Jumaat, 5 November 2010
Gunung Merapi catat letusan paling kuat
Ahad, 24 Oktober 2010
Rahsia Rumah Dara, Maksiat Merata-rata......
Ahad, 17 Oktober 2010
Ringkasan Belanjawan 2011. Menarik!!!!
- Tema "Transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi", empat strateg
- Mendaya kembali pelaburan swasta
- Membangunkan modal insan
- Mensejahterakan hidup rakyat
- Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam
- Transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Greater KL (Lembah Klang) akan dilaksanakan mulai tahun depan dan ianya dapat menyediakan pengangkutan awam yang efisien dan selesa serta pantas
- Pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan pembangunan bercampur iaitu kediaman mampu milik, perdagangan industri dan kemudahan prasaran.
- Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan membangunkan "Warisan Merdeka" dengan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan pembinaan sebuah menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 billion dan dijangka siap pada tahun 2015
- Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan mengurangkan pegangan saham dalam syarikat utama di Bursa Malaysia
- GLIC dibenar meningkatkan pelaburan luar negara, sebagai contoh KWSP akan meningkatkan from 7% kepada 20% nilai aset
- Penyenaraian anak syarikat Petronas dan MISC, iaitu Petronas Chemical Sdn Bhd dan Malaysia Marine dan Heavy Engineering Holdings Berhad pada tahun depan
- Pasaran modal Islam akan terus diunggulkan
- Membangunkan International Board bagi penyenaraian saham asing, termasuk produk patuh Syariah
- Pemotongan cukai kepada produk berinovasi bagi sekuriti Islam berlandaskan prinsip Murabahah dan Bai Bi-thaman Ajil berasaskan tawarruq
- Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz RM1 billion dan patuh syariah bagi memberi peluang kepada pemilikan Bumiputera dalam sektor hartanah komersil utama di bandar utama dalam negara
- Melancarkan Dana Pencen Swasta pada tahun 2011 bagi memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Therefore pelepasan cukai sebanyak RM6,000 sedia ada bagi caruman pekerja di dalam KWSP diperluaskan ke dana ini
- Pengecualian duti import dan duti eksais dilanjutkan sehingga 31 Disember 2011 bagi pemegang francais kereta hybrid dan kereta elektrik serta motosikal hybrid dan elektrik
- Membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang (RM50 juta)
- Duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar 5% to 30% dimansuhkan antaranya beg tangan, bola golf, dompet, syampu, selimut, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dalam dan wangian
- Meningkatkan produktiviti dengan mengalakkan penanaman semula pokok kelapa sawit lama dengan klon baru bermutu tinggi
- Cukai jualan sebanyak 10% ke atas telefon bimbit dikecualikan sepertimana PDA yang tidak dikenakan cukai pada masa ini
- Kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang akan dibangunkan sebagai pusat penyelenggaraan dan membaik pulih kapal terbang serta membei latihan khusus bagi melahirkan pakar dalam bidang ini
- Memberi peluang kedua kepada mereka yang telah disenarai hitam atau tidak dapat berniaga atau membuat pinjaman akibat bankrap
- Kadar cukai perkhidmatan dinaikkan 1% kepada 6%. Di samping itu cukai perkhidmatan akan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar
- Sistem pendidikan negara akan dirombak dengan memberi penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi dan daya saing. RM6.4 billion akan disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru
- Meningkatkan kadar enrolmen prasekolah dengan sasaran 72% menjelang akhir tahun 2011Peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA
- Memperkasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
- Menambah peratusan staf akademik berkelulusan PhD kepada 75% (universiti penyelidikan) dan 60% (IPTA lain)
- Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah IPTA
- Penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara bagi menjadi platform utama dalam penetapan upah yang diwakili oleh majikan, kesatuan kerja, Kerajaan, NGO, individu dan akademia
- Kerajaan akan menguatkuasa gaji pokok minimum untuk pengawal keselamatan kepada RM500 to RM700 sebulan mengikut kawasan compared with RM300 to RM400 pada masa ini mulai Januari 2011
