Memaparkan catatan dengan label TIPS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIPS. Papar semua catatan

Khamis, 8 April 2010

SAYA MAHU BLOG SAYA DI JELAJAH OLEH BEN ASHAARI


Serius cakap, bila pandang header kat atas tue, aku ingatkan Jimmy Stanley.... Sekali tengok kat banner blog yang empunya diri, lain la pulak ejaannya. Bukan Jimmy la, tapi beliau adalah BEN ASHAARI. 

Sekarang ni Ben dalam usaha mempromosikan blog blogger baru. Tak perlu bayar untuk mendapatkan khidmat beliau. Segalanya adalah PERCUMA. Kalau korang berminat, boleh klik SINI. 

Aku nak sangat BEN ASHAARI jelajah ke sini kerana:

1. Nak tahu pendapat beliau tentang blog aku nie.

2. Adakah gaya penulisan aku menjemukan.... Apa pendapat Ben? 

3. Apa idea yang boleh Ben kongsikan untuk menarik lebih ramai reader membaca dan mengomen di sini....hehehe. Kalau reader just singgah baca jerk tak tinggal komen macam kita bercakap sensorang plak kan.....

4. Nak upkan lagi traffic blog ni, so dapat la upkan jugak income dari nuff. Aku jeless tengok blog Ben cecah ribuan pengunjung setiap hari..... Kasi la petua Ben.....  

5. Paling penting aku nak TAMBAHKAN lagi kenalan di alam maya. Tak kira la anda dari kategori mana, siapa sajer aku terima dengan terbuka.....

THANK YOU IN ADVANCE BEN....  

Selasa, 23 Mac 2010

BUAT YANG BERBIBIR SENSITIF

Kalau yang pernah ikuti blog aku dari awal dulu, mesti ingat n3 yang aku buat pasal bibir kering dan sensitif kan...

Bagi yang baru ikuti blog nie, boleh tengok n3 tu kat sini dan sini.  

Sekarang aku dah jumpa satu jenis lipstik yang sesuai ngan bibir aku... 

Bukan lipgloss ya kengkawan.... LIPSTIK!!!

Yerla buat korang yang boleh pakai apa jer jenis lipstik, memang tak heran ngan entry aku nie, tapi bagi yang berbibir sensitip tue, mungkin ada manfaatnya.... 

Macam aku ni la, tiap kali nak beli lipstik, mesti berkira.... bukan soal harga, tapi boleh ke tak bibir aku terima.... 

Bukan senang tau nak dapatkan yang betul2 sesuai.... Silap pakai bibir boleh membengkak cam kena sengat ngan tebuan tue.... Sapa nak kan!!


'pict. credits to google'

Sekarang aku dah jumpa dengan lipstik yang sesuai. Terima kasih untuk ofismate aku yang proposed lipstik nie. 

Memang teruja sangat nak pakai dan hasilnya sangat mengujakan..... hahaha....


Taraaaaaaaaaaaaaaaaa

'pict. credit to De Classic Life (DCL)' 

Fantaziola (Magic Color) daripada DCL..... Sesiapa yang biasa minum jus Bidadari mesti tau kan DCL tu apa... 

Kepada yang nak cuba, harga dia dalam RM 29.00 sebatang. Color lipstik ni ikut darah pemakainya. Panas darah anda maka merah menyala la bibir anda nanti....ehehehe....

Maaf la yerk, model pakai lipstik ni tak dapat nak tunjuk. Pagi tadi sarah dah calit lipstik aku ni kat bibir dia.... tak sempat aku nak snap bibir mungil dia sebab dia dah jilat2 lisptik tu dulu.......

Apa yang paling aku suka tentang lipstik nie, color dia bertahan lama kat bibir kita.... Kalau korang tak cuci betul2 sebelum tido tu kan, jawabnya bawak ke pagi la lipstik tu kat situ.... memang payah nak hilang....

Selamat Mencuba.....    

Khamis, 18 Mac 2010

Tips Potty Training

Memandangkan Sarah dah pun masuk 2 tahun, rasanya pelan-pelan elok kalau aku cuba potty traning. Kalau ikut pengalaman lepas, Danish dulu agak lambat jugak pampers free. Umur nak masuk 4 tahun baru pandai cakap nak kencing atau berak. Masa tue aku tak bersungguh sangat nakkan danish pampers free. Tapi bila ada yang tegur dah besar panjang masih lagik pakaikan danish pampers mama pun segan jugak rasanya....hehehe... Kita tengok adik pulak nanti macam mana ya... 

 pict. credit to google

Kat bawah ni ada sedikit panduan tentang potty traning yang aku dapat dari blog al-atiff. Jom la kita cuba sama-sama.....  
       
Sebelum Mulakan Latihan ke Tandas
     
Sebelum sesi latihan ke tandas dimulakan... anda boleh mula panaskan badan anak anda dulu... taklah member terkujatkan.... Sesi pengenalan ini boleh anda lakukan sebelum anak menunjukkan tanda bersedia ke tandas lagi.
  • Terangkan tentang fungsi asas badan (dan tandas!)... Masa salin lampinnya, katakan... "Bila adik makan, badan ambil sikit makanan tu, lebihnya kena buang... jadi yak atau kencing. Macam sampah..."     
  • Biar dia lihat anda buang air di tandas. Tutup yang perlu ditutup. Katakan... "Mama yak atas ni... kakak yak atas tu" (tunjuk potty dia.)
     
  • Bila dia buang air besar dalam lampin, bawa dia ke tandas... tunjukkan anda buang najis dia ke dalam lubang tandas... katakan... "Ni tempat buang yak kakak..." Biar dia tahu, lampin bukan tempat najis, tempat najis adalah lubang tandas..
     
