Khamis, 18 Mac 2010

Tips Potty Training

Memandangkan Sarah dah pun masuk 2 tahun, rasanya pelan-pelan elok kalau aku cuba potty traning. Kalau ikut pengalaman lepas, Danish dulu agak lambat jugak pampers free. Umur nak masuk 4 tahun baru pandai cakap nak kencing atau berak. Masa tue aku tak bersungguh sangat nakkan danish pampers free. Tapi bila ada yang tegur dah besar panjang masih lagik pakaikan danish pampers mama pun segan jugak rasanya....hehehe... Kita tengok adik pulak nanti macam mana ya... 

 pict. credit to google

Kat bawah ni ada sedikit panduan tentang potty traning yang aku dapat dari blog al-atiff. Jom la kita cuba sama-sama.....  
       
Sebelum Mulakan Latihan ke Tandas
     
Sebelum sesi latihan ke tandas dimulakan... anda boleh mula panaskan badan anak anda dulu... taklah member terkujatkan.... Sesi pengenalan ini boleh anda lakukan sebelum anak menunjukkan tanda bersedia ke tandas lagi.
  • Terangkan tentang fungsi asas badan (dan tandas!)... Masa salin lampinnya, katakan... "Bila adik makan, badan ambil sikit makanan tu, lebihnya kena buang... jadi yak atau kencing. Macam sampah..."     
  • Biar dia lihat anda buang air di tandas. Tutup yang perlu ditutup. Katakan... "Mama yak atas ni... kakak yak atas tu" (tunjuk potty dia.)
     
  • Bila dia buang air besar dalam lampin, bawa dia ke tandas... tunjukkan anda buang najis dia ke dalam lubang tandas... katakan... "Ni tempat buang yak kakak..." Biar dia tahu, lampin bukan tempat najis, tempat najis adalah lubang tandas..
     
  • {mosimage}Lakonkan adegan anak patungnya atau apa-apa patung binatang gunakan potty... Mungkin sambil tu anda boleh nyanyikan lagu khas.. tak perlu lirik yang puitis atau berima, cukup sekadar lirik ciptaan ibu sendiri yang entah apa-apa, janji anak anda suka (alah dia mesti suka punya! kan..). Biar dia tengok potty tu rileks dan menyeronokkan..
  • Latih anak duduk atas potty... Seelok-eloknya pagi-pagi sebelum dia mandi, atau sebelum dia tidur, minta dia duduk di pottynya... tapi jangan lah harap terus dia nak... sekurang-kurangnya bila tiba masa latihan betul nanti tak lah jenuh sangat kita nak menyuruh dia duduk atas potty....

    Ops! Terlepas!

    Hari-hari awal anak anda tanpa lampin, pastinya kerap berlaku 'accident'. Hal ini biasanya terjadi ketika anak anda leka bermain atau terlupa yang dia perlu mengosongkan pundi kencingnya... Kadang-kadang, baru je dia cakap dia nak 'uk uk' atau 'cing', terus je meleleh... Ketahui apa yang boleh dan tidak boleh anda lakukan ketika itu....

    Untuk Mengelakkan 'Accident'
     
  • Minta anak anda kosongkan sepenuhnya pundi kencingnya semasa membuang air. Pujuk supaya dia dapat duduk lebih lama sikit di atas potty nya.
     
  • Ingatkan anak anda tentang qada hajatnya terutamanya ketika dia bermain.
     
  • Bawa anak anda ke tandas tanpa dimintanya ketika waktu-waktu yang biasanya dia terkencing seperti selepas bangun tidur.
          Boleh
  • Sembunyikan kekecewaan anda.{mosimage}
     
  • Gunakan nada suara yang biasa untuk memberitahu dia yang anda tahu dia tak sengaja terlepas. "Adik kencing atas lantai.. tak pe.. jom tolong ummi bersihkan ya.."
     
  • Beri kata dorongan. "Nanti nak kencing, adik cakap dengan ummi ye..."
     
  • Jika dia buang air besar, ambil najisnya dan masukkan ke dalam mangkuk/lubang tandas supaya dia tahu di mana tempat sepatutnya najis berada.
         Jangan
  • Membuatkan anak anda rasa malu.
     
  • Memberi amaran untuk memakaikannya dengan lampinnya semula.  
  •  Berhenti untuk meneruskan latihan potty

    Panduan untuk Ibu Bekerja

    Anda bekerja? Cuti anda hanya pada hujung minggu? Babysitter atau taska tak mahu beri kerjasama untuk melatih anak anda ke tandas? Jika ya.. teruskan baca….
     
