Memaparkan catatan dengan label SELEBRITI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SELEBRITI. Papar semua catatan

Jumaat, 12 November 2010

Raja Farah Selamat Bernikah


Dengan sekali lafaz, Raja Farah sah bergelar isteri kepada Megat Bashirun Qayyum Bin Dato' Zakaria pada jam 11 pagi tadi. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Raja Aziz Raja Ngah bertempat di Tropika 2, Bukit Jelutong, Shah Alam dengan mas kahwin sebanyak RM888.

Moga2 lepas ni takde lagi la gossip panas tentang raja farah. Kita doakan rumahtangga mereka kekal bahagia hendaknya. 
  

Shamrin Fotograf meninggal dunia


KUALA LUMPUR - Vokalis utama kumpulan Fotograf, Mohd. Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam dipercayai akibat kegagalan fungsi jantung.

Vokalis tersebut dikejarkan ke hospital selepas dia rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini petang semalam.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

"Sewaktu sedang bermain bola, dia mengangkat tangan dan membongkok seperti mahu mengikat tali kasutnya.

"Dia kemudian pitam dan dikejarkan ke hospital," ujar Riot, bekas anggota kumpulan Kool yang turut berada di padang ketika itu.

Sumber: Kosmo

p/s: teringat kenangan masa aku sekolah menengah dulu, driver bas sekolah aku suka betul pasang lagu kumpulan fotograf. Minat benar dia dengan suara shamrin agaknya....

p/s: al-fatihah untuk arwah. 

Rabu, 3 November 2010

Hukuman mati polis bunuh Along Spoon kekal

PUTRAJAYA: Seorang anggota polis tetap menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon, 11 tahun lalu.


Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang mendapati Lans Koperal Mohamed Ya’cob Demyati bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi’ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.

Dua lagi anggota panel, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Md Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong. Ketika keputusan itu diumumkan, Mohamed Ya‘cob, 44, dari cawangan pengawal pengiring Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kelihatan tenang. 

Abdull Hamid yang mengumumkan keputusan itu berkata, Hakim Mahkamah Tinggi tidak tersalah arah apabila menerima maklumat daripada Mohamed Ya’cob mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan yang membawa kepada penemuan mayat Along, di KM 28, Jalan Kuala Klawang Genting Peras. – BERNAMA

p/s: Pelik betul, dah bertahun arwah meninggal, pesalah masih belum dihukum. huhuhu....
 
klik sini untuk mengetahui kisah along dibunuh. 

p/s: al-fatihah untuk arwah.

Selasa, 19 Oktober 2010

Video Pernikahan dan Persandingan Datuk Sheikh Muzaffar Syukor


credits to: utusan online.  

Buat tatapan kengkawan yang tak sempat tengok siaran langsung perkahwinan Dato' Sheikh Muzaffar Syukor tempoh hari. Actually aku pun sempat tengok majlis persandingan jer, sebab masa siaran langsung pernikahan Dato'  ni, aku on the way balik ke Terengganu. Kiranya terlepas la majlis grand of the year 2010 tu.  

Khamis, 14 Oktober 2010

Gambar Nikah Datuk Sani Salleh Dan Pasangannya Fatimah Dalilah

Ada yang tak kenal Datuk Sani Salleh ke? Bas Sani tau tak?? Dia la tuan punya bas ekspress tu. Sebelum jadi tauke bas ekspress ni, Sani Salleh jugak pernah jadi penyanyi kumpulan impression. Ingat tak?

Dalam pada orang sibuk bercerita tentang perkahwinan Dato' Sheikh Muzaffar, Datuk Sani Salleh pun turut sama kahwin pada 10.10.10 tempoh hari. Majlis pun tidak kurang hebatnya okeh!! Siap dengan konvoi kereta mewah ferrari dan lamborghini.

Jom kita tengok hasil sentuhan Joephoto yang berpeluang merakamkan detik bersejarah tersebut....















Banyak lagi foto-foto menarik di SINI. 

p/s: Orang ganu yang nak dapatkan perkhidmatan jurufoto kahwin, boleh cuba risik2 dengan Joe sebab  semua gambar ni eksklusif milik beliau. Kelasss gitu kan!! 

Selasa, 12 Oktober 2010

Gambar Persandingan Dato' Sheikh Muzaffar Shukor Dan Dr. Halina

Dari semalam aku duk cari, kat mana la boleh tengok foto ekslusif persandingan kayangan angkawasan negara kita nie, akhirnya hari ni jumpa jugakkkk....

Actually tak puas tengok kedua mempelai bersanding masa siaran langsung kat tv3 tempoh hari. Meriah sungguhhhhh kan. Paling suka dan teruja bila tengok pengantin perempuan yang tersenyum manisss sepanjang masa. Memang cocok dan sepadan sekali dengan Dato' Sheikh Muzaffar...

Credits untuk Gua.Com. 
























Nak tengok lebih banyak aksi kedua mempelai, klik SINI. 
Related Posts with Thumbnails