Memaparkan catatan dengan label MY BIG FAMILY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MY BIG FAMILY. Papar semua catatan

Selasa, 21 September 2010

Wajah-wajah Kesayangan Di Hari Raya.....

Memandangkan semalam ada yang berkecil hati wajahnya tak dimasukkan dalam n3, hari ni aku persembahkan semua sekali..... 


Are U Readyyyyyy!!!!!! Here we Gooooooooooooooooo............

 Ayahbonda terchenta.....

 Family adik pompuan aku yang no.1....

Yang ni adik pompuan aku no. 2. Suami dia jauh di perantauan sana nun (arab saudi). Hari raya pakat duk nangis depan lappy jer la. Nasib baek ada sky-pe. 

Yang ni pulak adik pompuan aku no. 3. Anak dia la si Fatin debek yang pandai posing tuh. Jangan memain dengan adik aku yang ini tau sebab dia ni kojernya polissss. Tembakkkk kangggg!!!

Ni lagi sorang gegirl dalam rumah kami. Adik pompuan aku yang no. 4 merangkap gegirl paling bongsu dalam keluarga. Masih anak dara muda belia.....hahaha (korang ada calonnnn ka??)

Satu-satunya adik lelaki yang aku ada dan paling bongsu dalam keluarga. Dia ni memang suka manjakan anak-anak buah pastuuuuu sakattt sampai anak buah nangis punnnn dia jugakkkkk. Bujang lagi ni tauuuu....

Dalam ramai-ramai ni sorang jer pict, yang takde. Siapa lagi kalau bukann abang aku yang merupakan abang sulung dalam keluarga walaupun dia sebenarnya abang kami yang no. 2. Abang sulung aku yang no. 1 sebenarnya telah menemui Penciptanya selepas seminggu melihat dunia.

Harapnya takde la yang berkecil hati lagi lepas ni. Kalau ghase nak interprem lebih2 bukak blog sendiri sorang satu k....... hahahaaaaaaaa   

Isnin, 20 September 2010

Raya!!! Raya!!! Raya!!!!

Sana sini bercerita pasal raya sampai semputtt nafas aku kejor n3 korang......hahaha. Seronok betulll tengok kemeriahan raya kawan-kawan semua. Serius cakap aku jelesssss banyakk sangattt sebab aku ada sikittt jer koleksi piccas raya. Rugiiiiii!!!!

Sebelum bukak cerita raya, nak kongsi sikit citer sebelum raya aku. Petang Selasa adik aku dah jemput kakak dia neh balik kampung. Kecohhhh betull dia bila mak tak buat sekut raya tahun ni. Sesedap rasa dia paksa rela kakak dia ni buat sekut raya. Siannn hubby aku kena tinggal dan terkontang kanting keseorangan kat rumah. Tu la, orang sibuk nak balik beraya dia tak habis-habis dengan kerja. Dah tanggungjawab katanya, nak wat camne????.....huhuhu. 

Malam raya pulak dua-dua anak aku demam raya. Kalau sarah dapat pakej demam batuk dan selesema, danish pulak demam n muntah. Danish ni kan, 2 hari sebelum raya dia dah raya dulu. Punya tak tahan godaaan tengok sekut raya mama dia yang asyik keluar masuk oven, dia pi ngap masuk mulut pulak. Sabo jer la mama dia ni tau!!! 

Sarah demam hingga raya ke-4. Berserabai jer dia di pagi raya dengan hingus meleleh....huhuhu'

Memandangkan hubby aku kerja pada hari raya, pagi syawal aku raya kat rumah mak aku dulu. Lepas jumaat hubby balik jer dari kerja baru la terkocoh-kocoh kami gi beraya rumah mil pulak. Tahun ni kat rumah mil meriahnya luar biasa sikit sebab semua adik beradik ada kecuali family abang ipar aku yang no. 2. Rugi besarrr aku datang lambat, tak dapat nak bergambar ramai2 coz masing2 dah tukar uniform dek kepanasan.....hehehe

Jommm tengok aksi raya yang sempat disnap....

