Khamis, 28 Oktober 2010

Downy Antibac Terbaik....

Situasi 1: 

"Is, wanginya bau baju mung, mung pakai minyak wangi menda?"

Situasi 2: 

"Mama, wangi la bau baju sarah ni, sampai ke petang tau, mama guna softener menda erk?"

Bangga tak? Bangga tak?? Mesti la kansssssss..........

Aku ni kalau bab menggunakan sesuatu barang memang jenis setia pada yang satu, melainkan barang yang aku pakai tu tak memuaskan hati aku. Sekali jer aku pakai, aku reject terusssss!!



Bila masuk bab dobi mendobi pakaian, satu-satunya pilihan yang ada kat rumah aku adalah Downy Antibac. Khas untuk melembutkan segala mak nenek kain dan semestinya nakkan mak nenek kain tu WANGI sepanjang masa. 

Hasilnya memang tak pernah mengecewakan sebab ada jer yang puji kitaorang ni semerbak harum mewangi. Memang tak payah dah susah-susah nak sembur perfume bagai.

TERBAEK!!!!

Korang pulak guna softener apa yerk??? Jom la share...... 

Sarah Dan Beskal Biru

  
Dah sebulan lebih mama belikan sarah beskal biru ni, tapi hingga ke hari ni sarah tak pandai2 jugak kayuh....

Apa yang sarah pandai, naik dan gerakkan beskal tu dengan kaki......huhuhu


Kadang-kadang sarah paksa abang danish tolak beskal sarah.....


Dah banyak kali dah sarah cuba kayuh beskal tu, tapi beskal tu taknak gerak....


Agaknya sarah ke makan nasi banyaak dan banyaaaaaak lagiii supaya sarah dapat kumpul tenaga untuk kayuh beskal ni....



Tak sabar rasanya sarah nak bawak 'bebear chuk' ngan mickey sarah jenjalan....

Tunggggu ya, nanti sarah practice lagi dan lagiiii sampai pandaiii!!! 

p/s: suka betul dia selit mickey kat belakang beskal tu.  

Rabu, 27 Oktober 2010

Nasib baik tak meletup!!!!

Macam mana la aku boleh tak perasan kipas CPU aku ni tak berfungsi!!!....

Sorang-sorang staff yang masuk ofis ngadu bau hangit, tapi aku tak bau papepun walaupun punca bau tu dekat jer dengan batang idung aku.....

Nasib baik technician yang kitaorang panggil (dia datang nak check kerosakan lain sebenarnya) tu datang cepat....

"Bakpe Pesal CPU ain panas semacam jer ni??"

"Aikkkk, ye ke?''

"Kipas dia dok gerok tak berpusing la. Nasib baik duk dalam air-con, kalu dok netup meletup la komputer ain"
  
'padan la rosak pun, habuk berketul-ketul'
 'sementara menunggu kipas baru'

Can u imagine apa jadi kalau technician tu lambat sikitt jer sampai dan tiba tibaaaaaaaa, pc aku kebabommmm. Oh my god, mesti hancus berkecaii segala data-data yang aku ada. Berkecai jugak la jiwa raga aku ni sebab data yang korup hari tu pun tak habis key-in lagi....

Kesudahannya, terpaksa la tukar kipas baru. Makanya seharian tak dapek buat kerja apatah lagi nak skodeng blog. 

Mencikkkk!!!! 

p/s: Itu cerita 2 hari lepas. Semalam pulak satu daerah dungun ni line tenet out of service. Tak heran la kenapa aku tak muncul2....huhuhu. 

p/s: tak dapat nak blogwalking buat sementara waktu ni. sorry yer kengkawan. 

p/s: besok bercuti satu hari, ada urusan di kuala terengganu.  

Isnin, 25 Oktober 2010

Drama Taubat Nasuha (Anugerah Skrin TV3)


Aku sanggup bersengkang mata semata-mata nak tengok cerita ni. Memang cukup menyentuh hati dan perasaan, terutamanya part Laila yang tengah sarat mengandung dibunuh kejam oleh perompak bersama anak-anak beliau. Sakitttnya hati aku bila tengok si Mizi tu syiokkk berjimba sedangkan pada waktu yang sama nyawa anak isteri dihujung tanduk.

