Selasa, 1 Jun 2010

Israel Serang Konvoi Gaza

 Sumber: Sinar Harian

Tentera Israel tembak aktivis pro-Palestin

GENTING GAZA - Sekurang-kurangnya 19 aktivis dilaporkan maut dan 66 yang lain cedera dalam serbuan tentera Israel ke atas kapal konvoi antarabangsa yang membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza, semalam. 

Ketua kumpulan Pergerakan Islam di Israel, Sheikh Raed Salah terbunuh dalam serangan tidak berperikemanusiaan itu.

Konvoi Freedom Flotilla dengan enam buah kapal yang dijadualkan tiba di Genting Gaza semalam, diserang di perairan antarabangsa, 65 kilometer dari persisiran Gaza.

Rakaman video dari Mavi Marmara, kapal Turki yang mengetuai konvoi antarabangsa itu menunjukkan askar Zionis yang lengkap bersenjata menyerbu masuk melalui helikopter tentera dalam cubaan merampas kapal itu.

Radio Tentera Israel mendakwa askarnya terpaksa menembak aktivis mengguna peluru hidup semasa operasi berkenaan selepas diserang dengan objek tajam dan senjata api.

Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal penganjur konvoi itu, Free Gaza Movement yang berkata, askar rejim terus menembak sejurus menyerbu kapal itu.

Wartawan agensi berita Al Jazeera yang berada di atas Mavi Marmara berkata, kapal itu mengibarkan bendera putih sebagai tanda menyerah diri dan tiada sebarang tembakan daripada aktivis seperti didakwa tentera Israel.

Penganjur juga melaporkan kapal-kapal berkenaan ditarik ke bandar Haifa di Israel, bukan ke Ashdod seperti yang dirancang, untuk mengelak wartawan yang menunggu.

Tentera laut Israel dilaporkan menghubungi kapten Mavi Marmara yang diarah mengesahkan identiti diri dan melaporkan arah tuju kapal itu sebelum dua kapal tentera Israel tiba dan mengepung kapal itu dari jauh.

Penganjur konvoi yang membawa 10,000 tan bantuan kemanusiaan itu kemudian mengubah hala tuju kapal dan mengurangkan kelajuan untuk mengelakkan serangan pada waktu malam.

Penganjur juga memberi jaket keselamatan kepada semua penumpang kapal dan mengarahkan mereka berkumpul di bawah dek sebagai langkah keselamatan selepas mengetahui kehadiran kapal tentera Israel.

Seramai 700 aktivis pro-Palestin mengikuti konvoi yang cuba masuk ke Gaza itu untuk menghentikan sekatan Israel ke atas Genting Gaza, termasuk seorang pemenang anugerah Nobel, beberapa pegawai kerajaan dari negara Eropah dan seorang mangsa Holocaust.

Konvoi berkenaan adalah usaha antarabangsa terbesar dalam tempoh tiga tahun untuk menghentikan sekatan Israel ke atas Genting Gaza dan menghantar keperluan asas kepada 1.8 juta rakyat Palestin.

Sementara itu, jurucakap tentera Israel, Avital Leibovich mengesahkan serangan berlaku di luar perairan Israel.

“Memang ia berlaku di perairan antarabangsa tetapi kami mempunyai hak untuk mepertahankan diri sendiri,” katanya.

Terdahulu, Tel Aviv memberi amaran akan menghalang konvoi enam kapal berkenaan tiba di Genting Gaza dan akan menggunakan apa jua cara termasuk kekerasan untuk tujuan itu.


p/s: Bersama-samalah kita berdoa semoga Allah melindungi mereka semua.  

12 comments:

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ berkata...

nauzubillah kan...makin menjadi sekrang ni...sian orang yang lemah ditindas macam ni..sedey kiter denagr berita ni

LYaFRINA berkata...

SAMA-SAMA KITA DOAKAN UTK PEJUANG ISLAM KITA.. SEMOGA ALLAH SWT MELINDUNGI PEJUANG2 KITA.

AYU berkata...

Amin...

Kauthar berkata...

Makin menjadi jadi pulak Israel laknatullah ni...sama2 kita berdoa untuk saudara2 ISLAM kita yang menjadi mangsa kekejaman mereka!

Ain berkata...

anje: memang sedih sesangat anje....

kita doakan israel dilaknat Allah....

Ain berkata...

lyafrina: moga pejuang kita selamat hendaknya....

aminnn.....

Ain berkata...

ayu: thanks ayu....

kauthar: Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!

NzA berkata...

sedih sgt bila tgk tv smlm...semoga Allah melindungi mrk semua...amin...

lily lotus berkata...

ya Allah. semoga Allah melindungi mereka

Ain berkata...

kak nza: sedih kan kak....

bawak bantuan kemanusiaan pun kena serang....huhuhu...

lily: aminnnn....

Softtouch [Hanim] berkata...

takut bc berita pasal tu...ade org msia plak tu..biarlah semua pejuang2 itu selamat..amin

Ain berkata...

hanim: ada 2 lagi wartawan m'sia yang tak tahu khabar berita....

hopefully Allah melindungi mereka semua....

Related Posts with Thumbnails