Isnin, 1 November 2010

Introducing.....Asistant aku di rumah

Disebabkan aku takdak bibik, dah semua kerja rumah perlu dilakukan sendiri, makanya kena la carik inisiatif untuk bantu aku lakukan kerja rumah sepantas-pantasnya...

Mari kita berkenalan dengan pembantu-pembantu aku ya....

1. Kiwi Kleen All Purpose Cleaner
 


Pembantu aku kala di dapur. Tugas dia adalah membasmi segala minyak dan kotoran pada dapur gas, dinding dan lantai tempat memasak. Spray jer pada tempat yang berkenaan dan biarkan seketika sebelum dilap. Lap lagi dengan kain basah atau tisu dapur supaya bahan kimia dia tak tinggal yer.

Kiwi Kleen ni jugak sesuai kalau nak hapuskan habuk-habuk degil yang melekat pada perkakasan rumah. Contohnya pada kipas rumah. Kipas rumah terutamanya kipas syiling selalunya habuk dia payah nak tanggal kan. Kengkawan cuba spray dan biarkan 5 minit. Lepas tu lap dan mesti kipas tu bersih berkilat macam baru.

2. Kiwi Kleen Floor Cleaner

Kalau nak cuci lantai aku suka guna yang ni. Kadang-kadang aku tukar citarasa guna fabuloso atau dettol. Memandangkan hari-hari aku dengan en. is vacuum rumah dan lap lantai (kami guna kain basah), makanya kerja mengemop kami lakukan sekali sekala jer. Floor cleaner ni kami banyak gunakan untuk lantai dapur dan bilik mandi.

3.  Kiwi Kleen Toilet Cleaner

Paling penting perlu ada toilet cleaner ni kat rumah aku. Aku kan tukang cuci bilik air, so nak mudah kena la guna ni. Curahkan sebelum pergi kerja, balik kerja woooooww!!! berkilat toilet bowl kami. Baru la selesa kalau nak bertapa lama-lama kan. Kalau kengkawan ada masalah nak hilangkan daki pada toilet bowl, aku sarankan guna produk ni sebab memang BERKESAN!!

Satu lagi.....

Pernah guna ni tak?? Kalau nak toilet bowl sentiasa nampak bersih jer boleh cuba. Aku sukaaaaa dan kemaruk nak flash jer sebab air akan jadi kolor biru....Cara nak guna dia macam gambo kat bawah ni. Campak jer seketul pastu biar la dia berenang dalam tu.....hahaha.


Ini jer la yang dapat dikongsi setakat ni. Turn kengkawan la pulak share dengan aku guna produk apa. Mana la tau produk yang kengkawan guna tu aku boleh cuba. Sharing is caring kan....

p/s: kiwi kleen, sila lantik saya sebagai duta tak berbayor produk anda....hahaha




18 comments:

Ena berkata...

heheh.. bagus nie.. ena pun guna tu jugak.. ;D
cum ayg bawah tu tak pernah guna lagi tapi selalu nampak kat umah MIL ada guna..;D

Ain berkata...

ena: kalau dah guna yang biru tu, gian nak flash jer ain tau...

padan la kejap jer bertahan seketul tu...

zue @ annaleeya berkata...

salam ain.... lama x sggah cni... windunya.... hehehe...

akak pon guna brand ni jgk.. tp yg last skali tuh tak pnah cuba... nnti blh ar try...

[-suziey-] berkata...

waa sume kiwi ni..kita main campur2 jek..hehhee

sarah-najwan berkata...

lengkap penerangannya...yg letak mende kaler biru tu je saya belum try..nati nk trylah..nmpk lawa sket airnya..heheh

Mak Su berkata...

maksu guna jenama 'boleh cuci, sental lebih skit'

:)

az rina a.k.a jaijina berkata...

kak ain, kompom kiwi buat akak jadi duta, hehehe..tp kan kak, rina penah pakai kiwi untuk cuci toilet bowl, bau dia tak sedap lah..

TUKANG KATA berkata...

Dah ada gaya jadi duta tu kak.

:D

kella berkata...

whoo... kita sangat suka entri ni, suka sangat sangat suka.. hehehe.. bagus kak ain buat entri ni..

E.d.Y berkata...

suka flash toilet jadi warna biru...cantik je rasanya..hehe

Ain berkata...

kak zue: rinduuu kak zue jugak, lama betul akak menghilang yer....

awas kalau anak2 dah pandai flash sendiri kak, kejap jer bertahan kolor biru tu nanti...

haha...

Ain berkata...

suziey: ain kan jenis setia pada yang satu...

kalau dah berkenan tu, memang tak berkalih dah...

Ain berkata...

sarah: memang lawo sangat tau, sukaaaa tengok dan suka jugak flash banyak kali....

hehehe....

Ain berkata...

mak su: jenama apa tu maksu....

Ain berkata...

rina: bau dia memang tak sedap sbb fungsi dia untuk tanggalkan kotoran degil jer....

kena taruk ambi pur satu kalau nak wangi dalam toilet...

hehe...

Ain berkata...

tukang kata: gaya jer ke? tak cukup lagi neh....

haha..

Ain berkata...

kella: kalau suka kena la cuba...

pasti xtra xtra suka dan bangga nanti...

Ain berkata...

edy: sebijik macam feel akak jugak awak ni...

syiokk jer kan tengok kolor dia jadi biru....

Related Posts with Thumbnails