Keseluruhannya jalan cerita ni cukup terkesan di hati aku. Buat para lelaki bergelar suami, hargailah anak isteri anda sementara mereka masih lagi bernafas. Layan lah mereka selayaknya kerana mereka semua adalah amanat Allah.

Sinopsis Drama Taubat Nasuha (Anugerah Skrin TV3):

Hasil perkahwinan Syamizi dan Laila mereka dikurniakan 3 cahayamata iaitu Aimin 11 tahun, Aiman 8 tahun dan Amirul 4 tahun. Laila sekarang sedang mengandung anak empat dan usia kandungannya 4 bulan. Ketiga-tiga anak Syamizi begitu nakal pada pandangan Syamizi. Ini kerana Syamizi adalah seorang ayah yang cepat panas baran akibat tuntutan dan didikan hidup dari arwah ayahnya yang merupakan seorang tentera.

Akibat dari itu, cara dia menegur dan mendidik anak-anaknya sama seperti arwah ayahnya yang garang dan bengis serta berdisplin. Pantang sahaja sedikit silap anak, mesti rotan atau sepakan singgah di muka anak itu. Laila sudah puas mengingatkan dan menasihatkan suaminya, namun tidak diendahkan oleh Syamizi, malah ada kalanya Laila juga menjadi sasaran baran Syamizi.

Bagi anak-anak pula setiap kali kemunculan ayahnya di rumah membuatkan mereka sedikit gementar namun tidak menghalang mereka bergurau senda dan bermain bersama. Keriuhan sebegini menjadi satu gangguan kepada Syamizi. Kesabaran Laila cukup tinggi memandangkan sebagai seorang isteri, dia sedar syurga itu di telapak kaki suami. Apa yang berlaku di dalam keluarga Syamizi itu disedari oleh mertuanya Haji Osman, yang tidak suka mencampuri urusan rumahtangga anak menantunya. Namun setiap kali kalau anak menantu dan cucunya pulang ke kampung pasti akan dinasihati atau paling tidak akan diberikan buku panduan rumahtangga atau kitab-kitab untuk rujukan mereka sekeluarga. Masa terus berlalu.

Kandungan Laila juga semakin hari semakin membesar. Begitu juga dengan Syamizi semakin menjadi-jadi barannya. Syamizi lebih selesa dan seronok bila dia bersama kawan-kawannya di pejabat tapi sebaik sahaja dia menjejak kaki di halaman rumah, sikapnya mula berubah. Tawa ria kini berganti maki hamun. Anak-anak pula semakin nakal. Disinilah kemarahan Syamizi memuncak bila dia menghantukkan kepala anak-anak itu. Sehingga pagi itu menjadi suram dalam keceriaan anak-anaknya untuk ke sekolah. Bukan itu sahaja, Laila juga sudah putus harap melihat tingkah laku suaminya.

Satu hari, Laila pulang selepas menjemput anak-anak balik dari sekolah. Ketika masuk ke dalam rumah, 3 lelaki telah merompak mereka. Perompak-perompak itu telah membunuh kesemua anak-anak dan Laila. Bermula pagi itu juga Syamizi mengalami kesalan yang panjang sehingga mengganggu emosi dan jiwanya, kehidupan dan kerjayanya. Dia lebih banyak termenung dan mengimbas keceriaan anak-anaknya. Tiada hilai ketawa dan senda gurau anak-anak. Yang tinggal hanya kenangan. Sesungguhnya jauh di sudut hati Syamizi amat kesal dengan sikapnya dan menyedari semua itu selepas mereka yang tersayang pergi buat selama-lamanya.

credits to: budiey.com 

Ahad, 24 Oktober 2010

Rahsia Rumah Dara, Maksiat Merata-rata......

Berita penuh di SINI.

Betapa kecewanya mak ayah yang dapat tahu anak harapan keluarga mencari rezeki dengan cara macam ni. Soal halal dan haram langsung ditolak ketepi. Yang penting poket sentiasa kembung dan berisi. 

Kalau perut pulak yang kembung berisi macam mana?? Bertambah-tambah lagi la kes buang bayi yang tak berdosa!!!  