Ahli keluarga yang tak pernah nak cukup korum. Family abang ngan adik aku belum sampai lagi waktu ni. Dorang berdua raya rumah mil dorang dulu. Pasangan masing-masing dari kampung sebelah jer, berlari pun boleh sampai. Adik pompuan bongsu aku pun takde dalam pict. ni sebab dia tukang ambik gambaq.

Kami bertiga di hari raya. Abah melaram baju raya kat ofis jer la, namapun kerja kan.... 

Awal pagi lagi danish dah bersiap nak solat sunat aidilfitri kat masjid. Kali ni terpaksa follow tok bak sebab abah kerja. Paling seronok bila dia dapat duit raya dari jemaah masjid... "mama....ustaz bagi danish duit raya".....hehehe... 

Siapa kata budak demam tak leh beraya??? Sarah totapppp ceria walaupun sok sek sok sek kontrol hingus dari keluar....hahaha

Mama with anak dara yang tak abih2 malu2 mioewwww.... 

Posing dengan abang danish pulakkkk....

Budak kecik yang chubby tu sepupu kami tauuu..... nama dia fatin. 

Kalau bab posing serahkan ajer kat fatin.....

Posing lagi dengan adik bongsu mama. Budak kecik baju oren tu sepupu kami e-chah. Siannnn dia tak dapat nak raya ngan abah dia sebab abah dia kerja kat arab saudi. 

Daaaaaaa...... 

Isnin, 12 Julai 2010

Sebok Nak Update Jugakkkk.....

Sedikit sibuk hari ini..... 


Buktinyaaaaa, matahari dah naik atas kepala baru terhegeh-hegeh nak mengupdate....


Sorry yer, aku sempat blog jumping jer today..... jenguk dan baca tapi tak tinggal jejak kasihhh untuk korang.....huhuhu....

Komen romen kat blog sendiri pun belum sempat reply lagik.......


Menu untuk hari nie...... jommmmm kita tengok baby, nak tak??? hehehe......


Anak buah aku yang lahir pertengahan Jun ari tue....KLIK SINI.


Tak sempat nak tenung renung lama-lama baby nie...... nak dukung dan riba pun belum merasa lagi.....


AWASSSS MAMA!!!! Sarah sentiasa memerhati setiap pergerakan mama...........huhuhu....

 'dia tengah lena tido dalam buai, tapi aku paksa jugak ibu dia angkat taruk atas katil........hahaha'

 'terjaga usai diangkat...... terus nak susu' 

'arrrghhhh.....menggeliat seketika untuk betulkan segala urat saraf'

'nak start nangis....... lapooooo'

Rabu, 23 Jun 2010

Eiiiiii..... Gerammmmm

Petang semalam sempat curik masa balik rumah mak kejap. Nama jer rumah mak aku ni dekat, hari-hari boleh balik, tapi anak dia ni kadang tu sebulan sekali jer tunjuk muka. Bukan takmo balik, tapi hubby aku kerjanya tak tentu masa. Bila taim dia cuti, bini dia pulak kerja..... abih camno?? Bukan alasan tau!!!

Yang paling bestnya semalam, kat rumah mak aku ada budak kecik chumelllll. Eiiiii, aku memang gerammmmmm tengok si Anis nie. Dah la putih melepak, badan bolat berisi dengan rambut lebat dan hitam berkilat. ho...ho...ho.... tak buleh tahan tengok haihhhh. Cuba la korang tengok sendiri kalau tak caya cakap aku tau....

 'hai aunty sume'

 'so sweet'

'owwwhh.... silau mataku terkena flash'


Anis ni anak no.2 abang aku. Umur dia baru jer 8 bulan dan bakal jadi kakak bulan sepuluh nanti. Sayang aku tak leh nak dukung-dukung atau riba dia sebab sarah manyak jeless. Melalak tak henggat bila mama dia pegang baby.....huhuhu.... Takde can la mama nak kasi sarah adik kalau gitu gayanya kan...  

Khamis, 17 Jun 2010

Alhamdulillah, Dapat Anak Buah Lagi.....