  • {mosimage}Lakonkan adegan anak patungnya atau apa-apa patung binatang gunakan potty... Mungkin sambil tu anda boleh nyanyikan lagu khas.. tak perlu lirik yang puitis atau berima, cukup sekadar lirik ciptaan ibu sendiri yang entah apa-apa, janji anak anda suka (alah dia mesti suka punya! kan..). Biar dia tengok potty tu rileks dan menyeronokkan..
  • Latih anak duduk atas potty... Seelok-eloknya pagi-pagi sebelum dia mandi, atau sebelum dia tidur, minta dia duduk di pottynya... tapi jangan lah harap terus dia nak... sekurang-kurangnya bila tiba masa latihan betul nanti tak lah jenuh sangat kita nak menyuruh dia duduk atas potty....

    Ops! Terlepas!

    Hari-hari awal anak anda tanpa lampin, pastinya kerap berlaku 'accident'. Hal ini biasanya terjadi ketika anak anda leka bermain atau terlupa yang dia perlu mengosongkan pundi kencingnya... Kadang-kadang, baru je dia cakap dia nak 'uk uk' atau 'cing', terus je meleleh... Ketahui apa yang boleh dan tidak boleh anda lakukan ketika itu....

    Untuk Mengelakkan 'Accident'
     
  • Minta anak anda kosongkan sepenuhnya pundi kencingnya semasa membuang air. Pujuk supaya dia dapat duduk lebih lama sikit di atas potty nya.
     
  • Ingatkan anak anda tentang qada hajatnya terutamanya ketika dia bermain.
     
  • Bawa anak anda ke tandas tanpa dimintanya ketika waktu-waktu yang biasanya dia terkencing seperti selepas bangun tidur.
          Boleh
  • Sembunyikan kekecewaan anda.{mosimage}
     
  • Gunakan nada suara yang biasa untuk memberitahu dia yang anda tahu dia tak sengaja terlepas. "Adik kencing atas lantai.. tak pe.. jom tolong ummi bersihkan ya.."
     
  • Beri kata dorongan. "Nanti nak kencing, adik cakap dengan ummi ye..."
     
  • Jika dia buang air besar, ambil najisnya dan masukkan ke dalam mangkuk/lubang tandas supaya dia tahu di mana tempat sepatutnya najis berada.
         Jangan
  • Membuatkan anak anda rasa malu.
     
  • Memberi amaran untuk memakaikannya dengan lampinnya semula.  
  •  Berhenti untuk meneruskan latihan potty

    Panduan untuk Ibu Bekerja

    Anda bekerja? Cuti anda hanya pada hujung minggu? Babysitter atau taska tak mahu beri kerjasama untuk melatih anak anda ke tandas? Jika ya.. teruskan baca….
     
  • Sediakan anak anda untuk latihan ke tandas beberapa hari/minggu sebelum tarikh yang anda pilih. 
  • Pastikan anak anda sudah bersedia. Semak tanda-tanda pada artikel "Tanda-tanda Anak Anda Sudah Bersedia"
     
  • Belajar tanda-tanda dia ingin membuang sebelum hari anda mulakan latihan lagi. Mungkin dia akan meneran, termenung tiba-tiba atau pergi ke sudut-sudut tertentu di rumah.
     
  • Pilih masa yang anda lebih lapang, ketika anda sihat dan kurang stress.
     
  • Jangan ke mana-mana, duduk rumah. Jika perlu, ambil sehari dua tambahan cuti.
     
  • Sediakan mop, jangan lupa. Gulung karpet kesukaan anda.
     
  • Pakaikan anak seluar yang mudah ditanggalkan. Jangan pakaikan lampin.
     
  • Beri dia banyak cecair. Tak kiralah, air biasa, susu, jus atau sup. Banyak masuk, banyak buang. Banyak buang, banyak kali berlatih. Nampak mudahkan?
     
  • Suruh atau bawa dia ke tandas setiap setengah jam ke 45 minit.
     
  • Perhatikan anak anda. Anda mungkin dapat melihat tanda-tanda dia ingin membuang. Terus bawa, jangan tanya.
     
  • Lihat lampinnya setiap 15 minit. Jika lampinnya kering, puji dia.
     
  • Beri hadiah. Anda boleh membuat carta di kadbod, dan gunakan pelekat bintang untuk setiap kali lampinnya kering ketika anda check. Beri dia hadiah yang anda janjikan jika dia dapat sebaris bintang. Beri terus, jangan tunggu.
     
  • Puji, peluk atau berikan bintang besar jika anak anda pergi sendiri ke tandas tanpa disuruh.
  • Jangan marah kalau dia terlepas. Rujuk artikel “Ops Terlepas” .
     
Jika tak berjaya, cuba lagi minggu hadapan atau minggu-minggu seterusnya.

Rabu, 5 Ogos 2009

TEAT-X CUT

Aku dapat satu info berguna dari adik aku.....

Pemilihan puting susu yg sesuai utk elakkan susu tumpah bila anak2 kita tonggeng atau jatuhkan botol susu dia.

Ni dia tips berguna tu......

Kalau nak beli puting susu.....pilih la puting yg berbentuk x-cut mcm kat bawah ni (pic. from google)


Gerentiiiii susu dah tak tumpah lagi

Kalau anak2 pi tenyeh kat lantai tu tak aci arrr

Teruk betul aku kan......anak dah dua, pilih puting susu pun tak reti lagikkk....apa daaaaaa...

Selamat Mencubaaaa

Related Posts with Thumbnails