- Kenaikan levi secara peringkat mengikut sektor bagi pekerja asing bagi mengurangkan bilangannya di masa akan datang
- Menyeru pihak swasta bagi mengambil pekerja separuh masa wanita terutamanya bagi mereka yang dah kahwin
- Menjenama semula 40 TASKA 1Malaysia bagi membantu golongan wanita yang tidak berkemampuan
- Kerajaan memberi flexibility kepada pekerja wanita untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan Cuti Bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan
- Mengalakkan pembangunan dan penyelidikan sukan sebagai contoh penubuhan Akademi Bola Sepak di Pahang dengan peruntukan RM20 juta bagi melahirkan pemain bola sepak berkualiti dan berkemahiran tinggi
- Program bantuan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang melibatkan RM218 juta yang akan dimanfaatkan oleh 80,000 OKU
- Pengecualian duti eksais dinaikkan daripada 50% kepada 100% ke atas sebuah kenderaan nasional yang dibeli oleh OKU
- Kerajaan akan melaksanakan program perintis "Small Office Home Office" untuk wanita kurang upaya selama 3 bulan bagi melatih wanita OKU dalam pelbagai bidang kemahiran
- Rebat bayaran elektrik sebanyak RM20 sebulan diteruskan sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2008 yang mana melibatkan 1 juta pengguna di seluruh negara @RM150 juta
- Pelepasan cukai sebanyak RM5,000 ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa diperluaskan lagi kepada bayaran menghantar ibu bapa ke rumah jagaan harian, bayaran menggaji pembantu khusus menjaga ibu bapa dan perbelanjaan keperluaan harian mereka seperti lampin pakai buang
- RM568 juta disediakan bagi pembinaan 300 unit kediaman (Projek Bantuan Perumahan Bandar), 79,000 unit (Program Perumahan Rakyat) dan 8,000 (Projek Bantuan Sewa Rumah)
- Kerajaan akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang menawarkan jaminan Kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10% bagi harga rumah di bawah RM220,000 untuk golongan muda yang baru bekerja dan gaji kurang daripada RM3,000 sebulan. Ianya bagi pembelian rumah pertama dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3 ribu sebulan
- Menyedia bekalan air dan elektrik luar bandar di Sabah (RM1.5 bilion) dan Sarawak (RM1.2 bilion) dan semenanjung Malaysia (RM556 juta)
- Menyediakan Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memudahkan penduduk kawasan terpencil di Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk mendaftar kerakyatan
- Peruntukan subsidi sebanyak RM974 juta (padi, baja dan benih padi)
- Menaikkan elaun bulanan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru from RM450 to RM800
- Elaun Imam dinaikkan from RM450 to RM750 sebulan dan imbuhan bulanan guru KAFA dinaikkan from RM500 to RM800 mulai 1 Januari 2011
- Kadar tol empat lebuhraya PLUS tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun bermula serta-merta
- RM15.2 billion diperuntukan bagi membina hospital baru, menambaah bilangan doktor dan jururawat serta bekalan ubat dan peralatan perubatan
- 1MDB akan menyediakan multi-vitamin untuk pelajar sekolah rendah daripada golongan berpendapatan rendah
- Meringankan beban penjawat awam (gred 54 dan ke bawah) bagi menampung perbelanjaan persiapan sekolah dengan memberi Bantuan Khas Kewangan (Bonus) sebanyak RM500 yang akan dibayar pada bulan Disember 2010. Ianya juga layak bagi pegawai kontrak dan pesara Kerajaan
- Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat bagi tempoh setahun lagi yang mana sebelum ini tamat sehingga 31 Disember 2010
- Menaikkan kadar pinjaman perumahan maksimum daripada RM360,000 kepada RM450,000
Selasa, 1 Jun 2010
Israel Serang Konvoi Gaza
Sumber: Sinar HarianTentera Israel tembak aktivis pro-Palestin
GENTING GAZA - Sekurang-kurangnya 19 aktivis dilaporkan maut dan 66 yang lain cedera dalam serbuan tentera Israel ke atas kapal konvoi antarabangsa yang membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza, semalam.
Ketua kumpulan Pergerakan Islam di Israel, Sheikh Raed Salah terbunuh dalam serangan tidak berperikemanusiaan itu.
Konvoi Freedom Flotilla dengan enam buah kapal yang dijadualkan tiba di Genting Gaza semalam, diserang di perairan antarabangsa, 65 kilometer dari persisiran Gaza.
Rakaman video dari Mavi Marmara, kapal Turki yang mengetuai konvoi antarabangsa itu menunjukkan askar Zionis yang lengkap bersenjata menyerbu masuk melalui helikopter tentera dalam cubaan merampas kapal itu.
