Sabtu, 2 Januari 2010

ANUGERAH TERINDAH DI AWAL TAHUN BARU

Alhamdulillah, tanggal 01.01.2010 jam 4.08 petang semalam, keluarga kami diserikan lagi dengan kelahiran seorang permata. Anugerah yang cukup indah buat keluarga adik ipar aku di awal tahun baru. Tahniah buat Nurul dan Eira di atas kelahiran putera sulung kalian. Kak Ain doakan moga kelahiran baby ini membawa rezeki dan berkat yang berpanjangan buat kalian berdua.

Petang semalam kami sempat ke hospital untuk melawat mereka. Sayangnya aku tak dapat bertemu dengan ibu dan bayi kerana peraturan hospital yang agak ketat di mana kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk. Pertama kali aku jumpa hospital dengan peraturan seketat ini. Hajat nak bergilir masuk dengan hubby pun tak kesampaian sebab sarah duk menangis jer takutkan orang... huhuhu......

6 comments:

Zareda Norman berkata...

alhamdullillah.. syukur hadiah tahun baru ya

Ain berkata...

kak zar: tak dapat nak tengok baby lagi, semalam dorang belum boleh keluar hospital....huhuhu...

Tanpa Nama berkata...

tahniah jugak... makin meriah la nnt..

KV berkata...

tahniah!!

Ain berkata...

honeylanz: memang meriah giler has,

cucu mil dah masuk angka 20... hehehe...

tahun ni kena hubby kena standby duit raya lebih jawabnya....

Ain berkata...

kv: mekasih....

Related Posts with Thumbnails