Ahad, 13 Disember 2009

GARA-GARA SEGUGUS KUNCI...

Hanya kerana 'Segugus Kunci' buat pagi Ahad aku sangat sentap okeh!!! Jenuh mencari ke sana ke mari sampai ke bawah seat kete sume tapi idak juga berjumpa.... sangat sakit hati tau!!! Entah mana aku letak pun tak tahu. Mana la ko menyorok wahai kunciiii.....taim tu kita nak, taim tu ler dia nak ilang.... huhuhu.......Kalau aku ahli nujum kan senang..... telek jer dalam mangkuk ayun tuh!!! pasti nampak kan....

"punca kesentapan jiwa aku"

Disebabkan ilang kunci ni jugak, plan nak sampai awal kat ofis hancusss. Semua benda yang aku buat jadi serba tak kena.... camne nak kena kalau otak asyik duk fikir pasal kunci tu jer.... kat mana? kat mana? kat mana? Adoiiiiiiii!!!!! Tak pernah2 aku hangin macam ni, sampai sarah pandang aku pun mencebik takuttt......isk..isk...isk...kesian buah hati mama yang tak bersalah.....

Kenapa kehilangan kunci tu buat aku sentapppp sesangat!!! Pasal kunci tu kunci ofis. Kalau kunci rumah aku rasa aku tak sekalut ni. Segala mak nenek kunci ada dalam 'segugus kunci' tue.... Dan yang paling penting, dalam 'segugus kunci' tue jugak terselit kunci peti besi yg menyimpan 'amanah' orang pada aku.... Apa aku nak jawab kalau 'amanah' orang tu hilang.... huuuuuhuuuuuhuuuuu..... fenin..... fenin....

Sesampai jer kat ofis, carik punya carik ropenya kunci tu tak ke mana......ada dalam tray kat atas meja aku jer. Macam mana la aku leh lupa nak ambik sebelum balik kerja last day hari tu. Punya la nyanyuk kepala otak aku skang nie.... eiiiiii tak suka.... tak sukaaaa..... 

Nasib la jumpa jugak kan.... kalau tak jumpa camne??? Mati aku!!! Dapat jer kunci, cepat2 bukak peti besi.... harus la terlebih dahulu pastikan 'amanah' orang berada dalam keadaan selamat kan,  sebabnya kunci nie dah dua hari tiga malam bertapa kat ofis.... psttttt, entah-entah ada hantu jembalang yang sesaje sembunyikan kunci aku kat ofis ni erk!!!! hahhaha..... tetiba berfikiran kolot japppp.....

Yang penting sekarang aku dah mampu tersenyum gembira..... Kunci azimat ku dah jumpa. 'Amanah' yang dipegang pun selamat tak ke mana.... Alhamdulillah...

 

13 comments:

LiNda berkata...

fuhhh ! saya baca pun naik kalut ...
syukur dah jumpa..sibbaik tak hilang apa-apa.

hah ! kan dah tersenyum . manis sungguh senyumanmu ituuu...

Mama-Danish & Sarah berkata...

sis linda: mana tak kalutt kak, nak nangis pun ada pagi tadi....

paling risau 'amanah' dalam peti besi tue...

psttt.... semanis-manis senyuman itew, manis lagi senyuman sis tau!!!

honeylanz berkata...

mmg blh sentap if cari kunci..if hp blh wat miss cal..

KV berkata...

kunci bilik n kunci laci mek gantung kat tali henfon. Seksa plk henfon ku tapi selesai masalah yg 'kelupaan' sokmo.

Mama-Danish & Sarah berkata...

honeylanz: tu la, boleh tercicir kat mana2 jer kan... jenuh ler nak mencari...huhuhu...

KV: kunci ofis ni aku tak pernah letak merata, selalu duk dalam handbag jer...

bila ilang pening pale aku duk fikir mana nak cari sbb kunci tu tak pernah ada yg usik....

tak calar ke handphone bila terkena kunci kv?

Nida berkata...

Perghhh... suspen sungguh cerita ini. Kesimpulan yg dapat diriku buat dari n3 ini ialah "dirimu kini sudah semakin tua.."..hehe

CatlinaFly berkata...

oh..kite same lah..sy pun dlm sebulan mesti ade misplaced kunci.tensen wei...krna mkn kismis ni hehehehe

CatlinaFly berkata...

opss..krna-kena..typing error

ainie aziz berkata...

mmg tension kalau cari barang penting hilang. macam nak giler jadinya. tapi, bila jumpa balik, rasa macam dapat balik nyawa. legaaaa!

Mama-Danish & Sarah berkata...

Nida: hahaha...ain pun rasa camtu la....

tapiii tetap nak feel awet muda jugakkkk....kahkahkah....

Catlina: selalu kasi anak jer makan kismis kan, apakata lepas ni kita join dorang sekali....hehehe

Mama-Danish & Sarah berkata...

ainie aziz: nasib tak giler jer kan...

dengar sarah nangis pun naik gerammmm...

nasib baik takde pape yg hilang....

LotsOfLove-Pearls berkata...

Salam Kak..
Hehe..
dik senyum mcm pict bwh tue..
hehe..

*berfeluh tau nak mikir benda yg penting..

Mama-Danish & Sarah berkata...

LOL: dearie, agaknya ni la balasan yg tuhan kasi kat akak sbb suka sangat kutuk hubby yg lagi2 la pelupa tue...

ammmponnn ya bang....hehehe...

Related Posts with Thumbnails