Terbitan: Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Terbitan: 2009
Pengarang: Annur Puteri
Mukasurat: 608 m/s
Sinopsis: Hidup Alunie tidak pernah terlepas daripada menjadi bayang-bayang kepada darah dagingnya sendiri. Darah daging yang sudah terpisah jauh kemesraannya walaupun begitu dekat pertalian roh dan jasadnya. Sejauh mana pun dia berlari, bayang-bayang itu sentiasa mendekatinya.
Namun, demi junjungan kasih yang tidak terhingga, kali ini dia rela. Rela dalam terpaksa. Dalam tangis, dalam sendu dia tersenyum. Mengharungi hari-hari mendatang dengan luka yang terpendam. Siapa menduga, di sebalik duka itu tersimpan seribu kebahagiaan, sungguhpun terpaksa mengharungi sejuta kepayahan.....
******************************************************
Berjaya jugak aku habiskan membaca novel nie tengahari semalam.... Beli sejak jumaat lepas tapi hari ahad baru berkesempatan mengikuti perjalanan cerita... fuhhhh penat dan letih sekali melayan rentak cerita yang penuh suka dan duka. Sorry ya, takmo cerita lebih lanjut apa kesudahannya..... kalau nak tahu kena la baca sendiri.... (jahatnyaaaa aku). Kalau nak aku kasi bintang, 4 bintang kot.... Keseluruhannya BESTTTT!!
Sekarang dah kemaruk nak baca novel dahhh. Hobi yang sudah lama aku lupakan sejak lahirnya danish. Mana ada masa kan.... tapi skang ni aku rasa sume tu alasannn.... muahahaaaa... Nak seribu daya orang kata.....
Tak sabar nak tunggu hari jumaat nie. Aku nak paksa jugak hubby bawak ke toko buku. Teringin nak dapatkan barang sebijik dua novel baru buat bekalan masa nan terluang....
Ada sesiapa nak share novel best ngan aku tak??? Mana tau kot2 aku terjumpa kat mana2 kedai buku nanti... boleh jugak baca dan buat koleksi....