Selagi masyarakat kita ambil sikap 'takmo jaga tepi kain orang', masalah yang tak bermoral macam ni akan terus berleluasa. Kalau tak berani tegur secara terang-terangan sekalipun, maklumkan la pada jabatan agama atau pihak berkuasa. 

Pemilik rumah juga sepatutnya ambil cakna aktiviti yang dilakukan penyewa rumah mereka, bukannya takat tunggu duit sewa masuk jer tiap-tiap bulan.

Kaitan Teh Tarik Bungkus, Kertas Surat Khabar Dan Penggunaan Botol Plastik Dengan Penyakit Barah


Kecenderungan negara ini menggunakan botol air mineral plastik secara berulang kali untuk menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang maut.

Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.

 Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan semula sekali atau dua kali sebelum dibuang.
 

Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman,” katanya.

“Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM.

“Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg/kg tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan,” katanya.

Dr Jamal berkata, beg plastik makanan diperbuat daripada polyethylene (PE) dan PE tidak mengandungi VCM. Jadi penggunaannya tidak menyebabkan barah, namun masih tidak sesuai digunakan berulang-ulang.

Katanya, botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET) selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan ‘phthalates’.
 

Phthalates disyaki boleh meniru hormon manusia, tetapi ia tidak menyebabkan barah, namun ia boleh mengganggu fungsi hormon manusia.

“Jika peraturan ini tidak dipatuhi, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna. Peraturan mengenai pembungkus dan bekas makanan daripada PVC terkandung di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

“Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah,” katanya.

Dr Jamal berkata, penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci bersih dan melekat daki.

“Jika ragu-ragu mengenai jenis plastik yang boleh digunakan secara berulang untuk menyimpan makanan, sila rujuk kepada Bahagian Kawalan Mutu Kementerian Kesihatan,” katanya.

Kenyataan Dr Jamal mengesahkan laporan Buletin Pengguna mengenai bahaya penyalahgunaan botol plastik serta bekas makanan diperbuat daripada stirofom dan polisterin.

Buletin itu diterbitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Pengarah Komunikasi Fomca yang juga Timbalan Ketua Sidang Pengarang Buletin Pengguna, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya mengetengahkan bahaya penggunaan botol plastik berulang kali kerana ramai menggunakan botol air mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk.

“Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum perlu dibuang,” katanya.

Mohd Yusof berkata, kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak lagi amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik.


Katanya, penggunaan kertas akhbar dan majalah, selain bekas makanan diperbuat daripada stirofom atau polisterin, juga boleh mengakibatkan tersebarnya logam ke dalam tubuh.

“Kertas akhbar dan majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan. Apabila timah hitam ini ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah sebelum tersebar ke bahagian lain seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang. Ini cukup berbahaya dan tidak boleh dijadikan pembungkus makanan.

“Bahan pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi kajian mendapati ia mengandungi bahan unsur karsinogen,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohamed Siraj Razack, turut memberi amaran mengenai bahaya penggunaan botol plastik, bekas menyimpan makanan serta bahan pembungkus jenis stirofon atau polisterin yang disifatkannya pembunuh senyap.

“Bahan berasaskan plastik itu boleh digunakan sekali dua saja. Jika dibasuh berulang kali, bahagian dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan,” katanya.

Mohamed Siraj berkata, bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila terkena cahaya matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang ditinggalkan dalam kereta.

“Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan.

“Sebaiknya, untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat khusus untuk digunakan berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan panas dan khusus untuk menyimpan makanan,” katanya.
 


Mohamad Siraj berkata, kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas plastik tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus.

“Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar daripada plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas kimia.

“Kari panas dibungkus menggunakan bahan plastik juga amalan tidak baik dan kesannya sama seperti teh tarik bungkus,” katanya.

Mohamed Siraj berkata, semua barangan plastik diterima oleh pusat kitar semula. Sehubungan itu, kesedaran terhadap bahaya penggunaan bekas plastik secara berulang akan mengalihkan perhatian pengguna untuk mengitar semula barangan terbabit dalam menjaga alam sekitar.


p/s: balik kerja petang nanti, terpaksa la buang semua botol plastik yang ada kat rumah tu. huhuhu..... 

