Isnin, 15 Mac 2010

Chong Wei pahat 100 tahun All England

Tahniah untuk Datuk Lee Chong Wei kerana menang Kejuaraan All England malam tadi. Beria aku duk melangut depan tv tengok final match nie, sampai jer kul doblas mata giler ngantuk dahhh....Tak sempat tengok aksi Datuk kita nie aku dah lelappp...huhuhu... 

Sumber berita kat sini.... 

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
sukan@utusan.com.my
 
BIRMINGHAM, England - Datuk Lee Chong Wei muncul perseorangan kedua Malaysia dalam tempoh 44 tahun berjaya merangkul kejuaraan badminton berprestij, All England di Birmingham semalam. 


Jika pada 2003, Muhammad Hafiz Hashim menamatkan penantian 37 tahun Malaysia, kemenangan Chong Wei kali ini pula istimewa kerana ia diraih ketika kejohanan badminton tertua di dunia itu menyambut ulang tahun ke-100.

Kepuasan terpancar di wajah Chong Wei sejurus disahkan selaku juara buat kali pertama, apabila dia mencium gelanggang sebaik tamat perlawanan sebelum mendakap jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.

Bagi Misbun pula, ini adalah kejayaan peribadi keduanya membawa pulang kejuaraan All England selaku jurulatih selepas turut bertanggungjawab membimbing Hafiz pada 2003.

"Kemenangan ini belum melengkapkan karier Chong Wei tetapi ia meningkatkan moralnya kerana sebagai pemain No. 1 dunia akhirnya Chong Wei memiliki satu kejuaraan besar.

"Bagaimanapun pada saya Chong Wei seorang pemain yang amat luar biasa, tidak ramai yang boleh memenangi tiga kejuaraan berturut-turut. Dia muncul juara di Terbuka Korea, kemudian Malaysia dan kini All England,'' kata Misbun ketika dihubungi di Birmingham.

Walaupun impian untuk menentang musuh ketat, Lin Dan di final tidak kesampaian, namun Chong Wei tetap tidak diberi laluan mudah oleh Kenichi Tago apabila dipaksa berhempas pulas oleh pemain muda Jepun itu sebelum menang 21-19, 21-19. 

Jaguh No. 1 dunia itu menjadi pemain Malaysia kelima berjaya merangkul gelaran perseorangan All England selepas Wong Peng Soon, Datuk Eddy Choong, Tan Aik Huang dan Hafiz.

Koo Kien Keat-Tan Boong Heong merupakan pemain Malaysia terakhir menjuarai gelaran prestij ini dalam saingan beregu lelaki pada 2007.

Dalam perlawanan semalam, Tago mencemaskan Chong Wei apabila mendahului saingan sejak awal sehingga kedudukan 11-15, sebelum dikejar Chong Wei 15-15.

Walaupun kurang pengalaman dan skil, namun Tago, 20, terlalu liat untuk ditewaskan Chong Wei apabila memaksa pemain negara itu memegang empat mata set pada kedudukan 20-16, 20-17, 20-18 dan 20-19, sebelum akhirnya menang 21-19.

Aksi Chong Wei pada awal set kedua lebih meyakinkan apabila dia mendahului dari awal saingan, namun kesilapan yang kerap dilakukan, termasuk sering terikut-ikut permainan rali lawan menyebabkan saingan terikat 11-11, 14-14 dan 15-15.

Seperti set pertama, Tago liat untuk dijinakkan apabila memaksa Chong Wei memegang tiga mata kemenangan sebelum tunduk 19-21 selepas membiarkan saja pukulan Chong Wei yang disangka terkeluar. 

Sementara itu, kejohanan All England kali ini menyaksikan banyak kejutan, bermula dengan kejayaan pemain Denmark dan juara 2008, Tine Rasmussen merampas kejuaraan perseorangan wanita dengan menumbangkan pemain No. 1 dunia dan penyandang juara, Wang Yihan 21-14, 18-21, 21-19.

Terdahulu pasangan bukan pilihan dari China, Zhang Nan-Zhao Yunlei mengejutkan pasangan No. 1 dunia, Nova Widianto-Liliyana Natsir 21-18, 23-25, 21-18 untuk muncul juara beregu campuran.

20 comments:

Ena berkata...

sy pun sempat tgk gak walaupun pusingan terakhir.. akhirnye.. menang juge.. yahoooo!!.. ececehhh.. cam awak lah yg main!.. tompang gumbira.. eheheheh

Ain berkata...

Ena: ain sempat tengok sampai beregu wanita tu jer...

mata bagai ditongkat-tongkat dah.... rasa cam nak terjojol keluar pun ada...punya la ngantuk!!

rugi betull tak tengok chong wei malam tadi... mesti best giler kan!!!

Tanpa Nama berkata...

tak tgk sbb otw balik KL...tp cayalah...tumbang bangga gak la

Ain berkata...

honeylanz: bangga kan dapat jadi juara kejohanan besar camni...

mlm tadi sume game memang sengit habissss....

masing2 berlumba-lumba kejar mata....

LYaFRINA berkata...

Akhirnya menang...
huhuuuuu... lya x leh nk layan smlm...
tdo awl.. x sihat....
apa2 pun.. MALAYSIA blh dibanggakan kn????

Ain berkata...

lyafrina: mula2 ingat tak nak layan jugak, tapi sekali dah tengok, melekat la pulakkk......

ain siap berebut channel ngan danish sbb dia nak tengok citer king kong....

♥Cik Puan♥ berkata...

HAHAHAH SEMALAM ERIN & BABAH DIA PUN LAYAN BADMINTON..AZIE DAH ZZZZZZZZZZZ

Ain berkata...

azie: rugi sbb ain tak tengok habisss...

mata tak tahan berjaga, selalunya kul 9 atau 10 ain anak beranak dah tido...

mamaarifakeemaisy berkata...

ngantuk aa mlm td, tak tgk tv pun..huhu..pepun tahniah la kan buat datuk lee chong wei! ^_^

Mak Su berkata...

tahniah Datuk Lee Chong Wei :), yezzaaa

Tanpa Nama berkata...

majulah sukan untuk negara,

Ain berkata...

mamalieyna: ain ngantuk jugak masa tengok buletin utama tue...

ingatkan habis berita nak masuk tido, sekali melekat kat tv plak dah...

persaingan sengit dan kejar mengejar mata tu yang buat mcm sayang plak nak masuk tido...hehehe...

Ain berkata...

mak su: satu lagi hadiah besar untuk negara kita kan...

banggga gitew....

Ain berkata...

tunbegia: salam tun,

kita tak main sukan pun takpe la kan, janji tetap support atlit dan jaguh negara kita...

Dearie Pearls berkata...

Dearie Kak Ain..
Chong Wei and Nicole memang menjadi kebanggan negara..

Tahniah to them..

NzA berkata...

bangga jd ank Msia....patut la mlm td TV kt umah trpasang smpai pagi...ni mesti kerja along nie...TV dok tgk dia....

Ain berkata...

LOL: kedua-duanya jaguh sukan feberet akak....hehehe...

Ain berkata...

kak nza: along tengok badminton jugak ke kak....

jenuh berjaga sebab giliran chong wei paling last....huhuhu...

Unknown berkata...

tahniahlah chong wei..
bangga jd ank malaysia!!

Ain berkata...

mamamiera: femes malaysia kat obersea kerana dorang kan....

Related Posts with Thumbnails