Selasa, 9 November 2010

Yuran Taska Permata Naik Tahun Depan

Nampak gaya tinggal sebulan jer lagi Sarah dapat merasa taska percuma. Tahun depan yuran dah NAIK dah. Kalau sebelum ni aku cuma bayar RM5 sebulan untuk yuran kelab tanpa perlu bayar sesen pun untuk yuran taska, mulai tahun depan pihak taska Permata dah naikkan yuran taska ke RM180 seorang. Mencanak-canak naik bukan???

Bagi aku kadar tu masih lagi boleh diterima akal. Lebih kurang rate private taska la jugak. Actually kalau kat kawasan Paka ni, kebiasaannya private taska kenakan RM200 untuk seorang kanak2 (3-36 bulan). Kalau nak dibandingkan dengan fasiliti dan kelayakan guru, taska Permata jauh ke depan. Jadinya dengan kadar RM180 tu, berbaloi la lagi parents hantar anak kat situ.

Bagi yang tak pernah tengok keadaan  dalam taska Permata, aku ada sedikit pict. untuk dikongsi...






UPDATED 1: Aku baru jer dapat info yang Taska Permata tempat sarah ni adalah di bawah kerajaan negeri Terengganu bukannya di bawah PAPN (Pusat Anak Permata Negara). Modul pembelajaran adalah sama dengan PAPN. 

UPDATED 2: Klik SINI dan SINI untuk dapatkan info tentang Taska Permata bawah PAPN. Makluman terkini dari PAPN menyatakan tiada yuran dikenakan ke atas mereka yang layak. Walaubagaimanapun setiap ibubapa diwajibkan meluangkan masa selama 4 jam sebulan untuk bersama anak2 di taska.  

 

27 comments:

[-suziey-] berkata...

waaaa untungnya klu yuran taska free..ala naik pn msti xbyk kan..hehe

az rina a.k.a jaijina berkata...

kak ain, camne nak contect taska permata ni? rina nak tanye kat penang ni ade tak?

sarah-najwan berkata...

bagusnya...nk surveylah taska ni kat kuantan..kot2 ade

Ena berkata...

best la.. nak jugak??

Softtouch [Hanim] berkata...

bestnya taska dia ain..sy rase taska permata ni mcm selamat sikit sbb bwh gomen...kan best kalu sg buloh ni ada mcm nie..

Ain berkata...

suziey: kalau yang mmg sebelum ni free, rm180 tu mungkin tinggi.....

tapi kalau anak2 dari taska yayasan, dorang tangung kenaikan rm30 untuk seorang anak....

if nak compare dengan taska private, yuran baru ni kira masuk akal lagi....

Yang penting taska permata ni memang selesa sangat sbb ruangnya sangat2 luas. cikgu pulak mmg terlatih.....

Ain berkata...

jaijina: nanti akak tanyakan dengan cikgu sarah macam mana nak dapatkan info taska permata kat negeri lain...

kalau dapat akak share k...

Zaidah berkata...

semuanyer naik....gaji aje tak naik2....huhuhu

Ain berkata...

sarah: actually kalau dekat terengganu, setiap dun akan ada satu taska permata, kalau kat negeri lain tak sure la pulak...

LyNn HaMzAh berkata...

kat jb nie lynn tak tahu kat mana letaknya taska permata nie...

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ berkata...

wah cantik la taska ni...kemas susun & teratur...mesti sarah suka kan dok kat taska ni...

Ain berkata...

ain to all: hantar anak kat taska ni memang bagus, banyak benda anak2 kita belajar....

ain perhatikan sarah dah pandai banyak benda, dia boleh berselawat, baca doa, nyanyi lagu negaraku, berdikari dan semua kerja nak buat sendiri, rajin gosok gigi sedangkan dulu langsung tak mahu...

satu jer parents kena ingat, kalau nak hantar kids ke sini, kena make sure kids dah mandi, kalau takpun drypers dah ditukar. 8.30 pagi kids dah mula beraktiviti so kids hanya akan mandi jam 10pagi camtu...

hari khamis (terengganu) dan mungkin jumaat (negeri lain) kena pick up anak pukul 4 petang, kalau parents kerja dengan private company, susah la sikit kan...

*azni* berkata...

ok lg kot..masih lg berbaloi2 ngn bayaran sbb akak ckp byk benda yg sarah bljr kat taska tu..pendidikan ank lg penting..

Ain berkata...

azni: kat sini anak2 belajar sambil bermain, tak macam taska biasa sbb selalunya penekanan lebih kepada pengasuhan....

perkembangan anak2 pun senang parents nak pantau sbb setiap anak diwajibkan ada buku sms yang merekod segala aktiviti anak di taska...

Fieza79 berkata...

wahh untung berbaloi baloi ni yuran taska free...!

kfieza terpaksa la berhabis 270.00 sebulan..huhu tp tkpe thn ni last...dh nk masuk sekola next year...

Ain berkata...

kak fieza: rm270 sebulan??? lagik mahalll ni....huhuhu

anak akak sama dengan anak bujang ain danish, tahun depan darjah satu la kan...

macam mana la dorang nanti bila dah masuk sekolah rendah...huhuhu

.::Lynn::. berkata...

ain, taska ni kat mana?

Ain berkata...

lynn: yang dalam pict. ni taska permata terengganu...

lokasi sebenarnya kat paka...

kalau taska permata, mostly sama jer pattern dan keluasan dalam dia sbb semuanya under goverment....

.::Lynn::. berkata...

ain, ni taska permata yg kerajaan punya ker?
http://www.permata.jpm.my/index.asp

ainnoraini berkata...

dulu2 masa anak kecik2 duduk kat taska sekarang ni dah lame meninggalkan hantar anak gi taska...dah besar2kan...

kakyong berkata...

lat ipoh pun ade satu di Bercham.. tp nak masuk memang jenuh la.. hari tu pun dah penuh.. tp jauh sikit la sbb kakyong xde kenderaan nak antor anak...

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ berkata...

oh, iye ke?..
tataw plak, tp kwn anto anak die kat taska permata baru bukak, rm5 till 12-2010. nx yr rege standard la.. tp mmg shantek tempat die kn, siap de kolam dh skrg.. huhhu, ai skrg tgh fening gak nk ato my alya pi pre-skul..x pernah pisah ngan tokma, camno la.. :P

.::Lynn::. berkata...

oh.. patut la.. tadi tanya kat PAPN, diaorg kata mmg xde charge. tapi wajib luangkan masa 4 jam sebulan

Lana~Bulu berkata...

kira mahallah tu kalau lagu tu punya bayaran...
berapa jam je kan..
ish3..

nza berkata...

gitulh ain, mula2 free pastu naiknya brganda2...apapn yg penting anak2 trjaga dgn baikkn....

E.d.Y berkata...

selalu dgr pasal taska permata ni...tp dengarnya susah nak dpt

mamalieyna berkata...

cantiknya taskaaa....teruja nk antar anak g camni..!

Related Posts with Thumbnails