Sabtu, 23 Oktober 2010

Presenting..... My Kek Gula Hangus

Sepertimana yang aku janjikan pagi tadi, moh la kita pakat cuci mata. Nak ajak korang makan sekali pun jauh beribu batu la pulak kita ni kan.


Apa macam??? Jadi sarang lebah ke sarang labah-labah.....hahaha......

Bahan-bahannya:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 sudu besar mentega 

Cara-caranya: 
 
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair. Masukkan mentega. Sejukkan.  
 
2. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati. 
 
3. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan kedalam adunan sedikit demi sedikit.  
 
4. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk. 
 
5. Perap adunan lebih kurang 3-4 jam. 
 
6. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"
 

Jumaat, 22 Oktober 2010

CIMB 2GoodToBeTrue Contest

Aku dah join kejap tadi.....



Siapa yang sudi jadi pasangan aku, Cepattttt KLIK SINI

Thank you Asha for the info. hehehe.....
 

Misi Hari Ini....Kek Sarang Lebah a.k.a. Gula Hangus


Tu diaaaaaa!!! Adunan dah pun siap 2 jam yang lalu, lagi 2 jam boleh la taruk dalam oven....

Ini adalah pestime aku buat kek gula hangus sejak bergelar isteri En. Is. Masa anak dara pingitan dulu-dulu memang selalu buat kek ni, tapi tak pernahnya nak jadi. Tang sarang lebah tu memang tak puas hati sokmo. Kalau boleh nak la yang lobang besau-besau, at least takde la lebah yang hinggap kat dalam kek ni lemas kan kan....

Agak2 jadi tak kalau rope adunan dia macam kat atas tuh? Kita tunggu jer la petang nanti yerk. Kalau ada rezeki korang semua, kita jamu mata ramai-ramai sesambil pekena teh o kurang manissssss.....hahahaa 

Daaaaaaa.... aku nak pi kemas rumah rumah dan lipat melipat kain baju pulak ni.  

Khamis, 21 Oktober 2010

Guna Picagari Boleh Rosakkan Kemujaraban Ubat

Semalam aku cuti dan seharian kat rumah mak aku. Itu pasal la blog tak berupdate dan takde sesi jenjalan maupun skodeng mengskodeng. hehehe.... 

Bila kat rumah mak, risau hati tengok sebahagian besar ahli keluarga yang tak sihat. Sorang demam, dua tiga yang lain pulak batuk dan selesema. Kalau ada yang sihat pun, minggu depan tunggu jer la giliran, pasti kena jugak. 

Dalam duk perhatikan adik aku suapkan anak dia dengan ubat demam, tiba2 dia share something dengan aku. Info yang aku rasakan cukup berguna tapi aku sendiri tak pasti sejauh mana kesahihannya.


"Jangan sedut ubat dalam botol dengan picagari, nanti boleh rosakkan kemujaraban ubat tu. Cara yang betul adalah dengan menuang ubat tersebut ke dalam cup yang disediakan, lepas tu baru la disedut menggunakan picagari".

Itu antara pesan doktor yang adik aku jumpa masa bawak anak dia ke klinik beberapa minggu lepas. 

Betul ke erk??? Serius aku tak pernah tahu yang kita tak boleh sedut ubat dalam botol guna picagari!! Selama 6 tahun bergelar mak budak, memang aku praktikkan guna picagari jer sebab itu la cara paling senang dan mudah. Kenapa doktor yang rawat anak2 aku tak pernah cakap pun tentang perkara ni???

Pada firasat aku la kan, guna picagari tu boleh, cuma kena la pastikan picagari tu betul2 bersih. Basuh dulu sebelum dan selepas guna dan jangan main belasah jer guna picagari tak basuh pastu pi sedut ubat yang lain pulak. Lagi satu jangan main share jer satu picagari tu untuk semua anak, ni yang buat penyakit jadi berjangkit. 
   
Korang pernah ke dapat pesanan macam yang adik aku dapat ni?? Papepun lepas ni wajibbb aku dapatkan pengesahan dari doktor pasal penggunaan picagari ni.... 

Selasa, 19 Oktober 2010

Video Pernikahan dan Persandingan Datuk Sheikh Muzaffar Syukor


credits to: utusan online.  