  • Sediakan anak anda untuk latihan ke tandas beberapa hari/minggu sebelum tarikh yang anda pilih. 
  • Pastikan anak anda sudah bersedia. Semak tanda-tanda pada artikel "Tanda-tanda Anak Anda Sudah Bersedia"
     
  • Belajar tanda-tanda dia ingin membuang sebelum hari anda mulakan latihan lagi. Mungkin dia akan meneran, termenung tiba-tiba atau pergi ke sudut-sudut tertentu di rumah.
     
  • Pilih masa yang anda lebih lapang, ketika anda sihat dan kurang stress.
     
  • Jangan ke mana-mana, duduk rumah. Jika perlu, ambil sehari dua tambahan cuti.
     
  • Sediakan mop, jangan lupa. Gulung karpet kesukaan anda.
     
  • Pakaikan anak seluar yang mudah ditanggalkan. Jangan pakaikan lampin.
     
  • Beri dia banyak cecair. Tak kiralah, air biasa, susu, jus atau sup. Banyak masuk, banyak buang. Banyak buang, banyak kali berlatih. Nampak mudahkan?
     
  • Suruh atau bawa dia ke tandas setiap setengah jam ke 45 minit.
     
  • Perhatikan anak anda. Anda mungkin dapat melihat tanda-tanda dia ingin membuang. Terus bawa, jangan tanya.
     
  • Lihat lampinnya setiap 15 minit. Jika lampinnya kering, puji dia.
     
  • Beri hadiah. Anda boleh membuat carta di kadbod, dan gunakan pelekat bintang untuk setiap kali lampinnya kering ketika anda check. Beri dia hadiah yang anda janjikan jika dia dapat sebaris bintang. Beri terus, jangan tunggu.
     
  • Puji, peluk atau berikan bintang besar jika anak anda pergi sendiri ke tandas tanpa disuruh.
  • Jangan marah kalau dia terlepas. Rujuk artikel “Ops Terlepas” .
     
Jika tak berjaya, cuba lagi minggu hadapan atau minggu-minggu seterusnya.

12 comments:

♥ Che NamNam ♥ berkata...

good info..thanks

pernah try buat kat Danial..tapi seminggu jerk pastu haku dah sibuk bekerja kehulu kehilir..terpaksa pakaikan pampers balik..huhu

Ain berkata...

shi3la: bukan senang kan...

aku dulu selalu give up sbb danish ni kencing dulu baru cakap....adoiiiyaaaa...

respek sungguh kat mommies yang anak dah pampers free seawal usia 2 tahun...

NzA berkata...

mmg bkn senang nk diaperless ank2 nie...trpaksa byk sabar...n setiap saat kita kena tnya n tnya n tnya nk tencing ke nk yak....lama2 mrk akn trbiasa.....

Syuhada Kamal berkata...

thanks kak ain for this info..sgt berguna buat sy yg masih tgh train anak ni..anak sulung sy pun dah 3 tahun lebih ni baru diaper free..tu pun selalu gak terbabas..kene bnyk2 sabar..:)

Mak Su berkata...

good info :)

Ain berkata...

kak nza: ain ni tak cukup sabar...

kalau asyik terbabas jer, rasa nak give up jugak kak...

lagi la hubby ain tue, dia mmg cerewet sangat kalau bab najis2 nie...

Ain berkata...

Syuhada: akak buat n3 ni supaya senang akak nak rujuk nanti....

at the same time boleh jugak share ngan blogger yang lain....

Ain berkata...

mak su: mak su mesti lagi banyak pengalaman kan....

share la ngan kami mak su...

~aSHa~ berkata...

wah siap ada tips...tq ye kak

asha plak pemalas..ehehehe...taska yg mintak kerjasama supaya tlg ajarkan anak, ingatkan anak ttg nak kencing...masa mula2 penat yakmat...

tapi sampai skrg...danish tetap kalo nak po po dia mintak dipakaikan pampers..kat taska dia tak po po langsung cekgu ckp...balik umah...cepat2 je dia cari pampers...

nak ajar ni kena penuh kesabaran kan...

Ain berkata...

asha: memang betul2 kena sabar sha...

lagi la kalau dorang ni terbabas, mau dibuatnya kita give-up dan pakaikan dorang pampers semula...

kena pelan2 biasakan danish buang air kat tandas, lama2 nanti insyaallah dia akan terbiasa dan tak mintak pampers lagi....

CuTeMiUt78 berkata...

eemmm memang mula2 nak kena byk sabar.. cam mirul pun mula2 camtu gak.. byk kali terlepas... tapi sekarang alhamdulilah.. bila tiba masa je.. dengan sendirinya dia akan ke toilet..

Ain berkata...

cutemiut78: nak tunggu dia pandai ke toilet tu besar sungguh dugaan kan...

mcm sarah ni, cakap nak kencing, tapi bila duk dalam toilet tak jugak kencing... sabo jer la...

Related Posts with Thumbnails