Radio Tentera Israel mendakwa askarnya terpaksa menembak aktivis mengguna peluru hidup semasa operasi berkenaan selepas diserang dengan objek tajam dan senjata api.
Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal penganjur konvoi itu, Free Gaza Movement yang berkata, askar rejim terus menembak sejurus menyerbu kapal itu.
Wartawan agensi berita Al Jazeera yang berada di atas Mavi Marmara berkata, kapal itu mengibarkan bendera putih sebagai tanda menyerah diri dan tiada sebarang tembakan daripada aktivis seperti didakwa tentera Israel.
Penganjur juga melaporkan kapal-kapal berkenaan ditarik ke bandar Haifa di Israel, bukan ke Ashdod seperti yang dirancang, untuk mengelak wartawan yang menunggu.
Tentera laut Israel dilaporkan menghubungi kapten Mavi Marmara yang diarah mengesahkan identiti diri dan melaporkan arah tuju kapal itu sebelum dua kapal tentera Israel tiba dan mengepung kapal itu dari jauh.
Penganjur konvoi yang membawa 10,000 tan bantuan kemanusiaan itu kemudian mengubah hala tuju kapal dan mengurangkan kelajuan untuk mengelakkan serangan pada waktu malam.
Penganjur juga memberi jaket keselamatan kepada semua penumpang kapal dan mengarahkan mereka berkumpul di bawah dek sebagai langkah keselamatan selepas mengetahui kehadiran kapal tentera Israel.
Seramai 700 aktivis pro-Palestin mengikuti konvoi yang cuba masuk ke Gaza itu untuk menghentikan sekatan Israel ke atas Genting Gaza, termasuk seorang pemenang anugerah Nobel, beberapa pegawai kerajaan dari negara Eropah dan seorang mangsa Holocaust.
Konvoi berkenaan adalah usaha antarabangsa terbesar dalam tempoh tiga tahun untuk menghentikan sekatan Israel ke atas Genting Gaza dan menghantar keperluan asas kepada 1.8 juta rakyat Palestin.
Sementara itu, jurucakap tentera Israel, Avital Leibovich mengesahkan serangan berlaku di luar perairan Israel.
“Memang ia berlaku di perairan antarabangsa tetapi kami mempunyai hak untuk mepertahankan diri sendiri,” katanya.
Terdahulu, Tel Aviv memberi amaran akan menghalang konvoi enam kapal berkenaan tiba di Genting Gaza dan akan menggunakan apa jua cara termasuk kekerasan untuk tujuan itu.
p/s: Bersama-samalah kita berdoa semoga Allah melindungi mereka semua.
Isnin, 29 Mac 2010
TERDAMPAR DI PERAIRAN PAKA
Sabtu, 27 Mac 2010
EARTH HOUR CAMPAIGN
Isnin, 15 Mac 2010
Chong Wei pahat 100 tahun All England
Sumber berita kat sini....
Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
sukan@utusan.com.my
BIRMINGHAM, England - Datuk Lee Chong Wei muncul perseorangan kedua Malaysia dalam tempoh 44 tahun berjaya merangkul kejuaraan badminton berprestij, All England di Birmingham semalam.
Jika pada 2003, Muhammad Hafiz Hashim menamatkan penantian 37 tahun Malaysia, kemenangan Chong Wei kali ini pula istimewa kerana ia diraih ketika kejohanan badminton tertua di dunia itu menyambut ulang tahun ke-100.
Kepuasan terpancar di wajah Chong Wei sejurus disahkan selaku juara buat kali pertama, apabila dia mencium gelanggang sebaik tamat perlawanan sebelum mendakap jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.
Bagi Misbun pula, ini adalah kejayaan peribadi keduanya membawa pulang kejuaraan All England selaku jurulatih selepas turut bertanggungjawab membimbing Hafiz pada 2003.
"Kemenangan ini belum melengkapkan karier Chong Wei tetapi ia meningkatkan moralnya kerana sebagai pemain No. 1 dunia akhirnya Chong Wei memiliki satu kejuaraan besar.
"Bagaimanapun pada saya Chong Wei seorang pemain yang amat luar biasa, tidak ramai yang boleh memenangi tiga kejuaraan berturut-turut. Dia muncul juara di Terbuka Korea, kemudian Malaysia dan kini All England,'' kata Misbun ketika dihubungi di Birmingham.
