Ahad, 20 Jun 2010

23 things about me!!



Aku terima nikahnya tagnya http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ dengan mas kahwinnya upahnya 23 hengget tunaiiiiiiiiiiii........

Jom selongkar dan kenali aku dengan lebih rapat lagiiiiiiiiiiii........

1. Aku anak perempuan sulung dalam keluarga tapi aku sangat la  bangga bila berkumpul dikalangan adik beradik, orang akan ingat aku adalah 'ADIK' kepada adik-adik aku...... Ehemmmm......ehemmmmmm, apa la maknanya tu yerk!!

2. Sejak dari kecik dah menjadi rutin harian aku bangun seawal 6 pagi dan tidur jam 10 malam (sampai sekarang rutin ni aku ikut okeh). Kalau tak ikut rutin ni mula la kepala ting tong tak henggat. Waktu mandi paling last setiap hari wajib sebelum pukul 7 malam. Selalunya zaman remaja remaji aku dulu pukul 5 petang aku dah siap mandi dan pakai baju tidur. Dah remaja takde maknanya aku nak main lompat-lompat petang hari. Memang suka lepak kat rumah jer sambil tengok tv.

Sekarang ni rutin aku dah diwarisi oleh anak-anak jugak en. somi (in case hubby balik kerja awal la). Pukul 10 malam (kadang tak sempat jam 9 malam) 4 beranak dah terbungkang zzzzzz atas katil..... hahaha...... tapi anak2 takde la bangun jam 6 pagi, paling awal pun sebelum pukul 7 pagi gitew.....

3. Aku sukakan buku terutamanya novel. Masa sekolah rendah dulu, aku sanggup habiskan hujung minggu lepak kat library felda semata-mata layan minat aku nie. Sejak masuk U dan bekerja, aku suka pulak melabur beli novel untuk koleksi peribadi. Setakat ni ada 2 bijik novel yang tak sempat baca lagi walaupun dah 1/2 tahun beli..... huhuhu..... entah bila la sempat curik masa emas aku nie.....

4. Dolu-dolu aku jenis yang kuat merajuk (sarah dah warisi perangai ni skang), tapi sejak dah jadi mak budak ni, dah takde maknanya lagi perkataan 'MERAJUK' tue..... Sape nak layan???? Buang karan jer kalau merajuk pastu kena pujuk hati sendiri..... Hampehhh......

5. Aku suka tengok gambar baby. Jangan cakap aku gila kalau tetiba nampak aku tersenyum ya....... terapi jiwa tengah menguasai minda sebenarnya.....

6. Aku benci dengan manusia yang suka menipu. Kalau buat silap sila mengaku kerana aku senang untuk memaafkan.

7. Suka MAKAN...... MAKAN...... dan MAKAN....... Ada sesiapa nak belanja tak??? hahaha......

8. Suka masak tapi tak suka makan apa yang aku masak. Entah ler, mungkin kenyang sebab terlebih ambik bau kot.....hahaha...

9. Citer pasal makan lagi..... aku kemaruk dengan buah. Kalau takde stok buah dalam peti es rasa nak nanges jer...huhuhu...... dan dan tu jugak aku paksa en. somi gi beli. 

10. Berfikiran positif dan tak suka syak wasangka dalam hubungan. Kalau memang takdirnya tak seperti yang diharapkan, terima dengan redha dan seadanya.  

11. Berfikiran negatif bila en. somi kerja malam. Bukan aku syak dia ke lain, tapi yang aku fikirkan, kalau la pencuri masuk dalam rumah ni apa aku nak buat waktu tu. Tepon polis terus ka? Jerit sampai jiran sebelah dengar ka?  Takpun aku lawan jer!!! Mengong jer kan fikir yang bukan-bukan, sampai terbawak-bawak dalam mimpi yang tak tahan tue.....hukhuk....

12. Orang yang pertama kali jumpa aku mesti cakap aku ni cikgu.... ada stail cikgu ke erk?? Sapa-sapa yang pernah jumpa aku, leh tolong jawab.....hehehe

13. Tak reti nak buat kerja sepantas kilat. Aku jeles dengan orang yang sekejap jer duk dapur dah siap masak. Gerak geri aku memang slow motion tapi takde la lemah gemalai cam perempuan melayu terakhir (pmt) tue. PMT mana ada menjerit cam tarzan kans......  

14. Selama hayat aku bergelar ibu, tak pernah sekali pun aku cuci kereta. Yang ni memang tugas mutlak en. somi......

15. Tugas mutlak aku adalah cuci bilik air a.k.a tandas sekali yer. En. somi tak pernah buat kerja ni walaupun dia rajin buat kerja-kerja rumah yang lain. Sila tuding jari kat muka aku sekiranya bilik air aku tak berkilau mata memandang....hehehe

16. Sangat pantang dengan tandas yang kotor. Tak boleh tengok dan aku rela tahan diri untuk membuang dari guna tandas yang menjijikkan. 

