Rabu, 3 November 2010

Drama Asmara.....Benci tapi sukaaaaaa


Cerita yang aku tengok dengan penuh penghayatan. En. Is kutuk2 aku macam nak telan tebisyen tu pun aku tak pedulik. Ada aku kesahhh!!! Seriussss aku jatuh chenta dengan watak Asmara. Giler kool punya suami. Dah macam somi dayus pun ada jugak. Tapi aku tetap respek dia sebab dia berlembut bukan sebab dia takut bini, tapi sebab nak bini dia berubah. Kalau aku jadik Asmara, dah lama rasanya aku lempang muka Zalia sampai jadik lempeng. Kurang ajar melampaui batas dan tak reti nak hormat orang langsung. Ada ke patut panggil suami PEKAK!!! Dushhhhhh!!!!

'suami kool vs bini macam ghimau'

Sejak follow citer ni, part paling aku tunggu-tunggu mestilah part Zalia berubah. Insaf dengan perangai buruk tak reti nak hormat orang terutamanya suami dia si Asmara tu. Malam tadi kiranya aku PUASSSS. Yesssss!!!! Zalia dah jadi baik dan macam dah boleh terima Asmara sebagai suami dia. Next episode tak tau la macam mana. Jangan dia jadik rimau balik sudaaaaa.

'part malam tadi, zalia dah berubah'

Suspended betul la citer ni. Tak sabar nak tunggu next next punya episode....

Sinopsis Drama Asmara:
 
Mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah.

Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya. Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).

Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa. Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa. Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.
 

Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan.
 

Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.

Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak mengugurkan anaknya dan telah merancang sesuatu. Adakah bunga-bunga cinta akan mekar di hati Asmara dan Zaliya? Bagaimana pula dengan nasib Melati? Saksikan konfik cinta mereka.

Sumber: Budiey.com
 
p/s: pict. credits to google 

10 comments:

Fieza79 berkata...

lama dh tak ikut..zalia dh baek ehh..

Joy berkata...

tak ikut lak cite ni...

Ena berkata...

alahai.. belum pernah berkesemaptan lagi la nak tengok.. ishh tak boleh jadi nie.. nak kena tengok gak ni..

idah @mama izzya berkata...

dok dang nok tgk citer ni..
awal2 mok tua tukar stesen 2..wehi benar tgk citer si capik...

LYaFRINA berkata...

kadang2 layan..
kadang2 dokkk
tp citer ni best jugok kan

LyNn HaMzAh berkata...

x pernah tgk pun citer nie sebab layan citer isabella kat 105...

Siti Ruhayu Ab Rahman berkata...

alahai..baca sinosip dah rasa jatuh cinta

siapa penerbitnya?...
bila drama nie dimainkan?
hari apa?
masa?

TUKANG KATA berkata...

best cite tu kak..
asmara tu boleh tahan handsomenya kan

:D

Nida berkata...

salam Ain..

agak2 dalam tv3 online ada tak ek cerita ni..

p/s: sedih tak sempat nak habiskan cerita Alisa (sinetron)

Nafisa81 berkata...

asmara tu hensem gak..

Related Posts with Thumbnails