Sabtu, 13 November 2010

Pestime Makan Kari Daging Landak


Kalau sebut pasal landak, semua orang kenal kan, tapi pernah tak makan dagingnya?? Fuyoooooo, memang mabelesss sungguh. Malam tadi langkah kanan betul aku. Balik makan malam kat rumah mak dan menunya adalah spesel sekali....Masak kari daging landak.  


Mula2 takut jugak nak makan, tapi bila tengok kari kemerahan yang tengah berasap kat atas meja makan tu, licinnn nasi aku sepinggan. En. is pun sempat jugak merasa seketul. Sekadar rasa katanya. Dia ni kalau makanan pelik2 memang payah sikit nak jamah. 

Daging landak ni rupa-rupanya banyak khasiat tau. Ia tidak mengandungi lemak (sesuai untuk mereka yang berhajat kurangkan kolesterol) dan tidak berserat (sesuai pula untuk mereka yang kerap sembelit dan berpotensi menderitai buasir). Amalan memakan secubit hati landak setiap hari juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kronik seperti kanser, lelah dan leukimia..Daging landak juga mempunyai gen yang boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Kalau la malam tadi aku tau semua khasiat ni, gerenti aku pulun semangkuk. Serius cakap, daging dia memang lembut dan manis giler. Rasa dia jauh lebih sedap dari rasa daging kancil atau kijang. 

Alhamdulillah, rezeki.... 

17 comments:

Jamiel berkata...

daging landak memang best..
nak tangkap nye susah..
skarang kena jaga2, kalo kena tangkap abis la..
teringat lak member kena fire duri landak kat gunung ledang dulu..
kecoh tapak perkhemahan..

kella berkata...

batul2 dengar cerita memang byk khasiat landak ni! tapi kita pun belum pernah makan ...

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Salam. Terima kasih singgah.


Jangankan landak, kambianggg pun tak lalu... huhuhu...

ieda berkata...

hmmmm....gulai tu nampak sgtlah sedapnyer...

Elly & Emmy berkata...

pernah tgk lam tv dulu.. pasal gulai landak ni.. harga mahal jugak kann..

*azni* berkata...

landak stkt ni lum try lg..

ibu_Arifa berkata...

wah..1st time dgr ni..kari landak.. mcm nk try jgk kalo ada dpn mata.

mana dpt landak tu kak Ain..tersesat ke?

kakyong berkata...

ibu2 yg dalam pantang memang elok makan daging landak.. ;)

Tanpa Nama berkata...

landak??
eyhh.. blh mkn rupanya.. sedap k ain?? rasa cam daging biasa gak k??

--> LYAfrina

x sign in ...

Zaidah berkata...

zai tak pernah makan...betul ker sedap....lebih sedap daripada daging kancil n kijang....huhuhuh daging2 tu semua belum pernah rasa...

sarah-najwan berkata...

pestime dgr daging landak bole makn..huhu

Softtouch [Hanim] berkata...

xpernah mkn n 1st time dgr landak masak kari..byk yer khasiat dia...

Zareda Norman berkata...

kak zar pun dah 2-3 kali makan daging landak. Dijerat oleh kawankawan masa kami masuk hutan.. landak ni akan berjalan sepasang jantan betina, kalau dapats eekor, esok tahan ler jerat lagi.. akan dapat sekor lagi.. kuat betul kesetiaan landak ni..

daging landak ni panas, jangan makan selalu, kalau org ada asma sangat elok dijadikan ubat. sekarang ni ada dah ternakan landak komersil utnuk dagingnya

tiefazatie berkata...

salam sis..xujan pun nie..hihi..maaf..lmbt tenet ifa..nk tgl jejak kt cbox ssh xmuncul2 nie..huhu

LadyBird berkata...

salam..
daging landak? x pernah tgk pun landak secara real..
memang landak tu dibela untuk makan ke?

biskut berkata...

kalau masa duk dalam utan aku selalu makan daging landak juga..yg dr utan lebih marvellous.

nza berkata...

sedap ke ain....rasanya akak xsmpai hati la nk makan cz landak tu comel jerr..hi...

Related Posts with Thumbnails