Rabu, 3 November 2010

Hukuman mati polis bunuh Along Spoon kekal

PUTRAJAYA: Seorang anggota polis tetap menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon, 11 tahun lalu.


Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang mendapati Lans Koperal Mohamed Ya’cob Demyati bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi’ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.

Dua lagi anggota panel, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Md Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong. Ketika keputusan itu diumumkan, Mohamed Ya‘cob, 44, dari cawangan pengawal pengiring Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kelihatan tenang. 

Abdull Hamid yang mengumumkan keputusan itu berkata, Hakim Mahkamah Tinggi tidak tersalah arah apabila menerima maklumat daripada Mohamed Ya’cob mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan yang membawa kepada penemuan mayat Along, di KM 28, Jalan Kuala Klawang Genting Peras. – BERNAMA

p/s: Pelik betul, dah bertahun arwah meninggal, pesalah masih belum dihukum. huhuhu....
 
klik sini untuk mengetahui kisah along dibunuh. 

p/s: al-fatihah untuk arwah.

13 comments:

cheqna berkata...

al fatihah untuk arwah...
tu r kak..bertahun doh kisah ni...
ingat masa koloh menengah agi...

LYaFRINA berkata...

kes ni dh lama sgt2 kan.. ingatkn dh settle.. seingat lya, time kes ni lya sek ren @ masa form 1...

ermmm.. no komen..

alfatihah buat arwah.

Softtouch [Hanim] berkata...

al fatihah utk along...teringat dulu kes ni masa sy sek lagi...

Fieza79 berkata...

la ingat kan dh di hukum gantung pesalah tu...masih idup lg rupa nya...sedang kan arwah dh pegi 11 tahun lalu...

mmg patut pon rayuan ditolak..eheh

Sue berkata...

salam ziarah...
ingatkan kes ni da settle. lama betul yea...

LyNn HaMzAh berkata...

lama betul nak buat keputusan ek...bertahun-tahun...

r|nA @ ja|j|na berkata...

biar pesalah di hukum setimpal dgn perbuatan dia..

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

dah lama kes ni kan...

Zaidah berkata...

tak settle lagi kes nie...sabor ajelah yer...

~aSHa~ berkata...

susah sbnrnya nak jatuhkan hukuman gantung ni....kalo tersalah berdosa besar....

sarah-najwan berkata...

lama betul kes ni..alfatihah utk arwah along spoon..

mamaarifakeemaisy berkata...

ish ingt dah tutup kes ni! pepun Al-fatihah buat arwah..

najihah berkata...

mahkamah kak,asyik bertangguh je keje.haih

Alfatihah buat allahyarham.

ni kump yg nyanyi lg

"rindu serindu rindunyaaaa"

ke?

Related Posts with Thumbnails