Walaupun impian untuk menentang musuh ketat, Lin Dan di final tidak kesampaian, namun Chong Wei tetap tidak diberi laluan mudah oleh Kenichi Tago apabila dipaksa berhempas pulas oleh pemain muda Jepun itu sebelum menang 21-19, 21-19.
Jaguh No. 1 dunia itu menjadi pemain Malaysia kelima berjaya merangkul gelaran perseorangan All England selepas Wong Peng Soon, Datuk Eddy Choong, Tan Aik Huang dan Hafiz.
Koo Kien Keat-Tan Boong Heong merupakan pemain Malaysia terakhir menjuarai gelaran prestij ini dalam saingan beregu lelaki pada 2007.
Dalam perlawanan semalam, Tago mencemaskan Chong Wei apabila mendahului saingan sejak awal sehingga kedudukan 11-15, sebelum dikejar Chong Wei 15-15.
Walaupun kurang pengalaman dan skil, namun Tago, 20, terlalu liat untuk ditewaskan Chong Wei apabila memaksa pemain negara itu memegang empat mata set pada kedudukan 20-16, 20-17, 20-18 dan 20-19, sebelum akhirnya menang 21-19.
Aksi Chong Wei pada awal set kedua lebih meyakinkan apabila dia mendahului dari awal saingan, namun kesilapan yang kerap dilakukan, termasuk sering terikut-ikut permainan rali lawan menyebabkan saingan terikat 11-11, 14-14 dan 15-15.
Seperti set pertama, Tago liat untuk dijinakkan apabila memaksa Chong Wei memegang tiga mata kemenangan sebelum tunduk 19-21 selepas membiarkan saja pukulan Chong Wei yang disangka terkeluar.
Sementara itu, kejohanan All England kali ini menyaksikan banyak kejutan, bermula dengan kejayaan pemain Denmark dan juara 2008, Tine Rasmussen merampas kejuaraan perseorangan wanita dengan menumbangkan pemain No. 1 dunia dan penyandang juara, Wang Yihan 21-14, 18-21, 21-19.
Terdahulu pasangan bukan pilihan dari China, Zhang Nan-Zhao Yunlei mengejutkan pasangan No. 1 dunia, Nova Widianto-Liliyana Natsir 21-18, 23-25, 21-18 untuk muncul juara beregu campuran.
Selasa, 1 September 2009
NAIK LAGIIIIIIIIIII.....

pic. fr google
Rege minyak naik lagiiiiii....
Buah tangan dari PM sempena kemerdekaan yang ke-52....
Agaknya inilah makna di sebalik slogan 1 Malaysia yg diwar-warkan kat tv tu.....
"RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
Kita betul-betul dijadikan sasaran pemikul beban....
Kekadang aku pun tak faham la apa sebenarnya yang kerajaan nak dari kita semua ni....
Nampaknya yang kaya terus dan terus mengumpul harta, kita yang tak berapa nak kaya jugak seksa merana...
Aduhai rakyat Malaysia..........Fikir-fikirkanlah....
Rabu, 19 Ogos 2009
TOPENG OH TOPENG
Yang sadisnya, kenapa la pembekal ni semua suka sangat ambik kesempatan dekat kita yang memang dah terdesak ni....... kalau mask rege 70 sen dorang jual sampai 7@8 henggit, bayangkan berapa banyak kos nak kena keluar kat situ..... dah la benda ni jenis pakai buang...... bayangkan mak bapak yg ada anak sampai 5@6 orang, kopakkkk la dorang......Bagi yg mampu mungkin takde masalah, tapi kesian sungguh dekat mereka yang kurang berkemampuan.....mana nak fikir makan pakai anak2 lagi, belanja sekolah lagi, perubatan lagi, mask lagi kan......boleh beli lauk nasi utk makan satu hari tau dgn kos mask ni......
Harap-harap kerajaan dapat fikirkan sesuatu untuk bantu rakyat kan..... kenapa la tak disponsor jer topeng ni, tak pun kasi subsidi ckit ke.....at least kurang la sikit beban rakyat dekat-dekat nak sambut bulan pose ni.....
p/s: korang mcm mana erk........dapat beli mask dengan rege murah ke???



