kaki aku adalah kat bawah ni:

SEBELUM


SELEPAS 

Testimoni Ain a.k.a mama danish sarah:

Masa mula2 lekapkan kat kaki, merenyam jer rasa dia. Serius cakap tapak kaki aku gatal semacam. Ikutkan hati nak jer tanggalkan detox foot patch ni, tapi disebabkan nak sangat tengok hasil dia besok pagi, tahankan ajer ler. Budak dua beradik tu pun cuak jer tengok tapak kaki mama dorang bertampal cenggitu. Risau la tu mama dorang sakit ke hapa....hehehe

Hasilnya pagi ni badan aku rasa ringan. Hilang segala lenguh2 badan tak macam sebelum2 ni yang asyik kebas kaki memanjang. Aku ingat lepas ni nak beli satu kotak dan try pakai lagi sampai detox foot patch ni tak tinggalkan kesan hitam. Baru la puas hati toksin dah berkurang dalam badan kita kan kan...

Sedikit info tentang detox foot patch yang aku dapat dari SINI.

 Detox Foot Patch

Tubuh Manusia membuang sisa-sisa toksik di dalam badan jauh daripada hati. Ini bermaksud kebanyakkan toksin disimpan di bahagian bawah badan manusia terutama KAKI. Herba dan campuran bahan organik yang lain di dalam detox foot patch ini mampu menghangatkan kaki dgn membuka point akuapuntur yang tertutup. Dan ini menyebabkan toksin yg terkumpul dalam badan keluar dan menyihatkan badan.

Apa yg bahaya dengan TOKSIN?

TOKSIN membawa pelbagai jenis penyakit daripada sakit-sakit sendi..lenguh badan sehinggalah ke penyakit kronik.

Antara kebaikan Detox Foot Patch:
 
1. Menjalankan proses ditoksifikasi
2. Mengaktifkan sel-sel badan
3. Meredakan bengkak dan kesakitan
4. Menghilangkan penyakit sendi dan tulang
5. Membantu mendapat tidur yg selesa
6. Meredakan penyakit Gout
7. Melegakan keletihan kaki
8. Mengimbang sistem imun dlm tubuh
9. Menyingkirkan bahan buang dlm sistem limpa tubuh badan
10. Meningkatkan kadar fungsi sistem limpa

Cara pemakaian: Hanya tampalkan di tapak kaki selama 6-8 jam sebelum tidur setiap malam.


p/s: cuba jangan tak cubaaaaa.....

8 comments:

~aSHa~ berkata...

asha ada pakai jugak...

nina syakina berkata...

huhu... nina pun pernah cuba... mmg best... hihi...
tapi, skang nihh nak beli sekotak, tak mampu lagii... mahal lorhh...~

Ena berkata...

teringin juga nak cuba.. dah tengok sini lagi rasa nak cuba..

Softtouch [Hanim] berkata...

sy pakai sekali tu jelah ain..sbb ade yg akta ibu bf anak tidak digalakkan pakai..so sy dah xpakai dah...

Jamiel berkata...

Memang ringan pun..
Badan pun le sihat..

LYaFRINA berkata...

nk pakai.. tp ada org kata kalo ada poblem jantung xleh pakai.. ye k ain??
mcm mana nk kepastian tu??

sarah-najwan berkata...

yg hitam tu toksin ke?..takut tgk kalu cenggitu deh..akak rasa badan akak pom byk toksin..huhu

mamalieyna berkata...

dah pernah cuba..syoook! ^_^

Related Posts with Thumbnails