Baru jer dapat khabar gumbira dari adik aku lunch hour tadi. Dia dah selamat melahirkan anak kedua secara ceaser lebih kurang jam 10 pagi tadi. Berita yang sedikit mengejutkan aku dan sikit pun aku tak percaya sbb dia suka tipu aku tau operation sepatutnya dijalankan besok. 

Kalau ikutkan arahan doktor, semalam (16/6) dia dah kena warded, tapi memandangkan hubby dia baru jer tiba dari arab saudi on that day, postpone ler ke hari nie. Tup tup sampai jer hospital pagi tadi doktor cakap kena terus buat operation since jalan dah bukak 3cm. 

So, inilah dia putera yang dinanti-nantikan kehadirannya......


Salehudin Al-Ayubi nama diberi..... ala-ala arab giteww bunyi dia kan. Tahniah untuk kak e-cah sebab dah dapat adik. 

Sabtu, 1 Mei 2010

Dugong Tersesat Di Air Terjun Sekayu

Sorryyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!

Sajer bikin tajuk gempak, yang sebenar-benarnya keluarga aku yang tersesat kat situ..... hehehe....

Fuhhhhh, ramai giler umat manusia yang aku jumpa kat sana. Nak dapatkan parking pun jenuh duk tawaf. Biasa la kan, namapun cuti umum so masing-masing pakat duk bawak family serbu tempat perkelahan. 

Ok lah, takmo citer panjang-panjang sebab aku dah ngantuk. Korang layan jer la pict. yang sempat paparazzi snap siang tadi ya.......

 
Rombongan kecil kami yang baru tiba dan kepenatan. Actually pagi tadi kami bertolak dengan 3 buah kereta. Yang syoknya aku datang berlenggang sebab my mom dah siapkan bekalan makanan. Memang bertuah punya anak kan.... .  

 Jom kita turun ke bawah..... 

Nak tengok badak orang tengah berendam tak???

 hehehe.... 

Ini adalah umat manusia yang berada di sebelah kiri aku (bahagian atas). Berbagai peringkat usia dari bayi sampai la kepada makcik tua bertongkat..... 

Yang ni pulak di sebelah kiri aku (bahagian bawah). Ramai giler yang tengah mandi kan. 

Dan yang kat bawah ni dugong yang aku cakap tersesat tue.... hahaha..... Seronok sakan bila dapat mandi air terjun. Mana taknya wehhh, last aku sampai tempat ni masa umur aku 15 tahun. Korang congak la sendiri berapa lama pokok2 kat hutan ni tak jumpa aku...  

 'sarah yang pada awalnya takut tengok air' 

'dia dah mula suka dan excited dah' 


Masa untuk berendammmmm...... 

'dah mula nak bermesra dengan alam'

 'sesi basahkan kepala' 

'berendam sampai kecut jari jemari' 

'kuak tak berapa nak lentang dari sarah' 

 'ahli keluarga yang sedang bergumbira'

Apa pulak aktiviti korang? Hopefully masing-masing enjoyyyy la kan.... 

Jumaat, 26 Februari 2010

RUMAH TERBAKAR......

Semuanya sudah ditakdirkan...

Betul la kata orang, jangan bermain dengan api..... waktu kecilnya menjadi kawan, bila besar ia menjadi lawan..... 

Siapa sangka, petang semalam rumah mak sedara hubby hangus dijilat api....

 'pandangan dari sisi'

 
'sebahagian dapur'


'dapur kering'

 'beranda yang selamat'

Tiada apa yang dapat diselamatkan melainkan mereka hanya tinggal sehelai sepinggang....

Kejadian jam 3.30 petang  itu dipercayai berpunca dari anak kecil yang bermain pemetik api....

Keadaan cuaca panas serta berangin memudaratkan lagi keadaan.... 

Syukur juga kejadian semalam tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa.....

Satu pesan aku, awasilah anak-anak kita walau dimana sekalipun mereka berada...

Semoga kejadian ini memberi pengiktibaran buat semua...... 

p/s: takziah untuk sahabat blogger aini atas kembalinya fil beliau ke rahmatullah rabu lepas. Al-fatihah untuk arwah.

Related Posts with Thumbnails