Buat tatapan kengkawan yang tak sempat tengok siaran langsung perkahwinan Dato' Sheikh Muzaffar Syukor tempoh hari. Actually aku pun sempat tengok majlis persandingan jer, sebab masa siaran langsung pernikahan Dato'  ni, aku on the way balik ke Terengganu. Kiranya terlepas la majlis grand of the year 2010 tu.  

Ayun Buai Ko Kek

Today nak share sikit tentang hobi terkini sarah sejak dua menjak ni. Hobi yang satu ketika dulu pernah jugak menjadi kesukaan mama sarah tiap kali bangun tidur. Bezanya sarah dengan mama, sarah suka dengan hobi ni tak kira masa. 





Pastinya ceriaaaa kalau dapat main ayun buai ko kek. Actually mama bising jugak kalau sarah henjut buai ni kuat2, mama risau takot sarah jatuh dan kena hempap dengan buai. Bahaya kan kan......

Daaaaaaaa..... 

Nenek-Nenek Si Bongkok Tiga By Sarah

video

Saya memang suka nyanyi. Hari-hari mesti nyanyi at least satu lagu. Dari mana saya dapat bakat tu?? Dari siapa lagi kalau bukan mama saya. hehehe....

Harap takde la yang sakit telinga dengar saya nyanyi yer. Macihhhh!!!

Isnin, 18 Oktober 2010

Doa Tidur By Sarah

video

Sarah belajar baca doa tidur dari abang danish sebenarnya. Setiap malam mama wajibkan abang danish baca doa dulu sebelum tidur, jadi sarah pun pasang telinga jugak. Satu malam tu, lepas abang baca doa, sarah mintak ngan mama nak baca sama. Mama ajar sarah pelan2 sampai la sarah pandai baca sendiri. So far mama masih lagi tak puas hati dengan bacaan sarah sebab mama cakap sarah baca laju macam jet. Kadang mama paksa sarah baca ulang2 sampai 3-4 kali baru la mama bagi sarah tidur. 

p/s: boleh view ke video ni? aku mmg failed nak upload video guna new setting blogspot tu. nak upload video ni pun terpaksa tukar ke old setting dulu. huhuhu...

Terhangat Minggu Lepas

Bukan selalu pun aku semak keywords yang hits kat blog aku ni. Since last week traffic agak tinggi hingga ada yang cecah 500 visitor sehari, nak jugak tahu apa yang visitor suka skodeng kan....


Rata-rata masyarakat kita teruja untuk melihat persandingan Dato' Sheikh Muzaffar Syukor (SMS) yang cukup gilamg gemilang tu. Rasanya kat blog lain yang ada cerita persandingan kayangan ni mesti traffic pun masyukkk jugak kan.

Yang Menariknyaaaaa, minggu lepas jugak blog aku yang suam-suam kuku kat SINI, berjaya mengumpul BE lagi. Ada 4 keseluruhannyaaaa. Yihaaaaaaa!!!


Awat la en. nuffy berkenan sangat kat kamu yerk??? Papepun, thank you en. nuffy dan kawan-kawan semuaaaaaaaaa.....

p/s: kerja banyak pun belasah update jugakkkk. 

Tarikh Lahir Ajaib dan Istimewa


DETROIT - Dalam sebuah keluarga yang besar, agak sukar untuk seseorang ibu mengingati hari lahir setiap anggota keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, bagi Barbara Soper, 36 dan suaminya Chad Soper , 33, di negeri Michigan, Amerika Syarikat (AS), tugas itu mudah berbanding kebanyakan keluarga lain.

Masakan tidak, anak bongsu mereka, Cearra lahir pada 10/10/10 manakala tarikh lahir abangnya, Cameron jatuh pada 09/09/09 diikuti oleh kakaknya, Chloe yang dilahirkan pada 08/08/08.

"Chloe adalah nombor bertuah lapan, Cameron nombor bertuah sembilan dan Cearra pula nombor bertuah sepuluh," kata Barbara mengenai tarikh lahir mereka.

Menurutnya, dia dan suaminya tidak merancang kelahiran anak-anak mereka manakala seorang profesor di Universiti California, Philip Stark berkata, kebarangkalian perkara itu berlaku adalah 1 dalam 2,500 kelahiran. - Agensi

credits to kosmo online

p/s: tiba-tiba teringat perbualan aku dengan en. is 2 hari lepas. 