17.  Suka memberi sebab aku suka tengok orang happy. Satu kepuasan yang tak boleh digambarkan dengan perasaan even benda yang kita bagi tu tak seberapa. Petua nak dapatkan kepuasan nie, kena la IKHLAS!!

18. Cuba bersabar, bersabar dan bersabar, tapi bila rasa macam orang dah nak pijak kepala kita, aku melenting jugakkk..... namapun manusia kan, kesabaran ada batasannya.  

19. Serius cakap aku tak pandai nak berfesyen. Pakaian harian aku adalah baju kurung @ kebarung. Kat rumah pulak selesa bert-shirt dan berkain batik jer (nampak sangat pompuan kampung kans). Sekali sekala ada la jugak pakai seluar trek atau slack. Aku mengaku satu helai jeans pun aku takde...... sila gelak yer....

20. Takde motivasi langsung nak drive sendiri...... eiiiii bila la semangat tu nak datang?? Mencikkkk!!! Kan best kalau aku gila bawak keta, takde la hujung minggu terperuk dalam rumah jer. 

21. Aku adalah PENAKUT. Usah kata nak tengok citer hantu atau seram, keluar iklan promo pun aku cepat-cepat tukar channel. Danish sekarang mewarisi sifat penakut aku, nak gi bilik air pun berteman.... apa daaaa.....

22. Bertahun lamanya tak exercise badan. Jangan cakap badan kurus kering cam aku tak perlu exercise ya, jantung aku macam mana?? Kena cari masa gak nie...... huhuhu.....

23. Aku sangat-sangat happy sekarang sebab tugasan panjang berjela nie siap jugak akhirnya. Nak mintak upah boley ke??? hehehe........

16 comments:

Chenta berkata...

Yup.. Memang ada stail Cikgu . Cikgu Besar . hehe

Ooo..penakut rupanya ..

Alaaa... jerit jek ! sure kak Linda datang .. Dah, jgn pikir yang bukan-bukan ..

Ain berkata...

sis linda: kak, ain pernah jerit mintak tolong dengan akak....

tapi akak tak dengar....

sebab ain jerit dalam mimpi jer...

huhuhu....

~aSHa~ berkata...

tugasan bila ni? ehehehe

selamat hari cikgu...

bagusnye kuat makan tapi tetap menten...

Ain berkata...

asha: hari cikgu bukan dah lepas ke?

muahaha......

apa yang sha nampak pada akak yang ala2 cikgu gitewww.....

akak bese-bese jer kan....

hehehe....

akak teringin nak badan berisi sikit sha, tapi tu la gini jugak kekdahnya....

huhuhu....

al-lavendari berkata...

No. 19 - pakcik suka - kekalkan begitu asalkan suami tak komplen.

No 20 - malas bawa kereta ke atau tak tahu bawa kereta ? kalau malas boleh terima tapi kalau tak tahu, pakcik tak boleh terima.

No. 22 - kita serupa ...mari nyanyi bersama !

♥Cik Puan♥ berkata...

pakai kain batik selesa kan..

Zaidah berkata...

selamat pagi cikgu...hehehe..barulah ku tahu citer tentang diri ain..yang PMT eh..bukan..hehehe

Softtouch [Hanim] berkata...

banyak tag nak kene jawab ain...jwpnnya semua best2...

Suziey Ahmad berkata...

hiks..kuat merajuk..mcm smaa je kita..hahahaa..skang ank plak ikt:p

Ain berkata...

salam uncle,

no. 19 - so far hubby takde la complen bini dia nie....

cuma dia mintak touch up sikit jer..

no. 20 - nak kata tak tahu langsung tu memang tipu, kalau kalau bab parking, hancusss...

ain surrender.....hahahha

no. 22 - jangan la ikut macam ain uncle....

bahayaaaaa......

Ain berkata...

azie: memang sangat2 selesa walaupun kerap kali kena betulkan....

ain ni kan kurus, asyik nak terlondeh jer...

hahaha...

Ain berkata...

zaidah: bukan senang nak bukak rahasia nie tau.....

hehehe...

Ain berkata...

hanim: lama ambik masa nak jawab tag nie.....

terpaksa buat separuh-separuh....

jenuh nak fikir walaupun bercerita tentang diri sendiri.....

Ain berkata...

suziey: pompuan memang suka merajuk kan.....

hehehe....

NzA berkata...

FUH!!!!MCM KARANGAN SPM LA.....

Ain berkata...

kak nza: agak2 berapa markah cikgu boleh kasi nie....

ada can dapat A+++ tak?

Related Posts with Thumbnails