Memaparkan catatan dengan label TASKA PERMATA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TASKA PERMATA. Papar semua catatan

Selasa, 9 November 2010

Yuran Taska Permata Naik Tahun Depan

Nampak gaya tinggal sebulan jer lagi Sarah dapat merasa taska percuma. Tahun depan yuran dah NAIK dah. Kalau sebelum ni aku cuma bayar RM5 sebulan untuk yuran kelab tanpa perlu bayar sesen pun untuk yuran taska, mulai tahun depan pihak taska Permata dah naikkan yuran taska ke RM180 seorang. Mencanak-canak naik bukan???

Bagi aku kadar tu masih lagi boleh diterima akal. Lebih kurang rate private taska la jugak. Actually kalau kat kawasan Paka ni, kebiasaannya private taska kenakan RM200 untuk seorang kanak2 (3-36 bulan). Kalau nak dibandingkan dengan fasiliti dan kelayakan guru, taska Permata jauh ke depan. Jadinya dengan kadar RM180 tu, berbaloi la lagi parents hantar anak kat situ.

Bagi yang tak pernah tengok keadaan  dalam taska Permata, aku ada sedikit pict. untuk dikongsi...






UPDATED 1: Aku baru jer dapat info yang Taska Permata tempat sarah ni adalah di bawah kerajaan negeri Terengganu bukannya di bawah PAPN (Pusat Anak Permata Negara). Modul pembelajaran adalah sama dengan PAPN. 

UPDATED 2: Klik SINI dan SINI untuk dapatkan info tentang Taska Permata bawah PAPN. Makluman terkini dari PAPN menyatakan tiada yuran dikenakan ke atas mereka yang layak. Walaubagaimanapun setiap ibubapa diwajibkan meluangkan masa selama 4 jam sebulan untuk bersama anak2 di taska.  

 

Rabu, 3 November 2010

Gaya tido anak-anak Taska Permata

Nak tengok tak gaya anak-anak permata sedang tido?? Serius cakap selama 6 tahun berpengalaman tinggallkan anak2 aku kat taska, aku tak pernah tengok macam mana gaya dan kaedah dorang tido. Tido atas lantai berlapikkan tikar kah? Dalam buaian kah? Atas tilam kah? Memang aku tak tahu!! Yang aku tahu dorang tido secara berjemaah. 

Sejak aku tinggallkan sarah kat taska permata hak milik kerajaan tu may lepas kalau tak silap, peluang nak tengok anak dara aku sedang beradu dapat jugak akhirnya. Reasonnya adalah kerana tiap2 minggu akan ada aktiviti parents bersama anak2 kat situ. Bila taim aku sampai tu dorang still tido lagik, so mama-mama tumpang skodeng la anak memasing tido macam mana....hehehe.

Inilah dia gaya tido mereka. Macam2 stail adooooo......


Apa yang aku perhatikan, memasing sangat la selesa tido dalam bilik berair-cond ni. Kalau tak selesa, takkan la boleh bertahan sampai 2 jam kan. Actually yang tengah lena ni adalah kanak2 dari usia 3-5 tahun kecuali sarah yang dinaikkan kelas lebih awal walaupun umur baru 2 tahun. Sarah ni shy-shy cat terlebih, so cikgu pindahkan dia ke group tipat (3-5 tahun) supaya dia lebih aggresif dan mesra alam. Kanak2 umur 11/2-2 tahun (group tatih) tido dalam bilik berasingan supaya abang2 kakak2 yang dah besor ni tak ganggu adik2 yang lebih kecik tido. Budak besor kan selalunya bangun awal giteww.... 

Percaya atau tidak???? Sarah boleh tido dengan lena tanpa bertemankan 'bebear chuk' dia. Buktinyaaaa....


Magic betul bila anto anak2 ke sekolah ni kan. Boleh pulak dia menyesuaikan diri tido tanpa busuk kesayangan, kalau kat rumah mau fengsannn. Now aku dah tak bekalkan dia bebear chuk tu lagik dah sebab cikgu dah bagi jaminan sarah ok jer. Yang tak tau kisah sarah ngan busuk kesayangan dia tu, boleh baca kat SINI.  

p/s: kualiti gambo den tak dapek nak nolong sebab snap pun dari balik pintu jerk. Takmo la kaco depa ni semua tengah syiokkk tido. 
Related Posts with Thumbnails