Rabu, 5 Januari 2011

Aku Musykil Tentang Alahan


Kalau isteri mengandung, suami yang menanggung alahan aku biasa dengar....

Tapiiii....

Kalau ibu mengandung, anak yang terkena tempias alahan seriuss aku felik. Ada ke kes macam ni atau aku yang memang tak pernah tahu???....

Sejak ahad lepas, sarah asyik muntah jer. Tidak la terlalu kerap tapi hingga semalam sarah masih lagi muntah. Alkisahnya pagi subuh (ahad) aku bagi sarah minum susu, tak sampai setengah jam dia nangis cakap muntah. Tengahari muntah lagi dan berulang pulak petangnya. Malam tu aku bawak dia jumpa doktor, tapi doktor cakap dia sihat jer. 

Hari Isnin, sarah muntah disebelah pagi dan petang. Malam tadi pun sama, dah la waktu kami berempat tengah syiokk mengadap makanan....

Walaupun sejak dua menjak ni dia asyik muntah, dia tetap lasak dan berselera makan. Tidur malam pun lena jer sampai ke pagi...

Hari ni aku nak tengok keadaan dia macam mana. Kalau muntah jugak, malam karang nak gi jumpa doktor lain pulak....

Ada sesiapa pernah kena macam ni tak?? Pelikkk betul la aku.......

20 comments:

Zaidah berkata...

tak pernahlah plak ain....klu zai..zai yang sendiri alahan....mungkin alahan tu dah berpindah kat sarah kot...tapi siannyer dia....asyik muntah aje...mesti lembik badan dia...baik bawak jumpa doktor takut kurang air..

LYaFRINA berkata...

owhh.. pelik nih.. ke nak dpt adik twin ni sarah???

[-suziey-] berkata...

erkkk 1st time gk ni..ekekek:D lawak plak ank kena alahan..

Ain berkata...

zaidah: alhamdulillah ain tak pernah alahan waktu mengandung...

takottt dan risau kalau bab alahan ni...huhu

actually sarah takde la muntah seteruk ibu mengandung, paling kerap pun 3 kali sehari....

bab makan dan minum pun berselera jer dia, jadinya ain takde la risau dia kekurangan air...

kalau hari ni muntah jugak, malam karang ain bawak dia jumpa doktor semula, boleh check mama sekali...

hehe...

Ain berkata...

lyafrina: teringin jugak nak kembar tapi risau bila fikirkan empunya badan yang cekeding ni...

huhu....

hopefully sarah tak pape dan dia muntah sbb perut masuk angin jer...

Ain berkata...

suziey: hubby ain cakap pernah ada kes macam ni, tapi tak tahu la yer ke idak...

pelikkk kan???

LyNn HaMzAh berkata...

first time dengar nie...better bawa dia gie klinik la..takut ada penyakit lain plak...

Ain berkata...

lynn: susah nak cakap sbb sarah mmg sihat dan aktif....

lepas muntah pun dia still boleh makan dengan berselera...

entah2 cacing yang kacau agaknya...

nza berkata...

ye ke ain...kesainnya sarah...xprnah dngar lak anak yg kena tempias camtu....

Ain berkata...

kak nza: ain pun tak pernah dengar sblm ni, tu yang pelik....

dah 3 hari dia muntah-muntah. nasib baik tak teruk...

cheqna berkata...

bakpe gitu kak??
ke sarah saloh makan??
ape2 baik g check doktor..
eh bukan kak g check doktor..doktor tu check sarah...

Ain berkata...

cheqna: mustahil kalu saloh makan cheqna, sbbnya tiap2 hari dia muntah...

nasib baik sekali sekala jer...

malam ni kot bawak dia gi klinik semula....

Ena berkata...

pulak dah??? memg pelik ni?
erm..c amtu kena bawak p jumpa dok lagi la.. risau juga kalo melarat kan!..

Softtouch [Hanim] berkata...

xpernah plak dgr alahan jd kat anak plak..kalu ke suami pernah lah dgr..xpe mgkin kene bwk doc lain plak..

Mr PenyuBiru berkata...

1st time dengor ni.maybe dia alah pada susu kut.

Ain berkata...

ena: pelik bin ajaib kan...

nanti kalau ada perkembangan lepas jumpa doktor ain update lagi...

hopefully takde yang serius...

Ain berkata...

hanim: sbb tu la ain pelik nim...

Ain berkata...

penyubiru: bukan lepas minum susu pun dia muntah jugak...

ada jugak lepas minum susu dia tak muntah...

camno tu...

sop berkata...

baik bawa gi jumpa doktor segera..
pelik2 ni, baik tanya pakar..

armouris berkata...

lagi info tentang alahan di SIHAT SELALU - Alahan Tidak Mengenal Usia

Related Posts with Thumbnails