Jumaat, 26 November 2010

Animasi Saladin di TV1


Sabtu lepas ada keluar cerita animasi ni kat tv. Bukan anak aku jer terpacak tengok tv penuh minat, dengan mama dia sekali terpegun. Yer la, sebelum ni banyak citer kartun omputih jer kat tv, takpun jepun mari. Bila ada kartun mengisahkan pahlawan islam zaman dulu-dulu mesti la aku kagumm dan teruja nak tengok. 

Kalau korang rasa nak tengok jugak, cuba bukak TV1 pada 27 November 2010 (7.30pm) atau 28 November 2010 (9.30am). Aku dapat info ni dari laman web Astro. Kalau tak keluar kat TV1 pada tarikh2 tu, dengan aku sekali la frust tak dapat tengok...huhu 

Boleh tengok promo kat SINI



Saladin ialah sebuah projek animasi yang diilhamkan daripada riwayat Salah Al-Din Yusuf Ibni Ayub, wira Islam yang menyatukan para Muslimin menghadapi Perang Salib pada abad ke-12. Siri ini diterbit oleh Multimedia Development Corporation (MDeC), Malaysia. Adaptasi kisah Saladin yang asalnya dirancangkan sebagai filem cetera ini, sebaliknya dijadikan siri animasi TV sepanjang 13 episod. Penerbitan bermula pada bulan Mei 2004 dan sebuah treler enam minit pernah dipratayangkan ketika sambutan ulang tahun ke-10 Koridor Raya Multimedia pada bulan April 2005. Dua episod terawal disiarkan di Astro Ria sebagai previu pada September 2007.

Anugerah
 
1. Pesta Kartun dan Animasi Antarabangsa Seoul (SICAF)
    Teknologi Terbaik - Rancangan Promosi
 
2. Tokyo International Anime Fair 2007
    Anugerah Tokyo Big Sight

13 comments:

Ena berkata...

owh.. yer ker?

ena tak pernah tengok pulak.. heheh

ieda berkata...

ermmm cam best .. musti budak2 suke kann :)

Zaidah berkata...

penggemar citer animasi rupanyer si ain nie....nak tengok jugaklah...klu ingatlah...

r|nA @ ja|j|na berkata...

alaa, umah kite tadek astro lah, hukhuk..

MyKhalish Journey berkata...

wahhh menarik gak nih.. asik layan disney jer.. kasik tgk cite pahlawan islam plak..

mamaarifakeemaisy berkata...

ye ke..ala ketinggalan betullah eina ni..eina pun suka citer animasi..

zulkbo berkata...

salam..
pasti di minati
ramai nanti nih
icon islamic..

Mak Su berkata...

crita camni kena diketengahkan

lily lotus berkata...

tumpang bangga dgn hasilnya :)

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ berkata...

tak pernah tengok la ain, best ni weekend ni leh la ylayan

Kauthar berkata...

menarik ye nampaknya...nanti nak kena tgk jugaklah..cerita yang sesuai untuk tontonan semua..

Zue AnnaLeeya berkata...

ok gak kan??? blh tgk dgn anak2 nnti... nih asyik tgk hagemaru jerk... hahaha....

Tanpa Nama berkata...

Tak berapa Islamik je citer ni. Saladin liberal la ni.
Takut terpahat dalam ingatan anak2, nanti mereka takleh terima pulak bila baca sejarah yang benar.
Sebagaimana sebilangan besar umat Islam di dunia yang tidak menerima hukum Islam sepenuhnya.

Related Posts with Thumbnails