Isnin, 10 Januari 2011

AJL 25... Tahniah Ana Raffali


Makcik Kayooooo.....hehehe. Sana sini hari ni mesti semua orang asyik bercakap pasal AJL semalam kan?? Apa macam??? Puas hati tak??? Siapa sangka, siapa menduga, RM35k jadi milik Ana Raffali seorang. Dah memang rezeki Cik Ana, kita semua terpaksa la terima.  

Kalau la aku yang jadi juri malam tadi, Juara AJL semestinya jadi milik Faizal Tahir. Dahsyat betul persembahan dia yang sanggup terjun dalam air tuh. Kalau Vokal terbaik pulak, aku paling suka vocal Black. Tergamam jap bila part dia tarik suara tu. Kagummm weh!!! 

Papepun, keputusan juri kan muktamad. Suka tak suka, keputusan tu takkan berubah dah. Yang pasti mereka-mereka ini telah dinobatkan sebagai pemenang:

Persembahan Terbaik : Faizal Tahir - Hanyut

Vokal Terbaik : Hafiz - Noktah Cinta

Tempat Ketiga : Hafiz - Noktah Cinta

Tempat Kedua : Meet Uncle Hussain & Black - Drama King

Tempat Pertama (Juara) : Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Keseluruhannya, semua persembahan adalah TERBAEK!!! Tak sia-sia aku berjaga sampai pukul doblas malam semata-mata nak tengok AJL 25 ni. Bagi artis yang tak menang tu, TAHNIAH jugak dari aku. Anda bukannya tak hebat, mungkin belum rezeki anda lagi kali ini. Cuba lagi next year!!  
 

13 comments:

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum..terima je keputusan juri..mrk lebih arif hehehe

Zaidah berkata...

tahniah kepada yang berjaya....suka black jugak malam tadik...best,...tapi dia tak dapat...

Ain berkata...

sahrom: siapa la kita nak pertikaikan keputusan juri...

huhuhu...

Ain berkata...

zaidah: ain pun suka black...

nasib baik melekat jugak di tempat kedua...

Softtouch [Hanim] berkata...

sy paling suka hafiz.....sy pun igt FT yg menang..xbape suka AR menang

zulkbo berkata...

salam..
tahniah buat pemenang..
mana yang kalah jangan
kecewa sangat..dah rezeki
orang lain..

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik suka suara Tok Pah! :)

Kakcik Seroja berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
LYaFRINA berkata...

LYA HARAP LAGU SOFEA JANE MENANG @ CINTA SEMPURNA.

maszmadi berkata...

tengok gak AJL malam tadi, tapi sampai ke persembahan dato' siti, trus terlelap.. huhu

mamaarifakeemaisy berkata...

tgk tak habis dh tido..ngee..

tapi suka Faizal tahir gak..
n vocal black! hehe..

voipphone guy berkata...

oh...
i already sleep by 9pm...
take the cough medicine...
next time, i will record it

NzA berkata...

akak tgk smpai pkul 10.30 mlm je n pastu terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........

Related Posts with Thumbnails