"Kalau boleh, abang nak anak kita lepas ni sama tarikh lahir dengan abang"

"Nampak gaya, bulan 12 ni kena planning betul-betul la....." (sambil duk hitung dengan jari anak seterusnya patut lahir bulan 9)

hahaha..... gelak kami tak henggat dunia. Kemain lagi merancang laki bini kanssss..

Apakah aku sudah bersedia sepenuhnya????? Tunggu jer la nanti beritanya macam mana. Papepun aku dah rasa cukup bertuah sebab kedua-dua anak aku lahir pada 11hb sama tarikh dengan abah dorang. Bezanya hanya bulan dan tahun ajer. 

Ahad, 17 Oktober 2010

Ringkasan Belanjawan 2011. Menarik!!!!



Berikut ialah ringkasan bajet bagi tahun 2011 yang telah dibentangkan oleh kerajaan:

  • Tema "Transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi", empat strateg
  1.  Mendaya kembali pelaburan swasta
  2. Membangunkan modal insan
  3. Mensejahterakan hidup rakyat
  4. Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam
  • Transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Greater KL (Lembah Klang) akan dilaksanakan mulai tahun depan dan ianya dapat menyediakan pengangkutan awam yang efisien dan selesa serta pantas
  • Pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan pembangunan bercampur iaitu kediaman mampu milik, perdagangan industri dan kemudahan prasaran.
  • Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan membangunkan "Warisan Merdeka" dengan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan pembinaan sebuah menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 billion dan dijangka siap pada tahun 2015 
  • Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan mengurangkan pegangan saham dalam syarikat utama di Bursa Malaysia
  • GLIC dibenar meningkatkan pelaburan luar negara, sebagai contoh KWSP akan meningkatkan from 7% kepada 20% nilai aset
  • Penyenaraian anak syarikat Petronas dan MISC, iaitu Petronas Chemical Sdn Bhd dan Malaysia Marine dan Heavy Engineering Holdings Berhad pada tahun depan
  • Pasaran modal Islam akan terus diunggulkan
  1. Membangunkan International Board bagi penyenaraian saham asing, termasuk produk patuh Syariah
  2. Pemotongan cukai kepada produk berinovasi bagi sekuriti Islam berlandaskan prinsip Murabahah dan Bai Bi-thaman Ajil berasaskan tawarruq
  • Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz RM1 billion dan patuh syariah bagi memberi peluang kepada pemilikan Bumiputera dalam sektor hartanah komersil utama di bandar utama dalam negara
  • Melancarkan Dana Pencen Swasta pada tahun 2011 bagi memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Therefore pelepasan cukai sebanyak RM6,000 sedia ada bagi caruman pekerja di dalam KWSP diperluaskan ke dana ini
  • Pengecualian duti import dan duti eksais dilanjutkan sehingga 31 Disember 2011 bagi pemegang francais kereta hybrid dan kereta elektrik serta motosikal hybrid dan elektrik
  • Membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang (RM50 juta)
  • Duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar 5% to 30% dimansuhkan antaranya beg tangan, bola golf, dompet, syampu, selimut, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dalam dan wangian
  • Meningkatkan produktiviti dengan mengalakkan penanaman semula pokok kelapa sawit lama dengan klon baru bermutu tinggi
  • Cukai jualan sebanyak 10% ke atas telefon bimbit dikecualikan sepertimana PDA yang tidak dikenakan cukai pada masa ini
  • Kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang akan dibangunkan sebagai pusat penyelenggaraan dan membaik pulih kapal terbang serta membei latihan khusus bagi melahirkan pakar dalam bidang ini 
  • Memberi peluang kedua kepada mereka yang telah disenarai hitam atau tidak dapat berniaga atau membuat pinjaman akibat bankrap
  • Kadar cukai perkhidmatan dinaikkan 1% kepada 6%. Di samping itu cukai perkhidmatan akan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar
  • Sistem pendidikan negara akan dirombak dengan memberi penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi dan daya saing. RM6.4 billion akan disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru
  • Meningkatkan kadar enrolmen prasekolah dengan sasaran 72% menjelang akhir tahun 2011Peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA
  • Memperkasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
  1. Menambah peratusan staf akademik berkelulusan PhD kepada 75% (universiti penyelidikan) dan 60% (IPTA lain)
