Dah breakfast ke kengkawan???
Jom tengok apa menu breakfast aku pagi nie...
2 Keping Lempeng Nyiur Plus Sambal Bilis
2 Biji Karipap
1 Mug Lemon Tea dari Cameron
Agak-agak aku boleh gemuk tak kalau habiskan semua nie???
Sayang sungguh tangki aku kecik jer, so habiskan 2 bijik lempeng nyiur tu dah cukup konyang.....Alhamdulillah.
Sedikit info yang ingin aku kongsikan berkenaan peri pentingnya breakfast dalam kehidupan kita seharian....
Kenapa sarapan menjadi hidangan yang sangat penting? Sarapan berfungsi menamatkan ‘puasa’ sepanjang enam hingga lapan jam tidur pada waktu malam dan mengembalikan bekalan glukos dan lain-lain khasiat yang digunakan sebagai tenaga sepanjang hari. Sarapan juga sangat penting untuk mengaktifkan fikiran dan badan pada waktu pagi.
Inilah sebabnya orang yang tidak bersarapan biasanya cepat berasa letih, mudah terganggu dan tidak selesa pada waktu pagi. Keadaan ini lebih ketara di kalangan peminum kopi kerana jika tidak bersarapan (dan menikmati segelas kopi) mereka sukar menumpukan perhatian kepada kerja.
Sarapan dapat mengawal rasa terlalu lapar, sekali gus mengelakkan kemungkinan makan terlalu banyak ketika makan tengah hari. Badan adalah kilang yang sangat unik dan dapat bertindak sendiri untuk menjimatkan penggunaan tenaga apabila tiada bekalan makanan.
Jika tidak bersarapan, badan secara automatik akan berada dalam fasa ‘puasa lanjutan’ (kerana kita sudah pun dianggap berpuasa ketika tidur) dan cuba menjimatkan tenaga dengan memperlahankan proses pembakaran lemak. Namun, jika kita bersarapan, badan tidak perlu memasuki fasa ‘puasa lanjutan’ ini dan ia secara tidak langsung memberitahu otak bahawa badan bersedia untuk membakar lemak sebagai tenaga bagi kegunaan sepanjang hari.
Kuantiti makanan untuk sarapan bergantung kepada keperluan masing-masing tetapi makanlah secara sederhana. Jika tidak sempat pun, memadailah mengambil segelas susu atau jus oren dan sekeping roti.
Makanan seimbang mengandungi protein dan karbohidrat dianggap pilihan terbaik untuk merangsang proses metabolisme. Penemuan itu membuktikan bahawa sarapan amat penting untuk mengekalkan berat badan seimbang dan mengelakkan kegemukan. Lebih baik jika memilih sarapan yang berkhasiat dan menyihatkan. Penyelidik juga mencadangkan sarapan sihat dijadikan antara langkah penting dalam pengurusan berat badan dan rawatan obesiti.
Ini adalah antara langkah mudah untuk mengurangkan peratusan masalah kegemukan dan obesiti di negara kita yang semakin membimbangkan, terutama di kalangan kanak-kanak. Untuk mengelakkan masalah ini daripada membelenggu keluarga (ingat menurunkan berat badan adalah usaha yang sangat payah), mulakan amalan bersarapan bersama seisi keluarga.
Ia bukan saja memberi kesan langsung kepada kesihatan badan dan mencerdaskan otak, tetapi mampu merapatkan hubungan kekeluargaan. Lebih awal kita bersarapan, lebih baik. Kajian menunjukkan orang yang bersarapan kurang berkemungkinan mengalami masalah kegemukan. Orang meninggalkan sarapan akan terdorong untuk makan lebih banyak kerana biasanya apabila sampai waktu makan mereka sangat lapar.
Ibu bapa perlu memastikan anak bersarapan sebelum ke sekolah kerana ia meningkatkan kepekaan, daya tumpuan dan prestasi di bilik darjah. Sarapan seringkas sandwic, susu atau bijirin memadai untuk memberi tenaga, memperbaiki emosi dan membantu kepekaan minda.

22 comments:
Ain, sedapnya nampak lempeng tu... dah lama Nida tak makan lempeng... teringat masa kecik2 dulu, selalu mak buat..
p/s: nak hadiah ye.. boleh... bak sini alamat ngan no phone... bg kat emel Nida tau..
key chain pun banyak lebih lagi tu... siapa cepat dia dapat..hehe
tu le sarapan adalah wajib..elak segala pnyakit...msa g motivasi that day pun dorg ckp camtu..
suke lempeng tu :D ain org tganu ek..ni yg dok sbelah umah kak linda tu ke :D
nida: lempeng ni lempeng segera jerk....
ain beli dari mak sedara hubby yang usahakan frozen food...
sekarang susah nak dapat sebab bekalan kelapa tak banyak....
betul ke boleh dapat hadiah jugak nie.... bestnyaaaa... nanti ain email address k...
lama tak makan lempeng...terliur lak rasa... :p
kalo saya mesti kena bekpes...dpt sekeping roti pun jd..janji makan...
sisdee: ain memang wajib ambik sarapan, kalau tak gastrik mesti datang...huhuhu...
mana tau ain jiran sis linda? tepat sekali tau....hehehe...
nadia: sama la ngan akak...
wajib ambik kalau tak mcm kebulur jerk rasa....
zai mesti ambik sarapan walaupun just roti...klu tak kebulur nak tunggu sampai tengahari..karipap tu mcm sedap..i like it..
jam 10 pagi baru sarapan.
zaidah: apa sekalipun yang kita makan, yang penting breakfast kan....
segelas susu pun dah cukup baik dari tak ambik langsung....
one zaba: alahaiiii, lewatnya...
kalau saya tu dah kira makan untuk kali kedua...
maksu mmg tak leh miss sarap... miss kalu, mula ler pening jer...rasa rasa nak pitam ler... hihihi, perut jenis tak leh kosong
mak su: yang buat mak su pening tu sebab perut mak su dah masuk angin...
kena ambik breakfast seawal yang mungkin kan...
ain,shida pun wajib amik b'fast..kalo x,gastrik akan menyerang..huhuhu..
dah lama x mkn lempeng kelapa..sedapnyer...hantar la kat tmn uda ni skit..hehehe..
shida: betul ke nak lempeng nie...
ain beli dari mak sedara hubby yang duk kat kerteh.....
nanti kalau ain beli stok baru, ain belikan untuk shida sekali....
stok lama dah habis ain goreng pagi tadi...
sabtu lps br wat lempeng utk b/fast. ery ckp, mama nk agi (lagi )..heheheh
wah pjgnye kak..mlm ni kena baca..
leh jadi duta harian metro gak ni..
ye ke ain?wah..best2..tq..
honeylanz: has taruk kelapa tak??
lempeng kosong pun sedap jugak kalau dapat cicah kuah kari kan...
anak2 ain kalau lempeng dorang tak berapa suka....
kalau mee goreng hantu ler....
asha: pastikan sha baca sebab kat dalam tu banyak informasi berguna....
ambik sarapan ke tak sebenarnya ni?
shida: insyaallah kalau ain gi kerteh nanti...
dekat jer kan...hehehe...
betulx3....bfast sgt penting espclly utk ank2...mmg kena amalkn. Pagi2 ni kak nza snggup masak bubur nasi utk ank bfast..
kak nza: untungnya anak2 akak....
patut la sebelum subuh lagi akak dah bangun kan....
Catat Ulasan