  2. Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah IPTA
  • Penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara bagi menjadi platform utama dalam penetapan upah yang diwakili oleh majikan, kesatuan kerja, Kerajaan, NGO, individu dan akademia
  • Kerajaan akan menguatkuasa gaji pokok minimum untuk pengawal keselamatan kepada RM500 to RM700 sebulan mengikut kawasan compared with RM300 to RM400 pada masa ini mulai Januari 2011
  • Kenaikan levi secara peringkat mengikut sektor bagi pekerja asing bagi mengurangkan bilangannya di masa akan datang
  • Menyeru pihak swasta bagi mengambil pekerja separuh masa wanita terutamanya bagi mereka yang dah kahwin
  • Menjenama semula 40 TASKA 1Malaysia bagi membantu golongan wanita yang tidak berkemampuan
  • Kerajaan memberi flexibility kepada pekerja wanita untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan Cuti Bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan
  • Mengalakkan pembangunan dan penyelidikan sukan sebagai contoh penubuhan Akademi Bola Sepak di Pahang dengan peruntukan RM20 juta bagi melahirkan pemain bola sepak berkualiti dan berkemahiran tinggi
  • Program bantuan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang melibatkan RM218 juta yang akan dimanfaatkan oleh 80,000 OKU
  • Pengecualian duti eksais dinaikkan daripada 50% kepada 100% ke atas sebuah kenderaan nasional yang dibeli oleh OKU
  • Kerajaan akan melaksanakan program perintis "Small Office Home Office" untuk wanita kurang upaya selama 3 bulan bagi melatih wanita OKU dalam pelbagai bidang kemahiran
  • Rebat bayaran elektrik sebanyak RM20 sebulan diteruskan sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2008 yang mana melibatkan 1 juta pengguna di seluruh negara @RM150 juta
  • Pelepasan cukai sebanyak RM5,000 ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa diperluaskan lagi kepada bayaran menghantar ibu bapa ke rumah jagaan harian, bayaran menggaji pembantu khusus menjaga ibu bapa dan perbelanjaan keperluaan harian mereka seperti lampin pakai buang 
  • RM568 juta disediakan bagi pembinaan 300 unit kediaman (Projek Bantuan Perumahan Bandar), 79,000 unit (Program Perumahan Rakyat) dan 8,000 (Projek Bantuan Sewa Rumah)
  • Kerajaan akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang menawarkan jaminan Kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10% bagi harga rumah di bawah RM220,000 untuk golongan muda yang baru bekerja dan gaji kurang daripada RM3,000 sebulan. Ianya bagi pembelian rumah pertama dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3 ribu sebulan
  • Menyedia bekalan air dan elektrik luar bandar di Sabah (RM1.5 bilion) dan Sarawak (RM1.2 bilion) dan semenanjung Malaysia (RM556 juta)
  • Menyediakan Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memudahkan penduduk kawasan terpencil di Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk mendaftar kerakyatan
  • Peruntukan subsidi sebanyak RM974 juta (padi, baja dan benih padi)
  • Menaikkan elaun bulanan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru from RM450 to RM800
  • Elaun Imam dinaikkan from RM450 to RM750 sebulan dan imbuhan bulanan guru KAFA dinaikkan from RM500 to RM800 mulai 1 Januari 2011
  • Kadar tol empat lebuhraya PLUS tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun bermula serta-merta
  • RM15.2 billion diperuntukan bagi membina hospital baru, menambaah bilangan doktor dan jururawat serta bekalan ubat dan peralatan perubatan 
  • 1MDB akan menyediakan multi-vitamin untuk pelajar sekolah rendah daripada golongan berpendapatan rendah
  •  Meringankan beban penjawat awam (gred 54 dan ke bawah) bagi menampung perbelanjaan persiapan sekolah dengan memberi Bantuan Khas Kewangan (Bonus) sebanyak RM500 yang akan dibayar pada bulan Disember 2010. Ianya juga layak bagi pegawai kontrak dan pesara Kerajaan
  • Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat bagi tempoh setahun lagi yang mana sebelum ini tamat sehingga 31 Disember 2010
  • Menaikkan kadar pinjaman perumahan maksimum daripada RM360,000 kepada RM450,000 

p/s: banyak kandungan dalam budget ni yang aku sukaaaaaa. nanti kita share sama-sama k. 

p/s: rasa tak seronok berblog lately, takde kepuasan sebab tak sempat nak reply komen dan berblog walking. tuan blog masih lagi busyyyyyyyy... 


Jumaat, 15 Oktober 2010

Kegembiraan Berganda Hari Ini.

Pertama-tamanyaaaaa......

Aku baru sahaja dapat khabar gembira yang kakak ipar aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan di hospital kuala terengganu malam tadi. Alhamdulillah ibu dan bayi selamat. 


Makanya bertambah lagi la seorang cucu dalam keluarga en. khani dan puan kelesong kita....hehehe. Kalau takde pape halangan, tengahari ni insyaallah kakak ipar aku dah boleh keluar wad. 

Yihaaaaaaa, tak sabar nak tengok anak buah yang putih melepak ni.....


Keduanyaaaaaaa......

Aku menang giveaway lagiiiiii. Entry giveawaynya kat SINI


Hadiahnya adalahhhhhhh........



Sepasang detox foot pad untuk menyahkan segala toksin moksin yang bermaharajalela di dalam badan. I loikeeeeee!!!!!

p/s: thank you Hazmanfadzil.com 
 

Tempahan Proton Inspira Dibuka Hari Ini....


Ada sesiapa yang berkenan tak??? Inilah dia kereta terbaru Proton yang bakal berada dipasaran dan akan dilancarkan secara rasminya pada 10 November nanti.  

Dengar cerita Model Inspira ni adalah pengganti kepada model Proton Waja. Harganya jualannya adalah dari RM79,888 hingga RM95,000 bergantung kepada model dan kapasiti enjin.  



Model Inspira ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter boleh ditempah mulai hari ini di semua pusat jualan Proton di seluruh Malaysia.  



Apa macam??? Book jangan tak book!!!

p/s: pict. credits to. http://paultan.org

Khamis, 14 Oktober 2010

Banglo Huggiest Playtent

Ingatkan orang dewasa jer excited bila dapat memiliki banglo, rupa-rupanya tak!!

Budak-budak lagi excited tau.... 

Ini baru banglo menan, kalau real punya banglo tak dapat la aku bayangkan keterujaan dorang ni macam mana...

Mohhh kita skodeng apa budak berdua ni buat dengan rumah banglo dorang....hahaha

 Introducing danishsarah's bungalow....

Tuan banglo yang masih jakun

Mengintai balik jendala......
  
Posing dalam banglo baru...

Landing jap...

Sarah menjerit takut abang rosakkan tocang dia...

Cubaan untuk berdiri, tapi abang tak lepas...

Sorang baring, sorang meniarap....

Sesi verangan......

Discussing nak beli perabot banglo...

Tu diaaaaa.... hangkut segala mak nenek patung yang adooo...

p/s: saje aku masukkan banyak gambar supaya korang semua teruja untuk dapatkan jugak untuk anak masing-masing.... hehehe.... 

Gambar Nikah Datuk Sani Salleh Dan Pasangannya Fatimah Dalilah

Ada yang tak kenal Datuk Sani Salleh ke? Bas Sani tau tak?? Dia la tuan punya bas ekspress tu. Sebelum jadi tauke bas ekspress ni, Sani Salleh jugak pernah jadi penyanyi kumpulan impression. Ingat tak?

Dalam pada orang sibuk bercerita tentang perkahwinan Dato' Sheikh Muzaffar, Datuk Sani Salleh pun turut sama kahwin pada 10.10.10 tempoh hari. Majlis pun tidak kurang hebatnya okeh!! Siap dengan konvoi kereta mewah ferrari dan lamborghini.

Jom kita tengok hasil sentuhan Joephoto yang berpeluang merakamkan detik bersejarah tersebut....















Banyak lagi foto-foto menarik di SINI

p/s: Orang ganu yang nak dapatkan perkhidmatan jurufoto kahwin, boleh cuba risik2 dengan Joe sebab  semua gambar ni eksklusif milik beliau. Kelasss gitu kan!! 
Related Posts with Thumbnails